SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, November 28, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 8 -- TEKNOLOGI JIN YANG MENCAPAI LANGIT


و انا لمسنا السماء فوجدنها
ملئت حرسا شديدا و شهبا

Dan bahawa sanya kami, telah benar-benar menyentuh kami, akan langit itu, lalu telah mendapati kami akannya, penuh penjagaan yang kuat dan panah-panah api (15:18). 

`Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api Yang menyala.

i.     Had-had Keupayaan Teknologi 
       Bangsa Jin

Keupayaan jin melayang sehingga dapat mencapai kedudukan yang tinggi pada langit. Terdapat perbezaan perkara yang dinyatakan sebagai samawat merujuk kepada angkasa dan sama’ merujuk kepada langit dalam bahasa Al-Quran. Langit yang tertinggi merupakan bahagian daripada angkasa lantaran perkataan samawat merujuk kepada kata berbilang bagi langit. Keseluruhan yang terdapat di luar permukaan bumi sehingga mencapai kedudukan luar daripada sistem cakera suria harus dikenali sebagai angkasa.

Apabila jin dikatakan dapat berada pada langit lalu didapatinya penuh penjagaan yang kukuh, ini bermakna jin tidak dapat menempuh jalan keluar melebihi kedudukan yang ada. Dokumentari tentang UFO tidak pernah membuktikan makhluk sedemikian berasal dari mana-mana planet tertentu jauh di angkasaraya dan tidak mustahil untuk menyatakan bahawa perkara ini adalah suatu persembahan teknologi daripada bangsa jin. Terdapat banyak kes tentang kejadian pesawat sedemikian terhempas di atas permukaan bumi di alam kita ini yang mungkin sahaja mereka mengalami perlanggaran meteor atau terkena tembakan panah api yang terang. Apakah yang dikatakan sebagai ملئت حرسا شديدا iaitu penuh penjagaan yang kuat? Adakah ia merupakan suatu mekanisma perlindungan yang terdapat dari langit atau angkasa seperti kehadiran meteoroid yang dapat membentuk meteor (85:01)? Ataukah ia merupakan suatu pengawalan oleh makhluk-makhluk Tuhan seperti malaikat yang dilengkapi dengan senjata yang mengeluarkan panah-panah api yang terang? Penulis tidak dapat menjawab secara pasti. Namun dalam surah Al-Mulk (67:05) ada dinyatakan kehadiran meteor sebagai penghias langit dunia yang juga digunakan sebagai pelempar kepada syaitan. Namun meteor hanya dikenalpasti sebagai suatu jasad yang bergerak bebas di bawah pengaruh halaju tertentu dan graviti bumi.

ii.    Dokumentari Yang Dapat Disaksikan

Dalam suatu dokumentari ada ditunjukkan tentang pesawat asing! yang berada pada kedudukan satelit ciptaan manusia, dengan segera melayang jauh akibat ditembak oleh suatu nyalaan api dari arah bawah. Pihak pertahanan Amerika Syarikat menafikan bahawa pesawat itu adalah pesawatnya dan tiada tembakan itu dibuat oleh pihaknya. Yang menjadi persoalan, mengapakah pesawat-pesawat ciptaan manusia tidak pernah dibuktikan mengalami kemalangan teruk akibat dihentam oleh meteoroid atau terkena tembakan suluh api yang terang? Sekiranya dikatakan bahawa meteoroid yang bergerak bebas merupakan agenda untuk menjadi alat pelempar syaitan, ini juga bermakna terdapat suatu mekanisma pengawalan terhadap meteoroid sehingga dapat diagendakan untuk tujuan berkenaan. Kehadirannya menyebabkan syaitan tidak berupaya melepasi kedudukan yang lebih tinggi lagi. Manusia tidak pernah mengesan pergerakan di angkasalepas yang bergerak tidak menurut peraturan fizik, oleh itu hal sedemikian adalah perkara ghaib. Dalam surah Al-Mulk (67:05) dinyatakan bahawa sistem perlindungan terhadap bumi ini berada pada kedudukan langit terendah dan ‘mishbah’ atau pelita terang adalah juga merupakan suatu siksaan yang menyala kepada syaitan-syaitan. Secara ilmiah, pembentukan nyalaan api hanya akan berlaku pada lapisan yang terisi dengan gas-gas dan bukannya pada lapisan yang terisi dengan ion-ion atau radikal bebas.


Nyalaan api tembakan akhirnya akan beransur-
ansur lenyap apabila mencapai angkasa lepas. 

