ا و لم يروا الى الطير فوقهم صافت
و يقبضن ما يمسكهن الا الرحمن
و يقبضن ما يمسكهن الا الرحمن
Patutkah mereka menutup
mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung
Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika)
burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang
menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha
Pemurah.
Terjemahan
penulis sedemikian tentunya akan menjurus kepada penerangan sifat
aerofil terhadap sesuatu yang berlaku
kepada sayap burung semasa penerbangannya. Cuba bandingkan dengan
terjemahan yang biasa ditemui iaitu "Tidakkah mereka memerhatikan
burung di atas mereka terbang mengembangkan
sayapnya dan mengepitkannya?
Tiada sesiapapun yang menahan nya
selain daripada Tuhan yang Pemurah." Terjemahan sedemikian seperti membayangkan Tuhan meletakkan
‘tangan’Nya di bawah burung untuk menahan burung itu daripada
jatuh!
Terdapat
hikmah yang Tuhan sebut bahawa sifatNya yang Maha Melihat.
Pengajarannya, manusia perlu memerhatikan
ciptaan Tuhan sedemikian rupa kerana terdapat manfaat yang akan
diperolehi daripada pemerhatian berkenaan. Selain daripada tujuan
mendapatkan manfaat dengan meniru bentuk sayap burung untuk membina
teknologi penerbangan, manusia harus memerhatikan pergerakan
udarakasa yang memainkan peranan penting yang dapat mengubah tekanan
udarakasa setempat.
Mengkaji
Contoh Peraturan Tuhan Pada Makhluk Ciptaannya
i. Peraturan
Bentuk Larus
Bentuk
Larus
- Burung diciptakan Tuhan memiliki bentuk larus, bentuk ini akan
membolehkan haiwan ini dapat meredah udara dengan kesan geseran
udara yang rendah. Bentuk seperti ini didapati pada ikan dan manusia
meniru dalam menghasilkan peralatan yang merempuh udara seperti
pesawat udara, peluru berpandu dan peralatan merempuh air seperti
kapal selam dan senjata torpedo. Untuk pesawat udara yang bergerak
pada kelajuan yang sangat tinggi seperti pesawat Sukkoi yang
direkacipta oleh pihak Russia, muncung yang sangat keras seperti
titanium diperlukan. Kelajuan bersangatan pesawat, akan merempuh
udara seperti pisau yang memotong pepejal. Dengan titanium, aliran
udara dapat ditepis menjauhi jasad pesawat membentuk larus dan
mengurangkan kesan geseran udara terhadapnya.
ii.
Peraturan Bentuk Aerofilik
Bentuk
Aerofil
- Semua sayap burung, sayap pesawat terbang memiliki bentuk
aerofil iaitu cembung ke atas dan menirus
di bahagian belakang. Tujuannya adalah supaya aliran udara dapat
bergerak lebih jauh pada kedudukan atas berbanding kedudukan bawah.
Dengan demikian tekanan udara adalah lebih rendah pada bahagian atas
dan pada kelajuan tertentu, sayap akan berjaya diangkat ke atas.
Bentuk larus bersama bentuk aerofil
memungkinkan burung dan pesawat udara selain dapat diangkat ke atas,
juga dapat meluncur ke hadapan pada kelajuan tertentu. Apabila sayap
kekal diapungkan tanpa dikibarkan ataupun enjin pesawat dimatikan,
burung dan pesawat masih berupaya untuk meluncur laju bergerak pada
jarak tertentu sebelum mencecah bumi.
iii.
Peraturan Tekanan ↔ Kelajuan Udara
Lebih
Laju Pergerakan Lebih Rendah Tekanan – Bukan sahaja terhadap
pergerakan udara, sifat ini ditunjukkan oleh pergerakan air. Kajian
kesan tekanan dan aliran bendalir merupakan subjek penting dalam
pembelajaran mekanik bendalir
yang diajar di universiti. Kajian sedemikian menjurus kepada
kefahaman perkisaran angin di permukaan bumi sehingga mengakibatkan
kajian cuaca dapat dilakukan. Taufan dapat dijangkakan dengan
perubahan tekanan tertentu udarakasa bumi pada tempat-tempat
berlainan.
Bencana dan Manfaat daripada
Peraturan Tuhan
iv.
Fenomena Riak, Gelora Dan Taufan
Tekanan
setempat bendalir dapat disebabkan oleh perbezaan kelajuan bendalir
berkenaan di tempat-tempat tertentu. Perbezaan yang ketara pada
kelajuan bendalir tertentu boleh mengakibatkan terhasilnya riak atau
gelora. Pada saiz yang besar dinyatakan sebagai taufan. Kajian riak
dan gelora sangat penting untuk mengkaji kesan bentuk tiang jambatan
ke atas tanah atau pasir di dasar sungai. Pengabaian kesan gelora
aliran air boleh mengakibatkan jambatan runtuh dengan tiba-tiba.
