TENTANG TEMPAT KENAIKAN
Perkara Kenaikan
i. Persediaan Terhadap Bencana
Yang Bakal Terjadi
ii. Gas-gas Pencemaran Yang Sedang
Meningkat Naik
70:01 Manusia Tertanya-tanya Tentang Suasana
Azab Atau Suatu Kejatuhan
i. Pengertian Waqi'
ii. Sesuatu Yang Menimbulkan Paranoia
70:02 Tiada Jalan Undur Bagi Golongan Ingkar
i. Terjemahan bagi دافع
ii. Azab Yang Menimpa Secara Khusus
iii. Usaha Apakah Yang Dapat Membantu?
70:03 Di Sisi Allah Tempat-tempat Kenaikan
Pengalaman Menempuh Kematian
70:04 Tempat Naik Turun Malaikat dan Ruh
i. Tangga Kenaikan Yang Bukannya
Karbon Nanotiub
Yang Kadarnya Sehari Adalah 50,000 Tahun
ii. Perkadaran Yang Amat Panjang
iii. Persoalan Tentang Masa
Perjuangan Yang Memerlukan Kesabaran
70:05 Maka Bersabarlah
i. Perjuangan Yang Memakan Masa
Yang Panjang
ii. Tuhan Tidak Memerlukan Tempat
70:06 Mereka Merasakannya Jauh
i. Mereka Menganggap Bumi ini Kebal
ii. Pembangunan Tanpa Kawalan
Terus Sahaja Berlaku
70:07 Tuhan Memandangnya Dekat
i. Alam Telah Mula Menunjukkan
Kekalutan
ii. Apakah Perkara ini Yang
Mereka Mahu Lakukan?
iii. Kesan Demokrasi dan Kapitalisme
iv. Mereka Membantah Tanpa Kewajaran
v. Kesan yang Dapat Dilihat Kini
Bentuk Azab Yang Akan Berlaku
70:08 Kebocoran Lapisan Ozon Yang
Mendatangkan Azab
i. Sinar Lampau Lembayung
ii. Akibat Kegelojohan Bekerja
iii. Gas-gas Yang Dikenalpasti
70:09 Gunung Seperti Ayam Dengan
Bulu Mengerbang
i. Kesan Pengionan Sinar
Lampau Lembayung
ii. Tindakan Pengionan Yang Kuat
70:10 Mereka Tiada Kesempatan
Untuk Saling Bertanya
70:11 Mereka Hanya Mampu Saling
Memandang Sesama Mereka
i. Bukan Seperti Peristiwa Tsunami
ii. Mereka Sangup Menebus Diri Mereka
Dengan Semua Yang Lain.
70:12 Sanggup Mengorbankan Ahli Keluarga
Terdekat
i. Hilangnya Nilai-nilai Kemanusiaan
ii. Mereka Yang Sebenarnya
Menjemput Azab Sedemikian
70:13 Dan Juga Kepada Pekerja-Pekerja
Penyelamat
i. Pusat-pusat Perlindungan (Shelter)
Yang Terhad
ii. Azab Yang Lain Macam
70:14 Dan Juga Seluruh Manusia Di Bumi –
Mau Sahaja Dikorbankan
i. Baru Mereka Tahu Erti
Mementingkan Diri Sendiri
ii. Kaedah Menyusur Ke Silam
70:15 Azab Yang Membakar
i. Kepelbagaian Bentuk Terjemahan
ii. Akibat Kerosakan Lapisan Ozon
70:16 Yang Mengelupaskan Kulit
i. Seperti Kesan Kimpalan Arka
ii. Mereka Tidak Berani Keluar Rumah
70:17 Untuk Mereka Yang Tertinggal
dan Berpaling
70:18 Mereka Masih Tamak Akan
Pemilikan Mereka
i. Ketamakan dan Rakus yang
Membawa Akibat
ii. Kepelbagaian Bentuk Terjemahan
iii. Penyampaian Ayat Secara Deduktif
Kejadian Yang Direncanakan
Pengajaran Himpunan Awal
Surah Al-Ma'arij
Faktor-faktor Yang Membawa
Kepada Kerosakan Alam, Kehidupan
Serta Kediaman Manusia
70:19 Sifat Manusia Yang Diciptakan
Berkeluh Kesah
i. Sifat Keluh Kesah Yang Menjadi
Asas Pemerintahan
ii. Sistem Ekonomi Berasaskan Riba
Yang Menggoda
iii. Keluar Pagi, Pulang Petang,
Dapat Gaji Bayar Hutang
iv. Nota Janji Bohong Bukan Wang
70:20 Gelisah Apabila Ditimpa Keburukan
i. Ekonomi Gawat Yang Mencemari Alam
ii. Memenuhi Kehendak Yang Merosakkan
70:21 Tertegah Apabila Ditimpa Kebaikan
i. Ekonomi Pulih Yang Lebih Merosakkan
ii. Istilah Yang Geli Untuk Didengari
iii. Permainan Kartel Institusi Kewangan
Memperbetul Sikap Manusia Dalam
Berpenghidupan Di Mukabumi Ini
70:22 Kecuali Mereka Yang Melakukan
Kesinambungan Solah
i. Menyedari Perangkap Kehidupan
ii. Solah Yang Berkesinambungan
70:23. Siapakah Dia Orang Yang Bersolah?
Pertama : Orang Yang Solah Tak Putus
i. Solah Ada Hubungan Dengan Perkara Dunia
ii. Wau – ' و' Yang Tidak Memutuskan Ayat
70:24 Kedua : Orang Yang Pada Harta Mereka
Terdapat Bahagian-bahagian Tertentu
i. Solah Ada Hubungan Dengan Harta
ii. Solah Ada Hubungan Dengan Kerja
iii. Solah Ada Hubungan Dengan Selawat
70:25 Peruntukan Untuk Mereka Yang Meminta
dan Yang Tidak Meminta-minta
i. Golongan Yang Tidak Boleh Diabaikan
ii. Golongan Dhaif Perlu Dicari dan Dibantu
70:26 Ketiga : Membenarkan Hari Ad-Din
i. Mengakui Tuhan Memiliki Segala-galanya
ii. Tidak Sanggup Menyebut-nyebut Pemberian
iii. Tiada Bangsa Boleh Mendakwa Pelopor Segalanya
70:27 Keempat : Mereka Takut Dengan
Azab Tuhan
i. Berbeza Dengan Mereka yang
Menyediakan Diri Berada Dalam
Azab Tuhan
ii. Beza Sangatkah Kemabukan Mereka Dengan
Kemabukan Pemabuk-pemabuk?
iii. Usaha Golongan Bersolat Menghindari
Kehidupan Penuh Berisiko
70:28 Tiada Keamanan Dalam Sistem Azab
i. Akibat Wang Adalah Segala-galanya
Dan Segala-galanya Memerlukan Wang
ii. Mabuk Sehingga Mencarut.
iii. Semuanya Untuk Keperluan Ekonomi.
iv. Pencemaran Dan Permasalahan Sosial
v. Membeli Azab Dengan Wang
vi. Dihidangkan Dengan Pemakanan Yang Buruk
70:29 Kelima : Mereka Yang Memelihara Lubang
i. Hubungan Seks, Penentu Hidup dan Mati
ii. Perzinaan Yang Berlaku Secara Berleluasa
70:30 Kecuali Terhadap Pasangan Sah dan
Hamba Sahaya Yang Dimiliki
i. Perkara Yang Menjimatkan Perbelanjaan Negara
ii. Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar
iii. Perhambaan Yang Menjadi Kritikan Pihak Barat
70:31 Bahaya Menjalin Hubungan Seks Bebas
i. Bahaya Hubungan Haram
ii. Prasyarat Menikahi Wanita
iii. Permasalahan Sosial Yang Menjurus
Kepada Kekalutan
iv. Kekalutan Dalam Generasi Seterusnya
v. Keturunan Luar Nikah dan Alam Persekitaran
vi. Tiada Undang-undang Untuk
Menghapuskan Mereka
70:32 Keenam : Mereka Yang Memelihara
Amanat
i. Pemeliharaan Amanah
ii. Kepimpinan Ahlul Bait
iii. Amanat Yang Hilang Daripada Umat
iv. Harta Yang Perlu Diperluaskan
v. Umat Yang Menderita Akibat
Perjanjian Yang Dirobek
70:33 Ketujuh : Mereka Yang Mendirikan
Persyahadatan
i. Kesaksian Penerimaan Agama yang
Wajib Didirikan
ii. Kesinambungan Solat Dua
Dalam Kalimah Syahadah
iii. Keislaman Mualaf Adalah
Lebih Kukuh
iv. Zaman Yang Akan Memperlihatkan
Kenyataan Ini.
v. Sistem Persaksian Membentuk
Amal Jamaah
Hanya Suatu Contoh : Keberkesanan Pekerjaan
dan Penjagaan Alam Sekitar
70:34 Kelapan : Mereka Yang Memelihara Solah
i. Menukar Pendirian Dalam Beragama
ii. Mengapa Mereka Berupaya
Melakukan Semua Ini?
70:35 Mereka itu Dalam Kebun
i. Mereka Melakukan kerja Pemulihan
ii. Wasatiyah Yang Dianggap Sebagai
Moderat atau Liberal
Golongan Ingkar Melingkungi dan
Mengejek Golongan Beriman
70:36 Mereka Merenung Ke Arahmu
i. Adakah Benar Risalah Ini? (Biar betul)
ii. Bencana Yang Telahpun Banyak
iii. Tidak Serupa Di Negara Membangun
70:37 Dari Arah Kanan dan Arah Kiri
i. Mereka Memandang Dari Sudut
Pandangan Mereka
ii. Mereka Tidak Melihat Ke Arah
Belakang
atau Hadapan
70:38 Tidakkah Mereka Ingin Masuk
Ke Kebun?
i. Mereka Sendiri Gelojoh Dalam
Pekerjaan Mereka
ii. Mereka Sering Memberi
Sumbangan Kerosakan
70:39 Tubuh Mereka Apakah Sebenarnya?
i. Mereka Sendiri Mengetahui
Keperluan Tubuh Mereka
ii. Mereka Tidak Berminat Dengan Pemulihan,
Mereka Hanya Mahukan Pengubahsuaian
70:40 Sesungguhnya Tuhan Maha Berkuasa
Mengatasi Pencapaian Mereka
i. Pengolahan Mereka Yang Tak Menjadi
ii. Wajarkah Mereka?
iii. Adakah Mereka Sahaja Layak Hidup
Dan Membiak?
70:41 Tempat Mereka Harus Digantikan
i. Kewajaran Yang Kembali Kepada Mereka
ii. Amalan Pemulihan Oleh Golongan Beriman
iii. Nasib Yang Menimpa Golongan Beriman
70:42 Biarkan Sahaja Mereka
i. Mereka Masih Berdegil – Biarkan Saja Mereka
ii. Jangan Tergesa-gesa Mengingatkan Mereka
iii. Mengapakah Usaha-usaha Mereka Perlu
Dibiarkan?
