SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, February 29, 2016

KANDUNGAN

Kandungan Yang Telah Dibincangkan

Tentang Kisah Nuh, Bangsa Jin, 
Yang Diselubung, Yang Diselimuti

71:00  Sedikit Sebanyak Tentang Nuh A.S.

71:01  Nabi Nuh A.S. Diutus Untuk 
           Membawa Ancaman
 
    i.     Nabi Nuh ‘Alaihi Salam
    ii.    Peringatan Tentang Bencana Yang Pasti

71:02  Pembawa Ancaman Yang Jelas

    i.     Wajarkah Manusia Diseksa Tanpa Amaran?
    ii.    Hikmah Bentuk Bencana Silam

71:03  Sembahlah Allah Dan Berhati-hati Serta Taat

    i.     Adakah Wujud Toleransi Antara Agama?
    ii.    Ajaran Yang Dibawa Rasul Sentiasa Ditentang
    iii.   Mengapa Risalah Tuhan Memerlukan Alasan?
    iv.   Penduduk Dunia Yang Semakin Padat

71:04  Tuhan Maha Pengampun

     i.     Keampunan Tuhan Untuk Kesinambungan Hidup
     ii.    Hikmah Kemusnahan Umat Nabi Nuh
     iii.   Kehidupan Yang Getir, Tiada Masa Untuk Berfikir
     iv.   Kembali Merujuk Kepada Tuhan

Ajal Tuhan Yang Datang Mengejut

    v.     Masa Yang Ditentukan Dan Masa Allah
    vi.    Perkara Yang Harus Dilakukan
    vii.   Kejadian AjalulLah Yang Semakin
           Menjadi-jadi
    viii.  Tiada Alasan Bertangguh

71:05  Keluhan Nabi Nuh A.S.

    i.     Kesabaran Hingga Membawa Keluhan
    ii.    Perbandingan dakwah Nabi Nuh A.S.
           berbanding Nabi Muhammad S.A.W.

71:06  Manusia Umumnya Tidak Suka Petunjuk, 
           Mereka Sangat Suka Kepada Kesesatan

    i.     Ancaman Yang Mereka Tak Suka Dengar
    ii.    Beri Manusia Tempoh Masa

71:07  Perlakuan Mengingkari

    i.     Kematu Kesyirikan Mengakibatkan Mereka Degil

Mereka Megah Dengan Status, Dipaparkan Lagi
Dengan Jenis Pakaian Yang Mereka Pakai

    ii.    Megah Dengan Cara Berpakaian
    iii.   Beragama Secara Membabi Buta
    iv.   Dua Sebab Utama Menolak Risalah Kerasulan

CARA BERDAKWAH AGAMA YANG BERKESAN

71:08  Menyampaikan Secara Terang-terangan


    i.     Dakwah Setelah Wujudnya Kekuatan
    ii.    Kesegaran Dalam Ajaran Agama
    iii.   Yang Bersifat Sejagat Dengan Contoh Setempat

71:09  Berdakwah Secara Pengiklanan dan Rahsia

    i.     Dakwah Dalam Keadaan Kekurangan
    ii.    Dakwah : Suatu Kerja Yang Sukar
    iii.   Kebenaran Tiada Nilai Dalam Kepalsuan
    iv.   Dakwah Memerlukan Kerahan Tenaga

71:10   Beristighfarlah Kepada Tuhan

Agenda Kehidupan Adalah Di Bumi

71:11  Huraian Kepada Punca Pembentukan Cuaca

    i.     Kepelbagaian Bentuk Terjemahan
    ii.    Ayat Yang Membenarkan Fenomena Alam
           Yang Dapat Dibuktikan Secara Ilmiah
    iii.   Kebaikan Kitar Semula Nitrat
    iv.   Fenomenaxi Langit Dengan Sempadan
           Suhu Berbeza

71:12 Akibat Daripada Pembentukan Cuaca Yang Baik

    i.     Keperluan Bahagian Dunia Untuk Tujuan Akhirat
    ii.    Berjihad Dengan Harta Terlebih Dahulu
    iii.   Kebun dan Sungai-sungai
    iv.   Kerosakan Sumber Air

71:13  Mereka Sudah Merasakan Tidak 
           Lagi Memerlukan Tuhan

    i.     Mereka Sungguh Merasa Besar Diri
    ii.    Fenomena Penciptaan Yang Mereka Nafikan

71:14  Walhal Tuhan Telah Membentuk Mereka

    i.     Tahap-tahap Perkembangan Manusia
    ii.    Kupasan Berdasarkan Kefahaman Masing-masing

71:15   Langit Yang Saling Menindih Atas Ke Bawah

    i.     Sebutan Kearaban Yang Lebih Jitu
    ii.    Bagaimana Pembentukan Lapisan
           Lelangit Terjadi?

