Kemodenan dunia bukan penghalang kita memperbudaya dan mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah, dalam melayari rutin kehidupan seharian sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi.
i. Membaca Al-Quran Secara Deretan Demi Deretan (Beransur-ansur) ii. Bukan Secara Lompatan Demi Lompatan 73:05 Qiyamul Layl Untuk Menerima Perkataan Yang Berat i. Berat Pada Sudut Kesan ii. Perkara Yang Tidak Harus Mereka Lakukan 73:06 Tumpuan Malam Adalah Lebih Kuat i. Berfikir Rahsia Penciptaan Alam ii. Al-Quran Yang Diagih-agihkan iii. Kembali Kepada Satu Iaitu Al-Quran iv. Faktor Yang Menggagalkan Persediaan Untuk Bangun Malam 73:07 Siang Yang Panjang i. Lakukan Perkara Lain Waktu Siang ii. سبحا طويلا Dua Bentuk Terjemahan Yang Berbeza iii. Kepelbagaian Tafsir Dan Terjemahan 73:08 Perbanyakkan Zikir Mengingati Nama Tuhan i. Bangun Malam Untuk Menelaah Al-Quran dan Menyebut Nama Tuhan ii. Pertolongan Diperolehi Dengan Banyak Mengharap Kepada Tuhan Tuhan Yang Menguasai Segala Sesuatu 73:09 Tuhan Yang Menguasai Timur Dan Barat i. Penyerahan Hanya Kepada Tuhan Semata-mata ii. Musuh Yang Sedang Memerangi Masa Depan iii. Bantuan Tuhan Yang Tidak Terduga iv. Akhirnya Mereka Terpaksa Memilih Jalan Berlembut 73:10 Lakukan Kerja Yang Diperintahkan dan Bersabar i. Bersabar Terhadap Kepimpinan Yang Buruk ii. Permasalahan Yang Muncul Kini 73:11 Tinggalkan Golongan Pendusta – Sesat - Untuk Mereka Bersama Tuhan, Menanggung Beban i. Bebani Aku dan Golongan Pendusta Itu ii. Beban Yang Bertambah-tambah 73:12 Lingkaran Kehidupan Yang Memeritkan
i. Lilitan Dalam Kehidupan ii. Lilitan Kehidupan Yang Akan Kembali iii. Pembolotan Yang Menyusahkan Rakyat
i. Contoh Pemakanan Sekeluarga ii. Penguatkuasaan Yang Kurang Berkesan iii. Kesan Bahan Tambah Yang Dapat Membawa Kemudharatan iv. Trend Pengambilan Makanan Masakini v. Manipulasi Pasaran Dan Riba – Pengaruh Terhadap Industri Makanan
i. Projek-projek Kerajaan Fir'aun Yang Merosakkan ii. Sejarah Kehancuran Projek-Projek Fir'aun Lantaran Penggunaan Baja Berlebihan iii. Bencana Akibat Keingkaran Fir'aun
73:16 Tuhan Yang Telah Merancang Bencana Ke Atas Fir'aun i. Nabi Musa A.S. Adalah Bekas Kakitangan Kerajaan Fir'aun ii. Mukjizat Tuhan beserta Peranan Bahan Perosak Alam 73:17 Bencana Mulai Terjadi Zaman Anak-anak Muda Mula Beruban i. Sikap Manusia, Tunggu Bencana Berlaku Baru Buat Kajian ii. Al-Quran : Manual Transkrip Tatacara Hidup iii. Penyebab Keruntuhan Dan Rambut Beruban 73:18 Langit Berkecai Berai Lantaran Bahan Penyebab Uban Pada Rambut Anak-anak Muda i. Penyebab Makanan Yang Menyumbat, Juga Penyebab Anak-anak Muda Beruban Juga Penyebab Kepada Kejadian Gunung Runtuh dan Langit Berkecai ii. Peranan Ejen Penurun atau Peluntur Hebat iii. Janji Tuhan Kejadian Tanah Jerlus, Gunung Runtuh Pada Zaman Anak-anak Muda Beruban iv. Mengapakah Pula Ammonia? v. Ammonia dalam Tubuh vi. Penyelesaian Terhadap Pencemaran Ammonia vii. Tanda-tanda Terdapat Lebihan Ammonia Di Atmosfera viii. Mudharat Wap Ammonia Dalam Jangkapanjang ix. Ammonia dan Masa Depan Bumi
Barang kali, pembaca merasa suatu yang asing lantaran penerangan daripada surah ini yang sedemikian rupa. RasululLah S.A.W. sendiri akan sentiasa menyampaikan apajua yang diketahui baginda dan As-Sunnah adalah menjadi suatu rujukan kefahaman RasululLah S.A.W. daripada ayat-ayat Tuhan, begitu juga dengan penulis. Memperolehi kaedah kefahaman atas pembacaan yang menjurus kepada suatu takwil atau penafsiran adalah suatu kerja yang sukar dan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Penulis benar-benar memohon keampunan daripada Allah, terhadap apajua yang benar daripada penerangan-penerangan yang telah dibuat apatah lagi sekiranya mengandungi kesalahan atau kesamaran. Pintu muzakarah sentiasa dibuka supaya pengajaran yang benar benar-benar diperolehi daripada ayat-ayat Tuhan, sekiranya diizinkanNya. Sama-sama kita mencari suatu kesepakatan dalam beriman kepada ayat-ayat Tuhan. Bukankah Dia perintahkan supaya umat ini bersatu padu dengan Al-Quran?
Sekiranya penerangan surah-surah sebelum ini, membawa pembaca kepada huraian yang melibatkan golongan kapitalis serta penglibatan pemanipulasi-pemanipulasi kewangan seperti golongan Mason, serta perancangan mereka untuk menguasai pemerintahan di bumi ini; pembaca sebenarnya tidak harus khuatir kerana Tuhan Maha Mengetahui akibat perancangan mereka. Mereka akan mengakibatkan kerosakan besar kepada bumi ini, sehingga akhirnya kebanyakan daripada manusia menyedari perkara yang berlaku dan mereka akan kembali memilih petunjuk Tuhan untuk memperbetul kembali kehidupan mereka. Kehidupan yang selama ini telah mengakibatkan kepincangan-kepincangan sehingga membawa akibat yang buruk. Hari ini mungkin menjadi masalah kepada pembaca untuk menyampaikan mesej daripada perutusan Tuhan kepada manusia namun, keperitan yang mereka alami akan menyebabkan seruan dakwah yang pembaca sampaikan kepada mereka akan diterima dengan hati terbuka. Mudah-mudahan perkara sedemikian akan terjadi dengan izin Tuhan.
Antara Perkara Yang Perlu Dilakukan
Terdapat pengajaran yang disebutkan dalam Surah Jin darihal kesediaan umat ini dalam menghadapi fitnah Dajjal, yang akan hadir dalam kehidupan manusia dalam sedikit masa lagi. Perkara utama yang harus didahului adalah dengan membersihkan sebarang rumah ibadat daripada unsur-unsur kesyirikan. Rumat ibadat tidak harus dihalang untuk dijadikan tempat bagi mengingati seluruh ayat-ayat kitab suci, apatah lagi suatu perintah itu mungkin dianggap sebagai tidak mesra pemerintah.
Namun apakah lagi pengisian yang harus dilakukan setelah rumah ibadat dapat dilepaskan daripada unsur-unsur kesyirikan? Antara perkara yang diperintahkan adalah untuk membangunkan projek Qiyamul Layl. Projek Qiyamul Layl adalah bertujuan untuk menelaah Al-Qur'an berdasarkan disiplin turutan demi turutan. Pada siang harinya seseorang itu digalakkan mengingati Tuhan berdasarkan nama-namaNya dari pagi hingga ke petang. Dengan lain perkataan, projek ini adalah bertujuan supaya setiap individu kembali kepada mengingati Tuhan sepanjang masa dan juga sentiasa berusaha berfikir darihal ayat-ayat Tuhan. Inilah perubahan masyarakat Islam zaman RasululLah S.A.W. iaitu berubah daripada kehidupan lagha kepada kehidupan lebih bererti. Daripada kehidupan tanpa panduan kepada kehidupan berpandukan panduan Al-Qur'an. Namun dalam hal ini pendekatan kefahaman tentang Al-Qur'an adalah berbagai-bagai menurut kaedah pengajian setempat.
Jadi adakah harus kita meletakkan ukuran, bahawa kaedah kita adalah yang terbaik sehingga menidakkan kaedah yang diperkenalkan oleh kumpulan lainnya? Setiap kita harus meletakkan keyakinan bahawa setiap kaedah yang masing-masing lalui, adalah dalam ruang lingkup usaha kita dalam mematuhi perintah Tuhan dan bukannya atas tujuan sampingan yang lain. Telah menjadi budaya dalam pengajian pondok di Indonesia, mereka melaksanakan aktiviti saling menziarahi sesame mereka. Bukan sahaja mereka dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, bahkan mereka dapat berkongsi kefahaman mereka, tentang satu-satu perintah Tuhan, agar keberkatan dalam menjalani kehidupan dapat dinikmati bersama.
