لولا ان تدركه نعمة من ربه
لنبذ بالعراء و هو مذموم
لنبذ بالعراء و هو مذموم
Sekiranya tidak bahawa
ia sampai akannya oleh nikmat daripada Tuhannya, pasti telah dibuang ia dengan
(berkeadaan) terdedah sedang dia (berkeadaan) tercela.
Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari
Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah Yang tandus (di tepi pantai) Dalam
keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).
Kisah Nabi Yunus A.S. dinyatakan dalam surah As-Saffat (37:138-147) dan
Al-Anbia (21:87/88) ketika baginda menjauhi diri daripada kaum baginda ke kapal
yang penuh muatan. Baginda termasuk yang diundi untuk disingkir
ke laut sehingga ditelan ikan yang besar.
i.
Keadaan Baginda Yang Terdedah Tanpa Kulit dan
Menderita Sakit
Perkataan ﻨﺒﺬ adalah kata kerja pasif yang
bermakna dibuang oleh sesuatu yang tidak dikenal pasti. Ayat dengan kata dasar
yang serupa disebut pada (37:145) dan dapat difahami baginda dibuang oleh ikan!
Iaitu baginda diluah keluar dari perut ikan. Perkataan seterusnya ﺑﺎﻟﻌﺮﺍﺀ adalah merujuk kepada keadaan
baginda yang terdedah iaitu bukan sahaja tidak berpakaian bahkan tidak
berkulit, ini diikuti oleh ayat selanjutnya ﻣﺬﻣﻮﻢ yang bermakna (berkeadaan) tercela dan (37:145) ﺳﻘﻴﻢ berkeadaan sakit. Namun dalam
terjemahan lain dinyatakan baginda dibuang ke tanah yang tandus! dan terdapat
juga terjemahan yang menyatakan tanah lapang.
ii.
Bersabar Dengan Sikap Umat Suka Mencemuh dan
Menuduh Gila dan Sebagainya
Kerja dakwah adalah kerja
yang menempah rasa menyangat di hati sama ada rasa sedih, kecewa dan marah
disebabkan oleh tindakan penolakan oleh ahli masyarakat yang didekati. Oleh itu
rasul-rasul terpilih sahaja dapat mengharungi dengan penuh kesabaran. Atas
pengajaran yang dapat diperolehi daripada surah ini, seorang pendakwah harus
bersedia dengan tindakan cemuhan, tuduhan sesat serta dianggap sebagai gila.
Perkara yang sedemikian dialami sendiri oleh RasululLah S.A.W. dalam
kerja-kerja dakwah baginda. Demikian itu adalah hukum Tuhan yang harus
ditempuhi dengan rasa kesabaran. Sesungguhnya Tuhan bersifat Maha Memelihara
hambaNya yang menyungguhkan diri, melaksanakan perintahNya, sepertimana Dia
menyembuhkan Nabi Yunus A.S. daripada derita yang ditanggung baginda.
No comments:
Post a Comment