71:16   Bulan Dikatakan Masih Berada 
            Di Langit Bumi

    i.     Sebutan Gantinama Bagi Lapisan Lelangit
    ii.    Bulan Yang Bercahaya
           Matahari Yang Menyinar
    iii.   Adakah Terdapat Makhluk
           Melata Sekitar Bumi?

71:17  Manusia Yang Dikeluarkan Dari Bumi

    i.     Manusia Yang Tumbuh Dari Bumi
    ii.    Peranan Manusia Untuk Keseimbangan Alam
    iii.   Manusia Keluar Dari Bumi Secara Terus
    iv.   Teknik Kultur Tisu Untuk Penggandaan Sel Stem

71:18  Dikembalikan Dan Dibangkitkan Di Bumi

    i.     Mati Sebagai Suatu Kitaran
    ii.    Manusia Yang Memerlukan Alam Kediaman
    iii.   Makhluk-makhluk Lain Yang Bertebaran
           di Bumi dan Di Langit

71:19   Bumi Yang Membentuk Hamparan

    i.     Bumi Yang Terhampar
    ii.    Hikmah Bumi Dengan Hamparannya

71:20   Menyusuri Jalan-jalan Yang Melangkaui

    i.     Hamparan Yang Memudahkan
           Pembinaan Laluan
    ii.    Hamparan Yang Mengoptimumkan
           Kos Pembinaan
    iii.   Jalan-Jalan Yang Melangkaui

Penderhakaan Kaum Nuh dan Pengajarannya
Untuk Umat Masakini

71:21   Mereka Menuruti Suatu Yang 
            Merugikan

    i.     Mereka Tak Bersedia Dengan
           Pemberian Tuhan
    ii.    Harta yang Merugikan
    iii.   Menambah Kerugian Kepada Harta
           Dan Anak-anak
    iv.   Rutin Pendidikan Anak-anak
           Yang Memudharatkan
    v.    Benih Kepada Permasalahan Sosial

71:22  Mereka Merencana Makar Yang Besar

    i.     Perancangan Makar Besar Sejak
           Zaman Berzaman.
    ii.    Penyembahan Berhala Merupakan
           Suatu Sempena

71:23   Penyembahan Berhala Yang 
            Diberi Nama

    i.     Hanya Nama-nama Belaka
    ii.    Penguasaan Kerohanian Orang Ramai

71:24   Menyesatkan Orang Ramai

    i.      Kerja Saling Mempengaruhi
    ii.     Kemudharatan Yang Tiada Kesudahan
    iii.    Sistem Kezaliman Yang Membawa
            Kesesatan
    iv.    Kesesatan Yang Melanda
            Umat Masakini
    v.     Kecelaruan Yang Membawa
            Kepada Riddah

71:25   Kelemasan Yang Membinasakan

    i.      غرق : Lemas Atau Tenggelam
    ii.     Peristiwa Penenggelaman Bumi
    iii.    Tiada Pertolongan Untuk Golongan
            Yang Berdosa

71:26  Harapan Nabi Nuh A.S. Yang Belum
           Terlaksana Sehingga Kini

     i.    Pertebaran Yang Membawa Pencemaran
     ii.   Golongan Ingkar Yang Berkeliaran

71:27  Mereka Menyesatkan Dan Melahirkan
           Zuriat Yang Jahat

     i.    Pengamalan Yang Memudharatkan
     ii.   Kesesatan Yang Bertambah-tambah
     iii.  Tuhan Telah Mengiktiraf
           Kedudukan Manusia

71:28  Doa Nabi Nuh A.S.

