SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Tuesday, July 30, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 5 -- KAUM TSAMUD DIBINASAKAN OLEH SESUATU YANG MELAMPAUI

KERAJAAN


فاما ثمود فاهلكوا بالطاغية

Maka adapun Tsamud, maka telah dibinasakan mereka dengan (sesuatu) yang melampaui (had) itu. 

maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan Dengan (petir) Yang melampau dahsyat-nya.

i.     Pekerjaan Kaum Tsamud Yang Membinasakan

Situasi bencana penderaan yang mengenai kaum Tsamud merupakan siri hukuman luar biasa. Kisah kaum Tsamud telah diulang berkali-kali dalam Al-Quran seperti dalam ayat 11:61– 68 dan 7:73–79. Kaum Tsamud terkenal dengan aktiviti menebuk gunung untuk tujuan membina kediaman. Mereka melakukan dua kerja serentak iaitu menebuk gunung untuk dijadikan tempat kediaman dan juga mengangkut batu-batu gunung itu untuk dijadikan kediaman di lembah-lembah (89:09).

ii.    Mereka Ditimpa Oleh Batu-batu Gunung

Disebabkan keingkaran mereka kepada Tuhan dan kerja-kerja kerosakan yang mereka lakukan, akhirnya berlaku gempa yang kuat dan ditimpakan batu-batu gunung itu secara berterusan kepada mereka sehingga pagi-paginya (89:04), mereka telah bergelimpangan dalam kediaman mereka sendiri. Timbul suatu persoalan, mengapakah hanya seperti kaum Tsamud, kaum A'ad, umat Nabi Nuh, kaum Luth dan Fir'aun, telah Tuhan nyatakan daripada banyak kaum yang dibinasakan? Sedangkan terdapat bukti-bukti sejarah yang menimpa kaum-kaum lain, tidak dinyatakan dalam kitab suci. Yang demikian itu, corak bencana yang menimpa mereka adalah seumpama nasib yang menimpa kaum-kaum yang disebutkan itu. Sebagai contoh, bencana yang menimpa penduduk Pompei akibat daripada letupan gunung berapi Vesuvius di Italy suatu masa dahulu. Kerja-kerja arkeologi telah menemui mayat-mayat yang bergelimpangan, mengeras dan terdapat anjing yang mati terikat. Mereka telah ditimpa bencana seperti mana umat nabi Luth, tetapi yang menimpa mereka adalah berupa jatuhan debu daripada letusan gunung berapi piroplastik.

iii.    Beberapa Contoh Kaum-kaum Yang Lain

Bencana yang berlaku kini pula seperti tsunami Asia Selatan yang melanda utara Sumatera, Sri Lanka, India, Bangladesh, Thailand dan Malaysia adalah seumpama kejadian banjir yang menimpa umat Nabi Nuh, yang disebutkan dalam kitab suci. Kejadian taufan yang membinasakan, yang sering kali mengenai negara-negara seperti Amerika Tengah, Amerika Syarikat, Filipina, Taiwan, China dan Jepun, adalah natijah daripada kerja-kerja kerosakan yang mereka lakukan terutama dalam projek-projek pertanian mereka yang menyerupai projek-projek pertanian di bawah kekuasaan Fir'aun.

Mereka ditimpa malapetaka pusaran angin yang mengakibatkan ketulan ais jatuh menimpa ladang-ladang pertanian dan juga kediaman mereka. Sebahagian mereka terkorban sepertimana kaum A'ad terkorban. Tuhan sebenarnya tidak lupa kejadian berkenaan, hanya pengajaran yang serupa seumpama kejadian itu telah dinyatakan dalam kitab suci melalui contoh-contoh yang diberi.




