Kemodenan dunia bukan penghalang kita memperbudaya dan mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah, dalam melayari rutin kehidupan seharian sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi.
Apabila telah menyentuh ia akannya oleh keburukan, gelisah.
apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah;
i. Ekonomi Gawat Yang Mencemari Alam
Demikian itu terjadi apabila berlaku kegawatan ekonomi. Maka rakyat terpaksa melakukan kerja-kerja tambahan untuk menampung kehidupan serta membayar hutang. Antara aktiviti utama yang selalunya diminati adalah aktiviti pertanian dan penternakan. Sehingga akhirnya, aktiviti sedemikian tidak dilakukan dengan teliti. Asalkan memberi pulangan yang cepat, senang dan banyak, baja-baja pertanian yang mencemar alam sekitar telah digunakan.
Begitu juga dengan penggunaan racun-racun serangga sehingga mengabaikan faktor keselamatan produk yang terhasil sehingga dicemari dengan kesan keracunan. Berlakunya kerosakan alam pada paras langit yang rendah adalah akibat daripada penggunaan baja yang tidak terkawal, digunakan secara meluas. Kita dapat mendengar kejadian-kejadian ribut yang merosakkan dan kejadian taufan. Semua itu terjadi lantaran penggunaan bahan penyejuk sebatian nitrat, sulfat dan fosfat yang terdapat pada baja sehingga mencemari udarakasa.
Pusaran angin ribut dapat terbentuk apabila berlaku
kelembapan yang tinggi disertai kehadiran wap penyejukan
lampau oleh bahan kimia tertentu dalam udarakasa.
ii. Memenuhi Kehendak Yang Merosakkan
Mengapakah kegelisahan ditujukan semata-mata atas sebab harta atau atas sebab terhakis peluang untuk memenuhi kehendak? Sehingga kita telah berada pada suatu zaman bahawa kebenaran diukur dengan status dan kedudukan ataupun untuk tujuan memperolehi habuan. Seolah-olah, untuk berdakwah bagi tujuan menyedarkan manusia tentang hakikat kehidupan ini, pendakwah perlu menyediakan sesuatu di tangan mereka supaya pendengar-pendengar budiman perlu dibayar gaji atas kesanggupan mereka mendengar pengajaran yang baik. Maka tidak menjadi kehairanan pada waktu ini, umat Islam berada pada suatu cengkaman hidup yang amat dahsyat sehingga mereka sanggup menjual diri, mereka dibeli untuk dimurtadkan. Mereka mendiami rumah-rumah kediaman seperti istana, menunggang kenderaan berjenama dengan cara menjual maruah serta ikatan akidah untuk mendapatkan semua itu.
Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah.
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
PUNCA KEPADA KEROSAKAN
i. Sifat Keluh Kesah Yang Menjadi Asas Pemerintahan
Demikianlah agenda Tuhan untuk diperlihatkan kepada manusia akibat daripada sikap mereka sendiri berkeluh kesah semasa menjalani kehidupan di mukabumi ini. Dalam segala hal, mereka mahukan hasil pekerjaan mereka memberi pulangan yang banyak, cepat dan senang. Mereka tidak memperduli kesan yang akan berlaku akibat daripada tindakan mereka sedemikian. Dalam kehidupan ini, manusia suka membandingkan pencapaian dirinya berbanding manusia lain. Ataupun mereka membandingkan pencapaian keluarganya berbanding keluarga yang lain. Ataupun mereka membandingkan pencapaian kaumnya berbanding kaum-kaum yang lain. Ataupun mereka membandingkan pencapaian negerinya atau negaranya berbanding dengan pencapaian negeri-negeri atau negara lain. Akibatnya, orang-orang kenamaan mereka, akan mencipta suatu sistem untuk tujuan hidup sedemikian agar setiap sesuatu akan dimanipulasikan untuk tujuan pemperolehan daripada hasil usaha yang dilaksanakan. Lalu diperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi dan juga sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba dan pajakan. Supaya pembangunan pesat dapat dilaksanakan dan supaya rakyat dapat memiliki apajua yang mereka ingini melebihi daripada kemampuan mereka sendiri. Setiap individu diharuskan memiliki apa sahaja, asalkan mereka sanggup membayar harga yang lebih daripada harga yang ditawarkan.
ii. Sistem Ekonomi Berasaskan Riba Yang Menggoda
Sebagai contoh, seseorang yang memiliki simpanan hanya RM 10,000, sudah boleh mencagarkannya ke dalam institusi kewangan dan mendapatkan jaminan kredit (bank guarantee) atau leveraj sebanyak 9 kali ganda iaitu sebanyak RM 90,000 sehingga mencukupkan jumlahnya menjadi RM 100,000. Jumlah itu kemudiannya akan dilaburkan dalam unit saham amanah melalui institusi kewangan berkenaan dengan jangkaan pulangan bersih 3% setahun, setelah ditolak dengan kadar hutang. Sebelum tempoh matang, skrip sijil saham amanah boleh dijadikan cagaran kepada institusi kewangan berkenaan untuk mendapatkan kemudahan overdraf yang dapat digunakan untuk tujuan kecairan dalam aktiviti perniagaan atau pekerjaan seseorang. Seseorang hanya perlu membayar jumlah yang digunakan serta jumlah riba secara bulanan dan secara mayanya ianya dikatakan memiliki simpanan sejumlah RM 100,000 dalam akaunnya.
iii. Keluar Pagi, Pulang Petang, Dapat Gaji, Bayar Hutang
Jumlah ini sebenarnya hanya akan diperolehi sekitar 25 tahun ia melakukan aktiviti perniagaan sekiranya pulangan saham amanah kekal pada kadar bersih 3% setahun. Kebanyakan daripada untung aktiviti perniagaan atau gaji bulanan perlu diserahkan ke kaunter pembayaran setiap bulan supaya jumlah wang yang dikeluarkan daripada kemudahan overdraf atau pinjaman dapat ditampung dan 'pinjaman’ terhadap jaminan kredit dapat dilunaskan sedikit demi sedikit. Itu belum dikira dengan kemudahan kredit untuk mendapatkan pembiayaan rumah keperluan, kenderaan keperluan dan sebagainya. Lalu tujuan hidupnya sebagai rakyat adalah untuk bekerja dari pagi hingga ke petang dan apabila sampai masa memperolehi untung atau gaji, hanya digunakan untuk membayar hutang. Mereka tidak akan ada kecukupan wang untuk bersadaqah membantu individu yang susah dan mereka juga tiada masa memikirkan persoalan bermujahadah di jalan Tuhan. Dalam keadaan ekonomi negara berkeadaan baik, program setiap rakyat hanyalah bekerja untuk membayar hutang. Apakah yang akan berlaku apabila terjadi kegawatan ekonomi yang selalunya berulangan setiap 10 tahun sekali? Polisi kewangan akan segera berubah. Nilai kadar pinjaman asas akan diturunkan dan kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan untuk tujuan membela syarikat-syarikat yang lumpuh, tidak memperolehi hasil sebagaimana yang diharapkan. Hingga ke suatu peringkat, rakyat terpaksa mengeluarkan belanja dapur mereka sendiri bagi menampung kerugian pelaburan yang dilaburkan untuk menutup hutang bulanan. Sekali lagi belenggu kehidupan mencengkam rakyat apabila berlaku kegawatan ekonomi.
iv. Nota Janji Bohong Bukan Wang
Kesedaran untuk memanipulasi sistem ekonomi pasaran bebas mula 'disedari' oleh rakyat negara ini kebelakangan ini. Kesedaran sedemikian telah dilalui oleh rakyat negara-negara yang kononnya maju sehingga mereka sentiasa mengambil kesempatan hutang untuk memiliki aset yang sentiasa mengalami peningkatan digit harga. Peningkatan ini bukanlah peningkatan sebenar kerana nilai aset atau hartanah yang dimiliki sentiasa tidak dapat mengatasi nilai pasaran emas yang merupakan komoditi berintangan inflasi. Penipuan ini sentiasa dilakukan sebegitu rupa supaya setiap individu tidak dapat melarikan diri daripada anggapan bahawa nota janji bohong iaitu wang kertas sentiasa membawa nilai yang dapat diniagakan. Mereka telah melupai kenyataan bahawa emas adalah merupakan sandaran benar wang yang dapat mengekalkan nilai intrinsik, yang tidak terjejas akibat inflasi. Akibatnya, mereka terpaksa bekerja siang dan malam semata-mata untuk membayar hutang, seolah-olah mereka itu banduan-banduan di balik penjara dengan jerigi besi tidak kelihatan, bekerja untuk sang tuan yang tidak mereka ketahui.
Perkhabaran tentang bencana yang dikhabarkan sebelum surah ini, pastinya akan dijadikan bahan senda gurau sebahagian golongan yang mengingkari akan kedatangan bencana, yang bakal terjadi dalam sedikit masa lagi. Sekalipun mereka dapat melihat perubahan-perubahan ketara telah berlaku kepada bumi ini, mereka memandang kejadian bencana total kepada kehidupan di bumi ini, tidak akan berlaku dalam tempoh yang terdekat. Mereka hanya menganggap kejadian bencana yang dikatakan kecil pada skala ukuran mereka buat masa ini, adalah seperti ulangan pasang surut yang sering berulangan sejak dahulu lagi.
Bahkan mereka tidak menyedari kejadian pembentukan debu yang tiba-tiba muncul pada waktu tertentu, sebenarnya adalah merupakan petanda awal kebocoran ozon yang berlaku sekali sekala di tempat-tempat tertentu. Kebocoran yang berlaku telah mengakibatkan sinar ultravoilet daripada matahari dapat menghambur debu dari tanah-tanah yang kering.
Apabila sampai masa kerosakan total kepada lapisan ozon, sebenarnya tiada jalan undur kepada golongan ingkar, yang merupakan kumpulan majoriti umat manusia pada ketika itu. Pada masa itu, tiada lagi kata-kata perjuangan untuk kepentingan rakyat atau orang ramai dapat didengari. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri-sendiri sehingga mereka sanggup meninggalkan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang mereka sayangi selama ini. Penyebab kepada kejadian berkenaan adalah atas sikap mereka yang sentiasa berkeluh kesah, sehingga sentiasa memberi sumbangan yang membawa kerosakan demi kerosakan kepada alam sekitar kediaman mereka. Mereka amat gelojoh dalam berpenghidupan di muka bumi ini yang Tuhan telah jadikannya sebagai suatu yang terbatas.
Huraian yang dilakukan oleh penulis tentang peristiwa yang disebutkan sebelum ini sempena ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran adalah menjurus kepada tanggapan sebagai suatu keadaan yang tidak dapat dielakkan, ataupun secara ringkasnya mudah difahami sesuatu yang sudah ditakdirkan Tuhan.
Peristiwa kekalutan alam yang berlaku di atas permukaan bumi ini seolah-olah berlaku secara kebetulan atas kejahilan manusia selama ini menyingkirkan bahan-bahan merbahaya secara berlebihan ke persekitaran mereka. Sebenarnya, semua kejadian ini bukan berlaku secara kebetulan dan bukan juga perancangan besar-besaran secara sengaja oleh umat manusia secara keseluruhannya.
Manusia telah melalui proses perindustrian sejak 200 tahun dahulu selepas zaman Renaissance dan pada penghujung kejatuhan empayar di bawah kekuasaan kekhalifahan. Masyarakat Barat pada ketika itu telah bersedia sepenuhnya menerajui dunia, telah mempelajari sesuatu yang besar daripada sumbangan ketamadunan Islam. Pada masa yang sama umat Islam menjadi semakin lemah akibat pertelingkahan sesama mereka tentang agama dan mereka telah melupai kepentingan ilmu dan pendidikan yang harus sentiasa disesuaikan dengan perubahan zaman. Satu demi satu dinding penahan umat Islam mulai dirobohkan sehingga akhirnya Baitul Muqaddis jatuh ke tangan penjajah Barat.
Kejatuhan Baitul Muqaddis kali pertama sebelum keruntuhan kerajaan Uthmaniyah di Turki menjadi titik mula kepada peristiwa yang menyayat hati seluruh umat Islam. Bermula daripada kehilangan wilayah satu demi satu, kemudian diikuti oleh penjajahan demi penjajahan, harta umat Islam dirompak melalui monopoli kapitalis, kini maruah umat Islam semakin dicemari dan bilangan umat Islam yang murtad, menggadaikan aqidah semakin bertambah ramai. Agama yang dibawa melalui Muhammad RasululLah S.A.W. serta didokong oleh para sahabat R.A.H.M yang mengorbankan harta benda, nyawa serta menempuh rasa derita semasa permulaan dakwah akhirnya mulai dilupakan begitu sahaja.
Sebenarnya perkara sedemikian bukan sahaja berlaku kepada umat Islam, bahkan kepada penganut Kristian. Mereka yang pada asalnya menguasai Baitul Muqaddis atas nama perjuangan agama serta pembebasan Jurusalem akhirnya juga tersasar daripada matlamat perjuangan mereka. 20 tahun setelah penaklukan Jurusalem, sebahagian daripada tentera Salib telah menemui perpustakaan besar di bawah tapak Masjid Al-Aqsa iaitu buku-buku tentang pengamalan sihir Kabbalah Yahudi silam. Buku-buku yang diperolehi dari period kekuasaan kerajaan Babel di Iraq telah dijadikan amalan mistik sihir oleh kumpulan rahsia yang menggelar diri mereka The Knights of Solomon Temple atau ringkasnya Knights Templer yang pengamalan mereka semakin jauh menyimpang daripada ajaran agama Kristian.
Mereka cuba mengelirukan umat ini seolah-olah mereka mempelajari pengamalan sihir sedemikian daripada Nabi Sulaiman A.S. dan mereka ingin menunjukkan bahawa mereka berjuang pada jalan yang benar untuk menjagai rumah suci Tuhan iaitu Baitul Muqaddis. Setelah terbuka rahsia kumpulan ini melalui pengamalan pelik pengikut-pengikut mereka yang mengamalkan sihir, hubungan seks bebas serta kegiatan homoseksual, akhirnya sebahagian daripada ahli kumpulan ini telah dijatuhi hukuman mati oleh kerajaan Perancis dengan cara membakar mereka hidup-hidup dan harta benda mereka telah dirampas.
Namun hal demikian tidak terhenti di situ. Setelah tamat Perang Dunia Pertama, Switzerland telah diisytihar sebagai sebuah negara berkecuali dan bebas. Sebahagian ahli kumpulan Knights Templer yang tidak dapat dikesan, telah melarikan diri dan mula melaksanakan aktiviti perniagaan mereka di bawah perlindungan negara Switzerland. Mereka telah menubuhkan sistem perbankan berasaskan riba dan berjaya mengumpul dana yang besar daripada aktiviti-aktiviti gelap di seluruh dunia. Bermula dengan umpanan harta, mereka telah merancang sehingga menumbangkan kerajaan beraja Perancis dan mengambil peranan mempengaruhi kerajaan Amerika Syarikat. Kumpulan ini memainkan peranan yang amat besar sehingga dapat mengumpan sebahagian besar usahawan-usahawan Yahudi untuk menyimpan wang dalam bank-bank yang mereka wujudkan di Switzerland. Kebanyakan kaum Yahudi pada ketika itu, berada di Jerman dan Poland serta bertebaran secara merata di Eropah Timur. Yahudi, yang menguasai ekonomi Jerman akhirnya terumpan perangkap kumpulan Knights Templer sehingga mendatangkan bencana ekonomi kepada rakyat Jerman.
Seterusnya kumpulan Knights Templer di bawah percaturan keluarga Rothschild dan Rockefeller, secara rahsia telah membiayai Hitler untuk membunuh bangsa Yahudi dan berusaha menghapuskan mereka di seluruh dunia pada peristiwa Perang Dunia Kedua (2:85).
Rockefellar : Musuh umat manusia sejagat.
Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk merampas seluruh harta Yahudi bagi meneruskan agenda mereka menguasai negara-negara lain. Usaha ini dilakukan secara berhati-hati dan mereka sering menukar strategi supaya mereka tidak dikesan datang daripada kumpulan yang sama. Kini mereka bergerak di bawah nama keluarga atau kumpulan Bilderberg. Dengan melebarkan pengaruh mereka ke seluruh dunia, mereka telah menumpang pengaruh kerajaan Britain di bawah pengaruh Queen Elizabeth selaku kuasa proksi sehingga tertubuhnya kumpulan Rotory Club di negara ini dan bergerak atas nama pertubuhan kebajikan, untuk mengumpul ahli daripada kumpulan orang ramai. Kepada kumpulan elit, mereka telah menyediakan pertubuhan Freemason dan sanggup bekerja keras untuk menjaga kepentingan jawatan yang disandang ahli mereka yang memegang jawatan penting peringkat negara. Di mana-mana jua, mereka banyak mempengaruhi ahli-ahli politik kerajaan sama ada daripada peneraju atau kumpulan pembangkang. Di negara-negara yang kebebasan kapitalis diamalkan, mereka memainkan peranan sebagai penyumbang dana untuk tujuan pelaburan besar yang melibatkan pasaran saham serta pasaran kewangan dan mereka mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi polisi pemerintahan negara terbabit.
Perbandingan Indeks Pasaran Saham Sebelum Perang Dunia Ke-2 dan
Sebelum Perang Dunia Ke-3, menunjukkan suatu keserasian seolah- olah agenda dunia ini adalah menurut acuan rancangan pihak tertentu
Mereka akan mengambil kesempatan atas apa sahaja isu asalkan mereka memperolehi keuntungan. Terkini, mereka telah menekan Bank Dunia supaya mengarahkan negara-negara dunia memperkenalkan cukai karbon atas firma-firma negara mereka atas alasan untuk mengimbangi masalah perubahan cuaca. Kekuatan pengaruh mereka di Amerika Syarikat telah membawa kepada kejadian pembunuhan Presiden Amerika Syarikat iaitu J.F. Kennedy dan perancangan peristiwa 11 September untuk memulai peperangan atas nama keganasan. Percayalah wahai pembaca budiman, kini mereka telah merancang suatu peperangan besar abad ini yang melibatkan kuasa-kuasa besar dunia atas nama keamanan. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda daripada penjualan senjata supaya negara-negara tertentu bersedia dengan kelengkapan peperangan. Adakah mereka akan berjaya? Mereka mengambil kesempatan atas sikap kegelojohan manusia yang inginkan status kekayaan.
dan Yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya
(dengan tidak membayar zakatnya).
i. Ketamakan dan Rakus yang Membawa Akibat
Iaitu mereka yang telah berusaha dalam kehidupan
ini semata-mata bertujuan mengumpul harta sebanyaknya lalu menyimpannya. Sehingga mahu sahaja
mereka menyelamatkan sebahagian atau seluruh harta berkenaan, yang diharap tiada siapa akan mengambil atau
merampasnya. Mereka masih memperduli tentang nasib harta mereka pada hari
kejadian kekalutan itu seperti mana kisah dalam filem ‘Deep Impact’.
Demikianlah sikap
mereka sejak dari dahulu lagi darihal kecintaan mereka terhadap harta benda yang
sebenarnya tiada sebarang manfaatpun pada hari berlakunya azab Tuhan. Sebenarnya
kejadian azab pada hari itu adalah kesan akhir akibat daripada kerakusan manusia
di dunia ini untuk membolot apa sahaja sehingga membawa kepada kerosakan alam.
Seterusnya, perbincangan ayat-ayat selanjutnya adalah faktor-faktor yang
menjurus kepada rentetan peristiwa azab.
ii. Kepelbagaian Bentuk Terjemahan
Penulis tidak menafikan kebanyakan daripada
terjemahan menjurus kepada suasana azab yang akan berlaku di akhirat nanti. Iaitu
azab yang akan menimpa golongan ingkar yang berpaling daripada ajaran-ajaran
Al-Quran sewaktu hidup mereka di dunia dahulu. Oleh kerana terdapat pelbagai
bentuk terjemahan, penulis tidaklah bermaksud bahawa bentuk kefahaman yang
penulis nyatakan dalam lembaran-lembaran ini merupakan suatu bentuk terjemahan
paling autentik. Penulis mengesyorkan pembaca untuk merujuk kepada pihak yang
lebih pakar sekiranya meragui bentuk kefahaman yang penulis persembahkan di
sini. Kefahaman yang penulis bawa ini hanya menjurus kepada huraian bentuk azab yang akan
berlaku di dunia ini lagi sebelum berlaku kejadian besar iaitu peristiwa
As-Saah.
iii. Penyampaian Ayat Secara Deduktif
Perkara seterusnya adalah menjurus kepada penyebab sehingga
terhasilnya kejadian berkenaan. Sekiranya surah Al-Haqqah didatangkan secara
induktif iaitu satu kejadian berlaku. Kemudian kejadian itu diiringi oleh
kejadian seterusnya, sehingga kepada azab yang dikenakan kepada golongan yang
bersalah setimpal dengan pengamalan mereka dahulu. Surah Al-Ma'arij pula
didatangkan secara deduktif, iaitu suatu kejadian diterangkan, kemudian
mengiringi ayat-ayat tentang kejadian berkenaan adalah penyebab-penyebab kepada kejadian itu dan
penerangan terakhir adalah situasi gambaran gawat yang menimpa manusia nantinya. Mereka berbaris panjang untuk menyelamatkan diri mereka menuju tempat
berhimpun.
Ia memanggil orang yang mengundur diri dan yang berpaling.
neraka itu juga memanggil dan menarik orang Yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),
Apabila pilihan dibuat untuk mengundi, siapa-siapakah di antara mereka yang harus diselamatkan, akan terdapat mereka yang bersedia mengundur diri daripada dicalonkan dan mereka akan ditimpa azab atas kerelaan. Begitu juga kepada mereka yang tidak mempercayai azab sedemikian akan kekal dalam tempoh yang panjang lalu mereka kembali ke kediaman mereka di bumi ini, maka mereka juga akan ditelan azab sedemikian.
Siapakah mereka ini sehingga sanggup menempah azab yang besar?
Sempena Hari Perlindungan Lapisan Ozon Antarabangsa
pada hari ini, marilah kita lakukan usaha murni ini dengan
mempelajari serta menghayati Al-Qur'an untuk mendapat-
kan panduan jitu tentang usaha yang perlu dilakukan.
(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
i. Seperti Kesan Kimpalan Arka
Sebagaimana yang disebutkan tadi bahawa azab ini apabila mengenai kulit akan mengakibatkannya mengelupas. Semasa menjalani latihan praktikal, penulis memiliki pengalaman menjalani aktiviti kimpalan menggunakan arka elektrik. Kimpalan ini menghasilkan pancaran ungu yang mengakibatkan beberapa hari kemudian kulit di tangan mengelupas akibat kesan daripada pancaran dan juga kesan daripada gas ozon yang terhasil.
Secara yang lebih teliti, kejadian azab ketika itu adalah akibat daripada kesan kebocoran lapisan ozon yang menyebabkan sinar-sinar bahaya sampai ke permukaan bumi. Sinar bahaya ini kelihatan berwarna keunguan laksana leburan perak atau tembaga yang disambar api dan apabila mengenai batu-batu gunung, lambat laun sinar ini akan mengion bahagian yang menghadapi sinar cahaya ini. Pada sebutan lain dinyatakan sebagai kesan hangus seperti percikan air yang mengenai permukaan kuali panas. Pengionan mengakibatkan debu mengepul, seolah-olah gunung itu mengembangkan bulu yang mengerbang (101:04).
Sinar lampau lembayung, sinar-x dan sinar lampau ungu ini apabila mengenai kulit manusia, lambat laun akan mengakibatkan kesan mengelupas.
ii. Mereka Tidak Berani Keluar Rumah
Azab seperti ini mengakibatkan manusia tidak berani keluar rumah. Oleh kerana azab ini tiada kesudahan dan semakin menjadi-jadi, akhirnya mereka harus dipindahkan ke tempat-tempat yang telah dibina sama ada di bawah permukaan bumi atau di stesen-stesen angkasalepas. Segera mereka memandang sesama mereka lantaran setiap mereka menghendaki agar terpilih untuk diselamatkan dan bukan yang lainnya. Menonton filem Deep Impact dan Armageddon sedikit sebanyak memberi gambaran suasana panik dan saling memandang sesama mereka lantaran mengharapkan giliran mereka dipanggil untuk diselamatkan. Kekalutan Titanic yang mereka terpaksa berhujah mengapa hanya sebahagian mereka sahaja perlu termasuk kumpulan yang diselamatkan dan bukannya yang lain tentunya memberi penontonan yang sungguh mengharukan.
Mereka bertengkar untuk 'survival' diri-diri mereka
Sekali-kali tidak, sesungguhnya ia adalah nyalaanmembakar.
tidak sekali-kali (sebagaimana Yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya
i. Kepelbagaian Bentuk Terjemahan
Penulis tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada terjemahan menjurus kepada kejadian api neraka iaitu suatu peristiwa yang hanya akan berlaku setelah Hari Kebangkitan Akhirat. Namun penulis memiliki hujah bahawa nyalaan itu sebenarnya mengiringi kejadian 70:08, melalui kaedah daripada himpunan ayat, yang menjelaskan kejadian itu berkaitan dengan kejadian langit ketika itu. Iaitu suatu fenomena langit yang menjadi seperti kilauan leburan tembaga atau leburan perak yang terbakar (berwarna lampau lembayung keunguan). Suatu kejadian yang akan berlaku dalam sedikit masa lagi.
Hanya Tuhan lebih mengetahui.
Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kejadian seperti ini adalah disebabkan oleh kecuaian manusia dalam menjalani kehidupan di bumi ini sehingga mengakibatkan kemusnahan alam.
ii. Akibat Kerosakan Lapisan Ozon
Pecahnya lapisan ozon yang seharusnya melindungi permukaan bumi daripada sinar bahaya sehingga mengakibatkan nyalaan ion-ion radikal bebas terbentuk dan juga sehingga permukaan gunung membentuk debu yang mengepul. Adakah peristiwa ini dapat terjadi dalam waktu yang terdekat ini? Keperitan sinar cahaya matahari sekitar sekarang ini berbanding kehangatan tengahari waktu silam memberi gambaran, peristiwa sedemikian dapat berlaku pada bila-bila masa sahaja sekarang ini.
Dan sesiapajua pada bumi itu semua sekali, kemudian ia (terpilih untuk) diselamatkan.
dan juga sekalian makhluk Yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
i. Baru Ia Tahu Erti Mementingkan Diri Sendiri
Namun adakah usaha penebusan yang diangan-angankan oleh manusia yang berdosa itu berbaloi? Ke manakah sebenarnya setiap mereka mahu diselamatkan. Adakah ke stesen-stesen angkasa yang telah mereka lemparkan tali yang panjang kepadanya? Ataukah ke pusat-pusat perlindungan yang terdapat di bawah lapisan kerak bumi? Adakah ruang-ruang yang terdapat di sana mencukupi untuk menampung sejumlah manusia? Namun apakah sebenarnya bentuk azab yang sebegitu rupa, sehingga setiap individu akan mementingkan dirinya sendiri?
Bukankah mereka selama hidup di dunia ini dahulunya sentiasa mementingkan diri mereka sendiri? Mereka mencipta suatu bentuk kehidupan yang kononnya menyediakan tempat-tempat kediaman yang selesa kepada manusia lain, walhal penghujung rancangannya adalah, mereka mahu kepentingan diri mereka sendiri diutamakan. Tidak cukupkah dengan kedurjanaan mereka selama ini mempertahankan kepentingan mereka sehingga mengakibatkan kemusnahan alam serta menggugat kehidupan sosial manusia yang lain? Sehingga datang azab Tuhan, mereka masih mahu supaya semua manusia lain dikorbankan sebagai tebusan supaya mereka sahaja yang akan selamat.
ii. Kaedah Menyusur Ke Silam
Susunan ayat adalah sedemikian rupa sehingga, kejadian akhir disebut terlebih dahulu dengan segala keadaan yang mengerikan. Selanjutnya dinyatakan rentetan peristiwa yang mengakibatkan kejadian sedemikian suatu masa nanti yang pasti terjadi. Gunanya adalah untuk menarik minat kepada umat supaya mahu mendengar wahyu Tuhan melalui RasulNya. Kaedah ini dinyatakan sebagai kaedah ‘menyusur ke silam’ atau ‘flashback’. Kaedah ini juga yang pernah digunakan oleh kebanyakan daripada pengeluar-pengeluar filem yang berjaya meraih kutipan tayangan yang besar. Contoh filem-filem yang berjaya menjejaki kaedah sedemikian adalah seperti Titanic, Day After Tomorrow, Emily Rose dan tidak lupa juga filem tempatan seperti Kekasih Awal dan Akhir dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Dan pekerja-pekerja bantuan yang menyediakan tempat perlindungan (mau sahaja dikorbankan).
dan kaum kerabatnya Yang melindunginya,
i. Pusat-pusat Perlindungan (Shelter) Yang Terhad
Apabila tempat-tempat perlindungan kecemasan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung manusia, maka pada ketika itu mereka akan saling memandang sesama mereka. Cabutan undi perlu dibuat untuk memilih di antara mereka yang perlu diselamatkan dan meninggalkan yang lain menjadi korban. Lalu setiap individu sangat-sangat mengharap kiranya ahli keluarga yang lain, sahabat-sahabat yang lain dan manusia-manusia yang lain itu tidak terpilih. Hanya dia sahaja yang terpilih dan yang lain secara tidak langsung menjadi penebus untuk menyelamatkan dirinya.
ii. Azab Yang Lain Macam
Azab apakah yang menyebabkan kejadian sedemikian? Tentunya azab ini lain dari yang lain. Bukan azab tsunami kerana tsunami masih memberi peluang kepada yang selamat untuk menyelamatkan yang lain kiranya mampu. Tentunya bukan kejadian taufan, kerana kehadiran taufan yang dapat dikesani melalui cerapan satelit, masih memberi peluang supaya manusia berkumpul ke tempat yang jauh dari kawasan yang dijangka dilanda taufan. Mereka dikumpulkan di suatu tempat yang besar serta terlindung serta jauh dari ancaman taufan dan mereka disediakan makanan secara hidangan kawah. Tentunya bukan akibat daripada serangan nuklear atau serangan kimia atau biologi kerana azab sedemikian berlaku secara mengejut dan kemungkinan tiada sesiapapun yang dapat menyelamatkan diri. Tentunya bukan disebabkan oleh banjir kerana pusat-pusat perlindungan tentunya akan didirikan untuk menampung pelarian banjir yang ramai itu. Bahkan tidak juga akibat peperangan kerana peperangan membawa kemudaratan menyeluruh sehingga mereka berusaha bersama-sama dan memberi kerjasama yang baik untuk memilih tempat berlindung.
Kemanakah perginya nilai kemanusiaan mereka selama ini? Adakah mereka dengan tiba-tiba menjadi manusia yang terlalu kejam sehingga sanggup membiarkan sahaja anak-anak mereka, isteri-isteri mereka serta saudara-saudara mereka terkorban, demi untuk menyelamatkan diri-diri mereka sendiri.
ii. Mereka Yang Sebenarnya Menjemput Azab Sedemikian
Bukankah perkara sedemikian terjadi adalah atas kesediaan mereka selama ini? Mereka megah menjalani kehidupan berasaskan sistem riba, sehingga kebanyakan masa hidup mereka adalah di atas ladang-ladang mereka atau pejabat-pejabat mereka atau bengkel-bengkel mereka atau di atas jalan-jalanraya sehingga mengakibatkan kesesakan. Bukan sahaja keadaan sedemikian telah mereka lalui, bahkan mereka telah terpaksa meninggalkan tanggungjawab bermasyarakat sehingga mengakibatkan hubungan kekeluargaan mereka turut terjejas.
Kini, tindakan mereka selama ini mula menjadi realiti. Mereka kini terpaksa memilih sama ada mereka yang terkorban atau membiarkan ahli-ahli keluarga kesayangan mereka terkorban.
Mereka (hanya mampu) saling memandang (sesama) mereka.
padahal masing-masing diberi melihat setengahnya Yang lain;
i. Bukan Seperti Peristiwa Tsunami
Peristiwa tsunami cukup memberi gambaran ngeri semasa kejadian, namun sekiranya ada kesempatan antara ahli keluarga mahu menyelamatkan antara satu sama lain, pasti mereka akan melakukannya. Namun azab Tuhan pada hari itu tidak sedemikian. Demikian itu adalah suatu gambaran akan datang iaitu suasana semasa berlaku bencana azab. Gambaran ini adalah lantaran sikap manusia yang selama ini sentiasa mementingkan diri-diri mereka sendiri, tidak memperduli nasib ahli masyarakat, ahli kerabat terdekat, jiran tetangga mereka serta yang lainnya.
Mereka selama ini sentiasa menyibukkan diri mereka dengan corak kehidupan yang membingungkan yang mengakibatkan keperihatinan mereka terhadap ahli masyarakat hanya berlaku secara seloroh. Bukan keperihatinan mendalam. Sekadar hanya dapat dikatakan sebagai hidup berjiran. Kiranya keadaan nasib masyarakat telah diambil berat awal-awal lagi oleh semua pihak, tentunya sukar untuk kita mendengar kisah menyayat hati seperti kisah pengabaian seorang remaja kurang upaya yang terjadi baru-baru ini.
Nasib Adik Muhammad Firdaus : Si Ibu Yang Harus Diselamatkan
Sebelum Peristiwa Pengabaian Itu Berlaku, Kiranya Tidak ....
Maka Kita Semua Harus Dipersalahkan !!!
Gambaran suntingan video menunjukkan bagaimana seorang ibu sedia mengabaikan anaknya atas suatu sebab yang tidak sepenuhnya kita fahami. Namum gambaran peristiwa Al-Ma'arij nanti adalah lebih dahsyat lagi .....
يود المجرم لو يفتدى من العذاب يومئذ ببنيه
Ia bercita-cita kuat, oleh golongan berdosa itu (setiap kita), kiranya ia benar-benar (dapat) menebus diri daripada azab itu, pada hari itu dengan anak-anaknya.
(pada saat Yang demikian) orang Yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu Dengan anak-anaknya sendiri,
ii. Mereka Sanggup Menebus Diri Mereka Dengan Semua Yang Lain. Pada kejadian azab berkenaan, tidak ada sebarang erti langsung hubungan kekeluargaan atau sesama jiran atau sesama ahli masyarakat. Maka akan mengharap, mereka yang bersalah itu, kiranya dapat mereka terlepas diri daripada azab pada hari itu, dengan anak-anaknya, isterinya dan saudara-saudaranya dan kaum keluarganya yang memberi perlindungan kepadanya selama ini serta sesiapa jua yang terdapat di bumi ini seluruhnya. Semua itu mahu saja dipertaruh sebagai penebus buat dirinya.
Dan tidak akan bertanya oleh seseorang (pada hari itu) akan teman akrabnya.
dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
Azab yang berlaku pada hari itu begitu menyeluruh sehingga setiap individu hanya memikirkan keselamatan diri masing-masing. Pada ketika wabak penyakit H1N1 menular ke seluruh dunia, manusia masih lagi berkesempatan untuk mengembara dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Mereka tidak begitu bimbang bencana yang berlaku secara merata semasa mereka dalam perjalanan. Tentunya bencana pada hari itu tidak sedemikian rupanya malahan lebih hebat lagi. Manusia, pada hari itu tidak mampu untuk menaruh simpati pada yang lain sekalipun untuk bertanya khabar.
dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)
i. Kesan Pengionan Sinar Lampau Lembayung
Tindakan sinaran lampau lembayung bertenaga tinggi, setelah memusnahkan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di pergunungan, akan mengionkannya dan membentuk tumbuhan layu dengan kesan terbakar. Untuk gunung-gunung yang tiada tumbuhan pula, tanah atau batu yang terkena pancaran sinar ini, juga akan mengalami pengionan dan menjadi hangus serta merta, serta terbebas ke udara sehingga membentuk kepulan debu. Bukit-bukit serta gunung-gunung akan mengepul membentuk debu yang mengembang. Namun adakah tindakan sinar cahaya lampau lembayung daripada matahari ini begitu kuat sehingga mampu mengionkan batu-batu gunung? Antara perkara utama yang diberi pertimbangan sebelum angkasawan dapat mengembara secara terdedah kepada sinar cahaya matahari di angkasalepas, adalah penghasilan suatu pelindung mata yang terdiri daripada kaca yang dapat memantulkan kembali sinar-x dan lampau ungu.
Kesan Sinar Lampau Lembayung Yang Mampu Menghanguskan
ii. Tindakan Pengionan Yang Kuat
Dan antara perkara penting yang menjadi lapisan perlindungan terhadap hidupan di bumi ini adalah terbentuknya lapisan ozon yang berupaya menghalang sinar bahaya ini daripada sampai ke permukaan bumi. Pengionan sinar lampau lembayung berupaya mengelupaskan kulit dan juga mengakibatkan pembentukan katarak yang mengakibatkan kebutaan sekiranya pengimpal-pengimpal arka tidak memakai atau mengenakan pelindung khusus semasa melakukan kerja-kerja pengimpalan. Satu kuanta sinar lampau lembayung memiliki tenaga tinggi yang mampu mengion satu atom membentuk ion radikal bebas. Walaupun pada kuantiti fluks yang sangat kecil, keupayaan mengion setiap kuanta cahaya itu adalah sama.
Hari yang ia jadi, langit itu seperti leburan tembaga / perak (yang disambar api).
(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,
i. Sinar Lampau Lembayung
Akibat kerja-kerja berterusan melepaskan bahan penyejuk ke atmosfera seperti gas freon dan kloroflorokarbon, lapisan langit menjadi rosak binasa. Keadaan ini ditambah lagi dengan perlepasan berlebihan wap-wap seperti eter, ammonia dan nitrik oksida untuk tujuan pertanian dan pembangunan dan untuk memberi warna-warna tertentu kepada bangunan kediaman serta untuk tujuan pembersihan. Kenaikan semua gas pencemaran hingga ke tahap lapisan stratosfera, menjadi penyebab sehingga lapisan ozon mengalami kerosakan yang serius. Kebocoran lapisan ozon akan segera melepaskan radiasi sinar lampau lembayung ke permukaan bumi. Langit pada hari itu akan kelihatan seperti kilauan cairan perak atau tembaga yang disambar api (85:1/2) menghasilkan warna lembayung keunguan.
Abstrak Jurnal Yang Menjelaskan Ozon Dapat Juga Bertindak Balas Dengan Eter Sehingga Kuantitinya Berkurangan
ii. Akibat Kegelojohan Bekerja
Kempen untuk mengelak penggunaan bahan-bahan seperti ini giat dijalankan. Namun atas kepentingan wang, pengusaha-pengusaha yang menghasilkan alat penyejuk, masih menggunakan bahan terlarang seperti ini. Begitu juga penghasil-penghasil aerosol untuk tujuan menghambat nyamuk dan penyemburan warna kepada peralatan, masih aktif menggunakan bahan sedemikian. Mengapakah mereka tidak menggunakan bahan-bahan alternatif seperti garam lithium bromida sekalipun beracun tetapi mudah terlarut ataupun ammonium nitrat yang dapat dikurangkan kebahayaannya untuk kegunaan peralatan penyejuk? Tentunya mereka masih boleh menggunakan penyembur aerosol berasaskan air untuk tujuan menghambat nyamuk dan pewarnaan. Kempen dan penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi. Amalan haruslah dimulai atas kesedaran dan untuk tujuan beriman dan beribadah kepada Tuhan. Gas-gas kloroflorokarbon dapat juga terbentuk akibat daripada perlepasan gas-gas hidrokarbon yang bertindakbalas dengan gas flourin dan gas klorin, kesan daripada tindakan pengionan yang membentuk radikal bebas. Gas hidrokarbon seperti metana banyak dibebaskan daripada aktiviti perlupusan sampah yang tidak diurus secara rapi. Klorin yang digunakan untuk tujuan basmi kuman terdapat dalam air perbekalan dan terbebas semasa pendidihan air. Kedua-dua gas florin dan klorin digunakan semasa proses pembuatan mentol lampu halogen.
Secara ringkas, kesan kloroflorokarbon terhadap molekul ozon.
iii. Gas-gas Yang Dikenalpasti
Gas-gas radikal ini akhirnya bergabung dengan hidrokarbon yang terlepas ke angkasa membentuk kloroflorokarbon. Kloroflorokarbon menjadi penyebab kerosakan lapisan ozon sehingga keupayaan menapis sinar lampau lembayung dari matahari dapat terjejas. Sinar lampau lembayung adalah merupakan sinar bertenaga tinggi. Sinar ini mampu membakar bahagian dalam kanta mata sehingga mengakibatkan penyakit katarak. Keadaan yang serius boleh mengakibatkan kebutaan. Sinar ini digunakan di kilang-kilang untuk tujuan ‘marking’ iaitu membentuk tulisan kekal pada peralatan. Semasa aktiviti ‘marking’ ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana wap-wap yang tersingkir daripada bahagian yang terbakar turut juga terbakar dengan nyalaan terang. Kebakaran ini berlaku disebabkan oleh aktiviti pengionan. Sinar ini juga dapat terjadi daripada aktiviti kimpalan arka. Pekerja-pekerja yang terlibat perlu memakai pakaian perlindungan khas.
sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),
i. Alam Telah Mula Menunjukkan Kekalutan
Belumpun stesen-stesen kediaman di angkasalepas dan planet-planet lain dapat didirikan, alam ini telah menampakkan tanda-tanda kekalutan. Mereka segera menamainya ‘perubahan cuaca’ yang sebenarnya adalah rantaian mula terhadap kemusnahan kediaman mereka sendiri. Di manakah kempen-kempen mereka melalui tayangan-tayangan filem mereka, tentang pengembaraan angkasa itu? Seolah-olah mereka akan selamat dan cuba mempengaruhi minda manusia lain untuk turut dikhayalkan dengan khayalan mereka, bahawa mereka adalah juru penyelamat terhadap kehidupan manusia seluruhnya.
ii. Apakah Perkara ini Yang Mereka Mahu Lakukan?
Mengapakah tempoh masa yang terlalu ‘lama’ yang telah diberi kepada mereka mengambil alih pemerintahan daripada kekhalifahan di bawah naungan Tuhan, masih tidak mencukupi. Mereka masih terkial-kial dalam melaksanakan usaha mereka secara besar-besaran, untuk mendapatkan tempat lari sekiranya berlaku kekalutan di atas mukabumi ini? Mereka langsung tidak memikirkan kesan penghasilan kenderaan-kenderaan pacuan bertayar empat yang bahan bakarnya banyak menggunakan bahan pencemar alam seperti plumbum dan sulfur. Mereka terus bertindak seperti angkut-angkut yang membina bangunan demi bangunan yang akhirnya dibiarkan terbiar menjadi rumah-rumah kosong. Sistem pembaziran apakah yang mereka laksanakan?
iii. Kesan Demokrasi dan Kapitalisme
Begitulah kesan sistem pemerintahan demokrasi dan sistem ekonomi berasaskan riba dan pajakan yang mereka amalkan, kononnya dapat digunakan untuk mengejar kemajuan. Tidakkah mereka mengetahui bahawa setiap pembangunan memerlukan pembayaran yang akan memberi kesan kepada alam sekitar? Pembinaan rumah-rumah memerlukan simen yang diperolehi daripada batuan bukit bukau yang diruntuhkan untuk mendapatkan batu kapur, mencemar alam dengan debu-debu kuari. Pembakaran batu kapur memerlukan bahan bakar seperti arang batu yang banyak menyingkirkan haba dan jelaga ke persekitaran.
iv. Mereka Membantah Tanpa Kewajaran
Tiba-tiba kita mendengar suara-suara hingar, yang membantah bahawa ayat-ayat seperti ini akan menghalang kemajuan bagi menyediakan kediaman-kediaman yang selesa. Mereka tidak mempercayai pekerjaan yang perlu dilakukan secara berhati-hati sebagaimana dianjurkan melalui ayat-ayat suci. Batu-batu yang mereka perolehi, mereka gunakan bahan peledak peletup plastik (PE) untuk mendapatkannya yang tentunya mencemar alam dengan ukuran kebisingan yang tinggi. Seterusnya pengangkutan diperlukan untuk mengangkut bahan-bahan berkenaan, yang banyak menyingkirkan jelaga yang dapat mencemari tumbuhan dan manusia. Dan terhadap pembinaan rumah-rumah kediaman serta bangunan-bangunan, mereka menggunakan pelarut-pelarut tertentu yang dapat mencemari alam sekitar seperti bahan-bahan cat untuk pewarnaan dan juga untuk kerja-kerja pembersihan. Kemudian bangunan-bangunan yang siap, dijual melalui sistem riba, kononnya untuk merancakkan perkembangan ekonomi, namun yang berlaku adalah kesan inflasi yang tidak terkawal sehingga nilai hartanah menjadi sangat tinggi. Melalui konsep sistem riba terhadap aktiviti pembiayaan semula, lebih banyak bangunan baru didirikan disebabkan permintaan menjadi sangat tinggi untuk tujuan pengumpulan aset oleh individu, keluarga serta untuk tujuan perniagaan.
v. Kesan yang Dapat Dilihat Kini
Lantaran pengamalan riba, manusia terus bekerja dan terus bekerja. Wang yang mereka perolehi secara bulanan dan sebagainya, mereka hantar ke institusi kewangan. Sehingga mereka melupai kepentingan bersadaqah membantu sesama ahli masyarakat yang dirudung malang akibat kemiskinan. Akhirnya berlakulah ketidak seimbangan sosial dalam masyarakat yang mengakibatkan peningkatan kadar jenayah sama ada jenayah indeks atau jenayah yang lain. Pencemaran terus sahaja berlaku sehingga bumi ini tidak pernah melalui masa rehat. Bencana yang berlaku sedikit demi sedikit adalah petanda akan berlaku kejadian yang lebih besar kemudian hari.
Sesungguhnya mereka, mereka melihat akannya yang jauh.
sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),
i. Mereka Menganggap Bumi ini Kebal
Dengan sistem keingkaran yang sedemikian, mereka mengajak manusia untuk menempuh suatu kehidupan. Sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba dan pajakan ternyata memberi sumbangan besar-besaran kepada pembangunan kediaman manusia beserta dengan aktiviti-aktiviti mereka yang sangat aktif. Namun mereka melupai nasib yang akan menimpa alam kediaman mereka sendiri. Permukaan bumi mengalami perubahan wajah yang pesat sehingga banyak mengorbankan kawasan-kawasan yang tidak harus diterokai untuk tujuan pembangunan seperti bukit-bukau dan kawasan-kawasan tadahan. Mereka menganggapkan bahawa bumi dan langit yang mereka berada padanya adalah sangat kebal dan tidak akan rosak akibat daripada kesan pembangunan. Sekiranya terjejas sekalipun, mereka menganggap perkara itu hanya akan berlaku setelah melalui tempoh yang sangat lama.
ii. Pembangunan Tanpa Kawalan Terus Sahaja Berlaku
Pembangunan terus dilakukan tanpa kawalan. Yang ada hanyalah kempen seperti penjagaan alam sekitar yang tidak akan dipatuhi oleh manusia lain kerana agenda bangsa-bangsa lain adalah mengejar ‘kemajuan’ bangsa-bangsa yang dikatakan maju dan mereka semuanya tidak begitu memperduli tentang nasib alam sekitar. Sehingga akhirnya kempen-kempen itu menjadi jeritan-jeritan yang tidak diperduli melainkan sekadar menyediakan juadah-juadah istimewa untuk tetamu kehormat negara-negara yang hadir dalam persidangan. Adakah wajar melalui persidangan yang dilakukan, mereka mula memperkenalkan cukai karbon kepada syarikat-syarikat? Seolah-olah dunia ini milik pihak tertentu yang akan menjadi tanggungjawab pihak itu untuk menjagainya.
maka Bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap ejekan golongan Yang kafir itu), Dengan cara kesabaran Yang sebaik-baiknya.
i. Perjuangan Yang Memakan Masa Yang Panjang
Sekiranya perjalanan kerohanian menuju kepada Tuhan mengambil masa beribu-ribu tahun, tentunya secara bandingan, kehidupan ini sebenarnya sangat singkat. Oleh itu kesabaran yang tinggi diperlukan untuk melihat hasil yang akan diperolehi dalam jangkamasa yang panjang. Muhammad RasululLah S.A.W telah bersabar dalam tempoh sekitar 23 tahun dalam memperjuangkan agama, sehingga pemerintahan naungan Tuhan ke atas manusia di dunia ini dapat berlalu untuk tempoh hampir 1000 tahun.
Kerajaan Islam yang terakhir runtuh pada tahun 1923 Masehi setelah memberi sumbangan yang terlalu banyak terhadap tamadun manusia. Kini manusia dapat memanipulasi sebahagian besar unsur-unsur alam untuk mencapai keinginannya. Usaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang lalu telah diusahakan oleh Yahudi dengan jalan kesabaran yang panjang. Sehingga apabila mereka berjaya menguasai Baitul Muqaddis, mereka telah mencorak sistem pemerintahan dunia untuk tunduk di bawah telunjuk mereka. Melalui fahaman Marxisme dan Kapitalisme, mereka membentuk pemerintahan komunis dan demokrasi yang ingin dipaksakan kepada manusia seluruhnya. Dalam sistem ekonomi, mereka memperkenalkan sistem riba dan sistem kewangan terkini adalah menggunakan kupon-kupon dan token-token berjalan yang sebenarnya langsung tidak membawa nilai namun dianggap bernilai.
ii. Tuhan Tidak Memerlukan Tempat
Tempoh menuju kepada Tuhan tidak harus difahami sebagai Tuhan berada pada suatu tempat tertentu sehingga jalan menuju kepadaNya memerlukan masa yang amat panjang.
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama)
i. Tangga Kenaikan Yang Bukannya Karbon Nanotiub
Berbeza dengan ayat daripada surah Al-Qadr yang menyatakan bahawa malaikat turun dan roh itu padanya (di sisinya)... . Perkataan roh dihubungkaitkan dengan urusan dan persoalan tentang roh adalah berkaitan dengan urusan Tuhan. Pengetahuan tentang roh hanyalah sedikit sahaja kepada manusia dan perkara-perkara yang dapat dipelajari oleh manusia tentang roh adalah lebih menjurus kepada andaian belaka. Tangga-tangga kenaikan yang disebut dalam surah ini adalah lebih menjurus kepada persoalan kerohanian. Daripada usaha manusia yang ingkar, yang menghadapi hari-hari azab sedemikian dengan tangga-tangga kenaikan rekaan mereka, supaya mereka dapat menyelamatkan diri, adalah lebih baik mereka menyerahkan diri, menerima kematian mereka yang telah ditentukan Tuhan. Sehingga dapat menaiki tangga-tangga kenaikan yang Tuhan telah sediakan! Kerana hal sedemikian akan membuatkan mereka mengerti, hal kehidupan yang mereka lalui.
Yang Kadarnya Sehari Adalah 50,000 Tahun
فى يوم كان مقداره خمسين الف سنة
Dalam sehari yang telah jadi ia kadarnya lima puluh ribu tahun.
Yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang Yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).
ii. Perkadaran Yang Amat Panjang
Itulah perkadaran yang tidak dinyatakan berdasarkan standard ukuran manusia. Namun yang pastinya, itu berkaitan dengan roh. Kiranya yang demikian itu, tentunya perkiraan dan pengalaman masa yang dilalui adalah suatu tempoh masa yang sangat lama. Persoalan tentang masa adalah lebih menjurus kepada persoalan ghaib. Manusia hanya mengetahui perkara yang telah berlalu dan tidak dapat merancang apa-apa terhadap kejadian yang telah berlaku.
iii. Persoalan Tentang Masa
Tempoh hayat bagi manusia selalunya sekitar 60 hingga 70 tahun. Sehari bagi manusia adalah 24 jam dan sejam diukur untuk tempoh 3600 saat. Sesaat dapat dirasai sekira-kira kadar satu denyutan jantung. Suatu pempiawaian secara jitu sesaat dikira menggunakan bilangan jarak gelombang tertentu, kuanta gelombang yang dipancarkan oleh atom caesium. Masa ditakrifkan sebagai suatu faktor tidak bersandar yang disukat dengan gerak, sama ada pergerakan ayunan bandul atau pergerakan ayunan elektron dalam litar pemasa. Demikian itu adalah ukuran oleh manusia. Sesaat bagi makhluk lain seperti jin tentunya memiliki piawai ukuran masa yang berbeza. Pengalaman menempuh masa oleh manusia dan makhluk-makhluk lain adalah berbeza. Makhluk jin yang dikatakan menempuh usia yang lebih panjang daripada manusia sekitar 400 tahun tentunya akan dirasakan lama oleh manusia namun hanya dirasakan sekadar tempoh sehayat mereka sahaja. Pengalaman manusia yang menempuh alam jin dan kembali semula ke alam manusia dapat melalui tempoh sejam di sana adalah sekitar 6 jam di alam ini. Begitu juga pengukuran tempoh hayat yang dilalui manusia berbanding makhluk-makhluk lain sama ada yang ghaib atau yang nyata. Sesaat bagi semut barangkali dapat di'rasa'kan lebih lama berbanding sesaat bagi manusia. Oleh itu ukuran 50,000 tahun yang dilalui oleh malaikat dan roh dalam sehari ukuran Tuhan, mungkin memiliki piawaian pengukuran yang berbeza dengan ukuran manusia. Semua perkara sebenarnya berada dalam agenda Tuhan namun manusia tidak menyedari. Bahkan Tuhan jualah yang sentiasa mengalahkan atas urusanNya dan kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Bukankah di sisi Tuhan telah ada tangga-tangga kenaikan?
dari Allah Yang Menguasai tempat-tempat turun naik -
Pengalaman Menempuh Kematian
Pengalaman yang dialami oleh seseorang yang berada dalam keadaan hampir menemui ajalnya, dapat melihat suatu terowong cahaya yang menyediakan tempat kenaikan. Penulis memperolehi maklumat ini daripada dokumentari yang disiarkan melalui siaran-siaran Astro, yang disediakan melalui wawancara individu tertentu yang pulih daripada pengalaman ke'mati'annya dari negara Barat sendiri. Adalah lebih baik sahaja mereka menyediakan diri untuk menempuh kematian pada ketika itu dan mendapatkan tangga-tangga kenaikan yang telah Tuhan sediakan.
