فاجتبه
ربه فجعله من الصلحين
Maka telah memilih Ia akannya oleh
Tuhannya, lalu telah menjadikan Ia akannya daripada golongan perbaikan.
selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan Dia dari orang-orang Yang soleh.
i. Keadaan Zaman Ini
Tugas
kerasulan adalah tugas pemulihan, iaitu
setelah berlaku kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh umat. Itu
pada
zaman itu. Pada zaman ini telah nyata kerosakan yang dilakukan oleh umat
manusia. Perubahan cuaca yang mengakibatkan bencana alam, berlaku hampir
setiap
hari kesan daripada pengamalan riba. Keporakan nasab keturunan manusia
berlaku
kesan daripada 'kemajuan' teknologi komunikasi. Sehinggalah kepada
kepelbagaian
penyakit yang memudharatkan seperti barah dan AIDS atau permasalahan
sosial
yang mudah menular tanpa kawalan. Masih adakah lagi rasul? Sedangkan
keutuhan
kitab Al-Quran masih kekal sedemikian sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Apa
yang perlu adalah pengamalan terhadap isi
kandungan Al-Quran yang memerlukan kesungguhan ulama-ulama yang ikhlas,
yang
sanggup memperjuangkannya, tanpa mengharapkan imbuhan sama ada dalam
bentuk
gaji atau sumbangan-sumbangan. Bahkan mereka sendiri perlu mengorbankan
sebahagian besar harta mereka untuk tujuan sedemikian.
ii.
Siti Khadijah
R.A.H. Yang Berjuang
Berhabis-habisan Membantu
RasululLah S.A.W.
Berhabis-habisan
RasululLah S.A.W.
RasullulLah S.A.W. sendiri berhabis-habisan
dalam usaha dakwah sehingga isteri baginda Khadijah R.A.H., telah wafat
dalam
keadaan miskin, tidak memiliki apa-apapun. Dakwah baginda yang
sedemikian rupa
juga dituruti oleh sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar R.A. yang
turut
mengorbankan seluruh hartanya, Umar R.A. yang mengorbankan separuh
daripada
hartanya, demi untuk keperluan dakwah agama.
iii.
Sahabat-Sahabat
RasululLah S.A.W
Korbankan Harta
Korbankan Harta
Mereka
telah berkorban berhabis-habisan
sehingga dapat mengumpulkan seberapa ramai golongan miskin daripada ahli
sufah,
yang tenaga mereka diperlukan untuk menyebarkan agama Islam. Dengan
berkumpulnya golongan miskin di sisi baginda, kekuatan golongan yang
ingkar,
dalam memanipulasi tenaga golongan miskin telah direnggut dan perniagaan
mereka
turut terjejas. Demikian itu telah menambah-nambah kebencian golongan
ingkar
yang asalnya berada pada kedudukan mewah, terhadap dakwah RasullulLah
S.A.W., sehingga mereka sanggup mengumpul kekuatan memerangi umat Islam.
Setelah
kekuatan umat Islam meningkat sehingga dapat menguasai semula
pusat-pusat strategi
penting seperti Makkah, pengajaran-pengajaran suci Al-Quran mula
dipraktikkan
oleh umat manusia untuk memperbaiki keadaan umat. Bangsa Arab yang
terkenal
dengan sifat jahiliyah, telah berubah menjadi sebuah masyarakat
bertamadun,
membentuk tamadun besar dunia sebelum ini.
iv.
Perjuangan
RasululLah S.A.W
Bertahan 1292 Tahun
Bertahan 1292 Tahun
Kekuatan
daulah Islam telah bermula sejak
tahun 632 Masehi dan tamat pada 1923 Masehi. Daulah Islam telah melalui
tempoh
bermula daripada penubuhan, pengembangan, keagungan, kemerosotan dan
akhirnya
lenyap, melalui tempoh masa selama 1292 tahun. Ilmuwan-ilmuwan Barat
yang
ingkar, telah bersungguh-sungguh menafikan tamadun Islam dalam tempoh
sekian
lama. Setelah melalui tempoh penjajahan ke atas negara umat Islam
serta
merompak hasil mahsulnya, mereka membentuk teknologi bermula dari zaman
Reinessance sekitar tahun 1500 Masehi sehingga kini. Sehinggalah
terhasilnya
kerosakan demi kerosakan serta kecelaruan nasab keturunan manusia.
Mereka
melakukan pembangunan tanpa kawalan di atas permukaan bumi sehingga
lapisan
langit mulai lemah kerananya. Akibatnya, terjadi pelbagai bentuk bencana
yang
mengakibatkan penyakit-penyakit yang memudharatkan seperti kanser,
penularan
penyakit berjangkit dan kecelaruan identiti.
Manusia
melakukan sebebas-bebasnya dengan
apajua yang mereka suka sehingga mengakibatkan hubungan sesama manusia
berada
pada tahap yang kritikal. Peperangan sentiasa terjadi atas perebutan
kawasan-kawasan strategik yang memberi pulangan besar. Sekarang ini
adalah masa
yang manusia amat-amat memerlukan keadaan untuk berpetunjuk dengan
petunjuk
Tuhan, setelah mereka menderita akibat kedurjanaan pihak-pihak
berpengaruh
daripada golongan yang ingkar. Semoga rahmat dan kasih sayang Tuhan
meliputi
seluruh mukabumi.
No comments:
Post a Comment