فلما راو ه زلفة سيئت وجوه الذين كفروا
و قيل هذا الذى كنتم به تدعون
Maka tatkala telah melihat mereka akannya secara dekat, telah buruk ia akan wajah orang-orang yang telah ingkar mereka (selama ini) dan dikatakan, inilah yang telah adalah kamu dengannya,
kamu selalu seru (minta disegerakan).
kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) Yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang Yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah Dia Yang dahulu kamu Kerap kali minta disegerakan kedatangannya!
Golongan yang ingkar tidak mahu mengambil pelajaran daripada peristiwa sejarah silam, sekalipun mereka mengetahui tentang kejadian silam itu. Mereka menafikan kejadian yang akan menimpa mereka merupakan ulangan perkara yang pernah berlaku pada peristiwa silam. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana mereka mengkaji tempat-tempat bersejarah Fir’aun. Yang menjadi minat mereka untuk mengkaji adalah peninggalan silam serta Fir’aun itu sendiri. Mereka tidak ingin mengkaji, bagaimanakah Fir’aun dimusnahkan dan juga apakah pekerjaan Fir’aun yang mengakibatkan kerajaannya binasa? Seterusnya golongan yang ingkar ini membentuk pemerintahan mencontohi Fir’aun yang membawa perpecahan dalam kalangan manusia serta membawa akibat buruk alam persekitaran mereka.
ii. Mereka Mengulangi Perlakuan Umat Silam
Sejak dari zaman pertengahan yang lalu, selepas proses perindustrian berlaku di dunia ini, manusia mengejar sesuatu yang diistilahkan sebagai kebahagiaan hidup melalui kuasa pemilikan serta kemewahan. Sistem-sistem pemerintahan demokrasi dan ekonomi kapitalis telah diperkenalkan dan manusia dijanjikan dengan kemewahan supaya mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pihak kapitalis. Sehingga akhirnya manusia mencemari alam persekitaran mereka dengan pencemaran yang hebat. Undang-undang yang diwujudkan, sekalipun berjaya mengawal suasana alam supaya sentiasa cerah, namun atas kejahilan manusia menolak petunjuk Tuhan, akhirnya alam ini telah teruk tercemar. Bencana terjadi akibat perlepasan bahan-bahan kimia tertentu yang membawa mudharat secara perlahan-lahan. Bahkan, Tuhan tidak mengajari manusia menolak penggunaan teknologi, kemusnahan yang dijanjikan kepada golongan yang ingkar adalah disebabkan oleh tindakan mereka menjalani pekerjaan mereka secara tidak berhati-hati dan menggunakan bahan-bahan berbahaya secara bebas tanpa had. Adakah mereka tidak mengetahui bahan-bahan berbahaya tertentu? Bahkan mereka mengetahuinya namun di atas desakan kerakusan serta tamak haloba, panduan Tuhan diketepikan begitu sahaja sehingga menyebabkan bumi ini semakin dicemari.
Yang Menimpa Umat Silam
Sebenarnya perkara yang dijanjikan Tuhan adalah disebabkan oleh tindakan tangan mereka sendiri. Namun mereka tidak mempercayai suatu kejadian buruk akan berlaku dalam waktu yang terdekat. Peristiwa-peristiwa yang sering terjadi seperti keruntuhan tanah tinggi dan kejadian hujan lebat yang bersangatan serta taufan yang memusnahkan dianggapkan sebagai faktor alam atau kuasa alam segala jadi untuk mengimbangi kesan perubahan cuaca. Seolah-olah kejadian berkenaan menyerupai ulangan air pasang yang pasti akan surut suatu masa nanti (70:02). Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa waktu yang dijanjikan sudah terlalu hampir. Semakin banyak kejadian tanah rebah, gunung runtuh telah berlaku dan gunung dapat runtuh hanya akibat suatu gegaran kecil gempa. Perkara sedemikian jarang terjadi suatu masa dahulu melainkan jika gegaran yang sangat kuat telah berlaku. Terlalu banyak kejadian taufan yang mengakibatkan aliran lumpur yang memusnahkan kediaman dan mengorbankan banyak nyawa. Tiba-tiba manusia jadi panik, mengapa alam menjadi sedemikian lalu kempen demi kempen dijalankan supaya manusia menanam lebih banyak pokok, mengurangkan penggunaan bahan bakar, berkongsi kenderaan, mengelakkan pembuangan bahan cemar dan sebagainya. Adakah usaha ini akan berjaya? Berapa ramaikah yang akan menyahut kempen sedemikian? Apa benarkah kejadian yang berlaku disebabkan oleh bahan kimia tertentu yang mereka kenal pasti? Mereka masih berbalah, apakah benar karbon dioksida mengakibatkan peningkatan suhu bumi?
No comments:
Post a Comment