Saturday, July 27, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 4 -- KAUM TSAMUD DAN AAD MENDUSTAI AL-QARI'AH (PENDERAAN)


كذبت ثمود وعاد بالقارعة


Telah mendustai Tsamud dan A'ad terhadap Al-Qari’ah (hari Penderaan).

kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) Yang menggempar dan mengharukan itu.

i.       Kaum Tsamud dan A'ad Ditimpa 
         Bencana Al-Qari'ah

Penerangan tentang kejadian Al-Qari'ah akan diperjelas melalui surah Al-Qari'ah (101:01 –11). Disebut Al-Qari'ah adalah merupakan suatu kejadian yang didustai oleh kaum Tsamud dan kaum A'ad. Pelajaran yang diperolehi adalah, sebahagian peristiwa hari Penderaan itu telah dirasai sendiri oleh kaum Tsamud dan kaum A'ad. Demikian itu adalah merupakan pengajaran yang Tuhan sampaikan kepada manusia seluruhnya, tentang peristiwa Al-Qari'ah.

ii.     Beberapa Contoh Kaum-kaum 
        Yang Lain

Peristiwa hari Penderaan (Al-Qari'ah) berlaku apabila sampai masa bencana yang berterusan dalam tempoh yang panjang sehingga mengakibatkan kemusnahan terhadap tempat-tempat kediaman manusia serta diri manusia sendiri. Bentuk bencana itu boleh jadi pelbagai, sama ada bencana akibat daripada rentetan perubahan cuaca, atau peristiwa yang dapat berlaku secara mengejut seperti gempa bumi dan rentetannya ataupun akibat daripada kejatuhan objek besar dari angkasa yang membawa debu atau apajua dari arah atas, yang menimpa manusia yang mendiami bumi ini. Gambaran seperti ini merupakan rentetan peristiwa sebagaimana yang pernah disebutkan sebelum ini daripada pengajaran surah Al-Mulk dan surah Nun. Masih adakah lagi pilihan untuk manusia, sekiranya mereka memilih untuk mengingkari perkhabaran sebelum ini? Adakah mereka benar-benar telah bersedia?




Wednesday, July 24, 2013

SURAH AL HAQQAH AYAT 3 -- ADAKAH PEMBACA TAHU APAKAH AL-HAQQAH ITU?



و ما ادرك ما الحاقة

Dan adakah telah tahu engkau, apakah itu Al-Haqqah?

dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat Yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).

i.      Persoalan Demi Persoalan Demi Persoalan

Sekali lagi, suatu cabaran persoalan ditimbulkan. Demikian itulah kaedah Tuhan mengajari hambaNya. Suatu tajuk kejadian diperkenalkan. Kemudian, suatu persoalan ditimbulkan dan seterusnya, diikuti persoalan yang sama dan seterusnya adalah gambaran bencana! Kaedah ini banyak diperkenalkan dalam memulai suatu kempen dalam usaha menarik perhatian orang ramai. Tajuk  ﺍﻟﺤﺎﻗﺔ yang dinyatakan pada ayat awal daripada surah ini, seolah-olahnya adalah tajuk kempen.

ii.      Seperti Kempen Aedes Suatu Masa Dahulu

Penulis masih ingat semasa melalui zaman kanak-kanak, bagaimana kempen kerajaan dahulu, tentang nyamuk aedes, dipersembahkan melalui televisyen, dengan terlebih dahulu memaparkan tulisan yang menyatakan tajuk AEDES pada permulaan persembahannya. Kemudian diikuti dengan gambaran penunjuk tangan kanan yang digenggam jari-jari yang lain, kemudian dengan kata-kata “tahukah kamu ...”. Seterusnya ditunjukkan gambaran pesakit-pesakit dengan kulit mereka berbintik seolah-olah melepuh akibat terkena jangkitan penyakit tertentu. Seperti itulah gambaran selanjutnya yang tentunya menyatakan tentang bencana!

Sunday, July 21, 2013

SURAH AL HAQQAH AYAT 2 -- APAKAH AL-HAQQAH?


ما الحاقة

Apakah Yang Pasti Terjadi?

apakah Dia sifat dan keadaan saat Yang tetap berlaku itu?

i.    Persoalan Yang Memberikan Tunjuk Ajar

Suatu persoalan. Gaya penyampaian seperti ini, seolah-olah mahu memberi tunjuk ajar. Pendengar atau pembaca tentunya akan lebih tertanya-tanya tentang mesej yang ingin disampaikan. Ada sesuatu yang besar, yang akan dinyatakan. Telah dua kali persoalan diajukan dan jawapan belum diberikan.

ii.    Pembaca Akan Lebih Tertanya-tanya

Sekiranya pengajaran dihentikan sehingga ke takat ini, pendengar tentunya akan lebih tertanya-tanya, apakah mesej yang ingin disampaikan? Pemberitahuan perlu diteruskan atau pendengar akan mengambil sikap bosan terhadap pemberi penerangan. Apatah lagi, sekiranya pendengar dikehendaki mengusahakan sendiri untuk mengetahui tentang perkara yang harus diperdengarkan.