70:43 Mereka Lari Meninggalkan Tempat
Perlindungan Yang Disediakan
i. Kepelbagaian Bentuk Terjemahan.
ii. Mereka Bertebaran Tanpa Halatuju Yang Pasti
iii. Tayangan Video Yang Diulang-ulangkan
70:44 Baru Mereka Akui Kesalahan Mereka
Pengajaran Keseluruhan Surah Al-Ma'arij
Catatan Penulis
Tentang Kerajaan Nun, Perkara Yang Pasti Terjadi, Tempat Kenaikan
SUMBANGAN UNTUK PONDOK
Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar
(Sila Klik Di Sini).
Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.
(Sila Klik Di Sini).
Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.
Showing posts with label Surah Al-Ma'arij. Show all posts
Showing posts with label Surah Al-Ma'arij. Show all posts
Monday, April 13, 2015
Tuesday, April 7, 2015
TENTANG KERAJAAN NUN, PERKARA YANG PASTI TERJADI, TEMPAT KENAIKAN
Sekiranya diamati cara susun surah, penerangan-penerangan yang diusahakan terhadapnya sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada kita bahawa agenda Tuhan tentang penciptaan bumi dan langit serta cara mana manusia harus menempuhinya adalah lebih besar berbanding agenda kerenah manusia itu sendiri. Perkara ini menjurus kepada penerangan yang tidak terlalu melibatkan isu-isu semasa yang lebih bersifat 'trending'. Penulis lebih menjurus kepada perkara yang melibatkan hampir semua manusia contohnya tentang pencemaran alam, perubahan cuaca sejagat, pencapaian teknologi, masalah kesihatan dan perkara-perkara yang dapat dikaitkan dengan ibadah sebagai suatu 'ritual' dalam kehidupan manusia.
Masalah politik, perbezaan mazhab yang sering membawa pertelingkahan umat, bukanlah perkara yang sering penulis sentuh. Oleh itu, meluangkan sedikit masa untuk setiap kita merenung kembali kehidupan kita, tentang diri kita, tentang setiap ahli keluarga kita, tentang ahli masyarakat dan alam kediaman kita adalah merupakan perkara-perkara yang tidak mudah kita abaikan begitu sahaja dalam menempuhi hidup ini.
Bukanlah tujuan penulis memberi tunjuk ajar kepada pembaca semua, hanya sekadar meluah pendapat atas perkara yang dapat penulis nyatakan sesuatu yang menyentuh kehidupan kita. Tidak melampau untuk penulis nyatakan, memberi penekanan terhadap 'sedikit' kepincangan dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang harus dapat dikenalpasti dan dipelajari dan diatasi permasalahannya. Menyentuh perkara-perkara 'futuristik' yang akan berlaku baik bersifat duniawi dan ukhrawi, hanya dapat dipelajari melalui pelajaran rujukan agama. Oleh kerana tiada peralatan saintifik dapat memberi jawapan pasti terhadap perkara yang bakal terjadi, tidak dapat tidak, rujukan agama adalah alternatif yang ada. Dalam hal ini penulis telah menyulami kefahaman keadaan sedia ada melalui penerangan awal surah Al-Rahman. Semoga kesedaran akan sampai kepada setiap kita untuk melakukan sesuatu pengorbanan agar kita tidak terkokong dengan keadaan semasa yang semakin mencengkam kehidupan kita sendiri.
Perkara tambahan yang ingin penulis jelaskan adalah melihat kepada sesuatu yang bersifat futuristik. Perkara ini tentunya sedikit sebanyak akan membawa kita untuk memahami perkara-perkara silam dan juga perkara semasa. Seterusnya perkara itu akan memberi ruang kepada kita semua untuk kita baik pulih keadaan dan persekitaran kita. Semua itu sebagai persediaan sewajarnya dalam menghadapi perkara-perkara yang bakal atau mungkin akan terjadi dalam tempoh terdekat ini. Dalam hal ini kiranya kedua-dua surah Al-Haqqah dan Al-Ma'arij dapat membawa kita kepada kefahaman dan kepada perkara-perkara yang bakal terjadi, apakah persiapan yang wajar kita laksanakan dalam menghadapi segala bentuk kejadian berkenaan?
Segala bentuk persediaan dan persiapan kefahaman sedemikian sebenarnya dapat kita perolehi kiranya kita meneruskan pembacaan kepada penerangan surah-surah selanjutnya. Terdapat satu perkara yang penulis ingin ajukan sebagai contoh persoalan kepada pembaca iaitu apakah persiapan yang dapat pembaca lakukan kiranya pembaca dikejutkan dengan berita tentang penemuan komet atau asteroid agak besar yang sedang dalam perjalanan menuju ke bumi? Apakah persiapan pembaca dalam menghadapi suasana jerebu atau debu pekat yang akan melanda bumi ketika itu? Adakah dengan persiapan pembersih udara yang menerima bekalan elektrik daripada generator dapat diguna pakai? Dapatkah generator digunakan dengan berkesan dalam persekitaran debu pekat yang terdapat pada udara persekitaran. Sekiranya enjin kenderaan kita memerlukan pembersih udara sebelum proses 'combustion' berlaku, berapa lamakah enjin kenderaan atau generator dapat bertahan sebelum debu pekat itu dapat mencelah masuk ke kebuk pembakaran enjin?
Perkara demikian perlu difikirkan dan pencapaian teknologi masa kini perlu sentiasa diatasi. Bagaimanakah caranya untuk bekalan tenaga dapat dikekalkan pada masa pencemaran udarakasa bumi berlaku begitu hebat sekali? Bagaimanakah bekalan air bersih dapat diperolehi dalam keadaan air hujan yang diperolehi begitu dicemari. Bukankah RasulululLah S.A.W. pernah berpesan akan sampai zamannya, berlaku kemarau sebenar iaitu apabila fenomena hujan masih berlaku tetapi tiada tumbuhan dapat tumbuh. Perkara ini mungkin terjadi apabila pencahayaan dari matahari telah tersekat oleh sesuatu. Dapatkah bekalan makanan yang kita simpan ketika itu, bertahan dalam tempoh yang panjang. Lalu ... apakah cadangan pembaca?
Jawapan Penyelesaian Melalui Kisah Nuh dan Bangsa Jin, Yang Diselubungi lagi Diselimuti
Pengetahuan tentang fenomena alam yang telah diketahui oleh umat silam serta pencapaian teknologi oleh bangsa jin harus diperhati untuk dipelajari oleh manusia. Perkara ini bukanlah sesuatu yang harus dijadikan bahan yang disorok daripada diketahui oleh umat manusia seluruhnya. Namun telah menjadi lumrah ramai daripada kita, apabila perkara ini dibincangkan maka akan muncul tuduhan-tuduhan dengan mengaitkan perbincangan sedemikian sebagai teori konspirasi. Mereka yang membincangkannya pula dinyatakan sebagai ahli teori konspirasi atau 'conspiracy theorist'.
Topik:
Surah Al-Ma'arij,
Urusan Pondok
Tuesday, March 31, 2015
CATATAN PENULIS
Bukan mudah bagi penulis dan pembaca untuk melakukan perubahan pendirian dalam kefahaman beragama. Penulis hanya melihat, tidak ada sebab bagi kita selaku keturunan Adam A.S. mencari sesuatu untuk menjarakkan lagi perbezaan sesama kita. Umat ini kini berada di ambang fitnah yang paling dahsyat dan kehidupan ini kini, menempuh keadaan genting dengan keadaan planet yang sungguh merbahaya didiami. Hari ini mereka yang di sana telah terkorban atau menjadi mangsa. Esok, lusa, tulat, langkat mungkin giliran kita pula, sehinggalah kita sanggup melakukan suatu perubahan.
Topik:
Catatan Penulis,
Surah Al-Ma'arij
Wednesday, March 25, 2015
PENGAJARAN KESELURUHAN SURAH AL-MA'ARIJ
Oleh kerana peristiwa ini merupakan peristiwa yang bakal terjadi, yang akan menimpa secara khusus kepada golongan ingkar, lalu apakah persiapan mereka yang beriman, dalam menghadapi peristiwa dan perkhabaran sedemikian? Penulis menyerahkan kepada pembaca sendiri untuk meneliti dan memikirkan perkara perlu agar suatu tindakan drastik dapat dilakukan. Tujuan penulisan ini bukanlah bertujuan untuk mendatangkan rasa gerun atau paranoia kepada sesiapapun jua.
Setiap kita harus berkumpul bersama-sama dan memikirkan langkah perlu agar suatu usaha yang mungkin dipandang kecil, dapat dilaksanakan dan menimbulkan kesan yang ketara.
Setiap kita harus berkumpul bersama-sama dan memikirkan langkah perlu agar suatu usaha yang mungkin dipandang kecil, dapat dilaksanakan dan menimbulkan kesan yang ketara.
Topik:
Pengajaran,
Surah Al-Ma'arij
Thursday, March 19, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 44 -- BARU MEREKA AKUI KESALAHAN MEREKA
خاشعة ابصارهم ترهقهم ذلة
ذلك اليوم الذى كانوا يوعدون
ذلك اليوم الذى كانوا يوعدون
Tunduk menekur pandangan mereka, kebongkakan mereka bergoncangan. Itulah hari yang telah dahulu mereka, mereka sentiasa dijanjikan.
sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari Yang telah dijanjikan kepada mereka.
Dalam kitab Tafsir Quran yang dicetak dalam versi Indonesia dinyatakan “Tunduk menekur pandangan mereka, kehinaan menimpa mereka. Itulah hari yang diancamkan kepada mereka”.
Kita dapat menyaksikan bagaimana kebongkakan mereka selama ini, kembali kepada mereka dalam bentuk azab. Dapatkah pusat-pusat perlindungan yang mereka sediakan selama ini dapat mengelakkan mereka daripada bencana? Kefahaman ayat seperti ini seringkali dibidas oleh golongan yang mendakwa mereka lebih mahir dalam beragama melalui pengiktirafan yang mereka perolehi dari negara-negara yang silibus pendidikan mereka telah dikawal selia oleh pihak Barat.
Lalu mereka kembali ke negara ini mengajar hal-hal yang berkaitan agama kepada manusia sedangkan kesudahan yang berlaku adalah masalah pencemaran yang sentiasa meningkat, masalah sosial manusia yang tak kunjung padam serta kerosakan-kerosakan yang berlaku terhadap umat dan tempat-tempat kediaman mereka. Agama yang menuruti mereka dan bukannya mereka menuruti agama.
Agama Apakah Kita Selama Ini?
Apakah nasib bagi umat ini yang hanya diajar cara-cara bersuci setelah berusia lebih empat puluh tahun mereka menempuh kehidupan? Mereka tidak habis-habis membincangkan air satu kolah, dua kolah dan tidak habis-habis membincangkan perkara satu marhalah, dua marhalah dan sebagainya. Sebelum datangnya azab yang dijanjikan itu, manusia telah terlebih dahulu menderita kesan-kesan daripada pencemaran yang terdapat dalam pemakanan mereka, yang di'halal'kan sendiri oleh Jabatan Agama. Tinggallah agama hanya mengurus perkara-perkara yang ada kaitan dengan kematian, perkahwinan dan maksiat. Ajaran kitab suci dianggap terlalu tinggi untuk diperbincangkan sehingga akhirnya umat menjalani kehidupan dengan kejahilan ciptaan Barat yang lebih menjurus kepada kerosakan dan kemusnahan manusia itu sendiri. Umat harus kembali kepada ajaran-ajaran Al-Quran dengan cara menyingkirkan kebongkakan golongan ingkar yang menghalang-halangi manusia daripada berfikir darihal ayat-ayat Tuhan.