Lapisan langit rendah yang terisi dengan gas-gas adalah bermula daripada lapisan bawah mesosfera menuju ke arah bawah meliputi stratosfera, tempat tertinggi aktiviti air dan juga troposfera. Oleh itu langit yang dipenuhi dengan penjagaan adalah langit yang berada pada kedudukan sekitar 70,000 meter dan ke arah bawahnya. Bahagian ini adalah merupakan sebahagian daripada bahagian lelangit yang mengandungi buruj, sekalipun terdapat terjemahan lain bagi buruj ialah gugusan bintang-bintang. Sila rujuk penerangan surah Al-Buruj untuk penjelasan lanjut tentang perlindungan yang didapati pada lelangit bumi.




Tuesday, November 22, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 7 -- MANUSIA DAN JIN, RAGU TENTANG KEBANGKITAN AKHIRAT


و انهم ظنوا كما ظننتم
ان لن يبعث الله احدا 

Dan bahawasanya mereka, telah menyangka mereka, sepertimana telah menyangka kamu, bahawa sekali-kali tidak, Ia membangkitkan oleh Allah akan seseorangpun. 

Dan Bahawa Sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana Yang kamu sangka, Bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat). 

Sesungguhnya jin menuruti manusia dalam banyak perkara sehinggalah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan beragama. Sekiranya manusia memilih untuk ingkar kepada Tuhan, maka jin akan mempelajarinya daripada manusia untuk sama-sama mengingkari Tuhan. Dalam keadaan ini, tatkala sebilangan besar manusia menyembah teknologi maka jin akan turut mempelajari daripada manusia untuk menyembah teknologi. Sehingga kehidupan yang ditempuhi oleh jin adalah sepertimana kehidupan manusia, berkeluarga, berkerja dan menyandang pelbagai jawatan. Sebagaimana manusia, mereka tidak mahu menerima hakikat atau memikirkan soal-soal pembalasan. Sebab itulah, mereka terlibat dalam banyak kerja penganiayaan terhadap manusia, lantaran diarahkan manusia lain berbuat demikian. Perbuatan jahat mereka menutupi pintu hati mereka daripada beriman atau untuk menerima seruan keimanan. Oleh yang demikian, pendirian jin dalam beragama, adalah juga serupa sepertimana sebahagian besar manusia yang menuruti persangkaan belaka. 

Dalam keadaan manusia banyak membincangkan perkara-perkara agama dan persoalan ghaib dengan merujuk kepada individu tertentu - yang suka memanipulasi keadaan, jin juga melakukan perkara-perkara yang serupa. Dengan berubahnya suasana dan generasi, sebahagian jin juga ‘mempelajari’ sesuatu daripada ‘agama’ mereka, sehingga kepada persoalan tentang kebangkitan akhirat. Sebagaimana masyarakat Arab dahulukala iaitu sebelum atau semasa awal kerasulan, rata-rata mereka tidak mengetahui tentang kebangkitan akhirat dan persangkaan sedemikian juga menular dalam kalangan jin. Oleh itu, bangsa jin tidak boleh dijadikan rujukan tentang perkara-perkara ghaib dan juga persoalan-persoalan tentang kehidupan akhirat. Dengan itu, tidak wajar manusia mempelajari perkara-perkara agama daripada bangsa jin melainkan mengarahkan sebahagian jin untuk mempelajari agama daripada individu tertentu dalam kalangan mereka.

i.    Kebangkitan Di Alam Akhirat : 
      Suatu Pernyataan Yang Hilang 
      daripada Kamus Manusia dan Jin

Dalam melakukan pertimbangan terhadap perkara-perkara ghaib, sama ada dalam kehidupan manusia atau jin, mereka sering menghubung-kaitkan perkara-perkara ghaib dengan rutin kebiasaan seharian. Sebagai contoh, kematian tidak pernah menunjukkan kepada mereka erti kehidupan semula. Mereka tidak pernah menempuh pengalaman sehingga mendapati bapa-bapa mereka yang telah meninggal dunia, kembali semula kepada mereka dari tanah perkuburan - lalu mengkhabarkan kepada mereka keadaan di alam barzakh. Bahkan mereka tidak bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian sekiranya berlaku. Yang demikian itu, kebanyakan daripada manusia dan jin membenci kematian dan mereka enggan membincangkannya secara terang-terangan melainkan kepada mereka yang beragama dan mempercayai tentang perkara ghaib itu dengan keyakinan tertentu. 