Antara Perkara Yang Perlu Dihindari
Kita sebenarnya masih dikhayalkan dengan
sesuatu sehingga kita binasa ... walhal riwayat
kehidupan ini sebenarnya telah hampir tamat.
Surah yang diturunkan pada awal kerasulkan ini, menjurus kepada perkhabaran perkara yang pasti akan terjadi dan panduan langkah persiapan yang harus dilakukan oleh golongan beriman.
Kiranya surah-surah yang dibincangkan sebelum ini adalah tentang teguran kepada umat manusia beserta alasan-alasan munasabah, surah Al-Muzammil pula, memberitahu tentang akibat yang pasti bakal terjadi kiranya umat manusia masih berdegil dengan mengekalkan cara berkehidupan mereka.
Golongan beriman pula tidak diarahkan untuk cepat-cepat 'melompat' dengan beria-ia benar memberitahu golongan ingkar terhadap perkara yang pasti bakal terjadi. Mereka sebaliknya harus membuat persiapan rapi, agar bencana yang bakal menimpa golongan ingkar itu, tidak akan mengenai diri-diri mereka secara terus. Bencana sebenarnya mungkin turut mengenai mereka dan adalah diharap, kesan yang berlaku terhadap mereka adalah minimum.
Antara persiapan yang harus dilakukan adalah darihal kemandirian hidup. Siap siaga dalam bentuk keperluan hidup seperti makanan, ubatan dan kediaman yang dijangka dapat menyediakan tempat yang lebih selamat. Persiapan mereka haruslah sesuatu yang dapat disesuaikan mengikut suasana setempat. Surah Al-Muzammil memberi amaran perkara besar yang bakal terjadi. Berikut adalah senarai perkara yang dijangka bakal mengenai setiap individu yang kurang berhati-hati:- i. Tahap kesihatan yang semakin merosot akibat terlalu banyak pengambilan pemakanan yang mengakibatkan sumbatan. ii. Keadaan dan aktiviti udarakasa yang semakin mendatangkan bencana. iii. Pergerakan tanah dan keruntuhan bukit bukau. iv. Perubahan (naik dan turun) suhu bumi yang mendadak. Sebagaimana yang pernah disebutkan sebelum ini, persediaan mula untuk mendapatkan bekalan makanan secara berterusan telah dimulai di Pondok Al Jaafar. Namun kami memerlukan idea berpanjangan yang berkesan, sama ada melalui 'brainstorming' dengan hujah-hujah perlu dan/atau berlandaskan ajaran yang diperolehi daripada Al-Qur'an. Dalam surah-surah selanjutnya selepas ini, akan memperincikan setiap tindakan yang perlu dilakukan yang disertai dengan penerangan ilmiah terhadap pilihan yang dibuat. Antara perkara yang perlu dipelajari serta dipraktikkan adalah dengan merujuk kepada perkara-perkara asas kesiap-siagaan dalam menghadapi peristiwa luar jangka. Dalam hal ini, sekurang-kurangnya persediaan mental diperlukan dan pelajaran terhadap persiapan sedemikian dapat dipelajari di media massa seperti di Youtube dan sebagainya. Antara perkara-perkara yang harus dititik beratkan adalah
i. Persediaan kewangan
ii. Persediaan darihal kemudahan kesihatan,
iii. Persiapan pemakanan yang dapat bertahan lama
iv. Perbekalan air bersih dan udara bersih yang berpanjangan
Dan minta ampunlah oleh kamu akan Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kesediaan untuk beristigfar kepada Tuhan bukan sahaja atas perkara-perkara kebaikan atau lantaran mengamalkan suatu amalan yang dirasakan benar apatah lagi sekiranya seseorang itu telah melakukan suatu kesalahan. Dalam memburu keredhaan Tuhan, perkara yang paling penting adalah sentiasa beristighfar serta menyatakan taubat kepada Tuhan terhadap apajua amalan yang dilakukan oleh seseorang.
Dan apa-apa yang kamu sediakan untuk diri kamu sendiri daripada kebaikan, kamu dapati akannya di sisi Allah adalah baik dan lebih besar ganjaran.
dan (ingatlah), apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
-sebagai balasan Yang sebaik-baiknya dan Yang amat besar pahalaNya.
Apakah yang lebih besar daripada rentetan ganjaran kebaikan yang Tuhan kurniakan terhadap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan dunia ini? Dalam usaha membaca ayat-ayat Al-Quran, seseorang digalakkan untuk bangun pada waktu malam dengan mengambil sedikit masa untuk tidur. Tujuannya adalah untuk mendapatkan waktu-waktu tenang supaya pembelajaran Al-Quran dapat diperlaku dengan teliti. Pun begitu Tuhan telah memberi panduan dalam melakukan pembacaan Al-Quran secara tartil iaitu deretan demi deretan sehingga setiap ungkapan ayat dapat difahami. Ayat-ayat Al-Quran perlu dihubungkan antara satu ayat dengan ayat-ayat berikutnya lantaran terdapatnya hubungan antara ayat-ayat tersebut, yang membentuk himpunan ayat. Penulis dalam mengambil pelajaran telah meletakkan disiplin ambilan ayat secara sedemikian sehingga kefahaman ayat dapat diungkapkan berdasarkan kaedah seperti ini sehingga membawa kepada penemuan-penemuan baru.
Maka bacalah olehmu apa yang kamu mudah daripadanya dan tegakkan olehmu kesinambungan solat dan berilah olehmu penyucian zakat dan pinjamkanlah olehmu akan Allah suatu pinjaman yang baik.
maka bacalah mana-mana Yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas).
Berkali-kali diperintahkan supaya membaca Al-Quran sehingga mendahului perintah-perintah lain. Pembacaan Al-Quran sehingga membawa kepada penghafazan dan dapat dibawa dalam solat diikuti dengan mengeluarkan harta untuk golongan yang memerlukan serta untuk perjuangan di jalan Allah. Pada peringkat permulaan daripada perkembangan Islam, belum ada lagi solah fardu yang ditentukan waktu-waktunya. Dakwah RasululLah S.A.W. menyampaikan Al-Quran (bukan perkara-perkara lain) kepada para sahabat adalah pada waktu malam di rumah Arqam bin Abi Arqam.
Penyampaian pengajaran ini adalah sehingga lewat malam. Para sahabat menyambung pengamalan dengan menghafaz bacaan Al-Quran yang diperolehi dan membawanya ke dalam solat. Praktikal yang unik ini dapat menyediakan suatu suasana pembelajaran ibarat sebuah universiti atau madrasah terbuka. Para pelajarnya adalah mereka yang ingin beriman kepada Allah serta mengharapkan kehidupan yang baik di dunia ini dan di akhirat nanti. Sekalipun pada masa itu, penyampaian yang dilakukan oleh RasululLah S.A.W. adalah melalui jalan kerahsiaan, yang demikian itu adalah berdasarkan persediaan semasa ahli masyarakat.
Pada permulaannya mereka kurang bersedia sekiranya usaha mereka diketahui ramai dan mereka akan menerima penentangan secara terbuka. Penentangan datangnya daripada nilai-nilai setempat yang ahli masyarakat ketika itu telah pekat dengan aktiviti penyembahan berhala serta mereka berada di bawah pengaruh ketua-ketua kabilah yang bebas membuat keputusan setempat. Berbeza dengan keadaan kini, di negara ini, umat ini telah terbiasa dengan pengajian-pengajian sedemikian dan usaha membaca Al-Quran dapat dilakukan dengan cara yang sedikit terbuka.
Memilih corak kehidupan pondok untuk
mempelajari Al-Qur'an, seharusnya bukan
lagi merupakan suatu pilihan tetapi
suatu keperluan.
Dan yang lain, mereka sentiasa berperang pada jalan Tuhan.
dan Yang lainnya lagi orang-orang Yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamanya).
Kerana usaha sedemikian akan dapat menyediakan benteng yang dapat menyelamatkan umat daripada sebarang bentuk penyelewengan akidah, permasalahan sosial, tekanan kemiskinan dan kesempitan hidup. Contoh pengajian yang didirikan oleh umat Islam di Pakistan terhadap pelarian Afghanistan, akhirnya dapat sampai kepada persediaan peperangan. Pelajar-pelajar yang merupakan tenaga muda, akhirnya kembali ke negara mereka bagi memperjuangkan agama ini dan membebaskan mereka daripada cengkaman Soviet Russia dan Amerika Syarikat.
Taliban Afghanistan : Mereka hanya mahu menjaga
agama dan negara mereka, musuh harus keluar dari
negara mereka. Mereka tidak pernah menyerang
WTC, sekalipun mereka pernah berbaik dengan
Al-Qaeda sebelum serangan itu berlaku.
Taliban Afghanistan : Tiada kerjasama antara
mereka dengan pengganas ISIS.
Usaha sedemikian sebenarnya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak pemerintah di Pakistan atas sebab-sebab diplomatik.
