وَغَدَوْا عَلَى حَرْدٍ قَادِرِينَ
Telah
berpagi-pagi mereka atas kegusaran yang (mereka) kuasai.
dan
pergilah mereka pada pagi-pagi itu, Dengan kepercayaan, (bahawa)
mereka berkuasa menghampa-kan fakir miskin dari hasil kebun itu.
i.
Mereka
Didapati Rasa Bersalah
Mengeluarkan
zakat adalah perintah Tuhan dan menghalangnya daripada sampai kepada
yang layak adalah suatu kesalahan. Oleh yang demikian, merancang
untuk menolak perintah Tuhan, akan menimbulkan kegusaran di pihak
mereka sendiri akhirnya. Demikian itulah Tuhan menyediakan rasa
bersalah di hati pelaku-pelaku yang melakukan kesalahan. Demikian
itulah yang mereka rancangkan dan demikian itu juga mereka menghadapi
kegusaran sekiranya perancangan mereka diketahui oleh pihak lain.
ii. Pengagihan Yang Perlu Ke Atas Kutipan Zakat
Kita
dapati masalah yang rencam pada waktu ini melibatkan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada pihak-pihak tertentu dalam pengurusan
pengagihan zakat. Kutipan zakat sebenarnya harus digunakan sepenuhnya
untuk kegunaan asnaf
yang lapan. Antaranya termasuklah fakir, miskin, ibnu sabil, si
berhutang yang diberati, yang dijinakkan hati, yang mengutip zakat,
serta anak-anak yatim. Tuhan tidak pernah menyatakan peruntukan
zakat harus digunakan untuk didirikan pusat-pusat rawatan kesihatan,
diperniagakan melalui pelaburan tertentu untuk menambah-nambahkan
lagi jumlah atas kutipannya, bahkan tidak juga harus dijadikan
peruntukan untuk pembangunan masjid.
Sebagaimana
zakat diambil dari tangan pengeluar zakat maka zakat perlu diserahkan
ke tangan penerima zakat, asnaf
yang lapan itu dan bukannya asnaf
yang lain. Zakat (yang diistilahkan sebagai sadaqah) diperintah Tuhan
untuk diambil oleh RasullulLah S.A.W. melalui wakil-wakil yang
dilantik oleh baginda. Selepas RasullulLah S.A.W, maka
pengganti-pengganti baginda harus melaksanakan tanggungjawab
memungut zakat, juga melalui pegawai-pegawai lantikannya. Pada
satu-satu masa dan satu-satu tempat, perintah mengutip zakat hanya
boleh dilaksanakan oleh satu pihak sahaja. Selepas RasullulLah S.A.W.
adalah khalifah melalui wakil-wakil baginda dan selepas khalifah yang
terakhir, yang telah digulingkan oleh Mustafa Kamal At-Tarturk, maka
tanggungjawab mengutip zakat haruslah dilaksanakan oleh Yang
Dipertuan Agong melalui sultan-sultan setiap negeri, melalui pegawai
lantikan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
iii.
Peranan Institusi-institusi Agama
Oleh
kerana terdapat pengagihan kuasa antara Yang Dipertuan Agong yang
hanya terhad atas perkara-perkara agama dan adat dan juga Kerajaan
Pusat melalui kementerian atas perkara-perkara lain, maka hak
memungut atau mengagihkan zakat tidak harus diagih-agihkan antara
Yang Dipertuan Agong dan kementerian melalui Jabatan Agama Islam
Negeri yang dilantik di bawah Kerajaan Negeri. Sekiranya kutipan atau
pengagihan zakat menjadi terpecah dua antara Majlis dan Jabatan,
perintah mengutip zakat yang wajib tertakluk di bawah satu pengawasan
iaitu Majlis Agama Islam, telah tidak berlaku secara menyeluruh.
Jabatan sebenarnya tidak pernah menerima tauliah secara terus
daripada Yang Dipertuan Agong dan jabatan hanya melapor kepada
kementerian dan bukannya kepada Yang Dipertuan Agong.
Kita
tidak menyatakan bahawa restu kementerian adalah restu Yang Dipertuan
Agong sekalipun kuasa Yang Dipertuan Agong melantik kementerian untuk
mengurus negara atas perkara-perkara yang tiada kaitan dengan 'agama'
dan adat. Buktinya, Yang Dipertuan Agong tidak harus masuk campur
dalam urusan politik yang menjadi tunggak pentadbiran kerajaan dan
kementerian tidak boleh masuk campur urusan Yang Dipertuan Agong
dalam hal ehwal istana, 'agama' dan adat. Yang menjadi masalah adalah,
apabila kutipan atau pengagihan zakat turut dilakukan oleh pihak
Jabatan dan peruntukan zakat telah diserahkan kepada asnaf
tambahan yang lain seperti perbadanan Baitul Mal yang merupakan suatu
badan perniagaan didaftarkan di bawah pertubuhan pendaftar.