Manusia secara umumnya melihat pengalaman kematian sebagai pengalaman orang lain, sehingga mereka hanya mempercayai perkhabaran rasul-rasul tertentu, sekiranya rasul-rasul itu dapat menunjukkan mukjizat seperti menghidupkan orang yang telah lama mati sebagaimana mukjizat Nabi ‘Isa A.S. Hakikat tentang kejadian kebangkitan akhirat sebenarnya dapat diperolehi dengan meneliti pengalaman yang empunya diri, selalunya melalui amalan-amalan kerohanian tertentu seperti amalan bersuluk. Namun ketelitian seseorang dalam amalan seperti itu adalah amat perlu, dengan melalui panduan guru kerohanian tertentu, supaya kenyataan-kenyataan pengalaman yang disampaikan oleh seseorang selepas itu, tidak harus mendorong kepada sesuatu yang bertentangan dengan syari’at Tuhan.

ii.   Ajaran Tatasusunan Dunia Baru
      yang Menolak Kepercayaan 
      Kebangkitan di Akhirat

Asas kepercayaan ini telah ditulis pada wang kertas US satu dollar dengan perkataan “NOVUS ORDO SECLORUM” yang bermaksud “New Secular Order”, iaitu suatu kempen yang memisahkan antara agama dan pemerintahan dan meletakkan urusan agama di bawah pemerintahan. Wang kertas itu juga disertai dengan lambang piramid projek masonik yang hampir siap dengan gambar satu mata terapung-apung di atas piramid berkenaan. Demikian ini adalah projek besar mereka yang mereka inginkan, supaya projek ini sedia diterima oleh seluruh manusia. Wang kertas USD1 adalah wang yang sangat mudah beredar dalam kalangan rakyat dan juga penduduk dunia. Mereka kini telah berjaya meletakkan pentadbiran gereja terbesar Kristian Katolik di Vatican di bawah pentadbiran mereka dan mereka telah meletakkan simbol mata satu dan salib terbalik sebagai simbol baru dalam agama Kristian. Kini mereka telah bekerja keras untuk meletakkan pentadbiran umat Islam untuk berada di bawah pengaruh mereka. 

Setakat ini mereka telah berjaya membangunkan mercu-mercu tanda yang mempamerkan lambang mereka di seluruh dunia dengan menara-menara di Amerika Syarikat, menara perniagaan Al-Wafi di Dubai, perkelahan Sunway di Malaysia dan terlalu banyak di tempat-tempat lain. Di setiap rumah, mereka telah memberitahu kehadiran mereka melalui rancangan-rancangan televisyen melalui keluaran Nickelodeon seperti persembahan karton Spongebox, Wonder Pet, tayangan keluaran Walt Disney yang menjurus kepada lambang satu mata, lantai petak dam dan sebagainya. Semua ini adalah menjurus kepada kawalan sepenuhnya, corak kehidupan manusia dari rumah sehingga ke tempat bekerja dan daripada kanak-kanak hingga kepada orang tua. 

Kempen mereka hanya satu iaitu mengejar kenikmatan dunia dan menidakkan adanya balasan ganjaran di akhirat. Nampaknya kempen mereka mulai berjaya sehingga di mana-mana sahaja, manusia, sama ada daripada golongan remaja, dewasa sehingga golongan tua tidak suka membincangkan perkara-perkara yang menjurus perkara agama, bahkan majoriti daripada umat Islam kini telah tidak mengambil peduli tentang masalah sosial, jenayah dan kejadian murtad yang semakin menjadi-jadi.

Agenda New World Order adalah suatu agenda 
yang telah disusun sejak sekian lama

Wednesday, November 16, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 6 -- JIN YANG SEMAKIN BONGKAK


و انه كان رجال من الانس
يعوذون برجال من الجن فزادوهم رهاق

Dan bahawasanya telah adalah ia beberapa lelaki daripada manusia, mereka berlindung dengan beberapa lelaki daripada jin, lalu telah menambah mereka akan mereka, bongkak (naik tocang). 

`Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. 

i.  Salah Laku Manusia Melibatkan Jin 

Pengaruh jin terhadap manusia adalah apabila manusia menganggap jin itu dapat memberi bantuan dalam bentuk keselamatan diri, keselamatan tempat tinggal dan sebagainya. Ayat sebelum ini membincangkan bahawa jin menyangka manusia adalah lebih dominan, namun apabila terdapat sebahagian manusia pula meminta perlindungan daripada sebahagian jin menyebabkan jin berkenaan rasa besar diri. Sebenarnya terlalu banyak kejadian manusia mengambil perlindungan daripada jin. Jin-jin dikatakan menguasai hutan, tasik, lautan sehingga dinamai sebagai penunggu. Kebiasaannya mereka yang ingin memancing di tasik atau memburu di hutan akan terlebih dahulu melakukan amalan seru, supaya penunggu-penunggu berkenaan melindungi mereka. Bahkan sebahagian jin sanggup memberi bayaran yang sangat tinggi kepada manusia berupa harta benda atas suatu usaha atau pemberian tertentu. 

Jin juga sebenarnya seperti manusia. Dalam aktiviti perbomohan, perantaraan jin adalah melibatkan urusniaga antara seorang bomoh yang ingin melakukan perawatan, dengan jin yang diperguna yang dihantar oleh seseorang. Akibatnya, berlakulah tawar menawar untuk menyediakan upah supaya jin yang dihantar oleh seseorang mengundur diri dan pesakit dapat pulih atau sedar daripada kerasukan.

ii.  Jin Yang Dipergunakan
 
Kadangkala jin diperguna untuk membantu melariskan perniagaan dengan memporak perandakan perniagaan pihak lain. Oleh itu, jin dapat dikategorikan sebagai makhluk yang ‘lurus bendul’ hanya tahu menurut tanpa mempedulikan suatu perbuatan sebagai betul atau salah. Jin juga digunakan dalam kerja-kerja pertanian sehingga dapat diupah untuk menjaga tanaman daripada dirosakkan oleh haiwan-haiwan yang berkeliaran. Dengan demikian jin menganggap khidmatnya diperlukan manusia yang statusnya adalah lebih tinggi daripada mereka, sehingga mereka menjadi lebih bongkak. Aktiviti yang melibatkan menyeru jin dapat dikenal pasti melalui pemilihan warna kuning umpamanya penyediaan beras kunyit, pulut kuning atau kain kuning dan sebagainya. Berbanding dengan alam yang didiami oleh manusia, alam jin adalah teranjak kepada pramerah. 

Nabi Sulaiman A.S. sendiri pernah menggunakan khidmat jin untuk membina mangkuk-mangkuk, cangkir-cangkir besar dan untuk kegunaan pembinaan bangunan serta tujuan pengangkutan. Namun, keupayaan jin terhebat seperti Ifrit yang berupaya memindahkan singgahsana Balqis dapat di atasi oleh manusia yang berilmu dengan asma ul a’zam pada zaman itu iaitu Asif bin Barhaya.

iii.  Adakah Meminta Pertolongan
     Jin Diwajarkan? 

Hujah yang selalu digunakan ialah tentang Nabi Sulaiman A.S. yang menggunakan khidmat jin bagi membina sesuatu yang besar. Namun Nabi Sulaiman A.S. memperhamba akan jin-jin berkenaan dan bukannya memperhambakan diri kepada jin-jin itu. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat ini, bangsa jin apabila didapati sebahagian manusia memohon pertolongan kepada mereka, dengan segera mereka merasa bangga dan naik tocang. Hanya kalangan jin yang beriman sahaja tidak akan berkelakuan sedemikian. Melalui pembacan ayat-ayat suci sendiri dan menyerahkan urusan kepada Tuhan sudah memadai untuk mengelak diri daripada gangguan jin.

iv.   Bangsa Jin Lebih Tekun 
       Dalam Amalan 

Dalam urusan agama masyarakat jin, ternyata mereka lebih bersifat warak berbanding manusia. Apabila Nabi Adam A.S. selaku bapa manusia dipilih menjadi khalifah Tuhan di mukabumi ini, ternyata bangsa jin kurang menyenanginya. Mereka mengharapkan bangsa mereka yang terpilih kerana pada masa itu, belum terbukti Adam A.S. telah menunjukkan sifat-sifat ke'warak’an berbanding dengan jin dan belum memiliki apa-apajua ilmu berkaitan penjagaan amanah mengurus tadbir bumi ini. Kita, daripada golongan manusia menerima amanah sedemikian dalam keadaan jahil pada peringkat permulaan dan sanggup menerima panduan daripada Tuhan dalam bentuk wahyu sebagai manual dalam berpenghidupan. Kita pula sanggup mengakui kesilapan dan kesalahan serta bersedia bertaubat kepada Tuhan dan sikap sedemikian kurang terdapat pada bangsa jin. Daripada susuk tubuh, tubuh manusia adalah lebih besar daripada jin dan daripada perlakuan pula, manusia lebih menyedari kesilapan dan kesalahan yang dilakukan berbanding jin dan manusia sanggup memulai langkah baru memperbetul keadaan. 

