Wahyu Tuhan
Memperbetul Sistem Pentadbiran di Bumi Ini
Surah
ini membincangkan
perkara-perkara berkaitan pemerintahan (67:01). Sejak dari awal masehi,
pemerintahan dunia adalah lebih dipengaruhi oleh unsur keagamaan
daripada agama semitik iaitu Yahudi dan Kristian sehingga kepada
agama yang tunduk kepada pelbagai objek seperti Arab Jahiliyah,
Hindu, Katolik, Budha (ajaran Budhi suci) dan Shinto serta agama adat
seperti Tao, Confusius dan sebagainya. Yang demikian adalah
kecenderungan manusia untuk memilih agama bagi memenuhi naluri
kerohaniannya.
Belum ada sesuatu yang digelar falsafah
yang ditunjangi atas dokongan ilmu sains. Oleh itu pentadbiran ke
atas manusia telah terpecah kepada berbagai-bagai bentuk menurut
nilai-nilai setempat yang berbeza. Perbezaan ini membawa perselisihan
kepada umat manusia sehingga mencetuskan suasana peperangan antara
negara, perbalahan antara kelompok dan kabilah, krisis antara
keluarga dan akhirnya pertelingkahan antara individu.
Lantaran usaha memenuhi naluri kerohanian inilah mengakibatkan, kepimpinan mereka secara umumnya telah membawa akibat sehingga umat manusia di bawah pimpinan mereka, tidak dapat mempelajari serta mengambil pelajaran daripada peristiwa-peristiwa silam (67:15). Mereka meneruskan polisi hidup yang akhirnya membawa kebinasaan kepada kediaman mereka serta diri-diri mereka sendiri. Atas sebab itulah peringatan Tuhan (67:8/9) melalui rasul-rasul telah disampaikan kepada mereka agar mereka dapat mengubah polisi pemerintahan mereka kepada suatu yang lebih baik.

Agama
Islam datang membawa peringatan dan ancaman (67:08) kepada umat manusia pada zaman pertengahan yang lalu,
mempertahankan nilai-nilai tertentu dalam agama semitik dan telah
menyingkirkan aktiviti tunduk kepada banyak objek kepada satu objek.
Agama Islam juga datang dengan nilai ‘falsafah’
tersendiri (sekalipun bukan merupakan agama falsafah) serta
memperkenalkan konsep menyembah satu subjek dan antara yang agak
bernilai, agama ini telah melahirkan ramai saintis serta ilmuwan.
Nilai-nilai kebebasan individu
mula diperkenalkan. Amalan umat manusia selepas itu dapat berada dalam kawalan tertentu melalui polisi pemerintahan yang mengambil berat tentang kehidupan manusia dan juga alam sekitar mereka.
Apabila sampai ke zaman Renaissance, berlaku krisis kepercayaan umat manusia terhadap peranan gereja sehingga kepada konsep ketuhanan. Konsep ketuhanan mula dipertikaikan di Eropah bermula zaman Revolusi Perindustrian dan telah hilang peranannya dalam pentadbiran. Pentadbiran Barat akhirnya terpecah kepada dua bentuk iaitu kapitalis dan sosialis yang ditentukan oleh faktor ekonomi dan peranan pekerja. Manusia diperkenalkan dengan konsep 'ketuhanan' yang baru iaitu nilai falsafah dan penemuan saintifik. Ideologi demokrasi dan komunis telah dipaksakan ke atas umat manusia di seluruh dunia melalui penjajahan dan perebutan wilayah. Kini, hampir sebahagian besar umat manusia telah dipaksa memilih salah satu agama baru dalam pentadbiran negara mereka iaitu sama ada bertunjangkan ideologi demokrasi atau ideologi komunis. Berkat persefahaman dua ideologi ini yang cuba mengelak perselisihan antara mereka, dunia ini telah aman selama lebih 50 tahun. Apabila ideologi komunis mula mengalami keruntuhan, ideologi demokrasi telah dipaksakan ke atas negara-negara kecil yang pada asalnya menganut ideologi komunis seperti Iraq dan Korea Utara melalui sekatan-sekatan tertentu dan juga kerajaan beraja yang terasing daripada dua ideologi berkenaan seperti Afghanistan.

Akibatnya,
berlakulah peperangan yang dahsyat serta kejam yang menyaksikan
kematian berjuta-juta umat manusia selepas Perang Dunia Kedua.
Ideologi demokrasi
yang menjanjikan penguasaan ekonomi kapitalis tanpa batasan dan
kebebasan manusia mula menampakkan kejelekan dalam kehidupan sosial
manusia dan juga keadaan keseimbangan di bumi ini. Mereka memerlukan perluasan wilayah demi untuk menyerap
sumber hasil ekonomi bagi menampung dan menampal kepincangan ekonomi
kapitalis yang berlaku (67:18). Kebebasan yang dilaung-laungkan telah
menyaksikan banyak persengketaan antara manusia dan telah wujud
semula peperangan antara negara, kebencian antara kelompok dan
kumpulan, krisis antara ahli keluarga dan antara individu
serta konflik
peribadi yang amat meruncing masakini. Sehingga ada manusia yang
hampir-hampir tidak mengetahui adakah ia seorang lelaki atau
perempuan?
Di
negara-negara yang pada asalnya terikat dengan pengaruh
agama,
Tuhan dan ajaran ketuhanan semakin dibenci dan di negara-negara yang
pada asalnya ketuhanan telah diketepikan dalam hidup, kesucian agama
mula diberi perhatian dan mereka dapat melihat bahawa hanya agama
Islam sahaja yang dapat menyediakan tempat selamat dalam krisis
kemanusiaan mereka. Suatu fenomena terbalik mula berlaku apabila umat
Islam mulai murtad
beramai-ramai manakala umat manusia daripada golongan ingkar pada
asalnya, telah menerima Islam secara beramai-ramai. Bahkan manusia kini mulai menempuh penderitaan akibat kesan perubahan cuaca yang dituruti permasalahan bencana yang menurutinya (67:30).
KUPASAN TERKINI AYAT
Sila klik untuk membaca kupasan terkini ayat Al-Quran.
KUPASAN TERKINI AYAT
Sila klik untuk membaca kupasan terkini ayat Al-Quran.
No comments:
Post a Comment