ا
من هذا الذى يرزقكم ان امسك
رزقه
بل لجوا فى عتو و نفور
Adakah
siapa lagi (daripada) ini yang Ia memberi rezeki kepadamu, bahawa telah
mengawal Ia akan rezekiNya? Bahkan telah terus laju mereka dalam kesombongan
bersangatan dan menjauhi diri.
atau
siapa Dia Yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?
(tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus Dalam
keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
i. Kesan Suhu Yang
Stabil
Ayat ini dihubungkan dengan ayat sebelum ini
dan ayat-ayat sebelumnya, menjurus kepada kefahaman bahawa Tuhan Al-Rahman,
Dialah yang memberi rezeki serta mengawal rezeki pada kadar tertentu.
Segala-galanya tunduk kepadaNya dengan kiraan tertentu dan kadar tertentu.
Sebelum adanya manusia yang mendiami bumi ini, telah terdapat penghuni-penghuni
daripada haiwan-haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Semuanya saling berinteraksi
pada kadar tertentu sehingga terbentuk kestabilan hidupan.
ii. Pembentukan Cuaca Yang Terkawal
Kemudian manusia yang jahil diciptakan Tuhan
untuk memakmurkan bumi dan atas sikap tergesa-gesa manusia (70:19), menyebabkan
mereka memerlukan panduan daripada Tuhan Al-Rahman (55:1~7) untuk
memakmurkannya. Kemudian jadinya mereka menempuh kehidupan dan melanggar
pertimbangan dalam mengurus alam kehidupan mereka (55:8). Tuhan Al-Rahman yang
menyediakan rezeki untuk hidupan. Melalui air hujan yang diturunkan, Tuhan
mengeluarkan rezeki dari bumi. Lalu bagaimanakah hujan, yang merupakan suatu
fenomena alam, menurut peraturan Tuhan, sebelum ini dapat turun dengan kadar
tertentu sesuai dengan keadaan setempat, dapat kekal sedemikian adanya, kiranya
manusia sendiri melalui tindakan gelojoh mereka, mengakibatkan keseimbangan
alam terganggu? Manusia melakukan pekerjaan tanpa panduan daripada Tuhan,
sehingga mengakibatkan terhasilnya suatu keadaan yang dinamai sebagai perubahan
cuaca.
iii. Usaha
Bersungguh-sungguh Manusia
Melanggar Peraturan Tuhan Sehingga
Mengakibatkan Perubahan Cuaca Dan
Melanggar Peraturan Tuhan Sehingga
Mengakibatkan Perubahan Cuaca Dan
Bencana Alam
Mereka mahukan hasil pertanian dan penternakan
memberi pulangan yang cepat, dengan usaha yang sedikit dan hasil yang banyak,
dengan kerja-kerja yang dibantu peralatan yang menyenangkan. Pembakaran
hidrokarbon berlaku sangat berleluasa bahkan perlepasan gas metana yang
memerangkap haba di atmosfera tidak juga dikawal. Akibatnya suhu bumi
meningkat, ais-ais di kutub semakin mencair, kelembapan udara di permukaan bumi
meningkat dengan ketara dan kuantiti hujan semakin banyak. Dengan tenaga haba
yang tinggi di persekitaran dan kuantiti air yang banyak di udarakasa, terlalu
banyak kejadian hujan dan taufan yang membinasakan ladang-ladang pertanian
telah terjadi. Manusia masih mengingkari Tuhan Al-Rahman daripada berhati-hati
dalam menempuh kehidupan dan beriman kepadaNya dengan cara meneliti
ayat-ayatNya. Mereka berterus-terusan melaksanakan pertanian intensif,
menggunakan baja terlarang, semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang sangat
banyak. Akibatnya, akan sampai masanya, bumi menjadi terlalu panas, kuantiti
air di udarakasa menjadi berkurangan disebabkan tiada lagi pencairan ais, hujan
yang turun adalah hujan yang panas serta membinasakan atau berlaku kemarau yang
amat berpanjangan mencapai tempoh tahun.
Bukankah Tuhan Al-Rahman yang paling mengerti
dengan kadar rezeki yang harus Dia sediakan kepada semua hidupan di bumi ini?
Sedangkan yang dikehendaki oleh golongan yang ingkar adalah monopoli.
Sebahagian mereka menghendaki bahawa mereka menjadi pengeluar terbanyak hasil
pertanian supaya mereka dapat memonopoli harga pasaran dan mereka sanggup
memusnahkan hasil ladang dan ternakan mereka semata-mata untuk mengawal harga
pasaran. Mereka menjauhi pengajaran-pengajaran Tuhan yang mengajar manusia
supaya banyak membantu umat mendapatkan keredhaan Tuhan. Dengan kemewahan yang
sedikit, yang mereka perolehi dalam kehidupan dunia ini, mereka berlaku sombong
dengan kesombongan yang bersangatan seolah-olah mereka ingin memberitahu,
lantaran mereka golongan yang kaya, jadi mereka adalah lebih ‘benar’ jalannya
daripada golongan yang berhati-hati dalam pekerjaan.
No comments:
Post a Comment