Thursday, July 18, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 1 -- YANG DIKATAKAN HAQQAH


الحاقة

Perkara Yang Pasti Terjadi

saat Yang tetap berlaku itu -

i.     Merupakan Perkara Benar dan Mustahak Disebarkan

Al-Haqqah. ﺤﺎﻗ perkataan asal sedemikian bermakna benar, hak, yakin, betul, mustahak. Merujuk kepada surah ini adalah sesuatu yang benar, yang diyakini akan berlaku masanya, merupakan perkara betul untuk dibincangkan dan perkara mustahak yang harus disebarkan sehingga semua manusia mengetahuinya. ﺍﻟﺤﺎﻗﺔ menyentuh perkara khusus, suatu kejadian yang pasti benar akan berlaku, yang perlu dibahaskan, perbahasan diiktiraf sebagai betul serta sangat layak untuk dinyatakan dan merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dinyatakan.

iii.     Rentetan Akibat Kecuaian Manusia

Penerangan kejadian ini adalah rentetan daripada kesan pengabaian manusia akibat kecuaian mereka dalam membentuk sistem pemerintahan yang diberkati, yang menjurus kepada perlakuan yang merosakkan kehidupan manusia serta nasib alam persekitaran, tempat kediaman mereka sendiri. Mereka sebenarnya belum terlambat untuk memulihnya.



Sunday, July 14, 2013

SURAH AL HAQQAH -- PERKARA YANG PASTI TERJADI


بسم الله الرحمن الرحيم
                                               

Tentang Perkara Yang Pasti Terjadi

69:00 – Tentang Al-Haqqah iaitu Gabungan Peristiwa
                       
Surah ini mengkhabarkan perkara-perkara yang bakal berlaku menjelang hari Al-Haqqah, sebelum berlaku kejadian besar As-Saah. Namun yang disampaikan pada bahagian permulaan daripada surah ini adalah awal-awal peristiwa hari Keputusan (Al-Fasl), selepas itu diikuti dengan peristiwa Al-Waqi'ah. Oleh itu dapat difahami bahawa Al-Haqqah, adalah gabungan antara peristiwa hari Al-Qari'ah dan peristiwa Al-Waqi'ah. Penerangan ayat-ayat selanjutnya adalah sedemikian rupa sehingga pelajaran yang sama diperolehi daripada kebanyakan surah-surah awal dalam juz terakhir iaitu Juz Amma. Penulis mencadangkan pembaca, terlebih dahulu membaca ayat-ayat Al-Quran daripada surah Al-Qari'ah.




Friday, July 12, 2013

KANDUNGAN YANG TELAH DIBINCANGKAN


KANDUNGAN SURAH NUN
 

Tentang Penulisan Dan Wahyu
 

68:00 – Pengajian Surah Nun Al-Qalam
 

Wahyu Selepas Tiga Tahun Daripada Awal Kerasulan, Tertangguh Dalam Period Yang Lama
 

68:01 – Nun, Dakwat, Bekas Dakwat,
             Pena dan Penulisan
 

              i.      Takrifan Bagi Nun
             ii.      Sejenis Ikan pada Peristiwa Yunus
             iii.     Kepentingan Penulisan
 

68:02 – Antara Nikmat Tuhan dan Gila
 

              i.      Wahyu Tuhan Sebagai Nikmat Tuhan
             ii.      Gila Lantaran Memperolehi Nikmat
             iii.     Nikmat dan Kesan Perutusan
 

68:03 – Ganjaran Yang Tidak Putus
 

              i.      Muhammad (S.A.W) Dituduh
                      Gila Dapat Bina Negara
             ii.      Kegilaan Umat Masakini
                      Yang Dianggap Normal
 

68:04 – Muhammad (S.A.W) Membawa 
              Akhlak Mulia
 

             i.      Telah Dikenali Dengan
                     Gelaran Al-Amin
            ii.      Dituduh Gila Kerana Kerja-kerja
                     Baginda Menggugat Kedudukan
                     Pemuka-pemuka Makkah
 