Friday, March 13, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 43 -- MEREKA LARI MENINGGALKAN TEMPAT-TEMPAT PERLINDUNGAN YANG DISEDIAKAN
يوم يخرجون من الاجداث
سراعا كانهم الى نصب يوفضون
سراعا كانهم الى نصب يوفضون
Hari yang mereka keluar daripada persembunyian-persembunyian (dalam tanah) secara bersegera, seolah-olah mereka kepada suatu yang berpanjangan, mereka menuju ke lapangan (berserakan).
Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke
padang mahsyar) Dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat)
berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),
i. Kepelbagaian Bentuk Terjemahan
Penulis dalam usaha mendapatkan gambaran daripada ayat ini, terlebih dahulu telah menurut disiplin kefahaman ayat secara himpunan iaitu menghubungkan (wassol - 28:51) antara ayat sesudah dan sebelum. Penulis tidak menafikan gambaran sedemikian dinyatakan oleh kebanyakan terjemahan lain, sebagai kejadian kebangkitan akhirat nanti bagi mayat-mayat dari kubur seolah-olah mereka menuju kepada berhala mereka secara bersegera. Perkataan asal الاجداث adalah tempat sorok yang tertanam (dalam tanah) seperti menyimpan mayat dalam perkuburan atau harta dalam tanah. Mendapatkan pelbagai penerangan terjemahan, membawa pengertian bahawa terjemahan sedemikian memberi makna yang luas dan dapat difahami dari pelbagai sudut.
Penulis telah terangkan sebelum ini bahawa kemahiran bahasa Arab semata-mata tidak dapat digunakan untuk menggarap suatu bentuk tafsiran atau kefahaman secara jitu. Oleh itu, kepelbagaian bentuk kefahaman tentang sesuatu ayat, harus diterima sebagai suatu bentuk kefahaman yang mungkin berlainan daripada pendapat umum. Tiada seorang ilmuwan harus mempertikaikan sebarang bentuk kefahaman yang lain kerana sikap sedemikian sebenarnya dapat membantu kepada perkembangan ilmu itu sendiri.
ii. Mereka Bagai Zombi, Bertebaran
Tanpa Halatuju Yang Pasti
Perkataan asal يوفضون diterjemahkan sebagai membawa ia (kepada), menuju ke kelegaan, menuju ke lapangan. Gambaran sedemikian berlaku apabila mereka tidak lagi dapat bertahan dalam kediaman-kediaman mereka yang tersembunyi pada hari itu. Masakan tidaknya, pengionan daripada matahari telah banyak menghasilkan radikal bebas yang dapat mengakibatkan kulit-kulit mereka lambat laun akan mengelupas sekalipun tidak terkena cahaya matahari secara terus. Udara pernafasan telah dicemari sehingga dapat mengakibatkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas. Tempat-tempat perlindungan dalam tanah yang telah mereka siapkan terlebih dahulu, tidak dapat menyelamatkan mereka daripada ditimpa bencana kesan pengionan alam sekitar. Seolah-olah mereka mendiami bumi selepas suatu siri serangan nuklear tetapi tidaklah separah itu, sehingga mereka masih dapat berusaha keluar dari tempat-tempat mereka itu.
iii. Tayangan Video Yang Diulang-
ulangkan
Kita dapat melihat dalam gambaran pada waktu ini melalui tayangan-tayangan yang dipersembahkan oleh media-media Barat dan gambaran-gambaran mereka meninggalkan kampung halaman mereka serta kediaman mereka secara berbarisan panjang dalam kenderaan, untuk menghindari diri dari suatu tempat yang dilanda bencana. Mereka semuanya tidaklah merancang perjalanan mereka dan yang mereka mahu hanyalah menjauhi diri dari kawasan bencana menuju tempat yang mereka rasakan selamat. Ayat seperti ini seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahawa bencana yang akan berlaku pada hari itu adalah berselang seli dari satu tempat ke tempat-tempat yang lain mengikut arah kawasan-kawasan yang dilanda kebocoran lapisan langit yang sering berubah-ubah tempat. Perkara seperti ini dapat berlaku pada bila-bila masa sekarang ini lantaran sikap manusia sendiri yang amat berbangga melakukan kerosakan di mukabumi ini. Peristiwa 'Deep Impact' merupakan gambaran keadaan kelam kabut manusia yang bersegera melarikan diri dan berbaris panjang dalam kenderaan mereka. Peristiwa 'Thread” pula menunjukkan situasi kesan peperangan nuklear yang mengakibatkan pancaran cahaya matahari berwarna lampau lembayung sehingga mengakibatkan ramai manusia ditimpa pelbagai penyakit.
Saturday, March 7, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 42 -- MEREKA MASIH BERDEGIL, BIARKAN MEREKA
فذرهم يخوضوا و يلعبوا
حتى يلقوا يومهم الذى يوعدون
Maka biarlah olehmu akan mereka, mereka berseminar dan mereka melakukan permainan (game), sehingga mereka menemui akan hari mereka, yang mereka dijanjikan.
oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam Dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari Yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!
i. Mereka Masih Berdegil – Biarkan Saja Mereka
Adakah mereka masih mahu menegakkan pendirian seolah-olah mereka itu entiti yang paling bijak? Mereka melakukan kajian demi kajian terhadap kejadian yang berlaku lalu mereka kumpulkan pakar-pakar mereka untuk membincangkan sesama mereka mencari penyelesaian. Bukankah mereka memiliki satelit-satelit yang dengannya mereka dapat merekod kejadian-kejadian kebocoran ozon? Mereka juga mencipta pelbagai rumus secara analitik atau saintifik untuk meramal kejadian kepelbagaian cuaca. Mereka juga memiliki pencerap-pencerap di seluruh dunia untuk mencerap tekanan dan kelembapan setempat yang mereka kumpulkan maklumat-maklumat itu melalui grid pengumpul nasional dan antarabangsa.
Mereka juga dapat mengesan pergerakan debu bahkan mereka dahulu mendakwa dapat mengesan pergerakan musuh yang membawa senjata nuklear.
ii. Janganlah Tergesa-gesa Mengingatkan Mereka
Golongan yang beriman diseru untuk tidak tergesa-gesa mengingatkan mereka akan bahaya yang akan mereka hadapi. Biarkan sahaja mereka kerana bagi mereka ada hari yang dijanjikan. Adakah peristiwa seperti ini pernah berlaku sebelum ini? Kes-kes kehangusan ais kutub menunjukkan tahap kebocoran ozon telah mencapai tahap serius. Terdapat juga terlalu banyak kes penyakit kanser kesan daripada pencemaran radikal bebas dan penyakit katarak. Kehidupan di dunia ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah tempat kehidupan sementara. Dunia ini ibarat syurga bagi golongan ingkar yang mereka perlu bersungguh-sungguh mendapatkannya. Namun bagi golongan beriman tidak perlu tergesa-gesa dalam berkehidupan. Adalah memadai dengan rezeki yang Tuhan telah sediakan dengan sedikit usaha mereka dan mereka harus mengingati akan nasib golongan yang susah dalam mendapatkan kehidupan. Bantuan harus selalu dihulurkan atas lebihan harta yang diperolehi.
iii. Mengapakah Usaha-usaha Mereka Perlu Dibiarkan?
Dalam Surah Nun, terdapat perintah Tuhan kepada golongan beriman untuk mereka biarkan sahaja tindakan golongan yang berterusan dalam kesesatan (68:44). Dan dalam ayat ini, Tuhan juga memerintahkan untuk biarkan sahaja sebahagian golongan ingkar, sama ada daripada golongan masyarakat biasa sehinggalah kepada golongan kepimpinan untuk berterusan dengan amalan buruk mereka. Persoalannya, tidakkah dengan membiarkan golongan ingkar berkelakuan sedemikian, akan memberi kesan kepada golongan beriman dan juga kepada nasib alam sekitar akhirnya?
Dalam hal ini penulis menyedari bahawa perlunya setiap mereka yang beriman untuk melaksanakan perkara yang diperintah oleh Tuhan iaitu bersedia mempelajari Al-Qur'an dan kemudiannya bersama-sama menyampaikannya kepada manusia. Sesungguhnya Tuhan tidak akan membebankan seseorang dengan suatu tanggungjawab melainkan apa yang sanggup diusahakan olehnya. Oleh itu, berkumpul bersama-sama untuk merancang dan menyusun strategi dakwah haruslah dimulai terlebih dahulu.
Sebagaimana RasululLah S.A.W. yang telah ditegur Tuhan kerana memberi tumpuan berlebihan dalam menyampaikan dakwah kepada golongan tertentu, umat ini juga tidak harus beria-ia dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada golongan berkepentingan. Mereka juga harus membuat persediaan tertentu agar mereka dapat selamat daripada tindakan golongan ingkar yang berterus-terusan melakukan kedurjanaan di muka bumi ini. Kebergantungan tidak lagi boleh diharap semata-mata kepada wang ringgit kerana dengan sistem kapitalis yang dipaksa kepada mereka untuk mengamalkannya, ternyata kesudahannya lebih banyak menimbulkan keburukan kepada diri mereka sendiri.
Sebagaimana RasululLah S.A.W. yang telah ditegur Tuhan kerana memberi tumpuan berlebihan dalam menyampaikan dakwah kepada golongan tertentu, umat ini juga tidak harus beria-ia dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada golongan berkepentingan. Mereka juga harus membuat persediaan tertentu agar mereka dapat selamat daripada tindakan golongan ingkar yang berterus-terusan melakukan kedurjanaan di muka bumi ini. Kebergantungan tidak lagi boleh diharap semata-mata kepada wang ringgit kerana dengan sistem kapitalis yang dipaksa kepada mereka untuk mengamalkannya, ternyata kesudahannya lebih banyak menimbulkan keburukan kepada diri mereka sendiri.
Sunday, March 1, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 41 -- TEMPAT MEREKA HARUS DIGANTIKAN
على ان نبدل خير منهم و ما نحن بمسبوقين
Atas bahawa Kami menukar yang lebih baik daripada mereka dan sekali-kali tidak Kami didahului.
(Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka Dengan makhluk-makluk Yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.
i. Kewajaran Yang Kembali Kepada Mereka
Atas kewajaran mereka melaksanakan amalan-amalan daripada manifestasi keingkaran, maka tempat mereka harus digantikan dengan golongan yang lebih baik daripada mereka ini. Golongan baru yang akan melakukan pemulihan dan melaksanakan amal-amal yang baik. Golongan yang beriman kepada Tuhan harus bersabar dengan perencanaan Tuhan, setelah dahulu mukabumi ini diwariskan kepada hamba-hamba Tuhan yang melakukan perbaikan, lalu dirampas oleh golongan ingkar daripada bani-bani Arab, kaum Yahudi, Nasrani dan Mulhid. Dengan amanah Tuhan yang mereka pegang di mukabumi ini, apakah yang telah mereka lakukan? Mereka lakukan kerosakan demi kerosakan sehingga akhirnya bumi sendiri tidak tertahan kerananya dan mereka menamainya sekadar dengan nama perubahan cuaca.
