SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Wednesday, July 10, 2013

PERISTIWA YANG BAKAL TERJADI YANG SEHARUSNYA BOLEH DIELAKKAN


Penerangan selanjutnya daripada yang dapat diterangkan dari kitab suci sebagaimana yang dapat ditulis dalam blog ini adalah menjurus kepada peristiwa yang bakal terjadi. Peristiwa yang sepatutnya dapat dielakkan itu adalah akibat daripada kedegilan manusia, yang sentiasa berusaha menghindari pengajaran-pengajaran kitab suci dan seterusnya mereka gagal melakukan atau menghindari perkara perlu, agar kejadian yang akan membawa sengsara itu, dapat dielakkan.

Peristiwa itu adalah suatu yang berkaitan penderaan berterusan, yang merupakan ulangan peristiwa yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Nun, saya tidak dapat menjelaskan masa akan terjadinya kejadian berkenaan, namun daripada situasi masa kini, saya percaya kejadian yang mengerikan itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi. Barangkali, dalam tempoh hayat kita yang sedang berada di muka bumi ini atau kurang dari tempoh itu. Walaupun peristiwa yang bakal terjadi itu bukanlah merupakan penamat kepada segala-galanya, umat manusia masakini harus mengambil iktibar daripada peristiwa yang bakal berlaku itu.

Sama-samalah kita pelajari Surah Al-Haqqah selepas ini dan sama-samalah kita memikirkan dan mengambil langkah perlu, agar kejadian itu dapat dihadapi dengan persiapan ataupun sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan diri sendiri pada masa kejadian itu berlaku.




No comments:

Post a Comment

Popular