SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Friday, July 5, 2019

ALLAH BERSENDIRIAN MEMERINTAH ALAM


ﻻ ﻦ ﻞ ﺓ ﻰ ﺖ ﻭ ﻻ ﻰ ﺽ        

Tidak mereka memiliki seberat zarahpun pada langit-langit itu dan tidak (pula) pada bumi,

Mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi,

Mereka Sebenarnya Tiada Kekuasaan


Kiranya mereka mengetahui hakikat sebenar, mereka akan menyedari bahawa mereka tidak memiliki apa-apapun jua di alam ini. Mereka yang diangkat sebagai saintis, tidak pernah berjaya untuk melakukan apa-apapun perubahan yang dapat membawa pemulihan kepada keadaan cuaca bumi ini. Mereka yang diangkat sebagai pemimpin, tidak pernah berjaya untuk menjurus umat yang berada di bawah pentadbirannya, memilih cara hidup dengan cara mensyukuri nikmat Tuhan sehingga keharmonian hidup dapat dilalui. Bahkan kebanyakkan pemimpin itu sendiri memilih untuk menipu rakyat pimpinan di bawahnya. Di sana sini akhirnya kita dapat mendengar keadaan ekonomi yang semakin parah sehingga kesejahteraan hidup umat semakin tergugat dan umat hidup dalam kebimbangan.   

Bahkan mereka yang dianggap sebagai ilmuan agama didapati semakin keliru dalam memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada umat. Mereka keliru terhadap peranan masjid, keliru dengan cara kutipan dan pengagihan wang zakat, keliru dalam menetapkan perkara halal dan haram dalam pemakanan, dan perkara utama sekali, mereka hilang kaedah dalam usaha menyelamatkan ekonomi setiap umat. Pengalaman hampir 1000 tahun, usaha ulama-ulama silam dalam usaha memberi tunjuk ajar tentang cara mana umat terdahulu bermuamalah, dilupakan begitu sahaja. Kaedah ekonomi Barat yang menyesatkan yang pasti akhirnya membawa kemusnahan, dianggap paling tepat untuk dituruti dan diusaha untuk disalin bulat-bulat supaya umat ini mematuhinya. Kerajaan silam dahulu telah menempuh tempoh pembentukannya selama berkurun-kurun, sedangkan kerajaan ini yang dibentuk belumpun sampai satu kurun, kini semakin menuju ke arah kemusnahan.




1 comment:

  1. I would like to know about "in the end,at Mashar,if we have "Guru",we will be together with him to be straightly to Heaven." but if my Guru is not a Mursyid person,i wonder how will it be.......always accept everything and anything,so which part at my Guru that describe "Murshid"???

    ReplyDelete

Popular