Adakah golongan yang beriman kepada Tuhan akan melakukan kerosakan? Mereka tentunya akan membataskan amalan manusia supaya setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan berhati-hati.
ii. Amalan Pemulihan Oleh Golongan Beriman
Mereka tidak akan dengan sewenang-wenangnya menebus guna kawasan-kawasan yang menjadi kelarangan Tuhan untuk ditebus guna, melalui contoh-contoh kemusnahan umat terdahulu. Kegelojohan manusia terhadap pembangunan, akan dibataskan dengan menghapuskan sama sekali sistem riba dan sistem pajakan. Manusia tidak perlu berlomba-lomba mengejar sesuatu yang bersifat maya lalu mereka akan memperbanyakkan sadaqah bagi mengumpulkan harta yang mereka perlu hantar ke akhirat kelak. Mereka akan mengamalkan amalan berpuasa supaya ada peruntukan makanan untuk golongan yang susah.
Apabila nasib semua golongan susah terbela, maka mereka tidak perlu bekerja dengan majikan yang akan merencanakan kerosakan atas mukabumi ini. Masanya itu tetap akan sampai, maka bersabarlah wahai golongan yang beriman. Perubahan cuaca yang berlaku kini adalah tanda-tanda awal akan berlaku bencana terhadap manusia di tempat-tempat kediaman mereka sendiri. Kita dapati projek-projek intensif yang dilaksanakan golongan ingkar, tidak akan mencapai maksudnya. Bahawa sekali-sekali tidak Tuhan dapat didahului membawa erti bahawa sehebat mana projek mereka untuk menyiapkan tempat-tempat perlindungan untuk menghindari diri-diri mereka daripada bencana, sama ada di permukaan bumi, di bawah permukaan bumi atau di angkasalepas, mereka tetap tidak berkesempatan mengelak bencana.
iii. Nasib Yang Menimpa Golongan Beriman
Adakah golongan beriman juga akan ditimpa bencana sedemikian? Kehidupan dunia bukanlah tempat untuk mereka melarikan diri sekiranya terjadi bencana melainkan sekadar apajua yang termampu. Pada peringkat awal daripada bencana kebocoran lapisan ozon, kini kita dapati bahawa kejadian itu dapat berlaku secara setempat iaitu di kedua-dua belah langit kutub. Oleh itu, kejadian setempat dapat juga berlaku akibat daripada kerja-kerja intensif merosakkan alam sekitar yang dilaksanakan di wilayah tertentu. Walaupun kejadian ini bukan berlaku secara mengejut, kesan-kesan terhadap kemusnahan dan penyakit dapat dilihat sedikit demi sedikit di beberapa bahagian tertentu di mukabumi. Masanya akan terjadi, apabila mereka terpaksa keluar dari kediaman mereka. Apabila berlaku kejadian berkenaan maka tiada jalan undur yang mudah untuk memulihkan suasana. Lapisan ozon semakin menipis sehingga kejadian berkenaan akan berlaku secara merata di atas permukaan bumi ini. Kemuncak kejadian dapat berlaku secara mengejut sehingga tengahari bagi sesebuah negara akan dilitupi debu akibat daripada tindakan pengionan debu-debu di atas permukaan bumi. Sehingga seolah-olah debu itu menjadi seperti bulu yang berterbangan. Kulit-kulit manusia mengelupas dan kebutaan dapat berlaku akibat pembentukan katarak dalam mata.
Monday, February 23, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 40 -- TUHAN MAHA BERKUASA MENGATASI PENCAPAIAN MEREKA
فلا اقسم برب المشرق و المغرب
انا لقدرون
انا لقدرون
Maka tidak! Aku bersumpah dengan Tuhan Timur dan Barat, sesungguh Kami benar-benar berkuasa.
maka Aku bersumpah Dengan (kebesaranKu) Tuhan Yang Menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - Sesungguhnya Kami berkuasa
i. Pengolahan Mereka Yang Tak Menjadi
Atas kedurjanaan mereka bersifat sedemikian, maka semakin ramai bayi-bayi baru daripada generasi kini dan mendatang akan menerima pelbagai bentuk kecacatan dan penyakit. Sedangkan bukanlah merupakan perancangan Tuhan untuk menganiayai makhluk-makhlukNya. Mereka perlu ingat bahawa Tuhanlah yang sebenar-benarnya memiliki kekuasaan di Timur dan Barat. Amalan buruk mereka perlu dihentikan. Wajarkah mereka dibiar bergelumang dengan sistem ekonomi riba yang akan memusnahkan alam sekitar yang harus menjadi tempat kediaman generasi akan datang, daripada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan?
ii. Wajarkah Mereka?
Wajarkah mereka dengan kecanggihan ilmu mereka dari sudut teknologi maklumat, membentuk manusia yang berkeperibadian seperti syaitan dengan hidangan maklumat lagha, tayangan-tayangan yang tak senonoh dan jenayah licik melibatkan perpindahan harta manusia dengan jalan batil? Wajarkah mereka dengan kecanggihan ilmu, mereka mengubahsuai ciptaan Tuhan sehingga hanya mereka sahaja layak mendiami dan mewarisi bumi Tuhan yang Tuhan telah tetapkan untuk diwariskan kepada hamba-hamba Tuhan yang melakukan perbaikan? Wajarkah mereka dengan kecanggihan ilmu bioteknologi mereka, mereka hanya mendapatkan pemakanan yang baik dari serata dunia dan untuk manusia lain di negara-negara dunia ketiga dan yang ditimpa bencana, mereka sediakan makanan yang terhasil daripada pengubahsuaian genetik. Mereka tidak perduli kesan yang akan memudharatkan perut-perut manusia. Mereka berterusan menghasilkan teknologi baru yang sebenarnya tidak mengurangkan sedikitpun keadaan pencemaran. Untuk keuntungan yang berlipat kali ganda, mereka menyediakan najis dan pemakanan palsu daripada bahan tambah dan pewarna tertentu supaya dapat dijual pada harga yang mereka mahukan.
iii. Adakah Mereka Sahaja Layak
Untuk Hidup Dan Membiak?
Wajarkah mereka mengambil sikap untuk membunuh generasi lain dalam kalangan manusia pada masa mendatang, kalaupun bukan dengan sengaja dan perkara sedemikian terjadi di atas sifat kekufuran mereka? Adakah supaya hanya generasi mereka sahaja dapat hidup untuk menguasai bumi ini dan cakerawala yang ada? Siapakah mereka itu yang mahu mengajar kita semua, supaya Tuhan tidak perlu untuk diagendakan dalam kehidupan, cukup dengan peraturan 'Survival of The Fittest' yang didokong oleh para aties pengikut Darwin yang berwajah kera?
Ajaran sedemikian telah dituruti oleh Lenin dan Stalin sehingga membawa akibat buruk kepada kehidupan keluarga dalam masyarakat manusia. Mereka membentuk ajaran komunis melalui Das Kapital ajaran Karl Marx.
Tuesday, February 17, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 39 -- TUBUH MEREKA APAKAH SEBENARNYA?
کلا انا خلقنهم مما يعلمون
Sekali-kali tidak, sesungguhnya Kami, telah membentuk Kami akan mereka daripada apa yang mereka ketahui.
tidak sekali-kali! (Mereka Yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa Yang mereka sedia mengetahuinya.
i. Mereka Sendiri Mengetahui
Keperluan Tubuh Mereka
Mereka ini begitu pakar sekali tentang sistem pembiakan hidupan. Sehingga mereka dapat menyusun peta DNA setiap kromosom yang menjadi asas terhadap hidupan ciptaan Tuhan. Serta mereka mengetahui bahan-bahan merbahaya yang dapat mengakibatkan kecacatan pertumbuhan baru daripada janin kepada bijian bertunas.
Sewajarnya mereka pihak yang paling mengetahui tentang bahaya pencemaran. Mereka lebih mengetahui kesan pewarna 'red amarant' kepada janin, ubat-ubat pencegah loya seperti tallydomyte, serta kesan-kesan pencemaran seperti karbon monoksida dan sianida terhadap kesuburan. Terdapat banyak kes kecacatan kongenital tersimpan rekod-rekodnya di hospital dan bilangannya semakin bertambah setiap tahun.
Beberapa kes bayi biru telah dilaporkan akibat daripada pencemaran nitrat dalam air perbekalan. Begitu juga kes-kes bayi kuning (jaundis) yang sehingga kini masih tidak dapat dipastikan puncanya.
ii. Mereka Tidak Berminat Dengan
Pemulihan, Mereka Hanya
Mahukan Pengubahsuaian
Kemudian mereka melakukan pengubahsuaian genetik, supaya janin-janin serta bayi-bayi yang akan datang dapat mengatasi masalah seperti kanser, penyakit berjangkit dan sebagainya. Mereka juga melakukannya terhadap sel-sel haiwan supaya baka-baka akan datang merupakan baka-baka berintangan penyakit. Apakah mereka dapat mengatasi kekuasaan Tuhan dengan mengambil tahu semua kelahiran bayi-bayi baru yang Tuhan telah takdirkan di atas permukaan bumi pada masa akan datang? Atas alasan kepintaran mereka, mereka masih berterusan melakukan pencemaran alam, lantaran formula mengubahsuai baka ada dalam pengetahuan mereka. Seolah-olah adalah menjadi kepentingan mereka untuk menjaga kemandirian zuriat mereka tanpa memperduli nasib generasi daripada kaum-kaum yang lain.
Sehingga kini adakah mereka dapat menyelesaikan masalah penyakit berjangkit yang begitu teruk melanda dunia daripada penyebaran virus selsema, selsema burung dan sebagainya? Setakat manakah kekuatan vaksin ciptaan mereka dapat mengatasi aktiviti pengubahsuaian genetik virus-virus berkenaan yang sebenarnya berlaku bukan di bawah kawalan mereka.
Wednesday, February 11, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 38 -- TIDAKKAH MEREKA INGIN MASUK KEBUN?
ا يطمع كل امرئ منهم ان يدخل جنت نعيم
Adakah ia tamak oleh setiap diri daripada mereka bahawa ia masuk akan kebun (penuh) kenikmatan?
Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke Dalam syurga Yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?
i. Mereka Sendiri Gelojoh Dalam Pekerjaan Mereka
Bagaimanakah mereka akan memperolehi semua itu? Sedangkan dalam berpenghidupan di mukabumi, mereka tidak melaluinya berdasarkan disiplin tertentu, sebagaimana yang digariskan menurut kitab suci. Mereka menyembah kecanggihan mereka sendiri berdasarkan ilmu yang terhad sifatnya yang sentiasa berubah-ubah. Gambaran projek pertanian mereka adalah kegelojohan.
