ام عندهم الغيب فهم يكتبون
Adakah di sisi mereka
(perkara) ghaib, lalu mereka, mereka menulis?
atau Adakah di sisi
mereka (Lauh Mahfuz Yang mengandungi) perkara-perkara Yang ghaib lalu mereka
menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
Adakah mereka mengetahui
perkara ghaib, antara perkara-perkara yang akan berlaku pada masa
mendatang, sehingga masa akan datang, menyebelahi mereka? Lantaran itu mereka
memekakkan telinga daripada mendengar sebarang pengajaran-pengajaran yang lain.
i.
Jabatan Meteorologi Dengan Kaedah Tertentu
Sekiranya Jabatan
Meteorologi menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mengetahui anggaran
turunnya hujan serta perubahan cuaca untuk beberapa jam lagi, esok hari dan
juga hari seterusnya, apakah kaedah yang digunapakai untuk menyatakan seseorang
dapat mengetahui kejadian ghaib yang akan berlaku?
ii.
Rujukan Kepada Kitab-kitab Silam
Adakah di sisi mereka
kitab-kitab silam yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat tertentu sehingga
mereka dapat membaca peristiwa akan datang? Lalu mereka menempatkan diri mereka
sebagai orang yang diramalkan, supaya mereka melaksanakan agenda tertentu dan
pasti berjaya! Apakah perkara yang menjadi amalan mereka masakini adalah
merupakan suatu agenda untuk mereka berjaya pada masa akan datang? Umat-umat
seperti Yahudi dan Nasrani, banyak didapati dalam kalangan mereka, cuba
memberitahu peristiwa yang akan berlaku pada masa mendatang. Itupun tidak dapat
dinyatakan pengetahuan berkenaan menyebabkan mereka berada di jalan yang benar
kerana ternyata kebenaran yang mereka tunggu-tunggu tidak datang dalam kalangan
kaum mereka, tetapi daripada kaum yang lain yang mendiami padang pasir.
KEPERLUAN MEREKA YANG
MENGETAHUI UNTUK
MENULIS PERKARA YANG
GHAIB
iii.
Tiga Perkara Dinyatakan Ghaib Dalam Al-Quran
Tiga perkara yang
dinyatakan dalam Al-Quran tentang perkara ghaib, pertama, perbuatan yang akan
dilakukan oleh seseorang esok hari secara pasti iaitu mengetahui perkara akan
datang, keduanya, masa akan berlaku kejadian hujan secara pasti dan ketiga,
perkara yang terkandung dalam rahim wanita secara pasti. Seseorang hanya boleh
merancang untuk esok. Membayangkan pekerjaan oleh seseorang, tentang perbuatan
yang akan dilakukan esok hari (59:18), sebenarnya dapat meningkatkan motivasi
bekerja. Selalunya, seorang yang berjaya adalah seorang yang merancang untuk
berjaya sehingga dinyatakan kegagalan untuk merancang sama ertinya merancang
untuk gagal.
iv.
Ramalan Cuaca dan Peristiwa D-Day
Tentang kejadian hujan,
manusia sentiasa semakin canggih dalam melakukan kerja-kerja peramalan. Pada
permulaannya, mereka melakukan kutipan data hidrologi secara bulanan dan
tahunan, kemudian diikuti cerapan keadaan awan semasa dan yang terkini adalah
melalui pengesanan satelit, yang dapat memerhati keadaan semasa. Peristiwa
D-Day dalam Perang Dunia Kedua dinyatakan sebagai kemenangan dengan bantuan
ramalan keadaan cuaca, yang meramalkan kabus akan terbentuk dalam masa yang
singkat untuk memberi peluang tentera Bersekutu berlabuh di kawasan jajahan
Jerman. Begitu juga terhadap perkara ghaib yang terkandung dalam rahim wanita,
sebenarnya memberi pengajaran yang baik supaya seseorang tidak mudah membuat
kesimpulan tentang peribadi seseorang saudara muslimahnya.
v.
Ramalan Peristiwa Mendatang Melalui Hadith Marfu'
dan kata-kata Sahabat.
Mengetahui perkara
mendatang adalah melalui beberapa kaedah. Pertama, adalah dengan jalan menerima
perkhabaran melalui Al-Hadith. Malangnya kebanyakan pemberitahuan perkara akan
datang, telah disampaikan melalui perkhabaran hadith yang dikatakan sebagai marfu', iaitu hadith yang disandarkan
kepada RasullulLah S.A.W. melalui sahabat tertentu secara peribadi. Hadith seperti ini kebanyakannya hanya didapati melalui lembaran-lembaran yang disorokkan. Banyak perkhabaran
daripada Abu Hurairah R.A. dan Saidina Ali R.A. disorokkan oleh pihak tertentu
lantaran dikhuatiri akan jatuh ke tangan pihak yang tidak menjagainya secara
teliti. Hadith ini tidak dapat dinyatakan mutawatir atau sahih atau hasan atau
dhaif atau maudu' atau palsu. Penulis sendiri banyak menerima
perkhabaran sedemikian dan penulis mengambil pendirian tidak mengiakan dan
tidak menafikan.
vi.
Ramalan Berdasarkan Kerasihan ilmu
Kedua, adalah dengan
suatu kaedah tertentu yang dinyatakan daripada ayat-ayat Al-Quran berdasarkan
pengajaran 72:25/26/27/28. Pengetahuan sedemikian memerlukan kerasihan
seseorang dalam ilmu. Ketiga adalah melalui perkhabaran ghaib secara terus dan
penulis enggan memberi sebarang ulasan.
