فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ
Maka tatkala, telah melihat mereka akannya,
telah berkata mereka, sesungguhnya kami, benar-benar orang-orang yang sesat.
sebaik-baik
sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (Ini
bukanlah kebun kita)"
i. Mereka Bukan Sesat Jalan Tetapi
Menganut Cara Beragama
Yang Menyesatkan
Adakah mereka mengatakan mereka telah
tersesat jalan? Mereka pada jumlah yang ramai wajarkah tidak
mengetahui di manakah kebuh-kebun mereka berada? Mereka bukan
mengakui sebagai orang yang tersesat jalan, tidak sampai ke tujuan,
tetapi mengakui telah mengambil pendirian sesat sehingga mereka tidak
memperolehi apajua yang mereka usahakan. Demikian itu adalah suatu
pengajaran silam, supaya golongan pendakwah tidak melabel terus
golongan sesat yang tidak mahu menerima seruan Tuhan melalui
Al-Quran, sebagai golongan yang ingkar berterus-terusan. Suatu
masa nanti, dengan perencanaan Tuhan, mereka akan jatuh akibat
perlakuan mereka kesan daripada pengamalan mereka yang dalam
kesesatan itu. Mereka akan dapati kedudukan dan harta mereka
tergugat.
ii. Mereka Bukan Berterusan Ingkar
Tetapi Tersalah
Cara Beragama (Sesat)
Kesedaran akan berlaku terhadap
kebanyakan mereka yang mengampu pemerintah yang merasakan kedudukan
diri mereka lebih istimewa dengan pemilikan harta dan sebilangan
anak-anak. Kesedaran akan sampai kepada mereka untuk kembali kepada
jalan Tuhan. Pemimpin- pemimpin mereka berada dalam keadaan amat
tergugat. Sehingga suatu masa, mereka melihat keperluan penyatuan
parti-parti umat sebangsa mereka. Malangnya, ramai daripada anak
bangsa mereka sendiri telah murtad yang mahukan pergabungan akan
benar-benar memberi keuntungan yang memihak kepada golongan murtad,
demi kebebasan beragama, golongan murtad ini mahukan hak untuk
memurtadkan lebih ramai umat Islam.
Lalu muncullah pejuang-pejuang di bawah
nama pertubuhan 'kebajikan' untuk memperbetul keadaan memulakan
huru-hara dalam kalangan rakyat. Yang mereka mahukan adalah dharurat,
sehingga keadaan ekonomi bertambah meruncing. Pemerintah terpaksa
mengeluarkan biaya untuk memulihkan kembali sokongan rakyat.
No comments:
Post a Comment