فانطلقوا و هم يتخافتون
Lalu
telah berangkat mereka sedang mereka bertakut-takut.
lalu
berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
ﺘﺨﺎﻓﺘ
bukanlah
bermakna takut, lantaran mereka berangkat ke ladang mereka dengan
sejumlah orang tertentu yang seperti mereka. Mereka berangkat ke
ladang mereka dengan cara berhati-hati, terjenguk sana dan terjenguk
sini, mengkhuatiri sekiranya perancangan rapi mereka diketahui oleh
pihak lain.
Salah
satu sifat sesat yang ditonjolkan oleh manusia adalah tindakan mereka
yang melakukan sesuatu perkara dengan mengumpulkan
individu-individu tertentu, melakukan perancangan rapi
sambil menunjukkan sifat takut-takut mereka, mengkhuatiri rahsia
perancangan mereka diketahui oleh pihak lain.
Dan
apabila mereka melaksanakan sesuatu, mereka akan menghindari diri
daripada orang-orang tertentu dan kadang kala menunjukkan sikap cuba
berahsia terhadap sesuatu. Ayat yang seperti ini dapat memberi
penjelasan kepada kita secara umum bahawa semuanya disebabkan terlalu
mengutamakan kepentingan diri-diri mereka sendiri tanpa memikirkan akibat
besar yang akan menimpa mereka kemudian hari. Pengajaran yang
diperolehi daripada ayat Tuhan sebenarnya menjurus hakikat perkara
yang akan berlaku. Bencana mungkin tidak akan berlaku serta merta
tetapi apabila sampai masanya kesannya amat memudharatkan.
No comments:
Post a Comment