Sempena keadaan sedemikian,
tapak jambatan Pulau Pinang telah mengambil bentuk larus bagi
mengurangkan kesan gelora yang dapat merosakkan struktur tanah.
Gelora juga mengakibatkan terhasilnya kekeruhan. Sungai yang
mengalami kekeruhan tentunya memberi gambaran terdapat aktiviti
gelora pada aliran sungai di bahagian hulu mungkin disebabkan kesan
aktiviti pembalakan haram atau penggalian bijih secara haram.
Bentuk larus tapak jambatan memberi kesan
besar kepada struktur pembinaan
v. Perbezaan Tekanan Dan Perubahan Monsun
Pergerakan yang menghasilkan
kelajuan tertentu pada bahan bendalir boleh disebabkan oleh perbezaan
tekanan pada dua tempat yang berbeza. Perbezaan tekanan ini terhasil disebabkan
perbezaan suhu yang wujud antara dua tempat berbeza. Di negara
Malaysia, perbezaan suhu antara hemisfera Utara dan hemisfera
Selatan, menghasilkan dua monsun iaitu monsun timur laut pada hujung
dan awal tahun dan monsun barat daya pada pertengahan tahun.
Kejatuhan
suhu secara tiba-tiba dapat berlaku pada tempat-tempat tertentu
sehingga mengakibatkan fenomena
letusan udara (air burst) yang amat merbahaya kepada pemanduan
pesawat di kawasan tertentu. Sekiranya
melibatkan tempat yang luas di atas permukaan bumi, dapat memberi
amaran akan berlaku kejadian ribut sepertimana ribut Greg suatu masa
dahulu yang sengaja diabaikan amarannya oleh pihak pemerintah
sehingga mengakibatkan korban nyawa yang tinggi di pantai barat
Sabah.
vi. Apakah Yang Berlaku Semasa Perubahan Cuaca?
Kejatuhan
suhu secara tiba-tiba sehingga mencapai perbezaan 13º celcius
merupakan petanda akan berlaku kejadian taufan besar-besaran.
Kejatuhan dapat disebabkan oleh tindakbalas komposisi
kimia udarakasa yang akan dibincangkan dalam surah-surah terkemudian
daripada surah ini atau disebabkan oleh kesan radiasi hebat dari
matahari. Demikianlah sifat Tuhan Al-Rahman yang mengajar manusia
berdasarkan Al-Quran dan sentiasa mengajar manusia perkara-perkara
baru yang manusia tidak mengetahuinya sebelum itu. Perbezaan tekanan
setempat antara permukaan bumi yang berlainan, adalah agenda Tuhan
sehingga dapat memindahkan wap-wap air dari laut ke daratan. Ia juga
berupaya memindahkan debu-debu halus dari satu permukaan bumi ke
bahagian yang lainnya sehingga mendatangkan mudharat kepada hidupan
atau mendatangkan manfaat tertentu.
Tuhan
Maha Berkuasa, melalui peraturan tabii ciptaanNya sehingga manusia
tidak dapat menyedari bahawa segala kejadian yang berlaku sebenarnya
adalah agenda Tuhan. Namun sekiranya Tuhan Yang Maha Merekacipta
(Al-Rahman) itu berupaya mencipta sayap burung dengan ukuran tertentu
supaya dapat berada di angkasa, yang demikian Tuhan Al-Rahman mampu
mengawal kejadian-kejadian tertentu di bumi ini sehingga umat manusia
mendapat rahmat atau ditimpa azab, menurut kehendak Tuhan.
Tuhan
Al-Rahman mengajari manusia akan peraturanNya (55:04). Manusia
mempelajarinya lalu mereka merekacipta sesuatu untuk kemudahan
mereka. Mereka mencipta pesawat terbang untuk mengembara dengan lebih
cepat. Mereka mencipta peralatan yang dapat mengukur tekanan
udarakasa untuk mengkaji perubahan cuaca. Peralatan satelit dengan
kemudahan pengesanan suhu dan tekanan udarakasa dapat meramal
perubahan cuaca yang berlaku di bumi pada kedudukan yang besar.
Mereka juga mencipta peralatan yang dapat mencerap pergerakan debu
yang dipindahkan dari satu benua ke benua yang lain. Semua idea ini
diperolehi daripada kerja-kerja kejuruteraan teliti yang Tuhan
laksanakan terhadap sayap burung, sehingga manusia membuka ruang
pengkajian terhadap mekanik bendalir. Tuhan Al-Rahman amat
menggalakkan manusia melakukan pengamatan terhadap segala rekaciptaan
Tuhan. Semuanya harus dipelajari berdasarkan sifat Tuhan Al-Rahman
Maha Melihat Segala Sesuatu.
انه بكل شئ بصير
Sesungguhnya Ia terhadap segala sesuatu
Maha Melihat.
Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.
maklumat yang bermanfaat
ReplyDelete