Oleh kerana kebanyakan jin lebih tekun beribadah kepada Tuhan, kebanyakan mereka berusaha sedaya upaya untuk tidak sampai kepada melakukan kesalahan kepada Tuhan. Mereka sukar menerima hakikat sekiranya mereka ada melakukan kesalahan dan mereka tidak pula bersedia untuk bertaubat kepadaNya. Oleh itu, jin lebih meneliti kepada punca sebab sehingga sanggup berusaha mengelak kesilapan atau kesalahan dan manusia lebih meneliti kepada akibat sehingga sanggup bertaubat dan melakukan kerja-kerja pemulihan. Oleh itu, sikap sebahagian manusia yang suka mencari kesalahan daripada punca sebab adalah membuka pintu kepada syaitan untuk memain peranan memperdaya manusia sehingga beragama sepertimana masyarakat jin. 

Telah menjadi kebiasaan manusia, mengiktiraf individu atau golongan berjasa, yang mengakibatkan perubahan besar sebagai suatu bentuk sumbangan dalam kehidupan manusia dengan mengungkapkan rasa syukur atau terimakasih. Apabila kerasulan terakhir berlaku ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ketamadunan manusia mulai terserlah dan manusia dapat memainkan peranan sebenar dalam ertikata membawa tanggungjawab memelihara kehidupan. Lantas itu umat Islam menghargai usaha Muhammad RasululLah S.A.W. dalam bentuk selawat dan salam kepada junjungan besar serta ahli baitnya dalam bentuk amalan selawat. Amalan seperti ini secara tidak langsung menunjukkan ketidak-pengiktirafan kedudukan masyarakat jin dalam memperolehi status kekhalifahan. Perkara inilah yang menyebabkan mereka amat tidak senang hati. Oleh sebab sedemikian, aktiviti berselawat amat tidak disukai oleh masyarakat jin dan mereka menjauhi individu yang banyak berselawat ke atas RasululLah S.A.W. Selawat mereka hanyalah dalam solat semata-mata kerana mereka tiada pilihan lain dalam beribadat kepada Tuhan dan mereka cuba meringkaskannya dalam menyebut selawat kepada Nabi. 

Pengiktirafan kekhalifahan manusia telah menjengkelkan bangsa jin. Golongan ingkar daripada jin berusaha melakukan sesuatu untuk merendahkan manusia. 

v.   Bantuan Jin Secara Intensif 
      Kepada Manusia  

Sekitar 20 tahun selepas daripada penaklukan Jurusalem oleh tentera-tentera Salibi suatu masa dahulu, golongan Salibi telah menemui kitab-kitab lama yang tersimpan di perpustakaan di bawah masjid Baitul Muqaddis. Mereka telah mempelajari pengamalan ilmu sihir Kabbala yang akhirnya menjurus mereka kepada penyembahan syaitan. 

Tentera Salibi yang kemudiannya memakai gelaran The Knights of Solomon Temple atau Knights Templer telah bergerak secara rahsia membina kekuatan ekonomi mereka tersendiri. Sekalipun sebahagian mereka telah menjalani hukuman mati dibakar hidup-hidup oleh Raja Perancis, namun sebahagian yang lain dapat melarikan diri ke Switzerland dan mendapatkan perlindungan daripada pemerintah negara itu. Kumpulan Knights Templer yang bersimbolkan salib terbalik telah membentuk sistem perbankan yang sangat kukuh serta berjaya menyediakan tempat pengumpulan dana bagi kaum Yahudi yang menduduki Jerman, Poland dan sebahagian Eropah Timur selepas tamat Perang Dunia Pertama. Mereka kemudiannya menaja Hitler untuk memulai peperangan dalam Perang Dunia Kedua dengan membunuh seberapa ramai kaum Yahudi demi untuk merampas simpanan kaum itu yang disimpan dalam bank-bank mereka. Idea mewujudkan sistem riba telah digunakan untuk menguasai ekonomi dunia dan mereka mengambil nasihat daripada bangsa Jin melalui ketua mereka iaitu Iblis sendiri. Penyembahan Iblis dilakukan dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia mereka seperti Bohemian, yang merupakan suatu gerakan yang dianggotai oleh kebanyakan pemimpin dunia masakini.