68:05 – Kamu Melihat Mereka Juga Melihat
 

             i.      Golongan Ingkar Merancang
                     Penuh Untuk Aniaya      
            ii.      Sebelum Umat Islam Dapat
                     Dileburkan, Golongan Ingkar
                     Lebur Terlebih Dahulu       
            iii.     Manusia Yang Memerlukan
                     Petunjuk Tuhan
            iv.     Komunis Yang Mengongkong
            v.      Demokrasi dan Kapitalis
                     Yang Merosakkan
 

68:06 – Siapakah Sebenarnya Yang Terkial-kial?
 

             i.      Golongan Ingkar Yang Menguasai Keadaan
            ii.      Umat Islam Yang Kehilangan Arah dan Pedoman

68:07 – Tuhan Lebih Mengetahui Golongan 
             Berpetunjuk dan Golongan Yang Sesat
 

             i.      Golongan Sesat Adalah Yang Terkial-kial
            ii.      Golongan Berpetunjuk Adalah Yang Berpanduan
 

68:08 – Jangan Mentaati Golongan Pendusta
 

68:09 – Bercita-cita Besar Untuk Mendapatkan Sokongan
 

             i.      Untuk Kepentingan Politik atau Perjawatan,
                     Pengiktirafan dan Sebagainya
            ii.      RasululLah S.A.W Yang Tidak Dapat Dibeli
            iii.     Contoh : Amerika Syarikat Membeli Rakyat
                     Afghanistan
 

68:10 – Banyak Bersumpah Dengan Sumpah Yang Lemah
 

             i.      Mengambil Sumpah-sumpah Sebagai Pelindung
            ii.      Zaman Wang Adalah Segala-galanya
 

68:11 – Suka Mencela Berjalan Ke Hulu dan 
             Ke Hilir dengan Perkhabaran
 

             i.      Suka Sangat Menimbun Harta
            ii.      Mereka Adalah Wartawah-wartawan,
                     Penceramah dan Pemilik Berita
            iii.     Contoh-contoh Berita Palsu
                           * Peristiwa 11 September
                           * Provokasi Terhadap
                              Pejuang-Pejuang Agama
                           * Berhati-hati Terhadap Berita
                              Yang Disebarkan
 

68:12 – Menegah Kebaikan Dan Melampaui Dalam Dosa
 

             i.      Yang Tidak Wajar Dituduh Sesat
            ii.      Penganut Sesuatu Agama Atau Kefahaman Tidak
                     Wajar Dituduh Sebagai Sesat
            iii.     Menghalang Sadaqah (Zakat) Daripada Sampai
                     Kepada Pihak Yang Layak
 

68:13 – Sangat Keras Serta Diketahui Kejahatannya
 

68:14 – Bangga Memiliki Harta Dan Anak-Anak Lelaki
             

             Hanya Suatu Contoh : Kerja-ker ja Kontrak
 

68:15 – Menyatakan Ayat-Ayat Tuhan 
             Sebagai Kisah Silam
 

             i.      Prinsip Archimedis            
            ii.      Masalah Perubahan Cuaca
 

68:16 – Golongan Sesat Ada Tanda

             Keberadaan Mereka Sentiasa Diuji Tuhan Agar Mereka
             Mudah Dikenali Manusia Lain
 

68:17 – Golongan Sesat Diuji Seperti Sahabat Kebun Diuji

             i.      Mereka Terlalu Yakin Memperolehi Hasil
            ii.      Ketamakan Mereka Dalam Pekerjaan

68:18 – Mereka Tidak Mahu Menyisihkan

             i.       Tidak Menyerahkan Urusan Mengikut Ketentuan
            ii.       Darihal Tenaga Kerja Golongan Miskin
            iii.      Kekuasaan Tuhan Mendatangkan Bencana

68:19 – Bencana Menimpa Kebun Sahabat-sahabat Kebun

68:20 – Pusingan Crop Circle

            Tuhan Yang Menumbuhkan Hak Tuhan
            Untuk Membinasakan

68:21 – Mereka Saling Memanggil Seawal Pagi

68:22 – Mereka Menganjurkan Menuai Awal-awal Pagi
             

             Mengapakah Sikap Tamak Wujud?

