SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Thursday, September 7, 2017

SURAH AL-MUZAMMIL AYAT 17 -- BENCANA YANG MULAI TERJADI APABILA ANAK-ANAK MUDA MULA BERUBAN


فكيف تتقون ان كفرتم
يوما يجعل الولدان شيبا

Maka bagaimanakah (mungkin) kamu dapat (mengambil langkah untuk) berhati-hati, sekiranya telah ingkar kamu akan suatu hari yang ia jadi anak-anak muda itu beruban.

(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari Yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

i.    Sikap Manusia : Tunggu Bencana 
      Baru Buat Kajian

Sifat manusia biasanya suka meneliti, apabila suatu kejadian buruk itu telah berlaku, seterusnya barulah dikaji sebab-sebabnya. Namun mereka tidak mahu mengkaji, mengapa suatu kejadian buruk itu tak jadi berlaku? Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil? Mungkin mereka berpendapat mengkaji sesuatu yang telah berlaku adalah lebih mudah disebabkan terdapat banyak inferen yang dapat diungkapkan. Namun mempertimbangkan sejumlah inferen yang mungkin menjadi penyebab berlaku, sehingga mengakibatkan perdebatan, adalah suatu perbuatan yang memerah minda sehingga mengakibatkan pengkaji-pengkaji muda beruban apatah lagi untuk mereka yang berumur. 

Dengan mengambil langkah berhati-hati menurut panduan Tuhan, akan lebih memudahkan kerja pengkajian. Sebagai contoh manakah yang lebih baik? Menunggang kenderaan pada malam yang gelap dengan lampu yang disuluh sendiri oleh kenderaan itu, atau berkenderaan dengan suasana malam yang diterangi oleh lampu-lampu yang tersedia ada di tepi-tepi jalan? Begitulah, adalah lebih mudah melakukan kerja dengan panduan tersedia berbanding melakukan kerja yang manusia tercari-cari penyelesaiannya. Inilah panduan Tuhan yang amat menggalakkan manusia memikirkannya supaya suatu kebarangkalian kejadian buruk dapat dikurangi. Tuhan yang mencipta alam ini, Tuhan yang menyempurnakan ciptaan yang telah dicipta, adalah Maha Mengetahui cara mana manusia harus menempuh pekerjaan yang harus ia lalui.  

ii.   Al-Quran : Manual Transkrip 
      Tatacara Hidup

Al-Quran adalah manual transkrip tatacara hidup. Mengambilnya adalah suatu petunjuk, penunjuk yang memudahkan jalan hidup dan meninggalkannya menyebabkan manusia tercari-cari jalan hidup yang tentunya menempuh jalan sukar (sesat). Ayat ini juga menjurus kepada kefahaman bahawa keingkaran manusia yang berterusan sehinggalah sampai kepada hari berlakunya kejadian tanah jerlus dan keruntuhan gunung adalah disebabkan oleh kerja-kerja kerosakan yang dilakukan oleh manusia. 

Sekiranya sebatian azo dan karbon dioksida yang terkandung dalam minuman coca cola mampu membuatkan ikatan konkrit menjadi lemah, asid urik dalam urin dapat menghancurkan simen yang kukuh, bagaimanakah pula kesan semua ini terhadap batuan gunung dan ikatan tanah sehingga mengakibatkan keruntuhan gunung? Kajian alam sekitar menunjukkan manusia menyumbang sekitar separuh daripada penyingkiran bahan cemar ini, sama ada secara tabii atau melalui aktiviti perkilangan dan aktiviti ini berlaku dengan hebat sekarang ini. Antara bahan yang disingkirkan sebagai bahan buangan ialah ammonia yang disingkirkan oleh hati yang kemudiannya bersatu dengan karbon dioksida membentuk sebatian konjugat urea.

Ammonia adalah ejen penurun yang hebat yang dikumuhkan dan tidak harus diambil semula oleh seseorang. Penyingkiran ammonia memerlukan tenaga dan perkara yang kurang difahami oleh ahli biokimia iaitu mengapakah tenaga yang harus dimanfaatkan oleh tubuh terpaksa di'bazir'kan untuk tujuan pembuangan? Ammonia yang banyak terdapat dalam tubuh, mampu melakukan tindak balas penurunan sehingga memudarkan warna kulit menjadi lebih pucat dan tua serta rambut yang baru tumbuh menjadi beruban. 

iii.   Penyebab Keruntuhan Dan Rambut Beruban

Ammonia banyak digunakan dalam industri pemakanan sebagai contoh dalam proses sintesis perasa monosodium glutamate (MSG). Untuk mengimbangi pengambilan diet mengandungi bahan-bahan seperti ini, bahan anti pengoksidaan yang kuat diperlukan oleh tubuh seperti teh hijau, limau kesturi dan buah jingko, hanya elakkan pengambilan drug. Begitu juga dalam proses Soy untuk penghasilan soda, ammonia ditindakbalaskan dengan karbon dioksida membentuk soda. Soda digunakan dalam sebagai bahan tambah ais krim, bahan tambah pembuatan kek dan juga untuk tujuan minuman.   

 Pengambilan soda dalam pemakanan
sering dikaitkan dengan masalah otak.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan soda dalam pemakanan mengakibatkan golongan remaja menjadi liar, sukar dikawal dan banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif yang dapat merosakkan mereka serta masa depan mereka. Pengambilan bahan pemakanan yang menggunakan ammonia harus dikawal rapi. 


Kejadian maahad dibakar sehingga mengorbankan ramai 
pelajar, dikatakan dilakukan oleh sekumpulan remaja liar. 

Sebenarnya ammonia banyak diperolehi dalam bangkai dan bahagian tubuh yang bernanah. Ammonia tidak harus digunakan sebagai bahan tambah makanan secara intensif tetapi untuk tujuan lain seperti penghasilan fabrik dan juga larutan pencuci. Ammonia yang terbebas ke atmosfera akibat penggunaan yang tidak rapi, menjadi penyebab kepada kejadian gangguan cuaca yang memudharatkan. Ammonia dapat bertindakbalas dengan wap asid nitrik atau asid sulfurik atau asid fosforik yang terdapat di ruang angkasa mengakibat kejadian penyejukan lampau serta melatakan kejadian hujan lebat, ribut, kilat-kilat besar serta taufan sehingga mengakibatkan kerosakan besar terhadap struktur mukabumi ini. 


Kejadian bencana alam seperti ini di mana-
mana jua, adalah natijah daripada penggunaan
baja berlebihan daripada baja sintetik
ditambah lagi dengan pembebasan
haba berlebihan ke atmosfera.

Sekalipun penulis menekankan penyalahgunaan ammonia, penulis tidak menafikan kesan-kesan lain yang membawa akibat penyakit kepada tubuh manusia seperti memakan terlalu banyak daging merah serta pengambilan makanan-makanan laut daripada jenis sesiput. Bahkan terdapat juga gas-gas lain selain daripada ammonia yang dapat membawa akibat kemusnahan alam seperti metana, kloroflorokarbon dan juga isotop-isotop radioaktif sama ada yang dihasilkan melalui proses tertentu atau yang segalajadinya terhasil.




No comments:

Post a Comment

Popular