الا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير
Adakah
tidak Ia mengetahui sesiapapun iaitu (orang yang) telah mencipta Ia
(akannya), sedang Ia Maha Halus Maha Mengkhabar?
tidakkah
Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi
Maha mendalam PengetahuanNya!
Sesungguhnya
Tuhan Maha Mengetahui tentang manusia seluruhnya. Pemberitaan
ayat-ayat seperti ini dari awal ayat daripada surah ini,
menggambarkan kepada manusia tentang kekuasaan Tuhan, yang telah
mencipta alam ini dengan kesempurnaan tertentu sehingga manusia
sendiri berasa lemah mengkajinya. Tujuan alam ini diciptakan
sedemikian dan manusia dihidupkan serta dimatikan di dunia ini adalah
bertujuan menguji manusia siapakah antara mereka yang terlebih
molek amalannya?
i.
Manusia Memilih Sendiri Cara Memerhati
Sifat
daripada nama Tuhan ﺍﻟﻠﻄﻴﻒﺍﻟﺨﺒﻴﺮ
adalah
Maha Halus, Maha Memberitahu iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui perkara
yang sehalus-halusnya tentang manusia ciptaanNya dan sentiasa
mengkhabarkan kepada ciptaanNya itu tentang perkara-perkara tertentu.
Manusia mempelajari tentang kejadian dirinya sedikit demi sedikit,
memindahkan ilmu untuk diwarisi daripada satu generasi ke generasi
selanjutnya. Manusia diberi keupayaan mengingati tentang
perkara-perkara tertentu dan merekodkan dalam bentuk catatan atau
konsep-konsep ilmu. Terpulang kepada manusia itu untuk mensyukuri
anugerah Tuhan sedemikian atau mengkufurinya. Daripada
bahan asas tubuhnya, manusia mempelajari tentang susunan zarah yang
membina tubuhnya sehingga suatu peringkat dapat mengenali zarah-zarah
tertentu yang menjadi blok-blok binaan yang melengkapi tubuhnya.
Berdasarkan kefahaman ini, manusia
mengetahui keperluannya darihal pemakanan serta perkara-perkara perlu
yang lain untuk sokongan hidupnya. Oleh kerana penciptaan manusia itu
sendiri merupakan suatu perkara yang amat rumit, terdapat banyak
perkara yang hanya boleh dipelajari melalui perantaraan wahyu
Tuhan. Lalu Tuhan mewahyukan
manusia melalui RasulNya tentang perkara-perkara yang perlu
dilakukan dan ditinggalkan, termasuk makanan yang dihalalkan serta
yang diharamkan. Selain daripada manfaat untuk manusia itu sendiri
terdapat hikmah tertentu bagi sesiapa yang berminat untuk
mempelajari
hikmah berkenaan. Bagaimanakah hikmah itu dapat dipelajari sekiranya
manusia itu sendiri yang memilih untuk mengingkari pemberitahuan
daripada
Tuhan? Bagaimanakah manusia dapat bergabung menjadi umat yang satu,
sekiranya mereka mengambil panduan yang lain untuk ditaati?
ii.
Manusia Memilih Sendiri Cara Mentadbir
Himpunan
ayat bahagian pertama ini menjelaskan betapa terdapat sebahagian
manusia yang akan menyesali, atas konsep kepercayaan mereka tentang
ketuhanan yang menjurus kepada perlakuan amalan tertentu. Mereka
dihumban ke neraka Jahanam atas kegagalan mereka mengambil
pendengaran atau menggunakan akal tentang ketuhanan dan kekuasaanNya.
Namun apakah faedahnya kesedaran itu yang akan berlaku di akhirat
nanti? Sedangkan tujuan Tuhan adalah untuk mendapatkan kepatuhan
manusia dalam tidak melihat keadaan Dia yang ghaib. Dia yang berjaya
mencipta mereka sedangkan mereka sendiri tidak mampu memikirkan
tentang langkah yang menjurus kepada penciptaan itu. Seterusnya
manusia yang menyedari tentang hakikat ini akan melakukan sesuatu
yang terbaik untuk dirinya dan ahli-ahlinya dalam menempuh kehidupan
ini. Demi mendapatkan suatu bentuk kehidupan yang diredhai Tuhan.
Setelah runtuhnya sistem kekhalifahan, manusia terumbang ambing dalam memahami matlamat hidup dan seterusnya mereka memilih sistem hidup berdasarkan cara kapitalis atau komunis, yang terbukti kedua-duanya membawa mudharat tersendiri. Kemudian mereka memilih sesuatu yang bersifat antara keduanya dengan sistem tata susunan dunia baru atau perestroika, yang juga tidak pernah menyatakan hasil sebagaimana yang dijanjikan. Manusia perlu kembali kepada pengajaran Tuhan, untuk memperbetul peranan mereka sebagai khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir cara hidup di bumi ini dengan lebih bermaruah. Adakah mereka masih perlu menanti hari esok yang lebih menjanjikan azab?
Setelah runtuhnya sistem kekhalifahan, manusia terumbang ambing dalam memahami matlamat hidup dan seterusnya mereka memilih sistem hidup berdasarkan cara kapitalis atau komunis, yang terbukti kedua-duanya membawa mudharat tersendiri. Kemudian mereka memilih sesuatu yang bersifat antara keduanya dengan sistem tata susunan dunia baru atau perestroika, yang juga tidak pernah menyatakan hasil sebagaimana yang dijanjikan. Manusia perlu kembali kepada pengajaran Tuhan, untuk memperbetul peranan mereka sebagai khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir cara hidup di bumi ini dengan lebih bermaruah. Adakah mereka masih perlu menanti hari esok yang lebih menjanjikan azab?
No comments:
Post a Comment