Perintah berperang pada jalan Tuhan adalah perintah wajib. Apatah lagi ketika mengangkat senjata untuk memerangi musuh-musuh Tuhan, adalah waktu yang baik untuk memperbanyak pembacaan ayat-ayat Al-Quran yang mudah. Kalaulah umat ini mengetahui tentang kelebihan dan kepentingan membaca Al-Quran, tidaklah Rasullulah S.A.W. mengeluh kepada Tuhan bahawa umat ini telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang dijauhi (25:30). Al-Quran dijadikan kitab yang terlalu tinggi kedudukannya seolah-olah tidak boleh disentuh. Membincangkannya untuk tujuan menggali ilmu-ilmu pengetahuan yang baru dianggap perbuatan bid'ah dan menyediakan diri ke neraka. Sehingga mereka memuliakannya pada kedudukan yang tak kena tempat bahkan meninggalkan apa yang sepatutnya lebih wajib untuk mereka lakukan. Lalu bagaimanakah umat masakini dapat membina tamadun baru dunia Islam sedangkan menyebut perkataan negara Islam sahaja sudah digeruni seolah-olah membina sarang pengganas?
Perintah perang dalam Al-Qur'an, telah difahami oleh
bangsa Arab sehingga membawa huru-hara perjuangan.
Mereka membentuk negara Islam, bukan berdasarkan
kefahaman dari kitab suci. Sekalipun berbahasa Arab,
mereka sebenarnya tidak mampu memahami Al-Qur'an.
Telah tahu Ia bahawa nanti ia jadi daripada kamu yang sakit dan yang lain-lain, mereka memukul pada bumi itu menuntut daripada kurnia Allah.
ia juga mengetahui Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang Yang sakit; dan Yang lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah
Kepentingan membaca Al-Quran adalah suatu perintah wajib terhadap umat Islam, tidak kira bagaimanajua keadaannya sama ada sakit atau sedang musafir mencari kurnia Tuhan. Kewajiban membaca Al-Quran adalah disebut terlebih dahulu berbanding As-Solat dalam ayat ini. Sebab itulah diperintahkan untuk membaca apa yang mudah daripada Al-Quran dan sememangnya Al-Quran adalah mudah dan tak perlu disusah-susahkan (54:17/22/32/40).
Demi sesungguhnya sesiapa jua yang menyatakan bahawa ayat-ayat Tuhan adalah sesuatu yang sukar, mereka ini mengatakan tentang ayat Tuhan sesuatu yang dusta. Kita dapati terlalu ramai daripada umat ini terlalu membesar-besarkan kewajiban yang lebih kecil seperti membaca Al-Quran dengan penuh tajwid yang perlu dipelajari dengan susah payah sehingga menjadikan pembelajaran Al-Quran menjadi payah dan melupakan kewajipan yang besar iaitu memahami isi kandungan Al-Quran. Sedangkan RasululLah S.A.W. sendiri mengarahkan Bilal bin Rabah R.A. selaku muazzin, sedangkan dalam kalangan sahabat RasululLah S.A.W., terdapat yang lebih baik sebutan bahasa Arab dan sepatutnya lebih layak melaungkan azan berbanding Bilal bin Rabah R.A. Penulis tidak bermaksud memperkecilkan kepentingan ilmu tajwid, namun alangkah lebih baik sekiranya pembelajaran Al-Quran mengutamakan isi kandungannya lebih dahulu selari dengan pembelajaran tajwid, yang juga merupakan suatu kewajipan.
Pengamalan umat Islam membaca Al-Quran dan sentiasa membawa Al-Quran bersama-sama haruslah dijadikan sebagai suatu tradisi serta warisan yang tidak ditinggalkan. Pejuang-pejuang terdahulu sentiasa membawa Al-Quran di sisi mereka dan mereka tidak menjadikan alasan tanpa wudu' untuk meninggalkannya. Oleh itu mereka merupakan individu yang sentiasa mendapati diri mereka bersih. Perintah membaca Al-Quran telah mendahului perintah mendirikan solat dan peringatan Tuhan adalah lebih besar berbanding ibadah-ibadah lain. Sebelum memulai sesuatu usaha, seseorang itu harus memulai dengan ilmu. Ilmu itu diperolehi dengan membaca. Asas membaca perlu dipelajari daripada mereka yang mahir tentang asas-asas ilmu. Oleh itu mendirikan pondok-pondok pengajian adalah sesuatu yang amat digalakkan dalam usaha menuntut dan menyebarkan ilmu. Namun setakat ini tiada usaha terancang dapat dilakukan sehingga pengajian pondok menjadi suatu yang sentiasa dikemaskinikan.
Oleh kerana usaha mendalami pengajian Al-Quran bukan lagi usaha yang mudah untuk mendapat dokongan mana-mana pemerintah, adalah menjadi tanggungjawab umat ini mengusahakan suatu langkah yang akan mengakibatkan kesan baik terhadap umat. Pengajian pondok tidak harus dianggap sebagai usaha asas yang bertentangan dengan kepentingan pemerintahan.
Maka bacalah olehmu apa yang kamu mudah daripada Al-Quran.
oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).
Inilah yang diperintahkan Tuhan dengan sebenar-benarnya dalam menghidupkan malam. Membaca mana-mana bahagian yang dapat dirasakan mudah daripada Al-Quran. Bacaan secara himpunan (75:17) dan deretan demi deretan (73:04), saling menuruti antara satu ayat dengan ayat-ayat selanjutnya (28:51-25:32) dan bukannya melompat-lompat sehingga tiada pengembalian ayat (memotong ayat) dan bukan dengan pembacaan sekaligus (25:32). Sesungguhnya Tuhan jualah yang menyusun pembacaan sedemikian rupa sehingga pembacaan Al-Quran menjadi mudah. Mudahnya penyusunan ayat-ayat Al-Quran membolehkan sahabat-sahabat RasululLah R.A.H.M menghafaznya. Pada zaman Saidina Umar R.A. apabila berlaku banyak peperangan yang mengorbankan ramai sahabat RasululLah S.A.W. R.A.H.M yang hafiz, beliau telah mengarahkan Saidina Usman R.A. untuk membukukan Al-Quran sebagaimana yang terdapat masakini. Susunan Al-Quran yang dibukukan sedemikian rupa dikenali sebagai Mashaf Usmani. Cara pembacaan sedemikian dapat disedari oleh penulis sehingga dapat mengambil pelajaran yang Insya Allah dapat dikongsi bersama. Sesungguhnya Tuhan telah bersumpah beberapa kali sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Qamar bahawa Al-Quran, Tuhan telah jadikannya sebagai suatu yang mudah lalu siapakah dalam kalangan manusia yang mengambilnya sebagai pelajaran? Penulis telah beberapa kali bertemu dengan beberapa pihak yang menyatakan bahawa pelajaran Bahasa Arab itu adalah suatu yang sukar dan Al-Quran adalah lebih sukar daripada itu. Kenyataan sedemikian hanya membawa kepada autoriti 'ulama' sehingga mengakibatkan umat tidak dibenarkan berkata sesuatu tentang Al-Quran dan sehingga hanya 'ulama' sahaja yang diberi autoriti untuk bercakap dan melakukan kajian terhadap Al-Quran.
Telah mengetahui Ia, bahwasanya sekali-kali tidak kamu (dapat) menentukan akannya lalu telah mempertaubat Ia ke atasmu.
Dalam menyediakan paiwai pengukuran yang dapat disukat menggunakan jam, ukuran terkini terhadap saat ditentu ukur berdasarkan tempoh yang dilalui oleh sinar atom caesium untuk mencapai jumlah jarak gelombang tertentu. Akhirnya ditetapkan tempoh saat dan jarak dalam meter sebagaimana yang diperolehi pada waktu ini. Tempoh yang asalnya dapat menyukat minit dan jam sehingga ditetapkan sehari sebagai 24 jam dan setahun sekitar 365.2422 hari terpaksa dipinda akhirnya, dengan melangkaui tahun lompat untuk setiap 100 tahun tertentu.
Peralatan penyukat jisim dalam Kg memerlukan ukuran saat dalam menentu ukur kuantitinya dan sejak sekitar 200 tahun dahulu sehingga kini, didapati jisim bongkah pempiawai telah mengalami penyusutan dalam juzuk yang kecil yang memberi kesan yang besar terhadap pengukuran peringkat mikroskopik. Masalah yang timbul apabila berlalu tempoh masa 200 tahun lagi ialah segala peralatan komunikasi waktu ini yang merupakan peralatan yang ditentu ukur masa, barangkali tidak dapat digunakan lagi pada waktu itu disebabkan perbezaan julat tempoh yang ditentu ukur telah mengalami perubahan ketara. Dengan demikian pengkalendaran tahunan berdasarkan sistem matahari bukanlah merupakan sesuatu yang boleh diharap. Perselisihan dapat berlaku disebabkan perubahan kelajuan bumi terhadap matahari ataupun perubahan mikroskopik melibatkan kadar ayunan elektron dalam atom ceasium ataupun perubahan jisim terhadap jasad-jasad piawai sedia ada. Dengan nisbah jisim bumi dan bulan yang dapat dikatakan mantap, pengkalanderan bulan dikatakan lebih jitu berbanding matahari.
Bulan kelihatan mengelilingi bumi membuat satu putaran lengkap setiap 29 hari 12 jam 44 minit. Ukuran ini adalah berdasarkan pengamatan manusia di bumi. Putaran bumi mengelilingi matahari dan putaran bulan mengelilingi bumi didapati hampir berulangan setiap 19 tahun Masehi atau 19 tahun 7 bulan Hijriah. Secara yang lebih jitu didapati perkalenderan bulan sentiasa berulangan setiap 703 bulan untuk kembali terbit sekitar minit yang sama di tempat yang hampir-hampir sama. Bulan sebenarnya tidak pernah berulangan secara tepat dengan matahari, tidak dari dahulu dan tidak juga kemudian nanti. Penulis sengaja menghadirkan perkiraan sedemikian kerana suatu perkadaran bulan dan matahari memiliki hubungan rapat dengan perkara yang akan disebutkan dalam surah selanjutnya. Perkara ini melibatkan kejadian yang saling berhubungkait antara matahari dan bulan pada ketika berlakunya peristiwa hari Keputusan. Sekurang-kurangnya dapat kita mengambil peluang sesuatu sebelum tempoh pengamalan syari'at ini tamat.
padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam dan siang.
Manusia hanya boleh melakukan kiraan terhadap perbezaan siang dan malam disebabkan putaran bumi serta kecondongan bumi di atas paksinya sekitar 23½° itu. Kiraan manusia terhadap masa-masa itu juga berubah. Pernah suatu ketika dahulu jam seluruh dunia perlu ditambah masa seminit untuk keperluan navigasi. Ini bermakna kiraan manusia terhadap perbezaan siang dan malam tidak pernah tepat. Apatah lagi sekiranya penentuan hanya berdasarkan peralatan canggih berunsur mekanikal iaitu jam yang telah direka manusia sejak dahulu lagi.
Menurut sains, perbezaan siang dan malam
adalah berdasarkan putaran bumi pada paksinya
dan pergerakannya mengelilingi matahari.
Perkiraan masuk waktu solat juga berubah-ubah antara satu daerah ke satu daerah lain, begitu dengan jadual yang disediakan antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Yang dikatakan kejadian siang ke atas permukaan bumi adalah disebabkan oleh selubung cahaya yang ditarik bergerak perlahan-lahan dari timur ke barat. Apabila selubung cahaya meninggalkan ufuk barat, keadaan bumi pula ditutup oleh selubung kegelapan yang juga ditarik perlahan-lahan dari timur ke arah barat. Pada kejadian siang, selubung cahaya ditandakan dengan kehadiran tandaan matahari dan tandaan-tandaan warna putih kelabu berupa awan serta warna biru lelangit. Pada kejadian malam pula, tandaan awan dan lelangit kelihatan lebih gelap, tetapi selubung kegelapan dihiasi lebih indah dengan tandaan-tandaan kecil bintang-bintang dan juga tandaan bulan.
Sudah tentu Tuhan yang mengkadarkan pergerakan selubung-selubung itu sehingga Ia Maha Berkuasa melambatkan pergerakan atau melajukannya atau menghentikannya buat seketika atau menariknya kembali ke arah belakang. Kedua-dua mata manusia menyaksikannya sedemikian pada pengamatan berbeza sehingga seolah-olah mereka melihat suatu gambaraan 3D. Bagi setiap bayang yang terbentuk daripada suatu objek yang membelakangi matahari, Tuhan sebenarnya memendekkan serta memanjangkan bayang-bayang terlebih dahulu lalu diikuti dengan pergerakan penanda bayang berkenaan iaitu matahari, bulan atau apajua sumber cahaya yang lain. Mungkin perkara ini dikatakan bertentangan dengan penemuan sains masakini kerana sains buat masa ini, masih belum dapat membuktikan perkara ini.
Idea tentang alam ini merupakan sebuah projeksi,
yang juga merupakan idea daripada agama-agama
silam, barangkali dapat menjelaskan tentang
alam maya yang kita berada bersamanya.
Surah Al-Muzammil memberi satu inferens, kiranya
kita dapat menyingkirkan bahan berbahaya daripada
tubuh kita, secara tak langsung alam persekitaran
juga dapat selamat daripada bahaya.
{ lagi tentang sifat maya alam ini dalam penerangan Surah An-Nur } iv. Perbezaan Siang dan Malam Pada
Pengamatan Saintifik
Mengapakah tempoh untuk berjaga malam berubah-ubah sepertimana diarahkan Tuhan daripada dua pertiga malam sehingga sepertiga malam? Adakah ini bermakna arahan Tuhan bukan dengan suatu pendirian yang tetap? Ahli geofizik telah mengetahui sejak dahulu bahawa kecondongan paksi bumi mengelilingi matahari berbeza sebanyak 23½° dari sudut tegak terhadap satahnya. Ini bermakna separuh permukaan bumi yang menghadap ke matahari yang mengalami waktu siang, akan berubah beransur-ansur menuju enam bulan berikutnya. Pada kedudukan bumi selain daripada di atas garisan Khatulistiwa, tempoh masa siang dan malam akan silih berganti setiap enam bulan. Enam bulan mengalami tempoh siang yang lebih panjang akan dituruti oleh enam bulan tempoh malam yang lebih panjang. Pada kedudukan bumi sekitar garisan Sartan dan garisan Jadi, tempoh siang dan malam dapat berubah kepada lapan jam siang enam belas jam malam dan berubah-ubah secara beransur-ansur menjadi lapan jam malam enam belas jam siang setelah enam bulan berikutnya.
Fenomena ini mengakibatkan pada bahagian latitud tinggi di permukaan bumi, berlaku kejadian empat musim. Pada kedudukan yang ekstrem di kutub utara dan selatan, siang berlaku dalam tempoh enam bulan dan malam enam bulan sehingga penggiliran siang dan malam dalam sehari langsung tidak dapat ditentukan. Bumi di bahagian ini tidak pernah ditutupi dengan kegelapan pada waktu siang (18:90). Kesimpulannya, tempoh siang dan malam adalah berubah di atas permukaan bumi yang berlainan dan inilah jawapan kepada dua persoalan di atas. Ayat berikut memperkuat lagi hujah atas kelemahan manusia dalam menentukan tempoh waktu.
Dan separuhnya dan sepertiganya dan sebahagian daripada orang-orang yang bersamamu
dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang Yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah Yang terdahulu);
Kiranya seseorang tidak mampu untuk berjaga malam selama dua pertiga malam sekitar enam jam, bermulalah dengan separuh daripada itu sekitar empat jam setengah dan sekiranya masih tidak mampu mulakanlah dengan sepertiga iaitu sekitar tiga jam. Usaha membangunkan malam hendaklah dilakukan bersama-sama kerana usaha keseorangan mungkin tidak dengan kekuatan lantaran saling memberati. Pada zaman ini seseorang sebenarnya seharusnya tidak mengalami masalah berjaga malam.
Sekiranya bukan kerana ibadah, masyarakat kita telah membiasakan diri berjaga malam untuk menonton tayangan larut malam, mengisi restoran-restoran untuk menjamu selera waktu tengah malam bahkan pelajar-pelajar institusi pengajian telah terbiasa menghabiskan malam mereka dengan aktiviti menyiapkan laporan-laporan serta kerja kursus yang perlu dihantar sebelum tempoh tamat. Apalah salahnya kita menukarkan sebahagian aktiviti waktu itu dengan aktiviti membaca ayat-ayat Tuhan dan memikirkan tentangnya agar pengajaran besar diperolehi. Terlalu banyak rahsia daripada kitab Tuhan masih belum terbuka. Terlalu banyak teknologi dapat dibangunkan dan terlalu banyak kaedah dakwah boleh didapatkan bagi sesiapa yang rajin meneliti serta memerhatikan ayat-ayat Tuhan. Sekalipun Al-Quran itu bukan kitab warisan, namun apajua yang diwariskan oleh RasululLah S.A.W. daripada sudut ilmu kepada umat baginda, terdapat rujukannya dalam Al-Quran. Haruskah kita mewarisi sesuatu daripada RasululLah S.A.W. namun kita tidak mengusahakan sesuatu daripadanya? Al-Quran pada waktu ini telah dijadikan oleh umat ini sebagai resam untuk tujuan-tujuan kelaziman mereka dalam upacara-upacara tertentu.
Sesungguhnya Tuhanmu Ia mengetahui bahawasanya kamu, kamu bangun lagi rendah dari dua pertiga malam.
Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya Engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam,
Tempoh malam bermula dari Isya hingga ke subuh (93:02) sekitar tempoh 9 jam. Beribadah selama dua pertiga malam adalah selama 6 jam bermula Isya’ hingga jam sekitar 2 pagi. Selalunya seseorang memilih untuk tidur terlebih dahulu dan diikuti dengan berjaga sekitar jam 1.00 pagi dan mula beribadah hingga ke subuh. Ini bermakna tempoh tidur malam hanya 4 jam bermula jam 9:00 malam.
i. Kesan Berjaga Malam
Berjaga malam memberi kesan ketara terhadap fisiologi tubuh. Pada peringkat permulaan, seseorang mungkin akan menghadapinya dengan keletihan dan rasa mengantuk. Namun apabila usaha ini diteruskan, mereka yang mengamalkannya akan memperolehi ketajaman minda, kecekalan berusaha dan kesihatan tubuh badan. Dengan semua keadaan yang diperolehi, tentunya mereka akan dapat menghadapi siang hari yang lebih bagus disamping mendapatkan sedikit kerehatan pada waktu tengahari setelah penat bekerja. Sebenarnya apakah yang diperintah Tuhan untuk diamalkan sebagai aktiviti berjaga malam? Memperbanyak pembacaan! Pembacaan pada waktu malam khususnya pembacaan ayat-ayat Al-Quran memerlukan waktu tenang supaya ungkapan-ungkapan ayat, dapat difahami secara umum dan khusus (73:06). Untuk mereka yang baru mempelajari bahasa Al-Quran, penelitian ayat-ayat, memudahkan mereka mengadakan pengecaman terhadap susunan nahu serta sorof dalam Al-Quran.
Sesungguhnya inilah peringatan, maka barangsiapa, telah menghendaki ia, telah pasti akan mengambil ia kepada Tuhannya suatu jalan.
Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa Yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan Yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
i. Pengajaran Besar Untuk Umat Melakukan Sesuatu
Sesungguhnya ini adalah suatu pengajaran, maka barangsiapa yang telah menghendaki ia, telah pasti akan mengambil ia kepada Tuhannya suatu jalan. Demikianlah sesungguhnya pengajaran penting ialah ambilan ayat-ayat Tuhan hendaklah melengkapi suatu himpunan ayat supaya suatu pengajaran dapat diperolehi. Contoh-contoh daripada kisah tragediFir’aun, berkait rapat dengan pengajaran daripada surah ini. Itulah suatu bacaan yang diambil satu deretan demi satu deretan dan bukannya lompatan demi lompatan sehingga ayat-ayat Al-Quran menjadi terpisah-pisah. Maka jalan apakah lagi yang harus diambil kerana sesungguhnya bagi Tuhan adalah seluruh keluasan bumi ini dari timur ke barat sehinggalah Dia berkuasa untuk menjaganya sebelum manusia ini diciptakan sejak dahulu dan menghimpunkannya kembali.
Apakah maka jika manusia merosakkan bumi ini, Dia tidak berkuasa memulihkannya kembali? Manusia berterus-terusan merosakkan kediaman mereka sendiri sehinggalah sampai masa yang dijanjikan, agar manusia merasa sebahagian bahang azab terhadap hasil pekerjaan mereka.
Di mana-mana sahaja, hampir setiap manusia
menuntut suatu perubahan perlu dilakukan.
Hanya dengan cara kembali kepada jalan Tuhan dengan mengimaniNya adalah langkah pertama mendapatkan rahmat Tuhan supaya manusia selamat dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat kelak. Pengajaran Tuhan yang Ia sediakan adalah untuk difikirkan oleh manusia dan manusia memerlukan masa ketenangan malam untuk memikirkan dengan bersungguh-sungguh darihal ayat-ayat Tuhan. Ilmu diperolehi dengan jalan pengamatan daripada pembacaan dan juga berfikir berdasarkan panduan daripada Tuhan.
ii. Kesedaran Menuju Kepada Jalan Tuhan
Berbagai-bagai jenis takrifan telah dilakukan untuk seseorang itu dapat mengambil kepada Tuhan, sebuah jalan. Ada yang mengambilnya melalui jalan politik tetapi tidak menyampaikan kepada pengajaran Tuhan melalui kitabNya. Ada yang mengambil melalui jalan perniagaan untuk memperkenalkan kaedah-kaedah Islam dalam berurusniaga, kesudahannya mereka hanya menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara tanpa dapat membawa umat kembali kepada pengajaran Tuhan melalui kitabNya. Bahkan terdapat juga yang mengambil jalan berdakwah melalui media-media massa dan sebagainya tetapi tidak dapat menyampaikan kepada pengajaran Tuhan melalui kitabNya. Sehingga kita dapat memerhatikan di persekitaran kita, umat kini terutamanya umat Islam, kebanyakan mereka telah menempuhi kehidupan tanpa sebarang pembelaan. Apakah nasib umat ini, yang berada dalam sebuah negara yang laungan azan dikumandangkan setiap kali mula masuk waktu solat? Siapakah daripada mereka yang sanggup memulai mempelajari ayat-ayat Tuhan daripada kitabNya dan bersama-sama menghayati ajaran Tuhan bersama-sama? Tidak perlu bagi mereka melihat kepada langkah yang menjurus kepada persaingan politik. Tidak perlu bagi mereka berlumba semata-mata mengejar kekayaan.
iii. Panduan Pembacaan Al-Quran
Al-Quran adalah suatu kitab panduan. Manusia mendapatkannya dari segenap arah namun corak peneriman manusia adalah berbeza. Ada yang mendekati Al-Quran berdasarkan pembacaan yang betul secara tajwid dan tarannum. Kemudian kebolehan pembacaan dipertandingkan untuk memperolehi hadiah. Ada yang mendekati Al-Quran untuk mendapatkan ayat-ayat tertentu untuk tujuan perawatan dan sebagainya. Kemudian ditubuhkan pusat-pusat rawatan tanpa ubat. Ada yang membuka Al-Quran untuk melakukan kajian-kajian supaya ‘penemuannya’ dapat direkodkan dalam jurnal-jurnal. Terdapat juga mereka yang mengambil ayat-ayat tertentu untuk dijadikan tulisan khat yang mempunyai nilai ekonomi sehingga ayat-ayat sedemikian dipaparkan dengan tujuan melariskan perniagaan. Bahkan terdapat pihak yang beriman dengan sebahagian ayat tetapi ingkar dengan ayat-ayat lain untuk ditukarkan dengan habuan dunia. Mengambil ayat yang berkaitan zakat untuk mengutip harta umat tetapi meninggalkan ayat tentang pengagihan zakat, supaya mereka mendahuluinya dalam mendapatkan habuan. RasululLah S.A.W tidak pernah melakukan pekerjaan membahagi-bahagi Al-Quran sehingga memilih ayat-ayat tertentu untuk dibaca dengan bacaan tajwid dan tarannum, ayat-ayat tertentu yang lain untuk tujuan dijadikan hujah ilmiah, ayat-ayat yang lain pula untuk panduan ekonomi, politik, munakahat, muamalat, jenayat dan sebagainya. Pembahagi-bahagi sedemikian menyebabkan suatu pendekatan kefahaman tertentu telah melalui jalan perincian melampaui perincian jalan kefahaman sahabat. Pengamalan agama haruslah merupakan suatu yang mudah, yang tidak harus ditempuh dengan jalan kefahaman yang menyukarkan. Tuhan menjadikan Al-Quran itu suatu yang mudah supaya memudahkan setiap individu mengambil pelajaran. Tuhan juga telah menyediakan kaedah kefahaman dan Tuhan melindungi kefahaman sedemikian daripada diketahui oleh golongan ingkar, sekalipun mereka itu 'pakar' dalam 'agama'. Untuk mempelajari Al-Quran, seseorang harus hanya memegang Al-Quran, kemudian mempelajarinya ayat demi ayat dan kemudian disokong dengan contoh amalan RasululLah S.A.W dan/atau daripada sahabat-sahabat RasululLah R.A.H.M dengan panduan As-Sunnah, kemudian sekiranya tidak didapati kefahaman, maka bersungguh-sungguhlah dengan akal fikiran masing-masing. Sekiranya penulis kembali ke zaman RasululLah S.A.W., sudah tentulah penulis tidak berupaya menulis seperti yang telah pembaca dapati daripada penulisan ini. Penulisan ini terhasil barangkali daripada kesan berjaga malam pada waktu yang kebanyakan masa penulisan, penulis lakukan adalah pada waktu ini. Penulis sebenarnya telah dibekalkan maklumat dari perpustakaan yang besar seperti internet dan memperolehi pengajaran-pengajaran penting daripada beberapa guru serta melalui pembacaan langsung. Beberapa pemerhatian telah juga penulis lakukan dan hasilnya adalah apa yang terhidang di hadapan pembaca sekarang ini. Sebenarnya penulis ingin membawa pembaca ke suatu keadaan, yang kini kita harus memikirkan semula cara beragama kita, yang kita telah turuti selama ini. Kita harus kembali melaksanakan sunnah RasululLah S.A.W. dan para sahabat menuruti apa yang mereka perolehi melalui Al-Quran.
Langit berkecai (luntur) lantarannya dan telah adalah janjinya suatu yang pasti terlaksana.
langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah Dengan sebab kedahsyatan hari itu. (ingatlah), janji Allah adalah perkara Yang tetap dilakukannya.
i. Penyebab Pemakanan Yang Menyumbat
Juga Penyebab Anak-anak Muda Beruban
Juga Penyebab Kepada Kejadian Gunung
Runtuh dan Langit Berkecai
Peristiwa langit berkecai dalam ayat ini bukanlah peristiwa yang berlaku pada permulaan As-Saah (82:01). Peristiwa yang berlaku lebih awal ini adalah terkesan daripada kerja-kerja manusia tidak melaksanakan amanah untuk menjaga persekitarannya. Manusia yang menyediakan bahan-bahan yang mengakibatkan langit berkecai kerananya, serentak masa kejadian keruntuhan tanah dan gunung-ganang. Semua ini disebabkan oleh bahan yang turut dijadikan pengambilan manusia terhadap pemakanan yang mengakibatkan kecekikan atau sumbatan yang terhasil melalui pemprosesan secara industri. Kesan-kesan bahan kimia yang terlibat juga menyebabkan ramai generasi muda manusia mengalami kelunturan warna pada rambut yang dinamai uban. Apakah bahan kimia tersebut? Iaitu ejen penurun atau peluntur yang hebat.
ii. Peranan Ejen Penurun atau
Peluntur Hebat
Telah diketahui sejak dahulu bahawa ejen peluntur atau penurun yang kuat seperti klorox, dapat melunturkan warna kotoran yang melekat pada pakaian. Perkara yang jelas, bukan sahaja warna kotoran dilunturkan bahkan warna pakaian juga turut dilunturkan. Oleh itu, ejen peluntur ini tidak menghilangkan kotoran tetapi hanya menjadikannya tidak lagi kelihatan. Mujurlah manusia tidak mengambil klorox dalam bahan pemakanannya sehingga mengakibatkan bukan sahaja rambutnya beruban bahkan warna kulitnya turut dilunturkan kepada warna yang lebih pudar, lantaran sifat klorox yang beracun itu. Dalam perniagaan jualan langsung, seringkali penjual-penjual memperkenalkan bahan anti pengoksidaan yang kuat daripada produk-produk mereka, dengan tujuan menakut-nakutkan bakal pembeli supaya membeli produk mereka. Produk mereka dikatakan sangat berkesan menghilangkan kesan keracunan yang terdapat dalam air seperti klorin, yang telahpun dijadikan standard dalam bekalan air ke kediaman. Lalu suatu eksperimen sama ada menggunakan elektrod hidrolisis ataupun sejenis bahan kimia berwarna sehingga mengakibatkan seseorang akan merasa loya untuk meminum air bekalan yang disediakan. Lalu dipersembahkan kepada bakal pembeli berkenaan untuk melihat kesan produk mereka yang begitu kuat menghilangkan kesan warna yang terbentuk. Akhirnya, mereka berjaya menjual produk penapis air atau makanan kesihatan mereka kepada pembeli berkenaan tanpa sebenarnya menghilangkan kesan bahan asal yang terluntur warnanya.
Kebanyakan bahan kimia yang bersifat meluntur seperti klorox memiliki jisim mol per molekul yang tinggi, sehingga menyebabkan bahan ini kekal di permukaan tanah dan tidak mudah meruap. Sebahagian bahan lain seperti hipoklorus pula memiliki jisim molekul yang rendah yang dengan segera meruap dan berada pada paras yang lebih tinggi di angkasa. Bahan penyejuk seperti CFC pula dapat menurunkan unsur ozon dengan meleraikannya menjadi gas oksigen dan pelbagai radikal bebas yang lain. Radikal bebas menjadi penyebab kepada berkecainya lapisan langit berkenaan sebagaimana disebutkan dalam ayat ini. Namun penguasaan undang-undang seluruh dunia, sedikit sebanyak dapat mengawal keadaan, apabila pembebasan gas aerosol berasaskan CFC dapat dikawal, lantaran terdapat bahan alternatif sebagai pengganti. Seterusnya bahan baru peluntur / penurun seperti ammonia dalam bentuk ammonium nitrat telah digunakan untuk menggantikan CFC sebagai gas penyejuk dalam peti ais. Penggunaannya haruslah dikekalkan. Tanpa disedari manusia, pembebasan sebatian lain yang berasaskan metana seperti kloroform dan diklorometana juga berupaya mencapai mencapai paras yang agak tinggi dan bertindak balas dengan cahaya lampau lembayung membentuk radikal bebas yang juga dapat merosakkan lapisan langit.
Selain CFC, lapisan ozon bumi masih
dapat musnah angkara kepelbagaian
radikal bebas yang tidak diurus rapi.
Pembebasan metana adalah dikatakan sebagai penyebab peningkatan suhu bumi yang ketara walaupun pada kuantiti yang sedikit. Tempoh hayat sebatian ini, yang dapat bertahan lama di atmosfera sebenarnya dapat mengancam kewujudan lapisan ozon. Dengan kehadiran ion flourida membentuk gas CFC dan juga gas lain seperti nitrik oksida, kekekalan lapisan ozon dapat terganggu dengan lebih hebat. Pada ketinggian sekitar troposfera dan tropopause dan pada lapisan yang rendah di atmosfera, manusia terus mengancam kewujudan lapisan langit ini apabila melepaskan banyak wap berasaskan ammonia ke udarakasa. China, Jepun, Amerika Syarikat merupakan antara negara yang terlalu banyak menggunakan bahan berasaskan ammonia untuk pertanian dan melepaskannya ke udarakasa secara tak terkawal. Bencana sering terjadi di negara-negara ini akibat daripada taufan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Bagaimanakah pula kini, apabila bencana yang mungkin akan terjadi adalah lebih hebat daripada bencana yang pernah menimpa kerajaan Fir'aun suatu masa dahulu? Sekiranya wap ammonia dilepaskan ke angkasa pada kadar yang sangat banyak, bagaimanakah keadaannya suatu hari nanti, kesan daripada kehadiran wap ammonia yang lebih ringan daripada wap air, dapat sampai ke lapisan ozon sehingga mengakibatkan kerosakan lapisan ozon? Tentunya keadaan sedemikian akan menyediakan suasana yang lebih parah daripada keadaan perubahan cuaca yang berlaku masakini. Tentang kerosakan ozon, perkara ini telah dibincangkan dalam surah Al-Ma'arij. Huruhara Al-Qari'ah mengakibatkan manusia melarikan diri seperti kupu-kupu berterbangan dari suatu tempat ke tempat lain meninggalkan harta-harta serta kediaman mereka yang sedang mengalami proses kelunturan. Perkara ini terjadi kesan tindakan yang menghanguskan, gara-gara pancaran sinar lampau lembayung daripada matahari.
Pada masa ini, kebocoran lapisan ozon yang terjadi di kutub telah mengakibatkan bumi tidak lagi dapat menahan pancaran radiasi dari matahari semasa berlaku kejadian letusan solar. Sejumlah tenaga daripada matahari telah sampai ke kutub dan memanaskan atmosfera di kutub sehingga mengakibatkan tekanan atmosfera kutub meningkat. Perubahan cuaca mendadak terus sahaja berlaku apabila tekanan tinggi ini menjadi penyebab kepada terbentuknya angin kutub yang turut menyejukkan sebahagian besar negara-negara yang menghampiri kutub. Bencana ais pernah berlaku di negara-negara seperti Jepun, Korea, Russia, China, Kanada, Amerika Syarikat sehingga Turki dan di bahagian selatan pula terjadi hujan lebat seperti di Argentina, Australia dan New Zealand. Bencana ini telah mengorbankan lebih daripada 500 orang pada awal Februari 2012. Apakah golongan ingkar masih belum serik? Masihkah mereka menjadi pihak yang sering mentertawakan umat Islam serta golongan beriman? Sejak ribuan tahun dahulu, mereka sentiasa merasakan mereka adalah pihak yang benar. Mereka cuba mengurus tadbir melalui sebuah percaturan yang akhirnya menjurus kepada kemusnahan tempat tinggal mereka, diri-diri mereka serta sumber ekonomi mereka. Golongan beriman diarah untuk membiarkan sahaja mereka itu.
iii. Janji Tuhan Kejadian Tanah Jerlus,
Gunung Runtuh Pada Zaman
Anak-anak Muda Beruban
Mengapakah penulis memberi gambaran bahayanya penggunaan bahan berasaskan ammonia secara tak terkawal? Dalam surah An-Naazi’at, diterangkan bagaimana peranan ammonia menjadi penyebab kepada kejadian hujan bersangatan serta fenomena cuaca buruk yang lain. Ammonia adalah ejen penurun yang hebat tetapi bukanlah ejen penurun yang kuat. Lantaran bahan ini bukan ejen penurun yang kuat, kebahayaan penggunaannya kurang disedari oleh pakar-pakar sains biosfera. Dalam kuantiti yang banyak dan kepekatan yang tinggi, wap ammonia menunjukkan sifat beracun. Sebenarnya kehadiran ammonia dalam tanah sebelum ini, adalah dalam kuantiti yang sedikit yang dengan segera dioksidakan oleh bakteria nitrifikasi membentuk ion-ion nitrit dan nitrat. Hanya dengan mengetahui bahawa ammonia memainkan peranan merosak alam sekitar, tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya tindakan pengawalannya tidak didasarkan keimanan kepada Tuhan. Sunnah pemerintahan Fir’aun, yang menggunakan ejen ini secara besar-besaran untuk tujuan pertanian, sentiasa akan dituruti oleh kepimpinan masakini yang menggunakannya untuk tujuan pertanian intensif. Ammonia sememangnya penting dalam pertanian, namun penggunaannya haruslah dikawal rapi. Peningkatan kandungan ammonia dalam udarakasa mampu mengakibatkan kewujudan wasap putih yang memendekkan jarak pandangan dan kesan buruknya terhadap pertanian adalah pengurangan pencahayaan yang diperlukan untuk penghasilan buah-buahan yang manis serta hasil yang lebat. Hal ini telah terjadi di daerah Glasgow di United Kingdom yang seringkali diselimuti dengan wasap putih hampir sepanjang tahun. Berikut ditunjukkan nombor-nombor pengoksidaan yang berbeza bagi nitrogen bermula daripada ammonia:-
Perubahan nombor pengoksidaan yang besar
sebanyak 8 iaitu (-3 hingga +5) menjadikan
sifat hebat ejen penurun sebatian ammonia.
