Sesuatu yang asing memang ada di bulan,
penggunaan tamathil yang dapat bekerja
pada persekitaran vakum sememangnya
sesuatu yang masuk akal.
Berdasarkan video di atas, terdapat dakwaan wujud struktur di bulan dan perkara ini menjadi tidak mustahil sekiranya khidmat tamathil digunakan untuk membinanya. Namun siapakah yang terlibat dalam agenda ‘konspirasi’ ini? Apabila kajian-kajian lebih lanjut dilaksanakan oleh ahli-ahli teori konspirasi, terdapat dakwaan-dakwaan yang pada pandangan masyarakat biasa sebagai tak masuk akal. Dakwaan itu ialah terdapat aktiviti di bulan yang melibatkan entiti tertentu yang kiranya dibuktikan benar tentunya mencabar pendakwaan yang dibuat oleh pihak Barat tentang penjelajahan angkasa lepas yang kononnya telah dipelopori oleh mereka.penggunaan tamathil yang dapat bekerja
pada persekitaran vakum sememangnya
sesuatu yang masuk akal.
Kita juga harus ingat bahawa dalam pentadbiran bangsa jin, mereka telah biasa menggunakan tamathil untuk melaksanakan agenda mereka. Peristiwa perhambaan bangsa jin kepada Nabi Sulaiman A.S. memberi gambaran bahawa mereka telah cukup canggih dalam bidang ini berbanding manusia. Setelah melalui suatu tempoh masa sehingga kini, manusia masih terkial-kial dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan makhluk tamathil yang mereka perlukan untuk pelbagai tujuan. Kajian demi kajian dijalankan sehingga ke peringkat penghasilan organ tertentu melalui teknologi bio sintetik. Tentunya dalam beberapa tahun mendatang, kita akan biasa mendengar tentang cyborg, organisma siber-sintetik atau sibernetik dan mungkin juga sehingga ke peringkat dapat berhubung secara telepati antara pengendali dengan barang-barang rekaan mereka itu. Bagaimana pula kalau penulis nyatakan bahawa teknologi seperti ini telah sedia wujud dan telah menjadi suatu yang di luar pengetahuan manusia biasa selama ini?
Daripada pengklonan sehinggalah penghasilan
organ bio-sintetik, projek penghasilan tamathil
berasaskan bahan organik seperti ini sedang
giat dimajukan.
organ bio-sintetik, projek penghasilan tamathil
berasaskan bahan organik seperti ini sedang
giat dimajukan.
Oleh itu pendedahan tentang teknologi asing seperti ini adalah sesuatu yang berkemungkinan besar akan terjadi ke dalam masyarakat manusia dalam beberapa dekad lagi. Dan tidak hairan kiranya pada masa itu, manusia telah menempati angkasa lepas secara berduyun-duyun sebagai tempat rekreasi sementara dan juga pengembaraan menggunakan makhluk tamathil telah menjadi suatu yang lumrah.
No comments:
Post a Comment