Mereka termasuklah sebahagian pemimpin negara umat Islam sendiri. Gerakan mereka amat licik serta sukar dihindari. Melalui umpanan harta, ilmu sihir, ugutan serta hidangan godaan dunia, mereka telah mempengaruhi banyak daripada ketua-ketua negara untuk menyertai mereka, menyembah Iblis dan membantu Iblis membentuk pemerintahan yang berusaha menguasai dunia ini. Mana-mana yang berusaha menentang akan dibunuh seperti yang berlaku kepada Presiden Amerika Syarikat iaitu J.F. Kennedy. 

Kerana menentang agenda Iblis, J.F Kennedy
akhirnya dibunuh oleh gerakan rahsia

 Selepas pembunuhan JFK, kebanyakan pemimpin negara,
terpaksa berkhidmat untuk Iblis kerana takut dibunuh.

Mana-mana kumpulan yang dipercayai menimbulkan bahaya kepada mereka, akan diserang sepertimana yang berlaku kepada Taliban di Afghanistan. Semuanya dilakukan atas penipuan keganasan melalui serangan terancang 11 September dan pembentukan kambing hitam pihak CIA, yang dijadikan sasaran seperti Osama bin Laden. Bagi menguasai negara-negara dunia, mereka telah mempelopori penggunakan wang kertas, yang sebenarnya tidak membawa apa-apa nilai namun dianggap bernilai. Wang kertas bercetak yang dipaksakan ke atas negara-negara lain menurutinya, sentiasa disusut-nilaikan, yang tujuannya agar mereka dapat menguasai komoditi dari seluruh dunia. Keadaan ini sebenarnya telah mengakibatkan kesukaran terhadap hidup rakyat secara keseluruhannya. Mereka sebenarnya sedang merancang untuk menguasai dunia melalui agenda tatasusunan dunia baru yang dikenali sebagai 'New World Order'. Terkini, mereka sedang merencana untuk menjadikan dunia yang akan kemarau panjang melalui projek HAARP agar kehadiran mereka sangat-sangat dialu-alukan oleh manusia. Mereka hanya menghendaki manusia menerima mereka sebagai dewa-dewa yang kononnya akan menyelamatkan manusia dan mereka mahukan manusia meninggalkan Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam jagat. Mereka hampir berjaya?

Sama ada secara fizikal atau kerohanian, sebenarnya kita tidak memerlukan bantuan jin. Pertolongan jin hanya dapat diakui sebagai bentuk perhambaan mereka disebabkan status rendah mereka berbanding manusia. Jin-jin didapati banyak berkhidmat kepada manusia sebagai khadam atau hamba menurut arahan sebahagian manusia yang berilmu dengan ilmu Tuhan.




Thursday, November 10, 2016

KERAHSIAAN YANG MEMBANGKITKAN TEORI KONSPIRASI


Perancangan Rahsia Oleh 'Kumpulan Rahsia'

Campurtangan bangsa Jin dalam institusi agama seringkali dijadikan suatu yang rahsia. Kita sangat sukar mendapatkannya dalam saluran rasmi milik kerajaan mana-mana negara. Pilihan yang ada adalah melalui laman yang disediakan oleh ahli-ahli teori konspirasi. Sikap pemimpin yang berusaha menolak penjelasan tentang perkara ini, akhirnya akan mengakibatkan wujudnya kumpulan-kumpulan pendokong teori konspirasi. Mereka akan berbincang antara mereka dengan suatu perbincangan yang serius yang akhirnya sampai kepada suatu kesimpulan yang kelihatan seakan karut. Penulis dalam menghadapi perkara ini suka untuk melihat, bahawa perkara yang terjadi dengan wujudnya sebilangan besar ahli teori konspirasi adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan seberapa hampir yang boleh terhadap persoalan – “apakah yang menjadi punca kepada sesuatu kejadian atau situasi itu berlaku?” dan “apakah perkara-perkara yang dijangka akan berlaku berdasarkan keadaan yang telah terjadi itu?”. Seterusnya, atas penerimaan yang pelbagai itu, "apakah persiapan yang harus dilakukan dalam menghadapi kejadian yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang?".

Ahli Teori Konspirasi Yang 
Dijadikan Momokan.