Adakah melalui teknik pengubahsuaian genetik GMo yang mereka agung-agungkan, mereka akan memperolehi untung untuk selama-lamanya dengan modal sedikit, kerja yang mudah, pulangan yang cepat serta hasil yang banyak? Mereka tidak memperduli akibat yang akan dirasai oleh pengambil makanan-makanan berkenaan.
Adakah melalui teknik pengubahsuaian genetik GMo yang mereka agung-agungkan, mereka akan memperolehi untung untuk selama-lamanya dengan modal sedikit, kerja yang mudah, pulangan yang cepat serta hasil yang banyak? Mereka tidak memperduli akibat yang akan dirasai oleh pengambil makanan-makanan berkenaan.
ii. Mereka Sering Memberi Sumbangan Kerosakan
Adakah mereka ingin berada dalam taman-taman yang dapat memberi nafas yang segar sedangkan mereka dalam kehidupan ini sentiasa meracuni udarakasa dengan bahan-bahan yang merbahaya seperti wap ammonia, karbon monoksida, asap-asap sulfur dan plumbum yang disingkirkan kenderaan mereka? Adakah mereka inginkan air yang segar sedangkan sumber-sumber air mereka, telah mereka cemari akibat projek-projek penerokaan mereka terhadap kawasan tadahan air? Lalu air itu terpaksa dirawat dan mereka ambil kos perawatan daripada orang ramai. Adakah kehidupan taman syurga yang seumpama ini yang mereka mahukan? Mereka menghidangkan manusia dengan makanan yang memudharatkan tetapi pada masa yang sama mereka mahukan layanan yang baik, makanan yang berkhasiat untuk perut-perut mereka sendiri. Wajarkah begitu?
Thursday, February 5, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 37 -- DARI ARAH KANAN DAN ARAH KIRI
عن اليمين و عن الشمال عزين
Dari kanan dan dari kiri secara berkelompok.
(sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.
i. Mereka Memandang Dari Sudut
Pandangan Mereka
Sekiranya mereka dahulu melingkungi Muhammad RasululLah S.A.W, ingin mengetahui kedudukan ayat-ayat seterusnya serta membincangkannya sesama mereka tentang duduk perkara sedemikian, kini kita dapati mereka bergerak ke sana ke mari melihat pengamalan umat ini dalam melaksanakan kehidupan mereka yang kurang menghadapi bencana. Lalu mereka cuba mendapatkan logik akal berdasarkan ilmu saintifik mereka dan membuat pertimbangan tentang kewajaran tindakan umat Islam.
ii. Mereka Tidak Melihat Ke Arah
Belakang atau Hadapan
Mengapa tidak mereka mengkaji jauh ke hadapan iaitu misi Al-Quran sebagai wahyu Tuhan yang merupakan panduan umat dan tidak juga mereka merujuk kembali ke arah belakang iaitu sejarah atau rentetan umat ini melaksanakan amal berdasarkan Al-Quran? Yang hanya mereka minat untuk memerhatikan adalah sesuatu yang ada nilainya dengan unsur-unsur alam seperti sumber-sumber pembikinan atau perlaksanaan sesuatu daripada bahan-bahan yang diperolehi yang bersifat alami seperti kaedah pertanian mesra alam, pembangunan perumahan mesra alam, punca tenaga mesra alam dan sebagainya. Banyak daripada tayangan-tayangan yang ditunjukkan dalam rancangan National Geographic menggambarkan aktiviti setempat, yang tujuannya adalah untuk mereka pelajari corak pengamalan setempat yang ingin mereka tontonkan kepada masyarakat manusia seluruhnya. Mereka melaksanakan sedemikian adalah untuk mendapatkan suatu penghidupan di negara mereka sebagai kehidupan aman damai seperti kehidupan taman. Kemudian mereka persembahkan semula rancangan sedemikian kepada umat ini untuk dicontohi.
Friday, January 30, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 36 -- MEREKA MERENUNG KE ARAHMU
فما لالذين كفروا قبلك مهطعين
Maka mengapakah bagi orang-orang yang telah ingkar mereka, di hadapanmu, yang merenung?
maka apakah Yang menyebabkan orang-orang kafir, Yang menentangmu (Wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisiMu -
i. Adakah Benar Risalah Ini? (Biar betul)
Mereka memandang dengan pandangan tajam, memikirkan ayat-ayat yang disebutkan oleh RasululLah S.A.W. tentang bencana yang akan menimpa mereka akibat perbuatan tangan-tangan mereka sendiri yang lahir daripada sikap mereka. Mengapa orang yang seperti Muhammad (S.A.W) merupakan orang yang harus berkata-kata tentang bencana yang akan menimpa mereka? Itu pada zaman RasululLah S.A.W. dahulu.
Persoalan yang serupa kini, mengapakah golongan manusia yang mereka pertimbangkan sebagai dhaif dari negara yang mereka anggap kurang maju, harus memperkatakan sesuatu yang mereka anggap hanya hak mutlak mereka untuk bercakap tentang perihal nasib dunia ini? Iaitu tentang bencana yang akan berlaku di dunia ini kesan daripada perbuatan mereka.
ii. Bencana Yang Telahpun Banyak
Kita dapati pada waktu ini, bencana terlalu banyak berlaku di negara-negara yang dikatakan sangat maju seperti Amerika Syarikat, Belanda, negara-negara Scandinivia, China dan Jepun yang merupakan pengamal aktif aktiviti pertanian moden. Walhal mereka dengan kecanggihan mereka, tidak dapat mengesani punca terjadinya bencana. Apakah yang tiada pada mereka? Mereka memiliki sistem pengiraan ramalan cuaca yang canggih sehingga diimport sendiri oleh negara-negara umat Islam. Mereka jualah pelopor teknologi satelit yang dapat memerhatikan corak perubahan suhu dunia. Mereka memiliki sistem pengairan yang terkawal untuk penghasilan tanam-tanaman yang memberi hasil yang banyak serta baik. Namun masih mereka ditimpa bencana yang kerap sepanjang tahun.
iii. Tidak Serupa Di Negara Membangun
Lalu mengapakah bencana sedemikian jarang berlaku di negara-negara yang mereka anggap mundur atau kurang membangun? Apakah lebihnya negara seperti ini berbanding negara mereka? Tidakkah mereka juga mengamalkan sebahagian daripada teknik pengamalan mereka darihal teknologi pertanian sehingga sekali sekala bencana berlaku juga di negara-negara membangun? Tentang infrastruktur, wajarkah dibeza-bezakan pembangunan yang serupa coraknya yang terdiri daripada rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan perniagaan yang dibangunkan secara intensif meniru sunnah kehidupan negara-negara ‘maju’. Namun disebabkan negara-negara membangun baru sahaja berjinak dengan teknik kemajuan yang dipelopori oleh bangsa Barat, kadar kemusnahan yang dialami mereka adalah rendah.
Saturday, January 24, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 35 -- MEREKA ITU DALAM KEBUN
اولئك فى جنت مكرمون
Mereka itu dalam kebun dimuliakan.
mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di Dalam syurga Dengan diberikan penghormatan.
i. Mereka Melakukan Kerja Pemulihan
Mereka bukan penyumbang terhadap kemusnahan tempat tinggal, lantaran usaha yang mereka laksanakan secara berhati-hati dan berjimat cermat. Mereka menghasilkan produk pekerjaan mereka yang dihargai oleh manusia seluruhnya. Mereka bukan manusia yang terburu-buru menuju tempat pekerjaan, terburu-buru dalam membelanjakan hasil yang mereka perolehi secara gelojoh. Bagi mereka suatu penghidupan yang patut dan hubungan sesama mereka sangat harmoni. Inilah suatu contoh kehidupan yang harus dipelajari oleh manusia seluruhnya. Namun mahukah golongan ingkar, yang selama ini bermegah dengan 'pencapaian' mereka, turut serta melakukan perubahan? Mereka kononnya telah bersedia dengan tempat-tempat perlindungan yang dijangka kebal, sentiasa berusaha menidakkan pendirian golongan yang beriman. Mereka sebenarnya tidak serik.
ii. Wasathiyah Yang Dianggap Moderat
Atau Liberal
Menggunakan hujah ayat Al-Quran yang sama iaitu 2:143, ramai telah menafsir ayat ini sebagai hujah, bahawa agama ini telah menganjurkan umat ini supaya mengambil pendirian wasath iaitu pengamalan yang bersifat moderat atau liberal. Mereka memperkenalkan istilah muslim moderat atau muslim liberal supaya mereka menjadi masyarakat yang amat mudah mesra dengan golongan bukan muslim yang kononnya untuk tujuan dakwah, agar dakwah mereka dapat disebarkan kepada golongan bukan muslim dengan lebih berkesan. Bahkan mereka menggunakan istilah sedemikian agar tampak bahawa mereka ialah golongan yang mengamalkan kesederhanaan yang tidak terlalu ekstrem atau terlalu fanatik. Mereka bukan komunis dan bukan juga kapitalis tetapi antara keduanya, namun negara mereka jua yang paling banyak masalah pergolakan sosial serta kemiskinan. Mereka tidak terlalu mengejar dunia dan tidak juga terlalu mengejar akhirat, namun kemiskinan ada dalam kalangan mereka tanpa pembelaan. Mereka melupai pengajaran bahawa ayat tentang wasath sedemikian hanya ditujukan kepada para sahabat R.A.H.M. dan tabi'in selepas itu yang merupakan umat yang terbaik, yang akhirnya kesaksian sampai kepada RasululLah S.A.W.
Mereka melupai pengajaran bahawa umat 'wasath' adalah hanya kepada mereka yang melaksanakan kerja-kerja kerasulan, yang mereka itu mengambil kesaksian dalam syahadah mereka. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang sesama mereka. Berbeza sungguh dengan 'ulama-ulama' masakini yang hanya memenuhi sebahagian besar masa mereka di pejabat. 'Ulama-ulama' sedemikian tidak pernah 'terjun' ke gelanggang masyarakat untuk melihat kedha'ifan umat. Mereka gagal untuk membentuk kuliah tertutup untuk berbincang sesama mereka mengatur strategi agar nasib umat terbela.
Golongan Ingkar Melingkungi dan
Mengejek Golongan Beriman
Mengejek Golongan Beriman
Ukuran bagi golongan ingkar adalah status dalam kehidupan mereka. Dengan sistem yang mereka perkenalkan, mereka cuba membuktikan keupayaan mereka membangunkan kehidupan ini dengan pelbagai bentuk pembangunan. Apabila terdapat panduan suci yang cuba memperbetul tindakan mereka, mereka memandangnya dengan pandangan sinis, lantaran contoh sedemikian hanya dianuti oleh kebanyakan daripada golongan yang mereka pandang rendah. Adakah mereka tidak mempelajari bagaimana kesudahan pembangunan yang dihasilkan oleh Fir'aun dan pengikutnya? Sekalipun mereka merupakan golongan yang banyak mengkaji sejarah dan peninggalan silam, rupanya mereka tidak mempercayai bahawa kemusnahan umat-umat terdahulu adalah disebabkan oleh keingkaran mereka kepada Tuhan. Umat-umat dahulu melakukan kerja yang mencari nahas menjemput kemusnahan akibat dari tangan-tangan mereka, lalu Tuhan mengagendakan kemusnahan untuk mereka. Semua bencana yang berlaku adalah disebabkan mereka tidak ingin mendengar apa yang dikatakan oleh rasul. Atas keutamaan status, mereka hanya sanggup beriman sekiranya rasul dan pendakwah-pendakwah adalah mereka yang ada kedudukan dalam sesebuah negara.
