واسروا
قولكم اواجهروا به
انه
عليم بذات الصدور
Dan sama ada kamu rahsiakan akan perkataanmu atau sama ada kamu nyatakan dengannya, sesungguhnya Ia Maha Mengetahui dengan kandungan dada.
dan tuturkanlah perkataan kamu Dengan perlahan
atau Dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana Sesungguhnya
Allah Maha mengetahui akan Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada.
Dia yang Maha Mengetahui untuk apa tujuan
seseorang itu menyampaikan perkataannya sama ada untuk tujuan keredhaan Tuhan
atau tujuan yang lain daripada itu. Semua itu bergantung kepada sejauh mana
ketakutan seseorang akan Tuhannya yang berkeadaan ghaib. Seseorang yang kurang
takut kepada Tuhan, tentunya akan melakukan pekerjaan atau mengeluarkan
perkataan yang kurang menggambarkan pendirian berhati-hati terhadap Tuhannya
dan seseorang yang lebih takut kepada Tuhannya, tentunya akan melakukan
pekerjaan atau mengeluarkan perkataan dengan lebih berhati-hati lantaran takut
akan Tuhannya.
Dan sesungguhnya yang takut akan Tuhannya di
antara hamba-hambaNya adalah ulama’ atau golongan yang berilmu. Oleh itu
pencapaian ilmu dapat dijadikan ukuran dalam mengetahui tahap ketakutan
seseorang kepada Tuhannya. Ulama’ tidak diukur dengan pencapaian akademi kerana
ramai daripada ahli akademi bahkan yang diiktiraf hingga ke tahap doktor
falsafah (Ph. D.) yang diberi tanggungjawab memikul amanah tertentu, sanggup
melakukan perbuatan pecah amanah. Ilmu harus diukur dengan penghayatan
seseorang terhadap ayat-ayat Tuhannya, sekalipun ia bukanlah seseorang yang
fasih dalam berbicara tentang ayat-ayat Tuhan.
No comments:
Post a Comment