ان ارسلنا نوحا الى قومه ان انذر
قومك من قبل ان يأتيهم عذاب اليم
Sungguh telah mengutus Kami akan Nuh kepada kaumnya bahawa kamu ancam kaummu dari sebelum bahawa ia datang kepada mereka bencana yang pedih.
Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab Yang tidak terperi sakitnya".
i. Nabi Nuh ‘Alaihi Salam
Nabi Nuh A.S. diutus Tuhan sesudah Nabi Adam A.S., bapa manusia dan Nabi Idris A.S. Nabi Nuh A.S. diutus sesudah diutus dua rasul utama tersebut. Demikian itu tempoh yang lama, suatu tempoh yang cukup untuk pengamalan syariat Tuhan telah diubahsuai akibat daripada kerja-kerja syaitan. Tempoh perutusan baginda menghampiri 1000 tahun kepada kaum yang sebahagiannya menyembah selain Allah Taala yang dinamai dengan nama-nama pelbagai.
Sesungguhnya petunjuk Tuhan akan sampai apabila sebuah masyarakat itu menjalani urusan kehidupan yang harubiru dan keadaan harubiru akan berterusan sekiranya mereka menolak petunjuk Tuhan (50:05). Melalui penyembahan berhala, pendeta-pendeta agama sama ada sami-sami, paderi-paderi dan sebagainya akan menetapkan suatu peraturan yang bukan-bukan berdasarkan hasutan syaitan yang mereka terima termasuklah pengorbanan untuk tujuan pemujaan dan pembinaan kepercayaan yang jauh menyimpang. Bahkan mereka saling menindas di atas jalan kebatilan. Dengan demikian suatu kehidupan bertamadun tidak akan dapat dibentuk.
ii. Peringatan Tentang Bencana Yang Pasti
Pendekatan dakwah Nabi Nuh A.S. dalam ayat ini adalah secara mendatangkan ancaman. Iaitu ketika akan berlaku suatu ketetapan yang dapat membuatkan umat baginda menanggung suatu azab yang pedih. Mengapakah pendekatan ancaman telah diarahkan supaya dilakukan oleh Nabi Nuh A.S. dan bukan lagi peringatan? Apakah lagi cara untuk memberitahu seseorang supaya mengosongkan rumahnya sekiranya bencana banjir besar akan berlaku? Iaitu dengan pengancam itu sendiri membina perahu atau kapal yang sekadar cukup untuk ahli-ahlinya supaya disaksikan sendiri oleh mereka yang telah diberi ancaman. Supaya mereka melihat bencana yang tidak berfaedah kepada mereka, akan memusnahkan mereka.
No comments:
Post a Comment