Pengajaran Surah Nuh

Bentuk Persediaan Yang Mungkin 
Mampu Dilakukan

Kesimpulan

Monday, February 22, 2016

KESIMPULAN


Pendedahan tentang Kisah Nuh dan Bangsa Jin, Yang Diselimuti lagi Diselubungi, dimulai dengan penerangan awal daripada surah Nuh iaitu dengan terlebih dahulu mengingatkan manusia supaya mereka kembali menyembah Tuhan mereka yang sebenarnya.

Seterusnya manusia harus kembali mematuhi pengajaran Tuhan yang disampaikan melalui rasul, supaya suatu bencana yang pedih dapat dihindari. Setiap mereka harus dapat berada di bumi ini sehingga kepada ajal mereka masing-masing dan bukannya azab yang datang secara mengejut sehingga mereka mati hampir serentak. 

Setelah kesedaran sampai kepada individu-individu tertentu, mereka harus memilih kaedah dakwah paling sabar, sepertimana yang ditunjukkan oleh nabi Nuh A.S. Sebenarnya sasaran dakwah oleh pendakwah masa kini adalah menyerupai sasaran dakwah umat Nabi Nuh A.S. sehingga penulis dapat nyatakan bahawa, kesan akhir daripada dakwah yang kami lakukan, adalah membawa kepada persiapan yang mampu dilakukan, agar mereka yang mempercayai kandungan risalah ini akhirnya dapat dikumpul dan diselamatkan.

Peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku, harus dikaji dengan teliti sehingga kita dapat mempelajari corak bencana berkenaan. Usaha harus dilakukan sehingga kita dapat melakukan persiapan, sama ada persiapan kerohanian, persiapan fizikal ataupun persiapan teknologi. Usaha yang dilakukan oleh Nabi Nuh A.S. haruslah dipelajari dan dicontohi sehingga kita akan dapat mengatasi permasalahan yang berlaku melalui kerjasama antara kita. 



Tuesday, February 16, 2016

BENTUK PERSEDIAAN YANG MUNGKIN MAMPU DILAKUKAN



Surah Nuh sebenarnya mengkhabarkan kepada kita tentang fenomena alam, tentang kejadian manusia dan tentang kemungkinan wujudnya makhluk-makhluk lain di persekitaran kita semua. Semua itu dapat dikaitkan dengan persembahan teknologi silam yang pernah dilalui umat manusia suatu ketika dahulu.

i.     Penemuan Yang Harus Dipelajari

Namun sejak dari dahulu lagi sehinggalah waktu ini, tidak terdapat panduan menyeluruh darihal penjagaan alam sekitar kediaman manusia, yang sehingga kini umat manusia telah mulai menempuh hidup dalam derita. 

Mengungkap keadaan nasib yang menimpa umat terdahulu seperti umat Nabi Nuh, penduduk Atlantis, penduduk Pompei dan sebagainya, barangkali mereka adalah umat yang maju darihal pemerhatian mereka. Ke manakah perginya tamadun Sumeria suatu masa dahulu yang sehingga kini, kita masih menggunakan kaedah mereka dalam hal menyukat masa dan pembentukan kalendar berdasarkan kiraan suria. Mengapakah simbol-simbol seperti 'crop circle' masih memaparkan gambaran tanjak raja kaum Maya?, walhal keagungan kaum-kaum itu semakin dilupai pada waktu ini. Mereka membentuk tamadun yang kini telah musnah akibat kegagalan mereka untuk melakukan kerja-kerja yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan mereka dan juga persekitaran mereka di bumi ini. Semua ini dapat dipelajari melalui pembacaan penerangan surah Al-Mulk sebelum ini.

Kiranya 'crop circle' ini adalah rekaan biasa manusia, apa kaitannya 
dengan kaum Maya, daripada kerajaan Aztek silam? Kiranya benar ianya
adalah suatu rekaan asing, di manakah mereka sekarang ini?

2.     Teknologi silam yang harus dipelajari dan 
        teknologi kini yang harus diubahsuai.

Catatan yang tinggal dalam bentuk tulisan yang menghampiri tulisan moden, dapat diperhatikan pada peninggalan kaum Sumeria dan Arkadia yang lebih awal daripada catatan heliogrifik Mesir kuno dan juga catatan kaum Maya. Kita sebenarnya dapat mempelajari kesan-kesan peninggalan mereka melalui persembahan yang ditunjukkan melalui rancangan History Channel, yang disertai dengan kepelbagaian teori konspirasi terhadapnya. Mereka telah menghasilkan imej-imej patung yang sangat simetri dan juga potongan-potongan batu yang hanya dapat dibuat dengan menggunakan peralatan yang dapat dikatakan sebagai canggih.

