والذين هم لفروجهم حفظون
Dan orang-orang yang mereka terhadap lubang-lubang mereka, yang memelihara.
dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
KELIMA : MEREKA YANG MEMELIHARA
LUBANG-LUBANG MEREKA
i. Hubungan Seks, Penentu Hidup dan Mati
Alat kelamin yang dijaga adalah untuk hubungan kelamin yang halal. Hubungan kelamin adalah suatu perkara penentu kepada hidup dan matinya sesuatu umat. Hubungan kelamin yang benar dan halal mendorong kepada suatu kehidupan dengan lahirnya bayi-bayi yang sihat manakala hubungan yang haram mendorong kepada penyakit berjangkit yang membawa maut atau yang memudharatkan seperti AIDS, sifilis, gonorrhea dan sebagainya serta pertelingkahan dalam masyarakat.
Berhati-hatilah : Hubungan Seks
Penentu Hidup Dan Mati
ii. Perzinaan Yang Berlaku Secara Berleluasa
Pada zaman ini, golongan ingkar, dengan dibantu oleh peralatan media massa telah mempelopori pembikinan tayangan-tayangan berunsur lucah sehingga mengakibatkan aktiviti perzinaan berlaku secara berleluasa. Tayangan-tayangan percuma melalui internet telah merosakkan minda generasi muda sehingga membentuk suatu budaya yang liar. Lahirnya anak-anak luar nikah pada jumlah ratusan ribu bayi hanya dalam tempoh sekitar 20 tahun kebelakangan ini memberi gambaran buruk terhadap tanggungjawab generasi mendatang dalam menjaga alam sekitar dan pembentukan masyarakat sosial yang harmoni.
Yang penting sekali adalah pemeliharaan keturunan yang sah. Aktiviti perzinaan telah banyak berlaku di kebanyakan negara, bahkan pelacuran dianggap sebagai suatu kareer pekerjaan yang sah. Aktiviti ini sebenarnya sangat merbahaya lantaran potensi penyakit berbahaya seperti AIDS, tentunya akan tersebar dengan mudah tanpa halangan. Apatah lagi kiranya sedang berlaku penularan wabak yang ada hubungan dengan kontak manusia yang rapat seperti wabak H1N1 dan penyakit ebola yang pernah mengorbankan ramai penduduk.
No comments:
Post a Comment