فتنادوا مصبحين
Lalu
telah saling memanggil mereka seawal-awal pagi.
kemudian
pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu Dengan Yang lain
-
Kesempatan
masa yang dimiliki seawal-awal pagi sebegini adalah perancangan
peladang-peladang bagi mendapatkan peluang meraih hasil tanpa
diketahui oleh golongan yang berhak memperolehi bahagian sadaqah.
Begitu juga dengan kesempatan ruang untuk menyediakan akaun
pembayaran yang diperolehi pemegang-pemegang akaun, seawal-awal
bulan, bagi menerima pembayaran hasil kerja kontrak
yang disiapkan dan sebagainya. Mereka boleh merancang pelbagai
tipudaya untuk mendapatkan habuan mereka. Begitu juga bendahari
sesebuah institusi yang sanggup memendam sejumlah bayaran untuk
tujuan lain, kemudian dilaburkan dalam satu institusi lain agar ia
dapat memperolehi habuan keuntungan riba dan sebagainya. Mereka ini
yang gemar mengambil kesempatan sebenarnya menyediakan diri dimusuhi
oleh manusia dan dimurkai Tuhan. Lalu bagaimanakah sekiranya
perancangan mereka menjadi sia-sia lantaran sikap mereka yang
menyesatkan itu?
No comments:
Post a Comment