68:23 – Berangkat Dengan Rasa Takut-takut

             i.      Terjenguk Sana Terjenguk Sini Khuatir Diketahui
            ii.      Menunjukkan Sikap Merahsiakan Sesuatu

68:24 – Supaya Golongan MiskinTidak Memasuki Kebun

             i.      Ramai Daripada Rakyat Jelata Adalah Miskin
            ii.      Mengabaikan Mereka Menimbulkan Masalah Sosial

68:25 – Mereka Cuba Menguasai Kegusaran Mereka
         

             i.      Mereka Didapati Rasa Bersalah
            ii.      Golongan Sesat dan Perancangan Ketamakan Mereka
            iii.     Peranan Institusi-institusi Agama
            iv.      Akhirnya Golongan Sesat Menyedari Kesesatan
                     Mereka Sendiri

68:26 – Akhirnya Mereka Menyedari Kesesatan Mereka

             i.      Mereka Bukan Sesat Jalan Tetapi Menganut Cara
                     Beragama Yang Menyesatkan
            ii.      Mereka Bukan Berterusan Ingkar Tetapi Tersalah
                     Cara Beragama (Sesat)

68:27 – Mereka Tidak Memperolehi Hasil Atas Pilihan Sesat

             i.      Ekonomi Negara Menjadi Tidak Stabil
            ii.      Huruhara, Konflik, Defisit Yang Meningkat
            iii.     Perpaduan Masyarakat Terjejas

68:28 – Dalam Kalangan Golongan Sesat Masih Ada Mereka
             Yang Condong Kepada Agama


             i.      Mereka Ada Pakar Nasihat Agama
            ii.      Umumnya Nasihat Pakar Mereka Kurang Didengari

68:29 – Golongan Sesat Menyedari Bahawa Mereka Kejam

             i.      Sesat Adalah Kekejaman Syirik Adalah Juga
                     Kekejaman
            ii.      Panduan Mana Yang Perlu Mereka Cari

68:30 – Mereka Yang Sesat Saling Cela-Mencela

            i.      Si Dhaif Yang Sesat
                    Mencela Pemimpin
           ii.      Pemimpin Yang Sesat
                   Mencela Penjawat Agama       
           iii.     Penjawat Agama Yang Sesat
                   Mencela Si Dhaif
           iv.     Si Dhaif Yang Sesat Mencela
                   Kembali Penjawat Agama
           v.      Penjawat Agama Yang Sesat
                   Mencela Pemimpin
          vi.     Pemimpin Yang Sesat
                   Mencela Si Dhaif
          vii.    Si Dhaif Yang Sesat
                  Mencela Kembali Pemimpin
         viii.    Pemimpin Yang Sesat Mencela
                  Kembali Penjawat Agama
          ix.     Penjawat Agama Yang Sesat
                  Mencela Kembali Dhaif

68:31 – Mereka Sebenarnya Golongan Melampau

             2.5% iaitu Peruntukan Untuk Golongan Susah
             Mereka Sapu

68:32 – Merasa Tak Cukup, Mereka Masih Mengharapkan
             Habuan Daripada Tuhan


68:33 – Azab Di Akhirat Adalah Lebih Berat

             i.     Golongan Sesat Adalah Golongan Terkial-kial
            ii.     Pembawa Ajaran 'Sesat' Bukanlah Golongan Sesat
            iii.    Golongan Sesat Adalah Yang Melakukan 6 Perkara

Pengajaran Himpunan Awal Surah Nun

Balasan Di Akhirat – Untuk Diambil Pengajaran

68:34 – Golongan Berhati-hati Dalam Syurga Kenikmatan

             i.     Pemilikan Manusia Adalah Amanah Tuhan
            ii.     Amalan Riba Yang Menyesatkan
            iii.    Kecurangan Sistem Kapitalis
            iv.    Golongan Berhati-hati Harus Ada Peruntukan Infak

68:35 – Muslimin Tidak Sama Dengan Mujrimin

             i.     Sadaqah Bukan Charity
            ii.     Jatuh Bangunnya Ekonomi Sesebuah Negara
            iii.    Ekonomi Umat Adalah Suatu Survival

68:36 – Apakah Ukuran Yang Kamu Buat?

             i.     Sistem Ekonomi Riba Menjadikan Mereka Memilih
                    Hidup Sendiri-sendiri
            ii.     Tiada Jaminan Pemilikan Dalam Sistem Kapitalis
            iii.    Kerosakan Alam dan Sosial Akibat Kapitalis