Berkenaan tentang pengetahuan mereka darihal beberapa lapisan langit yang bertindih-tindih, adakah mereka memiliki kaedah tertentu dalam manyatakan perkara demikian. Ataukah mereka ada hubungan dengan entiti-entiti lain seperti bangsa Jin yang telahpun memiliki kecangihan dalam mempelopori teknologi. Hal ini akan terjawab apabila pembaca dapat meneruskan pembacaan selanjutnya daripada surah Jin.

Oleh kerana tidak terdapat intervensi antara makhluk-makhluk sedemikian dengan manusia darihal teknologi, dapat dikatakan bahawa manusia adalah makhluk khalifah Tuhan di muka bumi ini, yang membawa tamadun tersendiri berdasarkan penemuan bersungguh-sungguh mereka. Oleh yang demikian, dapat penulis katakan, terdapat kaedah lebih baik, yang dapat memperbaiki teknologi manusia agar suatu revolusi baru dalam ketamadunan hidup mereka dapat dibentuk.

Sebagai contoh, dalam usaha mendapatkan sumber tenaga, pemimpin-pemimpin lebih sanggup mempertahan keuntungan yang bakal diperolehi melalui syarikat yang mereka miliki saham besar di dalamnya, berbanding sama-sama berusaha mendapatkan bekalan tenaga bersih yang kurang membawa kemudharatan terhadap alam sekitar. Kemudian mereka hanya berlakon sahaja dalam menyatakan pendirian tentang keperihatinan mereka terhadap nasib yang menimpa alam sekitar. Segala usaha melalui kempen hijau, sebenarnya hanya akan dilakukan apabila terdapat keuntungan yang akan menebalkan poket mereka. Oleh itu, apabila suatu teknologi baru diperkenalkan, yang dapat membaik pulih keadaan, kita hanya boleh menjangkakan bahawa usaha sedemikian akan dipandang sinis oleh kepimpinan. Mereka akan merepek dengan pelbagai peraturan dan SOP yang mereka wujudkan, agar penggunaan teknologi baru yang menjimatkan itu dapat dihalang.


3.    Tentang Persediaan Yang Wajar Dilakukan

Yang digambarkan daripada pelajaran setiap surah yang dijelaskan adalah tentang peranan manusia yang harus melakukan kerja baik pulih kehidupan dan alam persekitaran mereka. Mereka sebenarnya sentiasa terdedah kepada kepelbagaian bentuk bencana sama ada bencana ekonomi, bencana sosial, bencana akibat cuaca ataupun yang datang dari bumi sama ada bencana rentas sempadan seperti jerebu, gempa bumi, tsunami dan juga bencana peperangan. Dalam ayat-ayat selanjutnya ada dijelaskan tentang perkara yang akan berlaku dan apakah corak persediaan yang harus manusia dapatkan, supaya mereka tidak menjadi mangsa berterusan?





Wednesday, February 10, 2016

PENGAJARAN SURAH NUH


PENGAJARAN KISAH NUH A.S DAN PENDERHAKAAN UMAT BAGINDA

i.  Tuhan yang mencipta alam ini dan bumi ini dilindungi dengan sistem perlindungan beberapa lapisan langit. Tuhan yang telah mencipta kehidupan di bumi dan melantik manusia menjadi pengurus tadbir. Lalu manusia menempuh kehidupan semau-maunya sehingga mengganggu gugat sistem kehidupan yang sedia ada. Kisah dalam surah ini mengesahkan bagaimana pada permulaan, manusia telah mengingkari risalah Tuhan yang disampaikan menerusi rasulNya, sehingga akhirnya lantaran keingkaran mereka, mereka telah ditelan oleh bencana tsunami pada zaman Nabi Nuh A.S.

ii.   Manusia melalui proses-proses kejadian tertentu dan umat Nabi Nuh telah mengetahui keadaan ini dan juga keadaan langit dengan lapisan tertentu.

