الا على ازواجهم او ما ملكت
ايمانهم فانهم غير ملومين
ايمانهم فانهم غير ملومين
Melainkan ke atas pasangan-pasangan sah mereka atau apa yang dimiliki oleh kedua tangan mereka maka sesungguhnya mereka bukan yang tercela.
kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, maka Sesungguhnya mereka tidak tercela;
i. Perkara Yang Menjimatkan
Perbelanjaan Negara
Demikian itulah batas-batas hubungan kelamin yang dibenarkan. Agar dengan demikian zuriat yang lahir hasil daripada hubungan kelamin terkawal, akan ada pihak yang bertanggungjawab ke atasnya. Perkara sedemikian tentunya menjimatkan perbelanjaan negara. Negara tidak perlu mengeluarkan peruntukan yang banyak semata-mata untuk membina pusat-pusat asuhan untuk mendidik anak-anak luar nikah. Ibubapa memegang tanggungjawab dengan suka rela sehingga mereka akan bekerja di samping membangunkan ekonomi negara.
ii. Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar
Sebagai ganti kepada peruntukan wajib sedemikian, dapat negara salurkan untuk tujuan lain bagi kerja-kerja pemulihan alam sekitar serta mewujudkan aktiviti-aktiviti keharmonian masyarakat. Di sesetengah negara Barat, pihak pemerintah terpaksa mengeluarkan biaya yang besar untuk mengambil berat tentang anak-anak yang terhasil daripada hubungan haram. Mereka dapat membayangkan nasib generasi pada masa akan datang yang akan menghadapi situasi lebih parah lagi sehingga diwujudkan kempen-kempen keluarga bahagia. Bahkan ibu-ibu sah yang melahirkan anak diberi cuti beberapa bulan lamanya dan si ayah diberi cuti istimewa beberapa minggu untuk sama-sama mengambil berat tentang bayi baru mereka.
iii. Status Hamba Yang Menjadi Kritikan Pihak Barat
Pihak Barat dengan lantang menggembar-gemburkan prinsip-prinsip kebebasan individu serta hak kebebasan manusia melalui konvension Geneva. Sungguh melucukan! Adakah benar rakyat di negara mereka dapat dikatakan bebas? Bebas memberi pendapat? Bebas bermaklumat dan bebas memilih?
Kebanyakan mereka memilh menjadi hamba untuk
kepentingan pihak tertentu tanpa mereka sedari.
Sistem perhambaan yang paling kejam adalah apabila seseorang itu tidak menyedari bahawa ia sebenarnya adalah hamba dan banduan, bekerja untuk sang tuan yang ia tidak ketahui dan menjadi penghuni penjara di balik jeriji besi tidak kelihatan. Agama Islam tidak pernah menjanjikan kebebasan mutlak. Seseorang itu seharusnya adalah hamba kepada Tuhan yang menciptanya dan banduan dalam penjara dunia tanpa sempadan. Hakikat bebas sebenarnya adalah apabila seseorang berjaya keluar dari penjara tubuhnya menempuh ketenangan hakiki dan kembali kepada Tuhan dalam keadaan redha diredhai. Dengan termaktubnya konvension Geneva tentang hak asasi manusia terbukti tidak dapat mencegah aktiviti perhambaan. Buktinya, Amerika Syarikat selaku pejuang hak asasi manusia, tidak melakukan apa-apa terhadap tentera-tenteranya yang melakukan jenayah kemanusiaan, yang melayani tahanan di penjara Iraq lebih buruk daripada layanan terhadap binatang. Sesiapapun tidak dapat menafikan perkara ini. Bagaimana pula dengan perhambaan dalam bentuk yang lain? Oleh itu, perkara yang harus diakui adalah, bahawa perhambaan sentiasa wujud tanpa mengira zaman dan masa, walau di mana jua, walau di mana negara, walau apapun jua peraturan yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment