بسم الله الرحمن الرحيم
Gambaran Peristiwa Al-Ma'arij Menurut
Pandangan Pelukis, Bakal Terjadi Dalam
Beberapa Tahun Lagi Yang Dapat Dibilang
i. Tentang Tempat Kenaikan
Bermula surah ini dinamai sedemikian rupa kerana terdapat perkataan ‘Al-Ma'arij’ pada 70:03. Kata dasar ijmak perkataan ini diterjemah sebagai ‘tangga’ yang dapat digunakan untuk tujuan naik ke kedudukan yang lebih tinggi. Tangga kenaikan adalah seperti tangga gerak atau eskalator atau lif, yang dapat digunakan untuk mengangkat seseorang atau sesuatu ke kedudukan yang lebih tinggi. Namun sesuatu yang menarik perhatian adalah untuk mendapatkan hubungkait antara tangga-tangga kenaikan dengan peristiwa berlakunya azab Tuhan, menjelang hari berlakunya azab. Adapun susunan peristiwa azab yang dapat digambarkan melalui surah ini adalah dengan menyatakan terlebih dahulu tentang kejadian yang akan berlaku. Seterusnya mengimbau semula sikap manusia yang menjurus kepada kerosakan alam, akibat daripada pekerjaan tangan-tangan mereka sendiri yang akhirnya, terjadi azab yang tidak dapat diundurkan.
ii. Persediaan Terhadap Bencana Yang Bakal Terjadi
Walaupun ayat pertama selepas ini menyentuh tentang azab kejatuhan (waqi'), pengajaran yang diperolehi ialah bentuk azab yang bakal terjadi, merupakan suatu yang umum yang dapat berlaku waktu terdekat ini. Azab sedemikian dapat berlaku sekarang ini atau pada bila-bila masa sebelum peristiwa Al-Waqi'ah, yang menjurus kepada peristiwa Al-Haqqah (69:15). Pengajaran surah ini harus diambil supaya manusia dapat bertindak segera sebelum sesuatu peristiwa azab sedemikian dapat terjadi. Langkah-langkah kerja daripada surah Al-Muzammil harus diperkira agar kesan kebinasaan daripada kejadian sedemikian dapat dikurangi, atau sekurang-kurangnya mereka telah membuat persediaan awal.
iii. Gas-gas Pencemaran Yang Sedang Meningkat Naik
Pada pandangan yang lebih teliti, perkara kenaikan tidak harus menjurus hanya kepada tangga kenaikan. Sejurus sebelum peristiwa azab yang tidak dapat dielakkan itu, sebenarnya manusia telah melakukan suatu pekerjaan, sehingga mengakibatkan gas-gas pencemaran telah naik ke paras yang sangat tinggi sehingga dapat merosakkan ozon. Setelah manusia tidak mengambil perduli terhadap pencemaran yang berterusan dan bencana di bumi yang berterusan, kerosakan atmosfera telah menjalar lebih tinggi yang akhirnya membawa kepada kerosakan mengejut kepada kehidupan manusia di bumi ini.
No comments:
Post a Comment