Sebagai contoh, dalam menghadapi peristiwa 11 September, yang telah diketahui awal-awal lagi oleh pihak Rumah Putih sebelum berlakunya kejadian berkenaan, Presiden Amerika Syarikat telah menyelar golongan pendokong teori konspirasi sebagai pihak yang mereka-reka cerita pembohongan. Ahli-ahli teori konspirasi tentang 11 September (yang belum lagi muncul ketika itu), sudah dianggap sebagai pihak yang akan terseleweng dan dikatakan bakal cuba mengelirukan rakyat Amerika Syarikat dan penduduk dunia. Seolah-olah mereka itu adalah sekumpulan orang gila yang bakal muncul dengan idea gila, yang idea mereka tidak harus didengari.

Osama bin Laden Hanyalah Kambing Hitam
Dalam Peristiwa 911

Namun benar, setelah beberapa persoalan demi persoalan timbul daripada peristiwa itu dan Rumah Putih gagal memberi jawapan yang memuaskan hati ramai pihak, maka kemunculan pendukung-pendukung teori konspirasi 9/11 adalah sesuatu yang sudah dijangka.  Mereka sebenarnya bukanlah pihak yang sangat sesat dengan idea-idea yang sangat mengarut. Hanya mereka berbincang sesama mereka tentang perkara yang mungkin menjadi penyebab kepada peristiwa yang terjadi dan perbincangan juga meliputi peristiwa sebenar kejadian. Akhirnya mereka sampai kepada kesimpulan yang merbahaya bahawa Rumah Putih sendiri terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Amerika Syarikat. 

Kemudian mereka mula mencanang dengan suatu canangan yang besar bahawa keterlibatan pemimpin Amerika Syarikat adalah didorong oleh penguasaan Yahudi yang mahukan korban besar dilaksanakan, untuk melaksanakan perkara yang sedia terjadi sekarang ini. Maka bermulalah  kisah-kisah pelik yang tidak pernah terfikir oleh manusia biasa tentang peristiwa itu. Sebenarnya bukan perkara mudah untuk meyakinkan golongan kebanyakan tentang sesuatu yang bukan pengalaman biasa mereka, kerana perkara berkenaan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk mereka terima. Mereka memerlukan penjelasan dan rujukan-rujukan yang boleh diterima pakai. Usaha kepimpinan untuk menutup kisah sedemikian antara alasannya adalah agar masyarakat tidak menjadi heboh sehingga menimbulkan kekalutan. Dalam beberapa kes, mereka sendiri sebenarnya terlibat dalam beberapa konspirasi atas tujuan tertentu. Sebenarnya mereka sendiripun tidak bersedia kiranya keterlibatan mereka diketahui ramai pihak.





Friday, November 4, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 5 -- MANUSIA DAN JIN TERLAMPAU MEMPERCAYAI TOKOH-TOKOH AGAMA


و انا ظننا ان لن تقول الانس
و الجن على الله كذبا

Dan sesungguhnya kami, telah benar-benar menyangka kami bahawa sekali-kali tidak ia berkata oleh manusia dan jin itu ke atas Allah suatu pendustaan.

Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan Jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

Demikian itu menunjukkan bahawa pengaruh manusia ke atas jin adalah lebih dominan berbanding pengaruh jin ke atas manusia. Sebagaimana agama manusia seperti itulah agama jin. Dalam banyak kes kerasukan, jin-jin dapat ditundukkan untuk menerima agama Islam sehingga mereka dapat dipisahkan daripada kaum mereka dan mempelajari ilmu agama daripada individu tertentu. Perkataan ظننا merujuk kepada makna ‘telah benar-benar menyangka’ dengan terdapatnya syaddah pada huruf nun yang terakhir. Demikian itu merujuk kepada persangkaan jin, diikuti dengan perkataan لن  iaitu ‘sekali-kali tidak’ untuk memperkuatkan lagi penekanan ayat bahawa jin itu sentiasa bersangka bahawa sebahagian manusia dan jin, terutamanya tokoh-tokoh agama, tidak akan berkata dusta terhadap Tuhan. 

Oleh itu cara beragama manusia akan dituruti oleh bangsa jin sehingga dalam kalangan jin terdapat kepelbagaian agama sepertimana manusia. Bukankah iblis daripada bangsa jin, adalah makhluk yang mula-mula berkata dusta atas Tuhan, terhadap Adam A.S. dengan menjanjikan kehidupan yang kekal di syurga Tuhan. Kemuliaan syurga dicemari dengan keberadaan iblis di sana suatu masa dahulu.

i.    Perkara Kepercayaan Dalam Agama 
      Manusia Yang Berkait Rapat 
      Dengan Jin

