Surah Al Mulk dan Surah Al-Qalam yang diterjemahkan sebagai Kerajaan dan
Nun telah dirangkumkan sebutannya sebagai tajuk lembaran Kerajaan Nun. Penyusunan tajuk-tajuk ini adalah berdasarkan susunan surah, yang
tujuannya adalah untuk memperkenalkan kerajaan yang harus terbentuk berdasarkan
pengajaran surah. Susunan ayat-ayat telah disusun sedemikian rupa, dengan
terlebih dahulu memperkenalkan sifat Tuhan yang telah menjadikan alam kediaman
manusia, yang membawa sifat-sifat baraqah. Seterusnya dengan sifat-sifat
kejadian alam yang dapat diteliti, manusia harus bersyukur dan mengambil
iktibar daripada peristiwa silam.
Kefahaman daripada keadaan alam dan pergolakannya harus menjadi panduan
kepada pemerintahan agar manusia dapat diarahkan untuk melakukan kerja-kerja
mereka tanpa memberi kesan kerosakan nyata kepada alam kediaman mereka sendiri.
Namun atas keingkaran pihak-pihak tertentu, kekalutan yang dapat dipelajari
telah berlaku. Kini telah sampai giliran kita semua untuk merujuk kembali kepada
kitab Tuhan supaya kita dapat memperbetul semula keadaan, atau kita akan
melihat tanda mula berlaku apabila air yang ada tidak dapat dimanfaatkan secara
ketara.
Jika mereka masih terus memilih untuk mendatangkan bencana kepada kehidupan
mereka sendiri di atas permukaan bumi ini, golongan beriman dikehendaki untuk
melakukan persediaan-persediaan teliti di samping usaha memahami kitab suci dan
menyebarkan kefahaman itu.
Sempena dengan ini pihak Pondok Al Jaafar telah menyediakan naskah salinan keras (hard-copy) tulisan di blog ini dalam bentuk buku. Kepada yang berminat untuk membaca atau mengedar buku ini, sila dapatkan terus daripada pihak pengurusan Pondok Al Jaafar.
Sempena dengan ini pihak Pondok Al Jaafar telah menyediakan naskah salinan keras (hard-copy) tulisan di blog ini dalam bentuk buku. Kepada yang berminat untuk membaca atau mengedar buku ini, sila dapatkan terus daripada pihak pengurusan Pondok Al Jaafar.
No comments:
Post a Comment