و من فى الارض جميعا ثم ينجيه
Dan sesiapajua pada bumi itu semua sekali, kemudian ia (terpilih untuk) diselamatkan.
dan juga sekalian makhluk Yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
i. Baru Ia Tahu Erti Mementingkan Diri Sendiri
Namun adakah usaha penebusan yang diangan-angankan oleh manusia yang berdosa itu berbaloi? Ke manakah sebenarnya setiap mereka mahu diselamatkan. Adakah ke stesen-stesen angkasa yang telah mereka lemparkan tali yang panjang kepadanya? Ataukah ke pusat-pusat perlindungan yang terdapat di bawah lapisan kerak bumi? Adakah ruang-ruang yang terdapat di sana mencukupi untuk menampung sejumlah manusia? Namun apakah sebenarnya bentuk azab yang sebegitu rupa, sehingga setiap individu akan mementingkan dirinya sendiri?
Bukankah mereka selama hidup di dunia ini dahulunya sentiasa mementingkan diri mereka sendiri? Mereka mencipta suatu bentuk kehidupan yang kononnya menyediakan tempat-tempat kediaman yang selesa kepada manusia lain, walhal penghujung rancangannya adalah, mereka mahu kepentingan diri mereka sendiri diutamakan. Tidak cukupkah dengan kedurjanaan mereka selama ini mempertahankan kepentingan mereka sehingga mengakibatkan kemusnahan alam serta menggugat kehidupan sosial manusia yang lain? Sehingga datang azab Tuhan, mereka masih mahu supaya semua manusia lain dikorbankan sebagai tebusan supaya mereka sahaja yang akan selamat.
ii. Kaedah Menyusur Ke Silam
Susunan ayat adalah sedemikian rupa sehingga, kejadian akhir disebut terlebih dahulu dengan segala keadaan yang mengerikan. Selanjutnya dinyatakan rentetan peristiwa yang mengakibatkan kejadian sedemikian suatu masa nanti yang pasti terjadi. Gunanya adalah untuk menarik minat kepada umat supaya mahu mendengar wahyu Tuhan melalui RasulNya. Kaedah ini dinyatakan sebagai kaedah ‘menyusur ke silam’ atau ‘flashback’. Kaedah ini juga yang pernah digunakan oleh kebanyakan daripada pengeluar-pengeluar filem yang berjaya meraih kutipan tayangan yang besar. Contoh filem-filem yang berjaya menjejaki kaedah sedemikian adalah seperti Titanic, Day After Tomorrow, Emily Rose dan tidak lupa juga filem tempatan seperti Kekasih Awal dan Akhir dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah.
No comments:
Post a Comment