SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, December 15, 2018

KONSPIRASI SEDUNIA YANG SEDANG DIRENCANA



Adakah pengguna menyedari tentang teknologi RFID? Apakah hubungan teknologi ini dengan penggunaan wang maya? Apakah peranan tangan-tangan belakang yang sengaja merancang teknologi sedemikian? Apakah matlamat mereka dan bagaimanakah kesudahannya?

Sebelum membuka tajuk ini, penulis terlebih dahulu ingin menyentuh tentang keadaan semasa dan perkara yang dijangka bakal terjadi dalam sedikit masa lagi. Buat masa ini, pada masa tulisan ini ditulis, kita dapati keadaan seolah-olah tenang dan terkawal. Sebahagian besar daripada rakyat tidak menyedari perkara yang sedang terjadi dan masing-masing mengharapkan pemulihan ekonomi akan berlaku dan keadaan akan menjadi lebih baik pada tahun-tahun akan mendatang. 

Sekiranya dahulu perhijrahan besar-besaran rakyat sesebuah negara ke negara-negara lain adalah disebabkan oleh konflik seperti peperangan yang terjadi di negara asal mereka, keadaan sekarang sudah semakin kritikal. Penghijrahan beramai-ramai rakyat dari utara Afrika ke benua Eropah contohnya, bukan lagi disebabkan oleh konflik peperangan tetapi turut didakwa disebabkan oleh bencana cuaca. Perpindahan penduduk Hondurus ke Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh kadar jenayah yang sangat tinggi yang terjadi di negara asal mereka. Sekalipun terdapat dakwaan bahawa penghijrahan itu turut dibantu oleh pihak-pihak tertentu, semua itu dapat terjadi atas perkara yang tidak dapat dielakkan seperti konflik, bencana cuaca, bencana ekonomi dan sebagainya yang telah menjadi semakin serius.

Keadaan ini juga terjadi di negara kita. Kita dapat melihat kebanjiran pendatang-pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Filipina dan India, disebabkan oleh keinginan mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Kedatangan penduduk dari Myanmar pula adalah akibat konflik yang terjadi di negara mereka. Kedatangan pelawat-pelawat dari negara China dan Nigeria pula adalah untuk memenuhi kuota menambahkan aktiviti gelap mereka di negara ini. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja termasuk merasuah pegawai-pegawai imigresen, yang sejak awal-awal lagi sememangnya telah ketagih wang dan akibatnya, negara kita kini dilanda masalah serius yang dicetuskan oleh warga asing itu sendiri. Kek ekonomi yang diperolehi oleh setiap rakyat negara ini turut semakin mengecil dan pelbagai masalah dalaman telah timbul. Apatah lagi, rakyat di negara ini sedang menghadapi masalah inflasi yang besar, disebabkan kegagalan pemerintah mengawal peningkatan kos pengangkutan terhadap produk-produk keperluan rakyat. Peringatan-peringatan melalui tulisan seperti ini hanyalah dianggap seperti suara kecil yang tidak ingin untuk mereka dengari. Mereka pasti akan menghadapi masalah yang lebih besar selepas ini.

Sebenarnya usaha besar yang sedang dilakukan oleh para konspirator adalah untuk menjayakan projek “Weaponization of Space”. Projek yang dirancang ini, bukan sahaja bertujuan meletakkan pelbagai jenis senjata di angkasa lepas, tetapi juga untuk tujuan pengintipan dan untuk tujuan memaksa negara-negara membangun menerima program penggunaan wang maya atau yang lebih dikenali sebagai wang digital. Alasan yang digunakan adalah kononnya untuk tujuan memudahkan pihak berkuasa mengesan dan menangkap penjenayah serta pendatang asing tak sah. Untuk tujuan itu, pihak berkuasa harus dapat mengawal sepenuhnya aliran wang. Setiap unit wang harus disertakan dengan ID dan sebarang pergerakan wang akan dapat diselusuri. Program seperti ini memang tampak menarik tetapi yang tidak menariknya adalah, kita akan kehilangan kebebasan terhadap wang yang kita miliki. Langkah mula yang telah dilaksanakan adalah, kiranya kita ingin mengeluarkan sejumlah wang yang banyak, kita akan ditanya daripada manakah wang itu kita perolehi dan apakah tujuan wang itu dikeluarkan? Soalan-soalan seperti ini sebenarnya adalah langkah awal yang mencabut kebebasan kita untuk mengawal sepenuhnya harta kita sendiri.


Peperangan akan datang adalah untuk
mencabut kebebasan seluruh warganegara.

Mereka sebenarnya telah lama mengetahui bahawa sistem ekonomi kapitalis akan berakhir dengan kebuluran rakyat sesebuah negara yang mengamalkannya. Dan perkara seperti inilah yang mereka telah rancangkan sejak sekian lama. Sistem kapitalis mengakibatkan orang ramai sentiasa bergantung kepada wang untuk terus hidup. Kita tidak seharusnya menyalahkan pihak bank semata-mata apabila kegawatan besar berlaku. Pihak bank hanya bertindak sebagai mesin ekonomi yang hanya memberi pinjaman kepada institusi-institusi dan juga orang ramai dan kemudian mengambil keuntungan berdasarkan peratusan yang dipersetujui. Kitaran yang diwujudkan oleh pihak bank adalah penghasilan lebih ramai hamba-hamba hutang yang akhirnya setiap mereka tidak lagi mampu untuk melunaskan hutang mereka. Oleh kerana bank sentiasa menganggap pihak yang berhutang adalah termasuk aset jangka panjang mereka, bank-bank akhirnya akan kehilangan aset mereka itu apabila semakin ramai peminjam diistihar muflis. Bank akhirnya tidak dapat memulangkan nilai pinjaman bond yang mereka perolehi. Fenomena ini akhirnya akan mengakibatkan bond-bond yang dikeluarkan oleh bank pusat mengalami pengurangan keberhasilan (yield) dan pemegang-pemegang bond, akhirnya akan menjual secara berbondong-bondong bond-bond pegangan mereka itu. 

Kejatuhan keberhasilan bond akan mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang dan pemegang mata wang yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat biasa akhirnya akan kebuluran. Tidak ada lagi orang kaya ketika itu kerana wang yang banyak yang mereka simpan, kini menjadi seperti wang pisang semasa zaman penjajahan Jepun dahulu. Perkara ini pasti akan terjadi dalam sedikit masa lagi.




No comments:

Post a Comment

Popular