Kiranya
demikian, urusan zakat telah diambil alih daripada kuasa pengurusan
mutlak Yang Dipertuan Agong kepada kuasa pengurusan teragih antara
Yang Dipertuan Agong dan kementerian atau jabatan. Perbadanan Baitul
Mal telah memperuntukkan peruntukan zakat yang diserahkan kepadanya,
untuk membina prasarana-prasarana seperti pusat rawatan kesihatan dan
institusi pengajian di bawah urusan perbadanan Baitul Mal. Bahkan
mungkin juga untuk tujuan pelaburan dengan syarikat-syarikat yang
tersenarai di bursa saham, kilang-kilang pembuatan dan sebagainya
atau dijadikan sumber bantuan pinjaman kepada peniaga-peniaga serta
peruntukan pembangunan masjid-masjid dan surau-surau. Apabila
kehidupan umat tidak terbela dengan peruntukan yang seharusnya
diperolehi, maka mereka akan berkhidmat dengan majikan-majikan yang
tidak seagama. Mereka akan terdedah dengan dakyah serta pembelaan
daripada pihak luar dan dengan ketiadaan program-program kerohanian
agama Islam akhirnya mereka akan hanyut dengan suasana masyarakat.
Sekiranya anak VVIP sendiri berjaya memurtadkan ratusan muslimah yang lain, apalagi yang akan tinggal pada generasi akan datang selain daripada kecelaruan identiti dan pegangan. Malang sungguh umat ini, sebahagian wang peruntukan negara umat Islam ini telah digunakan untuk memurtadkan umat ini juga. Perangkaan menunjukkan jumlah yang telah murtad daripada umat ini telah mencapai ratusan ribu orang dan majoritinya adalah muslimah. Demikian itu adalah disebabkan amanah kutipan dan penyerahan zakat telah diserahkan kepada golongan yang bukan ahlinya yang menjadi suatu tanda yang pasti, menjelang hari As-Saah.
Sekiranya anak VVIP sendiri berjaya memurtadkan ratusan muslimah yang lain, apalagi yang akan tinggal pada generasi akan datang selain daripada kecelaruan identiti dan pegangan. Malang sungguh umat ini, sebahagian wang peruntukan negara umat Islam ini telah digunakan untuk memurtadkan umat ini juga. Perangkaan menunjukkan jumlah yang telah murtad daripada umat ini telah mencapai ratusan ribu orang dan majoritinya adalah muslimah. Demikian itu adalah disebabkan amanah kutipan dan penyerahan zakat telah diserahkan kepada golongan yang bukan ahlinya yang menjadi suatu tanda yang pasti, menjelang hari As-Saah.
Sebenarnya,
apakah yang diingini oleh golongan ini dalam menguruskan wang zakat?
Adakah mereka mahu menjadi pejuang-pejuang agama yang ingin
menunjukkan jasa, membantu pembangunan masjid melalui peruntukan
zakat yang telah tersalah salur itu? Atau adakah itu caranya untuk
mendapatkan sokongan politik yang diperolehi melalui peti-peti undi?
Malang sungguh umat ini, bukan sahaja harta mereka tersalah
dizakatkan, bukan sahaja mereka diperbodohkan, bahkan agama mereka
turut diperbodohkan.
iv.
Akhirnya Golongan Sesat Menyedari Kesesatan
Mereka Sendiri
Kumpulan
yang murtad daripada penganut asal umat Islam, bersama
pejuang-pejuang agama mereka, akhirnya membentuk suatu kumpulan
pendesak dalam komponen parti pemerintah. Mereka meminta sesuatu yang
amat merbahaya kepada pemimpin-pemimpin negara ini supaya agama
mereka dijadikan agama rasmi negara, sesuatu yang bertentangan dengan
kontrak
sosial yang mereka persetujui selama ini. Kemudian mereka mendesak lagi kaum
mereka diiktiraf
sebagai kaum bumiputera demi mendapatkan status istimewa dalam negara
ini. Kegagalan menuruti kemahuan mereka akan mengakibatkan
kepimpinan negara ini kehilangan kuasa suatu masa nanti. Menuruti
kemahuan mereka pula akan mengakibatkan kepimpinan negara ini hanya
seperti kuda tunggangan yang akan ditentang oleh rakyat.
Apakah sebabnya golongan
sesat, iaitu yang memiliki kepentingan harta, kedudukan dan sejumlah
anak-anak serta pengikut, sejak awal-awal lagi menolak petunjuk
Tuhan? Mereka melihat status diri mereka lebih tinggi berbanding
status yang lain, dengan mudah memandang rendah manusia lantaran
kemiskinan mereka. Menolak untuk mengagih zakat sepenuhnya dan tidak
peduli akan nasib si miskin! Akhirnya kejatuhan menimpa mereka di
atas sikap mereka sendiri (92:11).
No comments:
Post a Comment