DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH
TIADA KEKUATAN TANPA PERPADUAN
TIADA PENGAJIAN TANPA AL - QURAN
TIADA ILMU TANPA AMALAN
TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN
AWAL ITU *** SYARIAT
TENGAH ITU *** TAREKAT
TENGAH ITU *** TAREKAT
AKHIR ITU *** HAKIKAT
Sinopsis
Pondok AL’ JAAFAR sebuah pusat
pengajian yang berkonsepkan pondok tradisional Melayu untuk pengajian
Al-Quran asas dan mula ditubuhkan pada Jun 2006 bertempat di Kampung
Gunung Panjang di dalam daerah Kinta Perak. Nama AL’ JAAFAR diterapkan
atas pengertian, pertama….mengekalkan nostalgia seorang insan yang pada
zaman hayatnya berjuang dalam erti yang tidak tahu susah payah dan
penat lelah. Meneroka setiap daerah untuk tujuan mendirikan sebuah
pondok pengajian demi menyumbang bakti terhadap anak Bangsa dan Agama.
Meredah segala halangan dan tabah menerima segala ujian namun kita
hanya merancang yang menentukan tetap jua ia NYA. Saudara JAAFAR ISMAIL
ialah seorang pendidik yang berwibawa telah kembali kerahmatullah pada
7 Jun 2007 dengan cita-cita yang tidak kesampaian untuk mendirikan
sebuah pusat pengajian. Beliau meninggalkan enam orang anak yang kini
menjadi anak yatim. Bertitik tolak dari sinonim ini maka kami berhasrat
menyambung impian arwah untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian
Al-Quran yang diimpikan beliau. Nama JAAFAR yang kedua diterapkan
lantaran mempunyai hubung kait dengan sejarah pejuang agama Islam di
zaman Khalifah yang empat. Sebagai tanda mengingati para pejuang
terdahulu anak Al-Marhum baginda SAIDINA ALI telah dipilih untuk
menjadi simbol nama pondok pengajian yang dirancang. Jelasnya disini
lembaga pengurusan pusat pengajian yang baru bersepakat mengekalkan
pondok AL’ JAAFAR sebagai nama tetap dan muktamat. Ketepatan nama dan
erti sebuah pondok pengajian adalah lambang kesinambungan dan
permuafakatan untuk anjakan paradigma kepada masyarakat dan pelajar.
Melalui
kata sepakat diperingkat awal penubuhan kelas pengajian diadakan
disebuah rumah yang diamanahkan oleh pemiliknya khusus untuk tujuan
ini. Setahun masa berlalu kelas pengajian Al-Quran beroperasi dan
hasilnya amat membanggakan. Sambutan dan komitmen dari masyarakat
setempat begitu menggalakkan. Kemasukan pelajar baru melebihi dari apa
yang dijangkakan, maka kami sekali lagi terpaksa mencari alternatif
baru untuk membendung situasi ini. Hasil dari permuafakatan itu maka
kami seluruh warga pondok berhasrat untuk membina sebuah penempatan
baru bagi menggantikan pondok pengajian AL’ JAAFAR yang sedia ada.
Objektif
Pondok
pengajian ditubuhkan atas tujuan pendedahan ilmu penghidupan dan
kefahaman beragama kapada anak bangsa. Kaedah yang diguna pakai ialah
menerap dan membudayakan konsep Al-Quran dan As Sunnah untuk dijadikan
pakaian dalam rutin kehidupan seharian. Mempamer dan menunjukkan contoh
gaya hidup sihat dalam kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan
masa kini sehingga berasa selesa dan tidak kekok memperbudayakan
Al-Quran dan As sunnah. Jelasnya kemodenan dunia bukan penghalang untuk
kita terus memperbudaya dan mempelajari Al-Quran. Persaingan yang sihat
perlu kita pelajari, tangani dan mempraktikkan secara berterusan.
Antara perkara yang perlu kita laksanakan ialah mengenali punca masalah
kewujudan jurang perbezaan ekonomi dan sosial diantara kita. Menangani
permasalahan ini adalah tanggungjawab bersama dan perlu dilakukan
secara teratur, bijak dan berterusan. Memonopoli kefahaman dan amalan
dalam kontek berterusan adalah faktor terpenting dalam merealisasikan
objektif ini. Memartabatkan Al-Quran dan As Sunnah serta mengamalkannya
adalah antara laluan yang difikirkan dapat mengurangi dan membendung
fenomena sosial yang begitu berleluasa dimasa kini.
Produk
Dengan
terbinanya penempatan baru ini kami warga pondok yakin dapat melahirkan
masyarakat yang berdedikasi, berkeyakinan diri dan bermoral tinggi
dalam menerapkan pelajaran kefahaman Al-Quran secara sepenuh masa. Kami
juga memuatkan ilmu pengetahuan kefahaman kemasyarakatan bagi para
pelajar menyiapkan diri untuk seiring dengan arus kemodenan. Celik
Al-Quran serta memperbudayakannya mempunyai natijah yang cukup luas
samada dari sudut ilmu, kefahaman, mahu pun agama. Dari sudut
agama…InsyaAllah pondok akan berusaha untuk melahirkan seberapa ramai
pelajar yang hafal Al-Quran dari kalangan Hafiz dan Hafizah, Qari dan
Qariah serta insan yang berkemahiran dalam bidang kefahaman Islam dan
hukum. Dari sudut kenegaraan dan kemasyarakatan… insyaAllah pondok
pengajian juga akan cuba sedaya upaya melahirkan pelajar dan masyarakat
yang berpotensi berwibawa menjadi pelapis dalam apa jua bidang
kehidupan. Kemahiran dan potensi pelajar yang bakal dilahirkan berkait
rapat dengan prasarana semasa. Komitmen dari setiap lapisan masyarakat,
bantuan dari orang perseorangan, bantuan dari ahli-ahli koporat,
syarikat-syarikat mahu pun dari Kerajaan Negeri dan Pusat. Diperingkat
awal bagi pelajar serta masyarakat yang mengikuti kelas pengajian di
pondok ini akan terserlah kewibawaannya melalui nilai kefahaman, budi
bahasa, komunikasi dan pengalaman ilmu ikhtiar hidup. Tanggungjawab
menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai piagam dan moto terhadap
pelajar dan masyarakat akan terlaksana dengan sepenuhnya dengan
sokongan dari setiap lapisan masyarakat … insyaAllah.