Sunday, January 18, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 34 -- MEREKA YANG MEMELIHARA TUNTUTAN SOLAT MEREKA
والذين هم على صلاتهم يحافظون
Dan orang-orang yang mereka atas solah mereka, mereka memelihara.
dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
KELAPAN : MEREKA YANG MEMELIHARA TUNTUTAN SOLAT MEREKA
Solah berjamaah merupakan ibadah mereka kepada Tuhan yang akan mereka laksanakan secara bersama-sama (rukuk bersama-sama orang-orang yang rukuk). Di masjid atau surau adalah tempat mereka berbincang, bermesyuarah dan membuat suatu keputusan dalam kehidupan mereka. Solah fardhu yang dilakukan secara berjamaah tentunya akan menjadi pengikat sesama jamaah membentuk disiplin mereka berkehidupan. Kepentingan ayat-ayat yang dibaca dalam solah akan diperbincangkan sesama mereka secara bersungguh-sungguh. Demikianlah itu rutin hidup yang RasululLah S.A.W telah berikan contohnya suatu masa dahulu. Baginda mendirikan madrasah Masjid Nabawi yang di sana aktiviti berpenghidupan turut dilaksanakan oleh baginda dan sahabat-sahabat R.A.H.M. Umat Islam datang mengambil nasihat daripada nabi sendiri serta mendapatkan sejumlah ayat-ayat Al-Quran tertentu untuk dihafaz mereka dan mempelajari pengajaran ayat daripada baginda.
"الصلوة معرج الموئمنين"
Solat adalah tangga pengangkat orang-orang yang beriman.
i. Menukar Pendirian Dalam Agama
Barangkali merupakan suatu keberatan kepada pembaca untuk mengubah pendirian beragama yang selama ini telah menjadi suatu ukuran piawai dalam diri pembaca dan juga ukuran masyarakat, yang pembaca berada dalam kalangan mereka. Keberatan seperti ini telah berlaku kepada penulis memandangkan segala sesuatu seolah-olah perlu ditakrif kembali untuk memperolehi suatu kesegaran baru dalam memahami agama ini selaku Ad-Din. Perkara seperti ini telah berlaku kepada para sahabat R.A.H.M dahulu apabila datang perintah supaya mereka beralih arah kiblat yang jauh meninggalkan arah kiblat sebelumnya yang selama ini mereka menghadap ke arahnya (2:143). Bahawa tujuan mengubah pendirian sedemikian adalah supaya terbukti kepada Tuhan, sesiapakah dalam kalangan umat telah bersedia menganut ajaran Tuhan melalui Al-Quran tanpa ragu-ragu sekalipun hal itu adalah suatu keberatan untuk mereka, sekiranya mereka tidak berpetunjuk dengan petunjuk Al-Quran. Sesungguhnya petunjuk adalah petunjuk Tuhan, tugas Jibril A.S. hanya menyampaikan dan menyaksikan. Begitu juga tugas Muhammad RasululLah S.A.W. adalah penyampai ayat-ayat Tuhan kepada para sahabat R.A.H.M dan menyaksikan mereka dengan contoh-contoh As-Sunnah yang mampu baginda tunjukkan. Begitu juga para sahabat baginda, hanya penyampai kepada tabi'in selaku penyaksi kepada tabi'in dan caramana tabi'in beriman akan disaksikan oleh sahabat. Daripada tabi'in kepada tabi' tabi'in dan seterusnya mereka yang menuruti kaedah mereka itu dari semasa ke semasa sehingga menjelang hari kebangkitan. Tiada keraguan dalam hal ini bahawa agama ini bukanlah merupakan suatu warisan keturunan atau sebagainya.
ii. Mengapa Mereka Berupaya Melakukan Semua Ini?
Dari permulaan surah ini ada mengkhabarkan tentang penyebab berlakunya kerosakan sehingga mengakibatkan lemahnya lapisan langit dan penderitaan yang dialami manusia pada ketika itu. Demikian itu adalah merupakan pengajaran ayat yang nyata terkini menampakkan ta’wilnya sedikit demi sedikit. Namun disebabkan oleh sikap manusia suka untuk mendustai ayat-ayat Tuhan sejak dari dahulu, umat ini mengalami pelemahan sehingga tidak berupaya membentuk suatu contoh pekerjaan yang membawa kebaikan sama ada kepada kehidupan mereka sendiri bahkan terhadap alam sekitarnya melainkan sebahagian kecil mereka.
Kerosakan yang berlaku terhadap alam ini sebenarnya terdapat hubungkait dengan sikap manusia itu sendiri dalam melaksanakan peranan berpenghidupan. Apabila keadaan alam ini menuju kepada sesuatu yang mulai parah, mereka yang berada dalam kalangan golongan ingkar, terpaksa memain peranan untuk melakukan sesuatu memulihkan keadaan yang pastinya mereka akan gagal untuk melaksanakannya. Tinggallah baki golongan yang beriman berhimpun semula untuk mempelajari sedikit demi sedikit darihal ayat-ayat Tuhan dan mereka melakukan apa yang terdaya daripada yang diperintahkan berdasarkan pengajaran daripada ayat-ayat suci. Mereka mempelajari hakikat kejadian alam, serta bahan-bahan yang merbahaya yang dapat membawa kesan pencemaran, yang merupakan sesuatu yang tidak dapat dipelajari oleh golongan ingkar.
Dalam pada itu aktiviti mereka berpenghidupan, mereka bataskan terhadap praktik yang mesra alam dan mereka sangat cermat menggunakan bahan-bahan lain supaya tidak membawa kerosakan kepada alam ini. Mereka berusaha menyediakan suatu kaedah untuk berkebun secara yang dapat memberi gerak kerja pemulihan kepada alam persekitaran mereka bahkan terhadap persekitaran yang lain
Al-Qur'an perlu dibaca dan diketahui maknanya. Kajian perlu dilakukan
terhadapnya. Solat malam yang didirikan antaranya adalah bertujuan
untuk menghayati Al-Qur'an yang dibaca. Kefahaman itu kemudiannya
untuk menghayati Al-Qur'an yang dibaca. Kefahaman itu kemudiannya
dipraktikkan secara bersama-sama. Amalan berpuasa mencerdaskan
fikiran dan memudahkan pemahaman terhadap ayat-ayat Al-Qur'an
dan zikir adalah munajat, mengharapkan pertolongan daripada
Tuhan dalam mempraktikkan Al-Qur'an.
fikiran dan memudahkan pemahaman terhadap ayat-ayat Al-Qur'an
dan zikir adalah munajat, mengharapkan pertolongan daripada
Tuhan dalam mempraktikkan Al-Qur'an.
Monday, January 12, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 33 -- MEREKA YANG MENDIRIKAN PERSYAHADATAN
والذين هم بشهدتهم قائمون
Dan orang-orang yang mereka itu terhadap kesaksian-kesaksian mereka, yang mendirikan.
dan mereka Yang memberikan keterangan Dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
KETUJUH : MEREKA YANG MENDIRIKAN KESAKSIAN
Pendiri-pendiri kesaksian mengkhabarkan penyaksian yang disaksikan secara benar. Selalunya kita diajar bahawa pendiri-pendiri kesaksian diminta berbuat demikian sebagai saksi penting dalam suatu kes di mahkamah. Dengan demikian apajua pernyataan yang disebutkan akan dijadikan hujah oleh para juri atau hakim dalam menyatakan keputusannya. Bukan sekadar itu, sebenarnya terdapat peranan oleh golongan yang dikatakan bersolah mendirikan kesaksian terhadap peristiwa yang berlaku akibat kerja-kerja tertentu agar menjadi pertimbangan ahli masyarakat. Demikian itu satu cara dakwah supaya keutamaan pengajaran kitab suci menjadi sesuatu yang sentiasa diperbincangkan.
Sebagai contoh, peristiwa runtuhnya Bukit Antarabangsa dan Highland Tower yang menampung rumah-rumah kediaman suatu masa dahulu adalah suatu manifestasi pengamalan manusia, sama ada berdasarkan keingkaran kepada panduan Tuhan atau sesuatu yang dilaksanakan lantaran kejahilan. Namun teknologi yang telah diketahui manusia, tidak mungkin dapat dinyatakan sebagai kejahilan kerana mereka yang diberi amanah untuk memilih lokasi dan bahan-bahan yang diperlukan serta langkah-langkah pengawalan adalah merupakan sesuatu yang telah mereka pelajari. Mereka mengetahui tentang kekukuhan tanah secara mahir. Mereka juga dilengkapi dengan ilmu pengiraan kekuatan bahan serta tempoh masa tertentu sesuatu bahan dapat bertahan. Mereka juga memiliki mekanisma pemeriksaan terhadap tanah yang sentiasa mereka lakukan dalam tempoh-tempoh tertentu serta mengetahui peratusan kandungan unsur atau sebatian dalam tanah. Dan mereka juga menyediakan undang-undang tentang penerokaan kawasan-kawasan baru terhadap kegiatan yang dilaksanakan di kawasan puncak bukit berkenaan.
Oleh itu mereka menyedari sejak dari dahulu bahawa pembangunan kediaman di kawasan bukit atau gunung, tentunya menyediakan risiko tertentu yang menimbulkan bahaya apabila suatu penyebab berlaku secara tiba-tiba seperti kejadian hujan bersangatan atau struktur tanah berubah akibat bahan-bahan kimia tertentu. Pemegang-pemegang ‘amanah’ dalam menentukan polisi tempat kediaman, tentunya mengetahui sudut undang-undang yang menghalang aktiviti berkenaan. Namun di atas sikap sanggup menafikan kesaksian ilmu para ilmuwan tentang bahaya berkenaan dan di atas sikap acuh tak acuh terhadap ‘undang-undang’ sedia ada, mereka sanggup menerima habuan rasuah atau saham sehingga projek-projek pembinaan rumah-rumah kediaman tetap dilakukan di kawasan yang tidak sepatutnya. Kesan-kesan kerosakan alam sekitar akhirnya menimpa mereka. Lalu bagaimanakah akibatnya sekiranya pemegang-pemegang ‘amanah’ yang bersikap sedemikian masih berterusan memegang jawatan mereka? Berapa banyakkah lagi bukit bukau perlu digondolkan? Berapa banyakkah lagi kejadian bangunan-bangunan di kawasan lereng bukit akan runtuh bersama runtuhan lereng? Berapa banyakkah lagi projek baru di lereng bukit akan diteruskan? Berapa banyak lagi kematian yang disebabkan perbuatan ‘sengaja’ pihak-pihak tertentu dibiarkan begitu sahaja tanpa pengadilan?
Bagaimana pula tentang kesaksian yang perlu didirikan darihal jenayah yang dipelopori oleh pihak atasan sehingga menjadi punca segala bentuk jenayah dalam negara? Bukankah dalam hal persoalan nikah kahwin, persaksian diperlukan dan bahkan dalam hal menerima Islam sebagai Ad-Din, persaksian juga diperlukan?
