وَأُمْلِي لَهُمْ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ
Dan telah
merencana Aku bagi mereka, bahwasanya tipudayaKu kukuh.
dan Aku akan
melanjutkan tempoh untuk mereka, Sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap
golongan Yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
i. Menghina Pendakwah Akibatnya Ditinggalkan
Apabila seseorang mengelak daripada beriman kepada Tuhan, lalu ia memilih
jalan hidup yang lain daripada yang dianjurkan Tuhan, ia akan tersepit atas
pilihannya itu. Atas kesombongannya, ia memilih untuk menghina pendakwah dengan
alasan pendakwah itu rendah ilmu pengetahuannya atau kurang pemilikannya atau
tidak setaraf dengannya. Lantaran itu ia ditinggalkan pendakwah berkenaan
kerana tumpuan dakwah harus diteruskan untuk menyeru orang lain.
ii. Mengikut Cara Beragama 'Penjawat Agama'
Yang
Menyesatkan
Ia memilih cara beragamanya sendiri berdasarkan fatwa-fatwa ‘penjawat
agama’ tanpa ia mengetahui sumber ambilannya. Apabila ‘penjawat-penjawat’
berkenaan mengeluarkan fatwa mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang
haram, atas kapasiti mereka sebagai ‘ulama’, segera ia mengambil pendirian
mematuhi fatwa 'penjawat agama' sedemikian.
iii. Zakatnya Tidak Pernah Sepenuhnya Sampai
dan
Pemakanannya Memudharatkan
Sentiasa ia melalui hidup sedemikian sehingga penyerahan zakatnya tidak
pernah sampai sepenuhnya kepada yang layak menerimanya. Ia sendiri
memakan makanan haram yang dihalalkan dan mengelak daripada memakan makanan
halal yang diharamkan. Akibatnya ia menelan makanan yang memudharatkan sehingga
dihidapi dengan pelbagai penyakit. Pendiriannya menghindari makanan halal yang
diharamkan menyebabkan ia diketepikan oleh ahli masyarakat menempuh hidup
nafsi-nafsi.
iv. Hidup Nafsi-nafsi Dengan Sistem Riba
Dengan sikap sedemikian sebenarnya ia tidak dapat melarikan diri daripada
permasalahan sosial seperti terjejas hubungannya dengan masyarakat dan masalah
kesempitan hidup. Atas kebiasaan masyarakat seperti ini yang mengambil riba dalam
kehidupan mereka, ia mungkin kelihatan kaya dengan pemilikannya yang diperolehi
dengan jalan hutang dan sebagainya, namun ia tidak akan dapat membelanjakannya
untuk tujuan bersadaqah atau berjuang pada jalan Tuhan. Dengan kesempitan hidup
yang melanda ahli masyarakat, menyebabkan masa mereka dihabiskan dengan
kerja-kerja mencari wang untuk membayar hutang. Kepincangan berlaku ke atas
ahli-ahli masyarakat sehingga sebahagian ahli masyarakat memilih haluan
masing-masing lantaran tiada tempat mengadu apabila berlaku kesusahan.
Penyakit-penyakit masyarakat seperti penagihan, perzinaan dan permusuhan dalam
kalangan mereka dibiarkan begitu sahaja dan masalah diserahkan kepada pihak
polis dan pegawai undang-undang negeri.
Pada masa ini apabila ‘penjawat-penjawat agama’ sendiri mengambil sikap
membolot harta seberapa banyak yang mampu, untuk menjelaskan hutang-hutang riba
akibat pembelian aset-aset seperti rumah mewah dan kenderaan mewah, lalu
bagaimanakah nasib umat pada keseluruhannya? Peruntukan zakat juga diselewengkan
untuk tujuan yang lain dan diserahkan kepada golongan-golongan tertentu dalam
kalangan mereka melalui persatuan-persatuan 'ulama' dan sebagainya. Golongan
fakir dan miskin, hidup melarat dalam kesempitan tanpa pembelaan dan mereka
menghampiri diri mereka kepada kekufuran akibat daripada kemelaratan.
Sebahagian mereka yang mahukan pembelaan, lebih terpedaya dengan dakyah-dakyah
daripada badan-badan agama yang lain yang akhirnya atas perangkap hidup yang
disediakan oleh ‘penjawat-penjawat’ berkenaan yang bergelumang dengan sistem
riba dan penyelewengan wang zakat, peruntukan dakwah telah diabaikan begitu
sahaja. Perkara ini mengakibatkan umat tidak terbela dan tiada program
kerohanian yang mencukupi dapat diberikan.
v. Kejadian Murtad Semakin Menjadi-jadi
Kejadian murtad semakin menjadi-jadi sehingga didalangi oleh artis-artis
dan anak VVIP. Murtad adalah bencana besar kepada negara. Kejadian huru-hara
dapat terjadi akibat perselisihan agama yang tidak akan dapat dihentikan sama
ada oleh pihak polis atau tentera. Seterusnya ekonomi akan merudum disebabkan
oleh kejadian huru-hara berkenaan. Pemilikan kemewahan yang sebelum ini
dianggap sebagai kemegahan dan contoh, untuk dituruti umat dalam mendapatkan
suatu kehidupan, sebenarnya lebih menjurus kepada rasa tidak puas hati
ahli-ahli masyarakat. Atas kecelaruan hidup, mereka memilih dadah, murtad,
hubungan bebas, memberontak secara senyap dan sebagainya sehingga peranan
‘penjawat-penjawat agama’ sendiri akan dipertikaikan.
No comments:
Post a Comment