Tentang hal yang demikian, penulis enggan mengulas lebih lanjut. Memilih untuk menempuh kematian atau berjuang meneruskan kehidupan barangkali merupakan suatu pilihan yang sukar untuk manusia. Perkara ini akan jelas kepada mereka sekiranya mereka mengerti apakah yang dinyatakan sebagai kehidupan dan kematian?
azab Yang disediakan untuk orang-orang Yang kafir, Yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -
i. Terjemahan bagi دافع
Iaitu suatu bentuk azab yang tidak akan memberi jalan undur kepada yang mengingkarinya. Persoalannya adalah, mengapakah azab itu begitu memilih sekali? Azab yang tidak memberi peluang kepada golongan ingkar untuk mendapatkan jalan undur, agar terhindar daripada azab berkenaan. Dalam terjemahan yang lain, dinyatakan sebagai azab yang tidak dapat ditolak. Bahkan perkataan دافع adalah lebih jitu untuk diterjemahkan sebagai undur, selain daripada perkataan tolak. Perkataan مدفع diterjemahkan sebagai meriam, sejenis senjata yang akan mundur ke belakang setelah memuntahkan pelurunya. Apakah yang berlaku kepada golongan yang beriman?
ii. Azab Yang Menimpa Secara Khusus
Bagaimanakah pula azab ini menimbulkan kesan terhadap golongan ingkar? Adakah golongan beriman termasuk golongan yang terhindar daripada azab sedemikian? Golongan ingkar, dengan angkuhnya mendakwa bahawa mereka berupaya menyediakan suatu penempatan untuk kehidupan di luar daripada ruang lingkup bumi ini. Mereka telah meletakkan beberapa buah stesen satelit yang mengelilingi bumi ini.
iii. Usaha Apakah Yang Dapat Membantu?
Pada zaman ini telah digembar-gemburkan oleh golongan saintis ingkar, tentang suatu penemuan bahan yang dapat dibina menggunakan teknologi komposit karbon nano tiub. Bahan ini dikatakan terlalu kukuh sehingga dapat digunakan untuk tujuan dihulur ke angkasalepas sehingga dapat dihubungkan kepada stesen satelit sedia ada. Adakah stesen-(stesen) itu pada hari itu dapat diharap untuk dijadikan tempat kediaman manusia dengan tali-tali karbon nano tiub dapat digunapakai sebagai tangga untuk manusia naik kepadanya?
Beginikah Rupanya Projek Karbon Nanotiub
Untuk Menyediakan Tempat Melarikan Diri
Suatu Masa Nanti?
Perubahan cuaca yang berlaku ketika ini, telah diakui disebabkan oleh kerja-kerja tangan manusia. Perkara yang penting sekali perlu disedari adalah, keadaan bumi yang masih menyediakan peluang kehidupan kepada manusia. Manusia secara terus-terusan memusnahkan kediaman mereka sendiri dan pada masa yang sama mendakwa, membuat sesuatu yang kononnya demi kebaikan umat manusia. Apakah apabila keadaan telah menjadi terlalu serius dan keadaan itu pastinya akan terjadi, barulah manusia mahu mengakui betapa pentingnya beriman kepada Tuhan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbetul keadaan, namun semuanya sudah terlewat?
Telah bertanya seorang penanya akan azab yang menimpa.
salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab Yang (dijanjikan) akan berlaku,
i. Pengertian Waqi'
Perkataan واقع dapat juga dinyatakan sebagai 'yang berjatuhan atau yang turun' (56:75). Demikian itu kesan dakwah RasululLah S.A.W. pada suatu ketika dahulu sehingga membangkitkan keinginan seseorang untuk mencabar perkhabaran yang disampaikan oleh baginda. Tentunya dakwah oleh RasululLah S.A.W. yang akhirnya dilakukan secara terang-terangan telah memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa umat pada suatu ketika dahulu. Bahawa akan berlaku azab sebelum berlakunya hari kehancuran alam ini kerana sesudah hari kehancuran, tidak akan ada lagi kehidupan di bumi ini dalam period dunia ini. Beginilah keadaan manusia apabila berhadapan dengan perkhabaran yang bakal terjadi.
ii. Sesuatu Yang Menimbulkan Paranoia
Mempercayai perkhabaran perkara yang bakal terjadi, tentunya akan mengakibatkan paranoia dalam benak pemikiran seseorang. Perkhabaran daripada surah ini, yang memberitahu akan terjadi bencana sebelum berlakunya hari kehancuran As-Saah, tentunya akan diterima sebagai berita yang memeranjatkan. Tanpa menyebut masa akan terjadi bencana itu, akan mengakibatkan sebahagian mereka mengambil perkhabaran sedemikian, dengan jalan mengejek sehingga sanggup mencabar untuk didatangkan bencana berkenaan secara segera. Sebenarnya mereka sendiri yang sedang mengusahakan kedatangan bencana seumpama itu, dengan mencontohi pekerjaan-pekerjaan umat silam yang pernah ditimpa bencana. Namun bencana kali ini adalah merupakan bencana berterusan yang akan terjadi secara beransur-ansur hinggalah kepada kedatangan bencana yang besar.
Bermula surah ini dinamai sedemikian rupa kerana terdapat perkataan ‘Al-Ma'arij’ pada 70:03. Kata dasar ijmak perkataan ini diterjemah sebagai ‘tangga’ yang dapat digunakan untuk tujuan naik ke kedudukan yang lebih tinggi. Tangga kenaikan adalah seperti tangga gerak atau eskalator atau lif, yang dapat digunakan untuk mengangkat seseorang atau sesuatu ke kedudukan yang lebih tinggi. Namun sesuatu yang menarik perhatian adalah untuk mendapatkan hubungkait antara tangga-tangga kenaikan dengan peristiwa berlakunya azab Tuhan, menjelang hari berlakunya azab. Adapun susunan peristiwa azab yang dapat digambarkan melalui surah ini adalah dengan menyatakan terlebih dahulu tentang kejadian yang akan berlaku. Seterusnya mengimbau semula sikap manusia yang menjurus kepada kerosakan alam, akibat daripada pekerjaan tangan-tangan mereka sendiri yang akhirnya, terjadi azab yang tidak dapat diundurkan.
ii. Persediaan Terhadap Bencana Yang Bakal Terjadi
Walaupun ayat pertama selepas ini menyentuh tentang azab kejatuhan (waqi'), pengajaran yang diperolehi ialah bentuk azab yang bakal terjadi, merupakan suatu yang umum yang dapat berlaku waktu terdekat ini. Azab sedemikian dapat berlaku sekarang ini atau pada bila-bila masa sebelum peristiwa Al-Waqi'ah, yang menjurus kepada peristiwa Al-Haqqah (69:15). Pengajaran surah ini harus diambil supaya manusia dapat bertindak segera sebelum sesuatu peristiwa azab sedemikian dapat terjadi. Langkah-langkah kerja daripada surah Al-Muzammil harus diperkira agar kesan kebinasaan daripada kejadian sedemikian dapat dikurangi, atau sekurang-kurangnya mereka telah membuat persediaan awal.
iii. Gas-gas Pencemaran Yang Sedang Meningkat Naik
Pada pandangan yang lebih teliti, perkara kenaikan tidak harus menjurus hanya kepada tangga kenaikan. Sejurus sebelum peristiwa azab yang tidak dapat dielakkan itu, sebenarnya manusia telah melakukan suatu pekerjaan, sehingga mengakibatkan gas-gas pencemaran telah naik ke paras yang sangat tinggi sehingga dapat merosakkan ozon. Setelah manusia tidak mengambil perduli terhadap pencemaran yang berterusan dan bencana di bumi yang berterusan, kerosakan atmosfera telah menjalar lebih tinggi yang akhirnya membawa kepada kerosakan mengejut kepada kehidupan manusia di bumi ini.