Bagaimana pula tentang kesaksian yang perlu didirikan darihal jenayah yang dipelopori oleh pihak atasan sehingga menjadi punca segala bentuk jenayah dalam negara? Bukankah dalam hal persoalan nikah kahwin, persaksian diperlukan dan bahkan dalam hal menerima Islam sebagai Ad-Din, persaksian juga diperlukan?
i. Kesaksian Penerimaan Agama yang Wajib Didirikan
Apabila dimulai bahawa menerima syahadat Islam adalah dengan mula menyebut kalimah “La ilaha Illa Allah, Muhammad RasululLah”, pernyataan seperti ini hanyalah ‘laku’ apabila disertai oleh kesaksian. Sebagaimana dalam aktiviti aqad nikah antara pasangan yang ingin berkahwin, antara prasyarat yang harus disertai adalah kesaksian melibatkan ahli bagi pengantin perempuan, dua orang saksi yang mengenali mereka bahawa tiada halangan untuk mereka berkahwin, kehadiran pengantin lelaki dan perempuan serta ijab dan qabul. Namun dalam enakmen tertulis di setiap negeri di negara ini, kebanyakannya hanya keislaman mualaf (saudara baru) yang memenuhi prasyarat yang dituntut dalam agama. Dengan lain perkataan, keislaman mereka telah memenuhi prasyarat kesaksian dikuatkan lagi dengan saksi percetakan dalam bentuk sijil keislaman dan sebagainya.
ii. Kesinambungan Solat Dalam Dua Kalimah Syahadah
Kalimah ini menjurus kepada kepercayaan kepada Allah. Menerima Jibril A.S. selaku malaikat yang menurunkan wahyu kepada Muhammad RasululLah S.A.W. dan menerima Al-Quran untuk diimani keseluruhannya, yang diturunkan Allah kepada Muhammad RasululLah S.A.W. Adalah seperti menerima sepucuk surat daripada posmen dengan meyakini bahawa posmen hanyalah penghantar surat berkenaan. Yang penting sekali adalah mengetahui siapa yang mulai menghantar surat berkenaan. Bermula tindakan adalah dengan membaca surat berkenaan. Sekiranya tidak difahami, dimulai dengan mempelajari huruf-huruf yang tertulis atau mendapatkan pembaca yang mahir. Tulisan-tulisan dalam surat itu harus difahami dan kefahaman adalah berdasarkan reaksi daripada pembacaan surat berkenaan sama ada mengingkarinya atau mematuhinya.
Kepatuhan (keislaman) Muhammad RasululLah S.A.W, maka malaikat Jibril A.S. sebagai saksi dan umat ini menyaksikan bagaimana perluasan dakwah terus berjalan serta kebenaran yang dinyatakan dalam Al-Quran yang diterima baginda untuk sepanjang zaman. Kepatuhan (keislaman) para sahabat R.A.H.M, maka RasululLah S.A.W. menjadi saksi mereka (2:143) sehingga mereka menyerah diri mematuhi arahan-arahan Tuhan melalui lidah RasululLah S.A.W. dan banyak daripada sahabat menyaksikan kemenangan Islam mulai dari masa pengistiharan kerasulan sehingga wafat RasululLah S.A.W. Kepatuhan pengikut-pengikut sahabat (tabi'in), terdapat para sahabat yang menjadi saksi sehingga kekuasaan Islam tersebar ke wilayah-wilayah sekitarnya. Namun keislaman kita semua sekarang ini, siapakah yang menjadi saksi?
iii. Keislaman Mualaf Adalah Lebih Kukuh
Pengistiharan mualaf saudara baru sekurang-kurangnya terdapat pengistiharan berdaftar yang keislaman mereka disaksikan. Oleh itu keislaman mereka adalah lebih benar berbanding keislaman umat Melayu keturunan yang wujud sekarang ini. Siapakah daripada umat Melayu keturunan, yang keislamannya disaksikan sejak daripada mula mereka baligh? Sesungguhnya Islam bukanlah agama warisan. Siapakah yang harus menjadi saksi mereka untuk memanifestasi kerja-kerja berkesinambungan daripada RasululLah S.A.W. kepada para sahabat, kepada tabi’in, kepada tabi’in tabi’in dan seterusnya dari semasa ke semasa hingga hari kebangkitan, di hadapan Allah S.W.T. nantinya? Adakah pernyataan sedemikian adalah merupakan sesuatu ajaran baru yang diada-adakan supaya umat ini memperbaharui semula keislaman mereka yang kali ini memerlukan saksi? Sedangkan RasululLah S.A.W. sendiri, menerima keislaman bagi penganut-penganut yang baru secara bai’ah. Contoh ini kemudiannya diikuti oleh para sahabat dan tabi’in. Amalan yang tinggal sekarang ini adalah untuk golongan yang dinamai sebagai mualaf seolah-olah di negara ini keislaman umat Melayu tidak boleh dipertikaikan sehingga Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Sungguh benar keislaman seseorang mualaf, ada kesaksian dan disokong dengan dokumen. Keislaman umat Melayu hanya ada dokumen yang tidak pernah ada kesaksian sepanjang hayat.
iv. Zaman Yang Akan Memperlihatkan Kenyataan Ini
Beberapa tahun dahulu sekitar tahun 2001/02, suatu kenyataan telah dikeluarkan oleh seorang mufti kerajaan negeri, iaitu bilangan umat Melayu yang telah murtad telah melebihi dua ratus ribu orang. Menjelang 10 tahun selepas itu iaitu sekitar sekarang ini, bilangan yang murtad telah melebihi dua kali ganda daripada angka sebelum ini. Yang menjadi persoalan bukanlah mengapa mereka memilih untuk murtad? Persoalan utama ialah mengapakah mereka masih mengekalkan status agama dalam kad pengenalan mereka sebagai beragama Islam? Permasalahan akan timbul untuk tempoh 10 tahun dari sekarang apabila bilangan murtad menjadi empat kali ganda daripada bilangan mereka 10 tahun yang lalu. Sebarang kejadian kematian dalam kalangan golongan murtad tentunya menimbulkan masalah kepada waris mereka sekiranya mayat mereka tidak dibenarkan menjalani upacara kepercayaan agama baru mereka seperti dibakar ataupun dikebumikan di jirat-jirat tertentu. Permasalahan kedua pula ialah tentang status agama kepada anak-anak mereka yang seharusnya menuruti status agama ibu mereka yang ditulis sebagai beragama Islam. Oleh itu wajarkah status yang tertulis dalam kad pengenalan diguna pakai bagi mengiktiraf agama anutan seseorang? Adakah wajar keislaman tanpa kesaksian umat Melayu, harus diterima sebagai sesuatu yang sah?
v. Sistem Persaksian Membentuk Amal Jamaah
Kempen apajua pun tentang sesuatu pekerjaan hanya tertentu terhadap sumber-sumber yang ada. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga kerja manusia adalah merupakan sumber yang besar. Namun usaha ini akan hanya berkesan apabila dilaksanakan secara bersistem. Sistem haruslah dimulai dengan pembentukan individu-individu yang dapat dibangunkan untuk melaksanakan sesuatu usaha jamaah secara bersama. Apabila sekumpulan manusia telah diterima kesaksian kepatuhannya, mereka hanya diminta mematuhi arahan serta memberi sumbangan seberapa yang terdaya menurut keikhlasan (kesungguhan) mereka. Disiplin bekerja harus bermatlamat dan matlamat melakukan kerja (amalan) sebagaimana yang diajar oleh RasululLah S.A.W. hanya bermatlamatkan Allah S.W.T. sahaja dan bukannya yang lain. Kaedah melakukan kerja haruslah berdasarkan panduan dan panduan yang ada di tangan adalah kitab suci Al-Quran, yang merupakan satu-satunya penerimaan pokok yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun jua. Panduan ini harus dipelajari bersama-sama dan diperkuat dengan contoh-contoh As-Sunnah dan panduan Sahabat serta Tabi'in. Pembelajaran adalah menurut hirarki tertentu sebagaimana pembelajaran para sahabat yang Rasulullah S.A.W. sendiri membezakan pembelajaran antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain menurut persediaan mereka.
vi. Hanya Suatu Contoh : Keberkesanan
Pekerjaan dan Penjagaan Alam Sekitar
Oleh kerana Al-Quran itu beredar menurut peredaran masa, terdapat permasalahan yang sukar didapatkan rujukan daripada As-Sunnah dan panduan Sahabat serta Tabi’in. Oleh itu perincian harus diperhatikan menurut panduan yang dapat dipelajari daripada Al-Quran itu sendiri. Tidak seharusnya mereka yang beriman serta yang telah menyatakan kepatuhan, berusaha mengutamakan panduan lain daripada panduan yang dinyatakan. Contohnya penemuan Barat darihal bioteknologi yang melibatkan pengubahsuaian genetik, bukan penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan kekurangan makanan. Pengemblengan tenaga secara bersistem adalah lebih utama. Ini adalah disebabkan keperluan mengamalkan apa jua yang diperintahkan adalah berdasarkan keupayaan setempat terlebih dahulu. Di situlah praktik istiqamah diaplikasikan. Penggunaan bahan-bahan mentah seperti air dan sumber baja asli, digunakan secara berjimat cermat. Sistem kitaran yang membentuk kestabilan alam diamalkan secara bersungguh. Mereka bukan sekadar mengamalkan pekerjaan bahkan memerhatikan kesan pekerjaan hari ini terhadap esok hari (59:18). Dengan ini, kaedah pengamalan bertaqwa ini tentunya dapat dipelajari oleh ahli masyarakat yang lain supaya kaedah yang serupa yang tidak merosakkan alam dapat diamalkan secara berkesan. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh bagaimana kerja-kerja jama’ah yang diasaskan di Masjid Nabawi berupaya membentuk tenaga kerja dalam apa jua jurusan kerja tanpa perlu memikirkan kos kewangan yang besar yang harus disediakan. Semuanya dapat berlaku memandangkan pengikutnya terdiri daripada golongan yang beriman melakukan pekerjaan berdasarkan sistem kerja jama'ah. Harapan hanya ditujukan kepada Tuhan bagi memperolehi ganjaran di akhirat kelak. Sekalipun pada permulaannya pengikut-pengikutnya berada pada keadaan yang daif sekali, akhirnya suatu pembentukan masyarakat Islam yang harmoni dapat dibentuk. Mereka tidak dapat digugat oleh mana-mana pihak.
Tuesday, January 6, 2015
SURAH AL-MA'ARIJ AYAT 32 -- MEREKA YANG MEMELIHARA AMANAT
والذين هم لامنتهم وعهدهم رعون
Dan orang-orang yang mereka terhadap amanat mereka dan perjanjian mereka, suatu pemeliharaan.
dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
KEENAM : MEREKA YANG MEMELIHARA AMANAT
Antara amanah yang besar kepada umat ini adalah darihal mempertahankan pemelihara yang amanah. Sesungguhnya amanah pernah cuba dipertanggungjawabkan kepada langit dan gunung-gunung namun semuanya menolak disebabkan ketidak upayaan lalu amanah itu dipikulkan kepada manusia dan manusia menerimanya dalam keadaan jahil memerlukan pimpinan. Perkataan رعون merujuk kepada pengertian yang luas yang bukan sekadar darihal menjaga hak pihak lain. رعون lebih merujuk kepada pemelihara dan رعية adalah merujuk kepada perkara yang dipelihara.