68:37 – Apakah Kitab Rujukan Kamu

             i.     Pembangunan Berterusan Tanpa Had
            ii.     Negara Sosialis Sendiri Menolak Ekonomi Kapitalis

68:38 – Tiada Kitab Yang Mengajar Rakus Sebagai Baik

68:39 – Adakah Mereka Ada Hujah Atas Perlakuan Mereka?

             i.     Adakah Mereka Memiliki Akta Yang Jelas Yang
                    Sampai Kepada Tuhan Bahawa Mereka Lebih Berhak
                    Atas Pilihan Mereka?
            ii.     Mereka Mengubah Peraturan
                       *  Zakat Untuk Pembangunan Dan Bukan
                          Untuk Golongan Susah
                       *  Maksiat Didenda, Untuk Bayar Gaji
                          Pegawai-pegawai
                       *  Harta Warisan Umat Islam Dijadikan
                          Rebutan Badan Yang Dinamai Amanah
           iii.     Akhirnya Umat Ramai Yang Kecewa

68:40 – Siapakah Yang Harus Didakwa?
         

             i.     Umat Mendakwa Golongan Agama
            ii.     Umat Berlaku Syirik Mengambil Golongan
                    Beragama Sebagai Sekutu Tuhan

68:41 – Umat Mempunyai Sekutu Dalam Beragama
   

              i.     Mereka Menyembah Pemimpin-pemimpin,
                     Penjawat-penjawat Agama, Ustaz-ustaz,
                     Lebai-lebai Serta Kiyai
             ii.     Penjawat Agama Masakini Lebih Memahami Wang
                     Ringgit Berbanding Agama

68:42 – Pada Hari Yang Mereka Diseru Untuk Sujud

             i.      Diperintah Sujud Tapi Mereka Tak Sanggup Buat
            ii.      Sebagai Suatu Manifestasi Penyerahan Kepada Tuhan
            iii.     Gambaran Pusat Lesi Orang Yang Tidak Bersujud

68:43 -- Tunduk Menekur Pandangan 

68:44 -- Biarkan Sahaja Si Pendusta Itu, Tuhan Sedang
              Istidraj Mereka Dari Arah Yang Mereka Tak Tahu


             i.      Mereka Mengambil Sekutu Dalam Beragama
            ii.      Mereka Mengharamkan Apa Yang 'Ulama' Haramkan
            iii.     Mereka 'Halalkan' Apa Yang Ulama Mereka Halalkan
            iv.     Implikasi Penyekutuan
            v.      Perintah Menggauli Orang Ramai dan Dua Jenis
                     Manusia Yang Diarahkan Untuk Ditinggalkan
 

68:45 -- Rencana Tuhan Yang Amat Kukuh
 

             i.     Menghina Pendakwah Akibatnya Ditinggalkan
            ii.     Mengikut Cara Beragama 'Penjawat Agama'
                    Yang Menyesatkan
            iii.    Zakatnya Tidak Pernah Sampai dan Pemakanannya
                    Memudharatkan
            iv.    Hidup Nafsi-nafsi Dengan Sistem Riba
            v.     Kejadian Murtad Semakin Menjadi-jadi
 
68:46 -- Mereka Tidak Diminta Bayaran Untuk Beriman
 

             i.     Amat Berat Untuk Mereka Beriman Pengesaan
                    Amat Ringan Untuk Mereka Beriman Penyengutuan
            ii.     Syahadah Beragama Tidak Ada Kesaksian
           iii.     Bersolah Tapi Mereka Sendiri Tak Faham
           iv.     Berpuasa Tetapi Boros, Menjerit-jerit Dalam Ibadah
            v.     Berzakat Tetapi Zakat Diserahkan
                    Kepada Asnaf Yang Lain
           vi.     Ibadah Haji Mereka Untuk Melancong Semata.
          vii.     Cara Beragama Yang Merugikan Yang Mereka Mahu
         viii.     Sanggup Bertuankan Golongan Ingkar
 

68:47 – Adakah Di sisi Mereka Perkara Ghaib lalu Mereka 
            Menulis Perkara Ghaib itu?
 

