ان اغدوا على حرثكم ان كنتم صرمين
Bahawa
(bersedia) waktu pagi kamu (adalah) atas ladangmu, sekiranya telah
adalah kamu yang (mahu) menuai.
(setengahnya
berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul
kamu mahu memetik buahnya".
Yang
demikian itu adalah perancangan mereka yang cuba menafikan bahagian
golongan yang lain.
Mengapakah
Sikap Tamak Wujud?
Sikap
tamak atau mementingkan bahagian diri adalah disebabkan menyayangi
habuan dunia lebih daripada Tuhan. Lebih menyayangi sesuatu yang lain
berbanding kesayangan terhadap Tuhan adalah merupakan kesyirikan.
Menyingkirkan sikap sedemikian daripada diri seseorang bukanlah kerja
yang mudah, walhal bukanlah Tuhan yang menghendaki supaya seseorang
itu menyerahkan segala-galanya dalam tangannya melainkan sekadar
lebihan daripada hartanya sahaja.
Di
sini seseorang teruji sama ada bersedia menyerahkan sesuatu yang
disayangi untuk tujuan bersungguh-sungguh pada jalan Tuhan atau
sekadar kata-kata sahaja atau sekadar menunjuk-menunjuk seolah-olah
seperti orang yang tekun beragama. Oleh itu memang kena tempatnya
pengajaran ayat-ayat sedemikian, menjurus kepada pengenalan sikap
sesat yang datang daripada kematu kesyirikan yang ada
pada sebahagian manusia. Adakah kerana kemewahan hidup ia
meninggalkan perintah Tuhan dan tanggungjawab bermasyarakat?
No comments:
Post a Comment