و لا يمتثنون
Dan
tidak mereka menyisihkan, (menyerahkan urusan mengikut kehendak
Tuhan).
serta
mereka tidak menyebut pengecualian.
Tindakan
sedemikian datangnya daripada sikap tamak mereka dengan hasil yang
dijangka akan mereka perolehi. Sebenarnya manusia hidup bermasyarakat
dan keperluan bermasyarakat adalah suatu kewajiban. Dalam kalangan
ahli masyarakat terdapat mereka yang kaya, ada juga yang sederhana
dan ramai juga yang miskin. Sekiranya golongan yang mewah hanya
mementingkan kemewahan mereka sahaja dan dengan sengaja mengabaikan
golongan fakir dan miskin, akan wujud permasalahan sosial
yang menimpa umat. Sesungguhnya kefakiran menghampiri kekafiran.
Kebanyakan
mereka yang miskin tidak akan merayu-rayu golongan yang kaya dan
mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja yang dibayar upah. Di
negara ini, tenaga kerja daripada pekerja yang datang daripada
golongan miskin ditempatkan di kilang-kilang pelaburan asing yang
mengupah mereka bekerja sebagai buruh sama ada buruh elektronik,
buruh pembinaan atau buruh pembangunan intensif. Majikan-majikan itu
tentunya mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja yang banyak
mengakibatkan kerosakan alam sekitar seperti projek-projek perumahan
atau yang menggunakan bahan-bahan pencemaran tertentu seperti
penggunaan plumbum, asid sulfurik dan bahan pencuci ammonia dari
kilang elektronik atau pembikinan kenderaan. Pekerjaan sedemikian
tidak harus dilakukan melainkan dengan cara yang cermat untuk tujuan
mengurangi kesan pencemaran.
Umat
yang tidak dijagai oleh ahli masyarakatnya sendiri sebenarnya lebih
terdedah kepada risiko tertentu yang mengakibatkan permasalahan
sosial berlaku. Apabila lebihan daripada kemewahan yang
diperolehi diinfakkan pada jalan Tuhan, golongan
fakir dan miskin akan terbela. Mereka tidak perlu melakukan jenayah
semata-mata untuk mendapatkan makanan. Mereka tidak perlu menyamun
atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang yang mereka perlukan
untuk membayar harga kenderaan atau rumah yang dibeli melalui kaedah
riba pada saat-saat kegawatan ekonomi.
Sesungguhnya
Tuhan Maha Berkuasa mendatangkan bencana kepada hasil pekerjaan
seseorang bahkan pada skala yang besar, Tuhan biasa mendatangkan
bencana dalam bentuk banjir, ribut, taufan serta kemarau panjang
selain daripada kerosakan tanaman akibat penyakit yang tersebar.
No comments:
Post a Comment