Daripada ayat kedua hingga ayat kelima daripada surah Al-Jin ini, menyatakan tentang kepercayaan yang ada hubungan sikap manusia dan jin tentang ketuhanan. Golongan ingkar dalam kalangan manusia lebih dipengaruhi persangkaan mereka tentang bangsa jin. Yang demikian itu, sebahagian daripada bangsa jin, menambah-nambah persangkaan manusia terhadap mereka sehingga menganggap jin sebagai dewa. Kalangan bangsa jin, menggunakan kekuatan pengaruh sebahagian atas sebahagian yang lain, sehingga mereka dapat membentuk suatu corak pemerintahan berasaskan hirarki. Oleh kerana mereka telah lama dengan sistem sebegini, mereka juga ingin mempengaruhi manusia, agar menerima mereka sebagai suatu bangsa bertamadun yang membawa sifat-sifat dewa. Di mana-mana jua pusat penyembahan besar yang terdiri daripada bangunan-bangunan piramid ataupun bangunan-bangunan lain, maka di sana terdapat arca yang berbentuk berhala yang menggambarkan pemerintahan berhirarki. Melalui pengaruh pemerintahan sedemikian, mereka membentuk agama-agama silam yang dianuti manusia melalui pemisahan ahli masyarakat menurut tingkatan kasta.

Menurut kepercayaan agama sedemikian, kedudukan paling tinggi iaitu dewa yang dianggap sebagai Tuhan, dewa sedemikian dibantu atau ditemani oleh dewi-dewi lain yang merupakan teman atau isteri kepada dewa utama. Melalui pemerintahan berhirarki seperti itu, ahli-ahli masyarakat akan dibeza-bezakan kedudukannya sehingga mereka akan berbalah, berprasangka dan bermusuhan sesama mereka dan kesempatan ini akan digunakan oleh sang dewa untuk mengadakan cengkaman kekuasaan. Apabila Tuhan mengutus rasul-rasul dalam kalangan manusia sendiri yang menjelaskan bahawa bangsa jin adalah juga seperti manusia yang harus beribadah kepada Tuhan pencipta mereka, maka secara tidak langsung, taraf bangsa jin dengan sendirinya telah jatuh dan pengaruh bangsa jin ke atas manusia semakin terhakis. 

ii.    Mempergunakan Tokoh-tokoh Agama 
       untuk Tujuan Tertentu 

Ayat ini juga menjelaskan betapa manusia dan jin secara umumnya begitu dangkal tentang peranan tokoh-tokoh agama. Tokoh-tokoh agama seperti paderi, imam, sifu, sami dan sebagainya dianggap sebagai pihak perantara yang paling mengetahui tentang agama, tentang Tuhan, tentang persoalan perkara-perkara ghaib dan sebagainya. Permasalahannya adalah, bangsa jin, yang kadang-kadang dijadikan rujukan tentang persoalan ghaib, sebenarnya lebih mengharapkan kepada tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan manusia sendiri untuk memberi jawapan persoalan yang mereka sendiri tidak ketahui. Ayat yang dijelaskan sebelum ini (72:04), sebenarnya adalah merujuk kepada kepimpinan atau tokoh tertentu dalam kalangan mereka sendiri. Oleh itu bangsa jin, terutamanya kepimpinan mereka adalah merupakan makhluk Tuhan yang paling tidak boleh diharap untuk menjawab persoalan-persoalan ghaib. 

iii.   Kesempatan Iblis Mempergunakan 
       Tokoh-tokoh Agama Untuk Mempengaruhi 
       Manusia dan Jin

Penulis telah jelaskan sebelum ini, betapa Iblis telah menyelinap masuk ke  dalam agama Kristian melalui gereja untuk membawa ajaran-ajaran pelik yang akhirnya membawa kerosakan kepada umat Kristian. Bahkan perkara yang serupa juga telah berlaku kepada umat Islam apabila masjid dan institusi agama telah digunakan untuk menyesatkan umat Islam. Walhal tokoh-tokoh agama berkenaan, bukanlah pihak yang paling mengetahui tentang kefahaman agama sebenar melalui kitab suci masing-masing. Buktinya, upacara perkahwinan sejenis telah berlangsung di sebahagian gereja dan amalan riba secara ‘Islamik’ telah dijadikan suatu yang dihalalkan dalam masyarakat Islam. Bukankah kedua-dua amalan sedemikian adalah sesuatu yang amat-amat dilarang keras dalam agama masing-masing? 

Bukan Lambang Swastika Tetapi
Lambang Kaum Aryan - Penyembah 
Dewa Nordik

Pope tidak seharusnya mendewakan 
Syaitan

Popular