CARA GOLONGAN SESAT MENYEDIAKAN DIRI UNTUK
KEJADIAN MENDATANG
vii. Adakah Persediaan Mereka Memadai?
Antara perkara yang menjadi perancangan golongan ingkar adalah melakukan pekerjaan bagi menetapkan diri mereka dengan menelurusi perkara akan datang. Kajian-kajian mereka yang menyentuh teknologi sedia ada, sebenarnya adalah merupakan persiapan mereka untuk menghadapi kemungkinan peristiwa yang akan berlaku, pada masa mendatang. Oleh itu mereka suka untuk mereka dikagumi dengan pencapaian mereka, hasil daripada penemuan mereka.
Antara perkara yang menjadi perancangan golongan ingkar adalah melakukan pekerjaan bagi menetapkan diri mereka dengan menelurusi perkara akan datang. Kajian-kajian mereka yang menyentuh teknologi sedia ada, sebenarnya adalah merupakan persiapan mereka untuk menghadapi kemungkinan peristiwa yang akan berlaku, pada masa mendatang. Oleh itu mereka suka untuk mereka dikagumi dengan pencapaian mereka, hasil daripada penemuan mereka.
Sebagai contoh, dengan
melakukan serangan peristiwa 11 September oleh pentadbiran Amerika Syarikat,
mereka sudah menjangkakan pentadbiran mereka akan memperolehi mandat rakyat
untuk menyerang negara lain. Penguasaan Afghanistan
dan Iraq
dijangka, dapat dijadikan dua tapak perlindungan (dua lapisan) terhadap sebarang
kemungkinan kebangkitan pejuang-pejuang Islam yang berusaha menguasai negara
beraja Arab Saudi, yang dikatakan sebagai punca umat Islam bersatu padu
memerangi dunia. Namun mereka melupai suatu perkara bahawa perkara akan datang
bukanlah suatu perkara yang dapat ditentukan dengan tepat masa kejadiannya.
Tuhan yang lebih mengetahui serta mengatur rancanganNya.
viii. Kesan Domino Daripada Tindakan Mereka Masakini
viii. Kesan Domino Daripada Tindakan Mereka Masakini
Selepas serangan mula
pada tahun 2001 dan serangan terhadap Iraq pada tahun 2003, sehingga kini
(2011) peristiwa yang dijangkakan berlaku, masih juga belum berlaku dan
belanja peperangan mereka telah melebihi 1 trillion dollar U.S. dan wang mereka
menjadi sangat mengecil. Mereka akan terus mengekalkan ratusan ribu tentera di
negara-negara berkenaan sehingga mereka menghadapi apa yang mereka percayai
sebagai peristiwa yang akan berlaku. Lantaran belanja peperangan yang sangat
besar, dengan segenap tenaga, mereka terpaksa cuba
memperolehi sumber komoditi dari negara lain seperti Sudan secara percuma. Akhirnya
mereka berjaya melakukan porak peranda dengan memecahkan negara berkenaan demi
untuk menyedut hasil petroleum negara terbabit. Kini mereka memperolehi dua
kekuatan iaitu petroleum dan punca air bersih yang dapat menekan negara Sudan dan
Mesir.
Penggunaan bahan bakar
petroleum yang banyak oleh warga dunia akhirnya mengakibatkan lebih banyak
pencemaran haba yang mempengaruhi cuaca. Meskipun bekalan bahan asas ini
mencukupi, perbekalan yang berterusan dapat memberi kesempatan kepada
negara-negara baru yang rancak ekonominya seperti India
dan China
menyediakan keupayaan lebih besar kepada rakyat mereka untuk berbelanja.
Perkara ini tentunya akan terus meningkatkan harga minyak di persada dunia.
Kedua-dua negara ini, yang kini tidak lagi memperkenalkan subsidi bekalan
petroleum kepada rakyat mereka, akan menjadi penentu terhadap permintaan minyak
yang tinggi.
Pembangunan angkut-angkut
turut berlaku di kedua-dua negara ini. ‘Berkat’ daripada sistem ekonomi riba
yang diamalkan oleh kedua-dua negara ini juga, harga minyak dunia dijangka akan
terus meningkat sedikit demi sedikit, tanpa menunjukkan penurunan ketara dalam
jangka panjang. Permintaan terhadap produk berasaskan petroleum seperti
kenderaan dan jentera, terus menjadi keutamaan sehingga memudharatkan cuaca
dunia. Sekiranya, kedua-duanya dapat bertahan, dalam membentuk ekonomi domestik
dalam negara mereka sendiri, pastinya syarikat-syarikat besar di Amerika
Syarikat dan Eropah akan gulung tikar lantaran kos pengeluaran yang sangat
tinggi disebabkan oleh harga bahan bakar petroleum yang terus meningkat.
Akhirnya Amerika Syarikat dan Eropah akan mengalami kemurungan ekonomi dan
turut sama menghadapi masalah bencana cuaca yang membinasakan. Mampukah negara
ini menghadapi cabaran ini? Peningkatan harga bahan bakar mengakibatkan daya
saing produk-produk pembuatan untuk tujuan eksport akan merosot dan ini
menjurus kepada kejatuhan ekonomi berasaskan sumber manusia. Sekalipun pulangan
jangka panjang akan diperolehi daripada komoditi asas seperti petroleum, getah,
kelapa sawit serta galian-galian berharga, namun ketidak seimbangan ekonomi
amat mempengaruhi kehidupan rakyat di bandar-bandar.
No comments:
Post a Comment