قل هو الذى انشاءكم و جعل لكم السمع
و الابصار و الافئدة قليلاما تشكرون
و الابصار و الافئدة قليلاما تشكرون
Katakanlah
olehmu, dia yang telah memelihara (membelai) Ia akan kamu dan telah
mengadakan Ia bagimu pendengaran dan pengelihatan dan perasaan
(hati). Sedikit sekali (daripada) kamu (yang) bersyukur.
Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada
kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan
serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur".
Adakah
Tuhan yang sedemikian sifatNya, mengajari manusia melalui banyak
peristiwa silam, menggalakkan manusia menziarahi tempat-tempat
peristiwa silam, memberitahu fenomena langit yang dapat memberi kesan kebinasaan terhadap manusia, serta
fenomena pergerakan udara sehingga dapat membantu manusia dalam
banyak perkara, sehingga memberi panduan mudah kepada manusia
mengkajinya, tidak memberi sebarang erti buat manusia yang diberi
pengelihatan, pendengaran dan perasaan? Hanya manusia yang bersyukur
sahaja dapat melihat, mendengar dan mengambil pengertian terhadap
panduan Tuhan sedemikian. Hanya yang bersyukur sahaja dapat mengambil
pelajaran dan memulai usaha memperbaiki amalan manusia supaya menjaga
pemberian Tuhan kepada manusia darihal keseimbangan alam, pengajaran
daripada sejarah-sejarah silam dan sebagainya.
i.
Hanya Yang Bersyukur Sanggup Mulai
Baca Al-Quran
Baca Al-Quran
Hanya
yang bersyukur sahaja mahu mengambil langkah mula membaca Al-Quran
dengan sebenar-benar pembacaan (2:121) dan bukannya terikut-ikut
disiplin akademi semasa yang sengaja menjadikan Al-Quran itu suatu
kitab yang terlalu suci, sehingga sukar dipelajari dan disampaikan
kepada umat manusia. Mengingkari pengajaran sedemikian akan
mengakibatkan seseorang sentiasa berada dalam keadaan merugi.
ii. Hanya
Yang Bersyukur Sanggup Bertukar
Ke Cara Beragama Yang Baru.
Ke Cara Beragama Yang Baru.
Perkataan
ﻗﻠﻴﻼﻣﺎ
sekiranya
diterjemah secara terus daripada bahasa Arab bererti “sedikit
sekali apa yang”. Namun terjemahan sedemikian akan menyebabkan
pengertian suatu perkataan tertentu didapati berlaga dengan kefahaman
ayat tentang sesuatu. Perkara ini telah dibincangkan dalam
surah-surah awal sebelum ini sehingga penulis dapat simpulkan bahawa
penguasaan bahasa Arab semata-mata tidak mampu untuk memahami
ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran.
ﻗﻠﻴﻼﻣﺎ
harus
diterjemahkan sebagai “sedikit sekali daripada”. Iaitu sangat
sedikit daripada manusia yang mahu bersyukur.
iii. Nyatanya
Amat Sedikit Yang Bersyukur
Perkataan
bersyukur, Tuhan nyatakan selepas daripada pendengaran, pengelihatan
dan perasaan yang Ia sediakan kepada manusia. Oleh yang demikian
bersyukur, ada kena mengena dengan mempergunakan pendengaran,
pengelihatan dan perasaan dengan sebaik-baiknya untuk memahami
ayat-ayat Tuhan. Oleh kerana mereka yang bersyukur merupakan jumlah
yang sangat sedikit daripada umat manusia, peranan mereka amat
penting dalam mengendalikan urusan alam ini sebagaimana yang
diperintah Tuhan. Kepada mereka jualah diharapkan untuk menjadi
pimpinan umat, menyedarkan mereka betapa pentingnya umat kembali.
Memulai
Langkah Pemuliharaan
Wajarkah
dalam keadaan umat yang sedemikian adanya pada waktu ini, para ulama
memberi kesedaran kepada manusia umumnya, akan kepentingan merampas
kembali amanah pemerintahan? Sedangkan mereka sendiri tidak akan
sanggup melaksanakan amanah, tanpa terlebih dahulu membuat persiapan
rapi terhadap umat sebagaimana risalah kerasulan yang diterap oleh
RasululLah S.A.W. kepada para sahabat baginda. RasululLah S.A.W.
terlebih dahulu menyampaikan kepentingan syahadah kepada yang sudi
menerimanya dan kemudian menunjukkan kepada sahabat baginda
kepentingan amalan tertentu berdasarkan ajaran-ajaran Tuhan yang
baginda perolehi melalui Al-Quran. Pada peringkat awalnya baginda
sendiri melarang perkataan baginda dituliskan dan yang perlu ditulis
hanyalah Al-Quran. Supaya umat tidak keliru antara perintah Tuhan dan
perintah Rasul. Kewajiban pertama adalah penyampaian Al-Quran
semata-mata, beriman kepada
Tuhan semata-mata dan baginda sendiri memberi contohnya.
No comments:
Post a Comment