            i.     Jabatan Meteorologi Dengan kaedah Tertentu
           ii.     Rujukan Kepada Kitab-kitab Silam
          iii.     Tiga Perkara Yang Dinyatakan Ghaib Dalam Al-Quran
          iv.      Ramalan Cuaca dan Peristiwa D-Day
           v.      Ramalan Peristiwa Mendatang Melalui Hadith Marfu'
                   dan kata-kata Sahabat.
          vi.     Ramalan Berdasarkan Kerasihan Ilmu

Cara Golongan Sesat Menyediakan Diri Untuk Kejadian Mendatang
 

68:48 – Bersabarlah dan Jangan jadi Seperti Nabi Yunus A.S.
 

           i.     Golongan Sesat Akan Terperangkap – Jangan
                  Tinggalkan Mereka
          ii.     Mereka Buat Kerja Angkut-Angkut           
         iii.     Kisah Nabi Yunus A.S. Meninggalkan Kaum Baginda
 

68:49 – Nabi Yunus A.S. Diluah Keluar Dari Perut Ikan
 

           i.     Keadaan Baginda Yang Terdedah Tanpa Kulit
                  dan Menderita Sakit
          ii.     Bersabar Dengan Sikap Umat Suka Mencemuh
                  dan Menuduh Gila dan Sebagainya
 

68:50 – Nabi Yunus A.S. Tergolong Dalam Kumpulan Yang 
             Melakukan Perbaikan
 

           i.      Keadaan Zaman Ini
          ii.      Siti Khadijah Yang Berjuang Berhabis-habisan
                   Membantu RasululLah S.A.W.        
         iii.      Sahabat-Sahabat RasululLah S.A.W Korbankan
                   Harta            
          iv.     Perjuangan RasululLah S.A.W Bertahan 1292 Tahun
 

68:51 – Golongan Ingkar Yang Hampir Menggelincirkan 
            Golongan Beriman Dengan Pandangan Mereka

           i.      Mereka Menuduh Gila
                   Walhal Mereka Yang Gila
          ii.      Mereka Menempuh Sistem Hidup dan
                   Ekonomi Yang Menyempitkan
         iii.      Amalan Bersadaqah Yang Dianggap Gila
 

68:52 – Al-Quran Merupakan Peringatan Ke Seluruh Alam

           i.     Para Sahabat Menerima Al-Quran Sebagai
                  Ayat-ayat Suci Tuhan
          ii.     Hampir Setiap Sahabat Adalah Huffaz
         iii.     Sahabat-Sahabat Bertempur Dalam
                  Memahami Ayat-Ayat Tuhan
          iv.    Mematuhi Fatwa Ulama Tidak Menjamin Apa-apa

Pengajaran Surah Al-Qalam @ Surah Nun

Persediaan Kepada Peristiwa Yang Akan Berlaku 

Peristiwa Yang Bakal Terjadi


Wednesday, July 10, 2013

PERISTIWA YANG BAKAL TERJADI YANG SEHARUSNYA BOLEH DIELAKKAN


Penerangan selanjutnya daripada yang dapat diterangkan dari kitab suci sebagaimana yang dapat ditulis dalam blog ini adalah menjurus kepada peristiwa yang bakal terjadi. Peristiwa yang sepatutnya dapat dielakkan itu adalah akibat daripada kedegilan manusia, yang sentiasa berusaha menghindari pengajaran-pengajaran kitab suci dan seterusnya mereka gagal melakukan atau menghindari perkara perlu, agar kejadian yang akan membawa sengsara itu, dapat dielakkan.

Peristiwa itu adalah suatu yang berkaitan penderaan berterusan, yang merupakan ulangan peristiwa yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Nun, saya tidak dapat menjelaskan masa akan terjadinya kejadian berkenaan, namun daripada situasi masa kini, saya percaya kejadian yang mengerikan itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi. Barangkali, dalam tempoh hayat kita yang sedang berada di muka bumi ini atau kurang dari tempoh itu. Walaupun peristiwa yang bakal terjadi itu bukanlah merupakan penamat kepada segala-galanya, umat manusia masakini harus mengambil iktibar daripada peristiwa yang bakal berlaku itu.

Sama-samalah kita pelajari Surah Al-Haqqah selepas ini dan sama-samalah kita memikirkan dan mengambil langkah perlu, agar kejadian itu dapat dihadapi dengan persiapan ataupun sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan diri sendiri pada masa kejadian itu berlaku.




Popular