SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Friday, August 30, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 15 -- ITULAH HARI KEJATUHAN BESAR


فيومئذ وقعت الواقعة

Maka, pada hari itu adalah suasana Al-Waqi'ah.

maka pada saat itu berlakulah hari kiamat

i.      Apa Yang Jatuh?

Terdapat banyak terjemahan terhadap perkataan ﻮﺍﻗﻌ ini. Kata dasar bermakna suasana, jatuh, gugur, hinggap, turun. Terjemahan dapat juga ditulis sebagai “maka pada hari itu (berlaku) suasana kejatuhan”. Dalam surah Al-Waqi'ah disebutkan tempat/masa jatuh komet - nujm (56:75).

ii.    Kejatuhan Yang Membawa Jeritan Sonik Yang
       Berpanjangan

Kejatuhan objek besar dari angkasalepas pada hari itu dapat mengakibatkan bunyi gema rincing yang amat kuat lantaran terdapatnya objek yang menghempas udarakasa pada kelajuan sangat tinggi. Pergeseran dengan udarakasa berlaku sehingga menghasilkan jeritan sonik yang dapat memecahkan batu-batu gunung.

iii.    Pelbagai Pendapat Tentang Kejatuhan

Namun itu bukanlah maksud mengakibatkan tiupan (tiup – 69:13) yang menghasilkan bunyi. Kejatuhan objek besar sebenarnya memberi kesan memisahkan langit sehingga mengakibatkan lapisan langit menjadi lemah. Kaedah kefahaman ayat sedemikian dapat menjawab banyak persoalan yang timbul daripada susunan ayat sedemikian rupa. Satu ayat sebenarnya dapat difahami pada pelbagai sudut dan setiap makna pada sudut terjemahan berlainan semuanya dapat memberi pengajaran kepada pembaca. Penulis bukanlah penghukum yang dapat memberi komen suatu bentuk terjemahan sedia ada. Yang penting sekali pembacaan Al-Quran memberi pengajarannya yang tersendiri. Matlamat penulisan ini adalah untuk menggarap suatu kefahaman dan bukan pertikaian.

No comments:

Post a Comment

Popular