Aktiviti
Memandangkan
pelajar hafiz yang tinggal menetap di pondok dan mempunyai ruang waktu
yang cukup untuk berbuat sesuatu aktiviti yang bermanafaat, maka
lembaga pengurusan pondok telah merancang mengadakan beberapa aktiviti
usahawan serta sesuai dengan keadaan dan saranan kerajaan masa kini.
Para pelajar akan diberi pendekatan dan tunjuk ajar dalam bidang
pengendalian penternakan dan pertanian mengikut taraf dan keupayaan
tersendiri. Pelaksanaan subjek ini perlu dipraktikkan demi masa depan
dan dapat merapatkan jurang ekonomi masyarakat dan bangsa yang begitu
jelas dan ketara perbezaanya. Walau pun perancangan aktiviti ini
dilahirkan dengan cara muzakarah dan pakatan, namun sokongan dan
sumbang bakti dari setiap lapisan masyarakat amat diperlukan. Bantuan
modal dari orang perseorangan atau berkelompok sangat diharapkan demi
merealisasikan perancangan aktiviti ini. Aktiviti usahawan yang telah
dirancang dan sudah bergerak mula adalah seperti berikut:…
1. Ternakan Kambing Kampung
2. Ternakan Ayam Kampung
3. Ternakan Ikan Keli
4. Tanaman Sayur-Sayuran
Ternakan
kambing telah pun dimulakan dalam kuantiti yang kecil sebagai percubaan
dan mengkaji kaedah-kaedah yang terbaik untuk diternak secara
komersial. Ternakan percubaan ini telah dimulakan dari bulan Januari
2009 dan membuahkan hasil dari sudut ilmu pengetahuan, ilmu
permasalahan perternakan dan ilmu pengalaman pengendalian ternakan.
Memandangkan persaingan global masa kini maka kami pihak pengurusan
pondok berpendapat bahawa aktiviti ternakan ini boleh diperbesarkan dan
boleh mendatangkan hasil yang lumayan dari sudut ekonomi dan berdaya
saing melahirkan usahawan-usahawan yang berpotensi. Demi merealisasikan
rancangan ini kami seluruh warga pondok berharap kiranya ada orang
perseorangan atau pun syarikat-syarikat yang sudi untuk membantu serta
melabur demi menambah bilangan kambing yang tersedia ada.
Kaedah pelaburan ternakan kambing
Semua
pelabur diberi mandat dan vito untuk memantau perkembangan dan prestasi
kerja yang dilaksanakan oleh anak-anak pondok demi memastikan aktiviti
ini dilakukan secara telus. Walau pun anak pondok diasuh dengan nilai
Al-Quran namun pemantauan perlu diadakan dari masa kesemasa…
InsyaAllah…para pelabur tidak akan mengalami kerugian andai kata
wujudnya kerjasama antara pelabur dan pengendali kerja. Para pelabur
akan mendapat imbalan dari pelaburanya melalui sistem PAWAH. Pelaburan
asal adalah milik pelabur dan anak dibahagi dua iaitu pelabur dan
pondok. Bahagian pondok akan dibahagi dua iaitu sebahagian untuk anak
pondok yang berkerja dan sebahagian untuk pentadbiran pondok. Dari
sudut penghidupan, pelabur akan mendapat keuntungan berbentuk kewangan
dan dari sudut yang lain pelabur secara langsung telah menyumbang
bantuan kapada penubuhan pondok.
Kaedah pelaburan ternakan Ayam Kampung
Ternakan
ayam kampung juga telah pun dimulakan dalam kuantiti yang kecil di
dalam kawasan pondok. Harapan kami juga semoga ada kiranya para pelabur
sudi melabur untuk tambahan bagi bilangan ayam yang tersedia ada. Dalam
aktiviti ini pelabur diberi mandat dan vito untuk untuk menjadi
pemborong dan menjual hasil yang di usahakan oleh anggota pondok selagi
mendatangkan kebaikan dikedua belah pihak. Hasil pelaburan dari
aktiviti ini juga akan dibahagikan mengikut sistem pawah.
Kaedah pelaburan Ternakan Ikan Keli
Ternakan
ikan keli sedang dalam kajian dan masih menunggu pelabur yang ingin
melabur. Pihak pondok hanya mampu menyediakan tempat kolam ternakan
untuk tujuan ini dan tenaga kerja. Prasarana kolam dan pemasaran hasil
dari aktiviti ini adalah milik pelabur.
Kaedah pelaburan dalam bidang Pertanian
Tanaman
sayuran adalah diutamakan dalam subjek ini, aktiviti ini telah pun
dipraktikkan secara kecil-kecilan dan hasilnya hanya mampu dijadikan
penampungan makanan seharian. Andaikata ada pelabur mendambakan hasil
dari aktiviti ini dan berminat untuk memperbesarkannya maka kami
sangatlah berbesar hati dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
"SABAR MENANTI KEDATANGANNYA"
Untuk Maklumat Lanjut :
Sila ke ....
FB Page : Pondok Al-Jaafar
Instagram : pondok_al-jaafar