Pemimpim yang memelihara amanat, akan sentiasa
mendapat tempat di hati rakyat,
i. Pemeliharaan Amanah
Walaupun terjemahan dapat dinyatakan secara umum, penulis lebih menghampiri kepada konteks ayat yang perlu dihubungkaitkan dengan himpunan ayat yang mengkhabarkan tentang kejadian kerosakan alam, berhubungkait dengan pemeliharaan amanah. Alam ini adalah amanah Tuhan yang memerlukan pemeliharaan, pemeliharaan hanya boleh dilakukan berdasarkan ilmu yang benar yang tidak semestinya berdasarkan penemuan saintifik Barat yang mereka pelopori selama ini. Barat, telah mengagungkan penemuan mereka dengan kecanggihan menggunakan superkomputer bagi membentuk simulasi terhadap banyak kejadian yang berlaku di bumi ini. Mereka ini hanyalah sekadar penyaksi kepada kejadian kemusnahan demi kemusnahan lalu mengembar gemburkan kepada seluruh manusia atas kecanggihan mereka mengesan perubahan yang bakal berlaku.
Namun, apakah sumbangan mereka untuk memulihkan alam sekitar daripada kerosakan yang berlaku? Di manakah kempen-kempen mereka yang mengajak umat manusia sehingga membawa pemulihan besar. Kepada bangsa Arab yang kepimpinan mereka silih berganti antara satu bani kepada bani-bani yang lain, sehingga Tuhan telah limpahkan kekayaan petroleum kepada mereka. Adakah hasil petroleum dapat mereka manfaatkan untuk kestabilan alam ini yang merupakan amanah Tuhan? Atau mereka lebih gemar manusia menggunakannya secara berlebih-lebihan sehingga mengakibatkan lebihan haba terbebas ke persekitaran pada kadar perlepasan yang tinggi berbanding penyingkirannya. Jadilah bumi ini panas akibat kerakusan mereka. Peningkatan karbon dioksida mengakibatkan bumi ditumbuhi kulat dengan banyaknya, seolah-olah tanah di bumi menjadi media nutrien yang telah basi menunggu masa untuk dilupuskan.
ii. Kepimpinan Ahlul Bait
Dalam beberapa surah selepas ini, ada dibincangkan tentang individu yang layak dilantik sebagai imam yang akan menerajui umat demi melaksanakan pemeliharaan amanah. Individu yang telah direstui Tuhan berdasarkan ayat-ayat daripada kitab suci, haruslah daripada Ahlul Bait RasululLah S.A.W. yang kepimpinan mereka sentiasa didustai oleh bangsa-bangsa. Sila rujuk surah Tin dan Zaitun. Tentunya terdapat bangkangan daripada ulama-ulama berfikiran liberal yang diberi gaji untuk menidakkan perintah Tuhan darihal amanah keimaman, harus diserahkan kepada kepimpinan Ahlul Bait. 'Ulama' seperti mereka ini adalah penyumbang kepada terbentuknya pemerintah-pemerintah yang zalim sehingga akibatnya, telah terjadi bencana yang berat ke atas umat Islam. Bencana-bencana itu adalah seperti peristiwa pencabulan tentera Yazid ke atas Madinatul Munawarah, serangan tentera Mongol ke atas Iraq dan pembunuhan beramai-ramai ke atas golongan Alawiyyin semasa ibadah haji suatu masa dahulu, atas arahan khalifah umat Islam sendiri yang direstui oleh ilmuwan-ilmuan mereka. Bencana demi bencana terus berlaku ke atas umat disebabkan hilangnya amanah dari tangan umat ini.
Tentangan terhadap pemerintahan mereka ini telah berlaku dari dahulu sehingga terbentuknya kumpulan Ar-Rafidhah, yang ‘ulama-ulama’ mereka mengajak manusia mengabdikan diri kepada Ahlul Bait, yang juga bukan merupakan perintah Tuhan. Ahlul Bait, yang menjadi sembahan puak Ar-Rafidhah dan dimusuhi oleh kepimpinan Bani Umayyah, akhirnya menjauhi diri daripada fitnah-fitnah tersebut ke negara-negara bahagian barat dan timur seperti Mesir hingga Maghribi, Afghanistan, Pakistan hingga ke Nusantara.
iii. Amanat Yang Hilang Daripada Umat
Hanya pemimpin-pemimpin yang berilmu dengan ilmu-ilmu Tuhan dan ayat-ayat suciNya sahaja dalam kalangan Ahlul Bait, dapat memegang amanah membawa umat manusia kepada suatu kehidupan yang bermakna, persekitaran yang baik serta keharmonian hidup bermasyarakat. Telah terbukti pemimpin-pemimpin daripada Bani Umayyah mengakibatkan terjadinya pembunuhan beramai-ramai umat Islam, tidak dapat mereka pertahankan. Pemimpin-pemimpin bani Abassiyyah akhirnya menyerahkan amanah kepimpinan umat kepada bangsa-bangsa sehingga menghilangkan kekuatan kesatuan umat Islam. Pemimpin-pemimpin daripada kerajaan Fatimiyyah naungan ‘ulama-ulama’ mereka, sanggup memutuskan untuk menggali kubur-kubur sahabat nabi daripada Ahlul Bait yang lain seperti Khalifah Abu Bakar R.A. Khalifah Umar R.A. sehingga penggali-penggali itu sendiri ditimpa bencana sebelum dapat menggali. Umat Islam akhirnya sampai masa perlemahan mereka akibat fatwa-fatwa ulama Wahhabiyyah yang mengampu pemerintah sehingga keperluan memahami dan mengamalkan Al-Quran oleh umat dicengkam dan dibekukan. Bahkan pernah ulama-ulama mereka memfatwakan bahawa penggunaan peralatan elektrik di Masjidil Haram adalah dilarang. Tinggallah Masjidil Haram dalam suasana gelap gelita dalam keadaan persekitarannya terang benderang. Kepentingan kekuatan besi yang harus diambil berat oleh umat ini untuk menegakkan agama Tuhan diabaikan begitu sahaja.
Kini apabila umat Islam dibunuh beramai-ramai sehingga mencapai jutaan jumlahnya, tiada pemimpin-pemimpin umat ini sanggup menghadapi musuh bersama iaitu Yahudi Zionis dan Amerika Syarikat. Masing-masing mereka meredhai pembunuhan umat ini atas alasan kempen membenteras pengganas dan sebagainya. Mereka mabuk dengan kekayaan hasil jualan petroleum dan menggunakannya untuk tujuan berbuat maksiat. Akhir bagi kepimpinan mereka akan terjadi sedikit masa lagi apabila mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri merebut tahta pemerintahan mengabaikan umat Islam dianiaya semasa melaksanakan ibadah suci.
iv. Harta Yang Perlu Diperluaskan
Apabila amanah berjaya dipegang oleh kepimpinan yang benar, yang mengamalkan sunnah RasululLah S.A.W. dalam kalangan Ahlul Bait, urusan pengagihan harta akan merata terhadap umat ini. Mereka tidak lagi perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuap rezeki dengan melakukan kerosakan terhadap alam sekitar. Umat ada tanggungjawab darihal mentaati pemimpin dan pemimpin ada tanggungjawab mengambil nasihat imam dalam memelihara rakyat dan seterusnya mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja pemulihan berdasarkan panduan kitab suci yang mereka pelajari. Maka kewajiban umat ini adalah berusaha untuk mendapatkan semula keimaman Ahlul Bait sebagaimana yang diperintahkan supaya unsur-unsur ketamakan yang menguasai pemerintahan dapat dihapuskan sama sekali.
v. Umat Yang Menderita Akibat
Perjanjian Yang Dirobek
Cukuplah dengan mengambil iktibar kekesalan sahabat RasululLah, Muawiyah bin Abi Sufyan R.A. yang memaksa kekhalifahan berada di bawah tangan beliau apabila beliau sendiri gagal mengembalikan kekhalifahan kepada Ahlul Bait sebagaimana yang dijanjikannya sekitar 1400 tahun yang lalu. Lalu amanah kekhalifahan dirampas oleh Yazid, anaknya itu yang memporak perandakan perpaduan umat Islam dengan memungkiri perjanjian memelihara umat ini, sehingga pernah ditentang oleh Ahlul Bait sendiri, akibat tindakan tenteranya. Apabila terdapat dalam kalangan keturunan mereka yang ada hubungan darah dengan Ahlul Bait seperti Khalifah Umar bin Abd. Aziz, mereka membunuhnya dengan meracuninya sehingga menemui ajal. Namun semua yang terjadi adalah ketentuan Tuhan, yang kita semua akan kembali kepadaNya, yang mahu memperlihatkan kepada semua, apakah perkara-perkara kemudharatan yang bakal berlaku apabila amanah ini berada di bawah penguasaan yang lain daripada apa yang diperintahkan? Manusia secara keseluruhannya begitu menderita di bawah ajaran Komunis, Kapitalis, Yahudi, Kristian dan golongan bani-bani yang merampas hak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular
-
Sesuatu yang asing memang ada di bulan, penggunaan tamathil yang dapat bekerja pada persekitaran vakum sememangnya sesuatu yang ...
-
رب اغفرلى و لوالدى و لمن دخل بيتى مؤمنا و للمؤمنين و المؤمنت و لاتزد الظلمين الا تبارا Tuhanku ampunilah olehmu bagiku dan kedua ...
-
ان ربك يعلم انك تقوم ادنى من ثلثى اليل Sesungguhnya Tuhanmu Ia mengetahui bahawasanya kamu, kamu bangun lagi rendah dari dua pertig...
-
فكيف تتقون ان كفرتم يوما يجعل الولدان شيبا Maka bagaimanakah (mungkin) kamu dapat (mengambil langkah untuk) berhati-hati, sekir...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih Suatu keadaan buruk telah berlaku dalam pemerintahan. Keburu...
-
نصفه او انقص منه قليلا Separuhnya atau kurangilah olehmu daripadanya sedikit. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedik...
-
ﻓﻌﺼﻰ ﻓﺮﻋﻮﻥ ﺍﻟﺮﺳﻮﻝ ﻓﺎﺧﺬﻧﻪ ﺍﺧﺬﺍ ﻭﺑﻴﻼ Lalu telah menderhakai (menyalahi) ia oleh Fir'aun akan rasul itu maka telah mengambil Kam...
-
و مكروا مكرا كبارا Dan telah merencana mereka suatu rencana yang sangat besar. "Dan mereka telah menjalankan tipu daya Dengan...
-
ﻭ ﻘﺪﻭﺮ ﺮﺍﺴﻴﺖ Dan periuk-periuk yang tetap kedudukan. dan periuk-periuk yang tetap (berada di atas tungku) Apakah yang dimaksudk...
