SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Pengasas Pondok




AYAHANDA MOHAMAD TARUDI 
BIN BAHARI

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Mendapat pendidikan awal di sekolah Clifford School, Kuala Kangsar, Perak (1963-1975). Seterusnya telah melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi Islam Surabaya, Indonesia di dalam jurusan Hukum Dan Fasalfah Pidato (1975-1977), dan kemudiannya menyambung semula pengajian melalui sistem pondok.

Selepas tamatnya pengajian di Indonesia beliau kembali ke tanahair dan bertugas sebagai pensyarah di Pusat Tuisyen Ikhtiar, Batu Gajah, Perak (1999-2003). Seterusnya menjalankan perniagaan sendiri dan bertugas sebagai seorang penceramah secara sambilan (2004-2005). Di atas cadangan beberapa kenalan rapat di dalam masyarakat kampung di daerah Gopeng, beliau telah diminta untuk menjadi tenaga pengajar di kampung tersebut dengan diwakafkan sebuah rumah untuk dijadikan pusat pengajian. 

Dengan itu tertubuhlah Pondok-Al-Jaafar di daerah Gopeng yang kini pelajarnya telah menjangkau seramai 42 orang termasuk di dalam dan di luar daerah (2006-hingga kini).



Lagu Daripada Teman
Kenangan Zaman Persekolahan

1 comment:

Popular