بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih
Suatu
keadaan buruk telah berlaku dalam pemerintahan. Keburukan itu
seperti, kerosakan alam sekitar dan kebejatan terhadap kehidupan
manusia. Kerosakan dapat terjadi akibat daripada pemberontakan yang
terhasil daripada fitnah-fitnah yang tersebar, hasil kerja mereka
yang berpengaruh serta bernafsu besar menguasai atau mempengaruhi
pemerintahan.
Adakah
seterusnya seharusnya individu pemerintah adalah merupakan pemerintah
yang bersikap lemah lembut terhadap pihak-pihak berkepentingan,
sehingga mahu memberi layanan baik kepada pihak yang berusaha
mengguling pemerintahan? Fitnah telah terjadi pada zaman Saidina
Usman R.A. sehingga membawa pembunuhan beliau dan seterusnya pada zaman Saidina Ali R.A. Beliau telah
mengatasinya dengan terkorbannya 120,000 sahabat-sahabat R.A.H.M yang
segala amalan mereka menafsir Al-Quran dalam diri masing-masing
menjadi sia-sia.
Seterusnya
Saidina Ali. R.A. memberi pukulan maut kepada pihak Khawarij, sehingga mereka tidak lagi wujud di muka bumi
ini. Namun atas kepentingan pihak yang bernafsu sungguh luar biasa,
mereka tidak serik dengan kekerasan yang telah Saidina Ali R.A.
kenakan kepada mereka, sehinggalah mereka memilih jalan membunuh
Saidina Ali. R.A. Kewafatan Saidina Ali. R.A. digantikan oleh Sahabat
Muawiyah Abu Sufyan R.A. Selepas itu Tuhan tidak lagi mengizinkan
kekhalifahan dilakukan melalui perlantikan dalam bangsa Arab.
Kekhalifahan diwarisi melalui sistem beraja dan berlangsung sekitar
beberapa ratus tahun. Bani Umayyah sendiri telah gagal membendung fitnah untuk
memusnahkan kumpulan Ar-Rafidhah yang kerja mereka sehingga kini
melaknat sebahagian Ahlul Bait RasululLah S.A.W.
Kemudian
keburukan berlaku dalam pemerintahan Bani Umayyah, yang terlalu
termakan dengan kempen puak Ar-Rafidhah yang terlalu mengagungkan
Syaidina Ali R.A. Ahlul Bait diambang bahaya akibat sembahan puak
Ar-Rafidhah dan permusuhan yang dibangkitkan oleh pemerintahan bani
Umayyah. Ahlul Bait kemudiannya melarikan diri menjauhi fitnah-fitnah
berkenaan ke negara-negara timur jauh seperti ke Afghanistan hingga
ke Indonesia dan ke barat seperti Mesir hingga ke Maghribi.
Fitnah-fitnah terus berlaku dalam pemerintahan. Umat terus terpecah akibat
hasutan-hasutan pihak tertentu. Kerajaan Melaka sendiri terpecah
kepada beberapa buah kerajaan yang masing-masing melaksanakan
pemerintahan kesultanan. Satu demi satu pemerintahan umat jatuh
kepada penjajah Barat sehinggalah negeri-negeri kecil dapat disatukan
membentuk beberapa negara yang diusahakan oleh penjajah Barat
sendiri.
Pengajaran
daripada ayat-ayat berikut ini adalah merupakan kerja penulis untuk
menghubungkan ayat-ayat tertentu yang dijadikan rujukan kepada
penerangan Surah Al-Mulk sebelum ini. Penerangan-penerangan ini
meliputi perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri KEBAIKAN
pemerintahan ke atas umat yang telah berlangsung dari dahulu sehingga
kini (03:26). Antara perkara yang disebut adalah, sebab-sebab
terjadinya perubahan pemerintahan sehingga kepada peri pentingnya
menjaga kestabilan kehidupan di bumi ini.
Rujukan
daripada Surah Al Imran (03:21- 03:31) adalah merupakan satu
himpunan wahyu, yang dihubungkan dengan penerangan penulis darihal
ayat pertama surah Al-Mulk. Bahawa pilihan Tuhan dalam menentukan
pemerintahan sebenarnya berkaitan dengan ciri-ciri kebaikan yang
dilaksanakan oleh suatu pemerintahan itu, ataupun pemerintahan selepas
itu.
No comments:
Post a Comment