Penerangan selanjutnya daripada
yang dapat diterangkan dari kitab suci sebagaimana yang dapat ditulis
dalam blog ini adalah menjurus kepada peristiwa yang bakal terjadi.
Peristiwa yang sepatutnya dapat dielakkan itu adalah akibat daripada
kedegilan manusia, yang sentiasa berusaha menghindari
pengajaran-pengajaran kitab suci dan seterusnya mereka gagal
melakukan atau menghindari perkara perlu, agar kejadian yang
akan membawa sengsara itu, dapat dielakkan.
Peristiwa itu adalah suatu
yang berkaitan penderaan berterusan, yang merupakan ulangan peristiwa
yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sebagaimana yang disebutkan
dalam surah Nun, saya tidak dapat menjelaskan masa akan terjadinya
kejadian berkenaan, namun daripada situasi masa kini, saya percaya
kejadian yang mengerikan itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.
Barangkali, dalam tempoh hayat kita yang sedang berada di muka bumi
ini atau kurang dari tempoh itu. Walaupun peristiwa yang bakal
terjadi itu bukanlah merupakan penamat kepada segala-galanya, umat
manusia masakini harus mengambil iktibar daripada peristiwa yang
bakal berlaku itu.
Sama-samalah kita pelajari Surah
Al-Haqqah selepas ini dan sama-samalah kita memikirkan dan mengambil
langkah perlu, agar kejadian itu dapat dihadapi dengan persiapan
ataupun sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan diri sendiri pada
masa kejadian itu berlaku.
No comments:
Post a Comment