Kandungan yang sedikit ammonia dalam tanah, akan segera melarut dalam air tanah. Bakteria nitrifikasi seperti nitrosomonas akan segera mengoksidakan ammonia kepada ion nitrit. Oleh itu nitrosomonas bertindak sebagai ejen pengoksidaan. Bakteria lain iaitu nitrobakter pula akan menukarkan ion nitrit kepada ion nitrat sebelum bahan kimia ini dapat melunturkan atau menurunkan sebatian-sebatian lain dalam tanah atau tanah menjadi gembur kerananya. Ion-ion nitrit dan nitrat juga turut diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan untuk tujuan pertumbuhan. Dengan demikian ikatan butiran tanah akan dapat kekal bertahan dan akar tumbuhan dapat memainkan peranannya kembali menguatkan tanah.
Namun, apabila ammonia dituang ke dalam tanah, yang dilarutkan dalam air pada kuantiti yang banyak, kesan toksik akan membunuh bakteria dengan banyaknya dan penghasilan ion-ion nitrit dan nitrat hanya akan berlaku secara perlahan. Akibatnya, ammonia akan bertindak balas dengan sebatian yang terdapat dalam tanah membentuk garam-garam ammonium seperti ammonium sulfat, ammonium fosfat, ammonium nitrat dan sebagainya dengan cara menyingkirkan air. Air yang tersingkir menjadi penggalak yang dapat melemahkan kekuatan tanah sehingga mengakibatkan tanah menjadi gembur dan batuan menjadi rapuh lalu mewujudkan situasi tanah jerlus. Oleh kerana tindak balas yang berlaku adalah secara perlahan dan menyeluruh disebabkan sifat ammonia amat mudah larut dalam air tanah, maka akan sampai suatu masa ‘offset’ kekuatan gunung atau bukit menuju kepada kegagalan dan gunung atau bukit akan luruh secara berdikit-dikit dalam tempoh yang panjang sebagaimana dinyatakan pada ayat 73:14.
Tanah gunung yang bergerak masakini
bukan lagi hanya disebabkan oleh limpahan
lahar, tetapi turut disebabkan kegagalan offset.
iv. Mengapakah Pula Ammonia? Nama ammonia itu sendiri datangnya daripada bahan yang pada asalnya dilombong dari bukit Amon di utara Afrika. Bahan itu ialah sebatian ammonium klorida yang digunakan secara meluas oleh pembesar Hamman pada zaman Fir'aun. Ayat tentang bencana alam, perubahan cuaca dikaitkan dengan kerja-kerja Fir’aun dan oleh yang demikian sejarah kemusnahan Fir’aun harus diambil iktibar lantaran kerja-kerja ini diulangi oleh kepimpinan umat masakini sehingga membawa kerosakan alam sekitar. Ammonia mempunyai sifat penurun yang hebat walaupun bukan kuat sehingga kurang disedari kebahayaannya kepada alam sekitar. Bukankah bahan asas ammonia iaitu nitrogen merupakan gas yang membentuk komponen peratusan terbesar di atmosfera sekitar 78%. Sejarah telah membuktikan bahan seperti ini seringkali dikaitkan dengan kerosakan. Baja ammonia digunakan oleh pembesar Hamman dalam projek pertanian. Dalam Perang Dunia Kedua dahulu, apabila British mengepung pantai Jerman, Jerman menghadapi kepayahan untuk mendapatkan bekalan nitrat yang dilombong dari Chile. Dengan kebijakan Fritz Haber, seorang saintis Jerman ketika itu, suatu proses penghasilan ammonia yang dikenali sebagai proses Haber, dapat dilakukan yang kemudiannya dinitrifikasikan oleh bakteria nitrifikasi atau melalui proses Oswald bagi membentuk baja nitrat. Nitrat amat penting untuk dijadikan baja kimia dan juga bahan letupan. Bukankah tentera Jerman telah membawa kerosakan besar terhadap Eropah dan Yahudi suatu ketika dahulu?
Terdapat juga bahan lain yang mempunyai perubahan nombor pengoksidaan yang besar iaitu unsur mangan dalam sebatian kalium per manganat. Namun kuantitinya hanya membentuk peratusan yang kecil di mukabumi dan tidak menyerang udarakasa. Klorida yang juga merupakan komponen terbanyak di permukaan bumi, tidak dinyatakan sebagai penyebab utama keruntuhan gunung. Sejak zaman berzaman, klorin digunakan sebagai ejen penurun untuk membunuh bakteria dalam air bekalan. Berikut adalah perubahan nombor pengoksidaan apabila ion klorida dioksidakan.
Perubahan nombor pengoksidaan yang besar
sebanyak 8 iaitu (-1 hingga +7) tidak
menjadikan sifat hebat ejen penurun
yang kuat sebatian asid hidroklorik
bertindak seperti ammonia
Namun hidroklorik atau klorin tidak dapat dinyatakan sebagai ejen penurun yang hebat yang lebih hebat daripada ammonia, disebabkan oleh klorin bukanlah satu unsur yang dapat menghasilkan ikatan hidrogen dengan hujung hidrogen daripada molekul sebatian yang lain. Namun sebatian klorin seperti hidroklorik dan klorox adalah merupakan ejen penurun yang kuat dapat melunturkan warna suatu bahan dengan lebih cepat. Ejen peluntur gas klorin tidak mudah terdapat di atmosfera pada paras yang lebih tinggi disebabkan jisim molekul per mol yang jauh lebih tinggi berbanding ammonia. Terdapat dua sifat utama ammonia iaitu keringanannya menyebabkan sebatian ini dapat berada pada altitud lebih tinggi sehingga dapat menjadi wap dan dapat dipindahkan ke bahagian permukaan bumi yang jauh. Keduanya, bahan ini sangat mudah melarut dalam air dengan keterlarutan yang tinggi sehingga dapat berada jauh dalam tanah atau dalam gunung. Tindakbalas redoks, sehingga terjadi peningkatan nombor pengoksidaan nitrogen, berlaku dengan perlahan sekiranya tidak terdapat bakteria nitrifikasi pada kuantiti yang banyak. Oleh itu ammonia adalah bahan aktif berubah sifat dengan tempoh separuh hayat yang lama. Tanpa disedari akhirnya bahan berasaskan ammonia adalah menjadi penyebab kepada kerosakan struktur mukabumi dan alam sekitar dalam tempoh yang sangat lama.
v. Ammonia dalam Tubuh dan Tumbuhan
Tubuh tidak dapat menerima sebatian nitrogen dalam bentuk ammonia secara terus. Ammonia perlu dinitrifikasi ke bentuk lain oleh bakteria nitrifikasi menjadi ion nitrat. Nitrat diserap oleh tumbuhan untuk tujuan pertumbuhan. Daripada nitrat, tumbuhan memperolehi bekalan unsur nitrogen. Penghasilan asid amino daripada unsur nitrogen, diperlukan untuk pembentukan protien bagi pembinaan dinding sel. Oleh itu bekalan nitrogen untuk manusia dapat diperolehi daripada hasil tumbuhan. Gas nitrogen yang disedut masuk ke paru-paru akan keluar semula sebagai gas nitrogen. Gas ini tidak dapat dilarutkan, tetapi wap ammonia sekiranya tersedut masuk ke paru-paru akan segera diserap oleh dinding surfaktan paru-paru dan terus ke dalam darah. Surfaktan mengalami pelemahan akibat mengalami perlunturan semasa pembentukan ion ammonium. Kesannya adalah sesak nafas dan boleh mengakibatkan maut sekiranya wap ammonia yang disedut berada pada kepekatan yang tinggi. Oleh itu wap ammonia adalah mudharat kepada tubuh.