iii.   Kisah dakwah Nabi Nuh A.S. memberi pengajaran kepada pendakwah-pendakwah bahawa kerja-kerja dakwah adalah merupakan kerja-kerja sukar yang perlu ditempuh dengan kesabaran. Antara halangan dakwah adalah keadaan status pendakwah yang dijadikan alasan untuk manusia tidak menurutinya dan juga status golongan yang menerima dakwah yang status mereka juga dijadikan alasan. Halangan yang lain adalah sifat kematuan individu dalam masyarakat yang telah pekat tenggelam dalam kematu kesyirikan. Mereka menyayangi sesuatu yang lain melebihi kesayangan mereka kepada Tuhan yang sebenar. Menanggalkan kesyirikan daripada umat ini adalah kerja yang sukar berbanding cabaran dakwah yang lain.

iv.  Sebenarnya terdapat dalang di sebalik aktiviti kesyirikan umat. Dalam penyembahan, mereka sebenarnya dipengaruhi oleh peradaban silam yang dipelopori oleh bangsa Jin sejak dari dahulu lagi dan dalam kehidupan kini, mereka dipengaruhi oleh sistem kezaliman yang diwujudkan oleh kepimpinan thaghut mereka.

v.  Dakwah Nabi Nuh A.S. dalam surah ini menunjukkan kaedah yang berbeza dengan kaedah dakwah daripada surah-surah yang selanjutnya. Perbezaan ini adalah menurut keadaan setempat. Dalam situasi menghadapi golongan berkepentingan, pendahuluan dakwah haruslah ditujukan kepada golongan dha’if dalam ahli masyarakat dan dalam keadaan menghadapi fitnah yang besar, sasaran dakwah hanya ditujukan kepada individu tertentu sahaja dan tidak meliputi semua manusia. Kaedah-kaedah ini dapat dipelajari daripada pengajaran dalam juzuk Amma.

Dakwah pada zaman ini adalah seperti 
dakwah pada zaman nabi Nuh A.S.


Wednesday, February 3, 2016

SURAH NUH AYAT 28 -- DOA NABI NUH A.S.


رب اغفرلى و لوالدى و لمن دخل بيتى
مؤمنا و للمؤمنين و المؤمنت
و لاتزد الظلمين الا تبارا

Tuhanku ampunilah olehmu bagiku dan kedua orang tuaku dan bagi sesiapa yang telah memasuki ia akan rumahku yang beriman dan bagi lelaki beriman dan perempuan beriman.

"Wahai Tuhanku! ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa Yang masuk ke Rumahku Dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam Segala zaman);

Dalam pada berdakwah Nabi Nuh A.S. sempat berdoa supaya golongan yang ingkar tidak diberi muka langsung untuk berkeliaran di mukabumi dan mengharapkan ampunan Tuhan kepada kedua orang tua serta ahli keluarga yang beriman dalam kalangan lelaki dan perempuan. Sebahagian doanya telah dikabulkan Tuhan sehingga sebahagian ahli keluarganya yang ingkar iaitu yang terdiri daripada isteri dan anak lelakinya tidak termasuk dalam golongan yang diampuni, manakala tentang golongan yang ingkar adalah merupakan doanya yang ditangguhkan.

Dan janganlah Kau tambah akan golongan yang zalim itu melainkan kebinasaan.

dan janganlah Engkau tambahi orang-orang Yang zalim melainkan kebinasaan!"

Tuhan tidak pernah berlaku zalim terhadap manusia namun azab Tuhan amatlah keras disebabkan oleh kerja tangan dan pilihan manusia sendiri. Lantaran kedegilan umat yang bersangatan disebabkan oleh kedudukan mereka yang mereka agung-agungkan, mereka menghindari diri-diri mereka daripada sebarang nasihat. Lalu segala usaha rasul untuk menyelamatkan mereka daripada azab, tidak berhasil. Pengikut Nabi Nuh yang beriman diselamatkan Tuhan dalam bahtera manakala yang lain memilih untuk ditenggelamkan dalam air disebabkan keingkaran mereka daripada mematuhi perintah Nabi Nuh A.S. Bahkan golongan yang ingkar memilih kezaliman yang besar mengambil berhala-berhala dan sistem hidup rekaan mereka sendiri sebagai tuhan.



Popular