SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, July 1, 2013

SURAH NUN AL-QALAM AYAT 52 -- AL-QURAN MERUPAKAN PERINGATAN KE SELURUH ALAM



و ما هو الا ذكر للعلمين

Dan tidaklah ia melainkan peringatan bagi seluruh alam.

padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.

i.      Para Sahabat Menerima Al-Quran 
        Sebagai Ayat-ayat Suci Tuhan

Peringatan Al-Quran bukanlah perkara khusus kepada RasullulLah S.A.W. sahaja. Baginda menyampaikannya kepada para sahabat R.A.H.M dan dalam kalangan para sahabat, penerimaan setiap mereka adalah pelbagai. Bukanlah layak baginda mengajari mereka, lantaran baginda merupakan pesuruh Tuhan yang menyampaikan pengajaranNya dan dengan contoh sunnah, itu sahaja. Sahabat-sahabat RasululLah S.A.W. R.A.H.M, daripada golongan Muhajirin atau golongan Ansar atau kaum Badwi, mereka mendapatkan ayat-ayat suci daripada RasullulLah S.A.W. untuk mendapatkan pengajaran daripada Tuhan. Kadang-kadang berlaku perbalahan sesama mereka dalam memahami satu-satu ayat. Tujuan mereka adalah mendapatkan pengajaran benar dan bukan untuk menegakkan pendirian kefahaman masing-masing.

ii.    Hampir Setiap Sahabat Adalah Huffaz

Hampir setiap sahabat adalah huffaz, sehingga mereka mengetahui selok belok ayat-ayat Al-Quran hanya mereka tidak berani mencatatkannya secara pembukuan. Pembukuan dilakukan pada zaman Khalifah Umar R.A, dilakukan oleh sahabat Usman R.A. sehingga kini dikenali sebagai Rasm Usmani, rahmat Allah ke atas mereka berdua. Dalam kalangan para sahabat, R.A.H.M, mereka memahami Al-Quran pada sudut pandangan masing-masing. 

iii.    Sahabat-Sahabat Bertempur Dalam 
        Memahami Ayat-Ayat Tuhan

Masakan tidak, dalam usaha mereka menafsir Al-Quran, mereka bertempur sesama mereka sehingga mengorbankan banyak nyawa. Sebahagian usaha sahabat, menjadi sia-sia amalan mereka dalam usaha menafsir Al-Quran (2:253). Yang demikian itu lantaran sebahagian mereka tidak menyembah sebahagian yang lain (68:41). Adapun tentang perselisihan mereka, adalah disebabkan mereka berusaha mentakwil Al-Quran dalam diri masing-masing dan tidak timbul perkara dendam mendendam. Buktinya, apabila peperangan sesama mereka tamat dan kemenangan dicapai oleh satu pihak, mereka bersama-sama menguruskan jenazah mereka yang terkorban dan melakukan solat jenazah bersama-sama. Kemudian mereka saling menangisi atas perbezaan mereka. Bagaimanakah sikap kita pada masa ini? Kita harus berdoa kepada Tuhan untuk mengampuni diri-diri kita dan mereka semua yang telah mendahului kita dalam urusan iman dan bukan membezakan mereka dalam kumpulan yang berbeza seperti kaum Khawarij dan Rafidhah, yang menolak perdamaian antara para sahabat RasullulLah S.A.W. Kepatuhan kita sekarang ini kepada fatwa-fatwa ulama, baik daripada pihak mana sekalipun tidak menyelamatkan kita daripada unsur kesyirikan. 

iv.     Mematuhi Fatwa Ulama Tidak 
         Menjamin Apa-apa

Sekiranya para sahabat R.A.H.M dahulu, bersungguh-sungguh memahami ayat-ayat Tuhan selepas RasullulLah S.A.W. wafat, sehingga mengakibatkan kejadian yang amat serius iaitu pertempuran sesama mereka, mengapa pula kita, umat Islam kini, dengan secara murahan menyerahkan ketaatan buta kepada ‘ulama-ulama’ yang berfatwa? Yang dengan fatwa mereka itu sekiranya ditaati,  langsung tidak dapat memberi jaminan seseorang terlepas daripada seksaan Tuhan. Tanyalah kepada ‘ulama-ulama’ sedemikian, kiranya kita mematuhi fatwa mereka dan fatwa mereka didapati benar, dapatkah benarnya fatwa sedemikian sekiranya dipatuhi, menjamin pengamalnya terlepas daripada seksaan Tuhan (68:40)? Mereka sendiri tidak dapat menjamin diri mereka dan seperti itu RasullulLah S.A.W. tidak dapat menjamin diri baginda terlepas daripada seksaan Tuhan (67:28). 

v.     Disiplin Menuntut Ilmu Agama 
        Yang Gila

Justeru, mengapakah kita perlu menerima fatwa ‘ulama’, bahawa seseorang itu perlu dilengkapi dengan ilmu mantiq, balaghah, nahu, sorof, bayan, asbabun nuzul, bahasa Arab (69:26), usuluddin, tasawuf, feqah, tajwid, sirah, falsafah, syarah-syarah daripada 'ulama-ulama' tertentu dan sebagainya, untuk bermati-matian diiktiraf sebagai seseorang yang layak berbicara tentang usaha memahami ayat-ayat Tuhan? Seolah-olah ayat-ayat Tuhan hanya khusus pemahamannya kepada 'ulama-ulama' atau hujjatul Islam atau tok-tok guru sahaja yang mampu memahaminya. Sebahagiannya berpendapat yang diberatkan lagi, sekiranya 4 tahun diperlukan untuk menjadi graduan setiap kepakaran yang disebutkan, tentunya seseorang memerlukan lebih 50 tahun, bermula dari usianya 7 tahun, sekitar usianya 60 tahun baru layak berbicara tentang kefahaman!








No comments:

Post a Comment

Popular