Garam nitrat seperti ammonium nitrat diserap melalui akar membentuk sebatian nitrogen sel melalui sebatian gabungan glukosa dan ammonium membentuk glutamina. Ammonium fosfat pula melalui proses pembentukan karbamil fosfat. Kedua-duanya adalah pembawa ammonia dalam sel yang akhirnya dipindahkan ke dalam tubuh. Ammonium yang telah ditukarkan kepada sebatian amina, amat diperlukan untuk pembentukan dinding sel, hormon serta protien dan hanya dapat disingkirkan bermula dalam hati apabila dapat bergabung dengan karbon dioksida membentuk urea dalam darah dan disingkirkan melalui urin.
vi. Penyelesaian Terhadap Pencemaran Ammonia
Oleh kerana ammonia amat mudah melarut dalam air dan dapat dibawa jauh ke dalam bumi dan mungkin terdapat dalam air perbekalan, ammonia perlu dioksidakan segera. Bakteria nitrifikasi seperti nitrosomonas dan nitrobakter harus dibiakkan dengan banyaknya untuk mengawal kehadiran ammonia dalam tanah dan projek penanaman yang giat disamping pertumbuhan rerumput harus dikekalkan. Kadar penggemburan tanah harus diseimbangkan dengan pengikatan tanah. Pusat-pusat kawalan yang menyukat kandungan kitaran air bawah tanah harus disediakan untuk mengkaji sebarang perubahan kepekatan ammonia atau sebatian teroksida daripada ammonia yang lain, supaya keseimbangan kitar nitrogen dalam tanah dapat dikekalkan.
vii. Tanda-tanda Terdapat Lebihan Ammonia Di Atmosfera
Tiada penyelesaian mudah untuk mengawal ammonia. Kehadiran ammonia dalam udarakasa terutamanya yang terdapat pada altitud yang tinggi, dapat disedari dengan banyaknya melalui pertumbuhan tumbuhan ‘alder’ yang tumbuh hampir dengan tempat aliran masuk air ke tasik tanah tinggi. Lebihan ammonia yang telah melalui penitratan, harus dipulangkan ke atmosfera sebagai nitrogen melalui proses dinitrifikasi. Proses ini dapat dilakukan melalui bakteria Pseudomonas denitrificans dan Denitrobacillus yang bertindak sebagai bakteria pengoksida ammonia. Ammonia yang digunakan dalam industri, digunakan untuk sintesis monosodium glutamat. Ammonium nitrat digunakan untuk menghasilkan bahan letupan di samping menjadi bahan penyejuk dalam peti ais. Penggunaan ammonia seperti ini adalah terkawal. Cecair ammonia tidak harus dituang ke dalam tanah untuk tujuan pertanian melainkan dalam kawasan yang tertutup, jumlah terkawal. Kehadiran wap ammonia memberi kesan ketara kepada aktiviti hujan, petir dan taufan. Garam ammonia dapat digunakan untuk tujuan menghasilkan hujan buatan namun kesan yang terhasil terhadap persekitaran adalah buruk. Kita tidak memiliki alternatif lain untuk menggantikan sebatian ammonia untuk tujuan perkilangan. Penggunaan lithium bromida sebagai bahan penyejuk menunjukkan sifat sangat beracun terhadap tubuh manusia apabila berlaku kebocoran. Oleh itu penggunaan secara berhati-hati sangat diperlukan untuk mengelak kesan buruk terhadap manusia dan juga alam sekitar.
viii. Mudharat Wap Ammonia Dalam Jangka panjang
Ammonia adalah sebatian peluntur yang hebat. Wap ammonia dapat melunturkan gas klorin membentuk pepejal ammonium klorida. Wap ammonia juga dapat menurunkan gas oksigen membentuk ammonium oksida. Pembebasan wap ammonia ke udarakasa, bukan sahaja boleh mengakibatkan kesan sesak nafas bahkan dapat mengurangi kuantiti gas oksigen setempat. Penghasilan senjata berasaskan ammonia dapat digunakan untuk membunuh manusia dan haiwan pada satu-satu kawasan yang luas tanpa memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan dan bangunan-bangunan. Kehadiran gas ammonia yang banyak dalam tempoh yang lama di atmosfera sekiranya berlaku kemarau yang berpanjangan, akhirnya akan mengakibatkan gas ozon dapat dilunturkan bersama, membentuk ammonium oksida. Kerosakan lapisan ozon yang terdapat di sekitar bawah lapisan mesosfera dan lapisan stratosfera, menjadi penyebab kepada perlepasan sinar lampau lembayung dari matahari terus ke permukaan bumi. Kulit-kulit manusia dapat mengelupas kerananya dan juga mengakibatkan kebutaan kesan penyakit katarak. Bumi akan dipenuhi debu yang berpanjangan kesan sinaran ini. Siang harinya, udarakasa akan dipenuhi radikal bebas dan manusia tiada pilihan melainkan menyorok dalam tanah pada hari siang. Kejadian seperti ini sebenarnya akan berlaku dalam sedikit masa lagi. Manusia terus menerus mengingkari pengajaran wahyu Tuhan dan ulama-ulama dibisukan daripada bercakap perkara sebenar tentang peringatan ini. Akibat kegelojohan manusia yang berterusan melaksanakan pembangunan tanpa had kawalan dan juga kegelojohan projek pertanian melalui penggunaan baja sintetik juga tanpa kawalan, haba dan wap baja yang berlebihan terus sahaja mencemari alam sekitar.
Permukaan bumi semakin panas akibat selubung haba wap baja ini dan akhirnya hujan menjadi sangat berkurangan dengan ketiadaan lagi ais yang menutupi kedua-dua belah kutub bumi. Haba yang berlebihan dan kemarau yang berpanjangan akhirnya menyampaikan wap ammonia hingga ke lapisan ozon. Pada masa itu, amalan manusia setempat adalah sangat-sangat mempengaruhi nasib yang akan menimpa mereka (99:05/06). Keingkaran manusia sehingga berterusan melaksanakan kerosakan tidak akan memberi jalan undur kepada mereka untuk memulihkan keadaan.
Bagaimanakah dapat mereka melakukan perbaikan sedangkan mereka tidak mengerti apakah perbaikan yang harus dilakukan? Bagaimanakah dapat mereka mengerti kerana langkah itu hanya ada dalam kitab Tuhan? Mereka memilih untuk mengingkari yang kesudahannya mereka berterusan menderita dalam azab. Demikian itulah kesombongan golongan ingkar yang kononnya serba canggih mengurus kehidupan di mukabumi ini. Golongan beriman diarahkan untuk membiarkan sahaja perlakuan mereka daripada golongan ingkar itu, sehingga benar-benar bencana akan mengenai mereka. Golongan beriman diarahkan untuk memulai gerak kerja secara kecil-kecilan dan menyampaikan ayat-ayat Tuhan kepada yang sudi menerimanya sehingga mereka dapat membantu dalam gerak kerja pemulihan. Kepada mereka jualah diharap umat akan kembali.
ix. Ammonia dan Masa Depan Bumi
Untuk mendapatkan suasana bumi yang pulih daripada kesan pencemaran ammonia, ammonia haruslah disingkirkan daripada bumi ini dan daripada udarakasa. Lebih banyak pokok-pokok besar harus ditanam dan lebih banyak haiwan serta haiwan ternakan harus dibiar hidup. Aktiviti menukarkan udara kepada ammonia melalui proses Haber, haruslah diharamkan sama sekali. Bagi membolehkan udarakasa sentiasa bersih, jumlah lalat mungkin harus dibiak dengan banyaknya. Lalat yang bebas akan mendapatkan mana-mana bangkai atau najis buangan haiwan yang masih baru agar segera ditukarkan kepada sebatian nitrat. Pengawalan suhu di atas permukaan bumi dapat dilakukan melalui pengawasan satelit dan mana-mana bahagian bumi yang terdedah kepada pembajaan terbuka serta mudah mengalami kesan selubung haba (kesan rumah hijau), tindakan sewajarnya harus diambil. Kawasan pertanian berkenaan harus dikelilingi dengan sejumlah yang banyak pokok-pokok besar dan bakteria yang dapat menukarkan ammonia kepada nitrat seperti nitrosomonas dan nitrobakter, harus dibiak dengan banyak. Bakteria pengikat nitrogen ini didapati banyak pada akar pokok kekacang dan beberapa jenis rerumput yang lain. Penggunaan baja, selain daripada baja ammonia, yang dapat membawa mudarat sekiranya digunakan dengan banyak tanpa kawalan, adalah baja nitrat itu sendiri. Ion nitrik menjadi penyebab kepada pengionan unsur-unsur logam dalam tanah. Pemerhatian yang mudah terhadap kawasan pertanian yang tidak dikawal selia dengan rapi adalah penghasilan keladak hitam pada bahagian sungai dari saliran yang keluar daripada kawasan pertanian. Penggunaan apajua jenis baja tanpa kawalan dapat mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Oleh itu pengawalan menggunakan alat pengesanan ionik di kawasan-kawasan pertanian adalah perlu, agar tidak membawa mudarat kepada kawasan kediaman kesan daripada kejadian tanah runtuh, rebah atau sebagainya. Sekian, harap menjadi makluman kepada pihak-pihak terbabit. Wal Lah hu a'lam.