فاعترفوا بذنبهم فسحقا لاصحب السعير
Lalu telah mengiktiraf mereka terhadap kesalahan-kesalahan mereka maka
amat buruk bagi golongan (yang menghuni) (neraka yang) menyala.
akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang Yang kufur
ingkar), maka tetaplah JauhNya rahmat Allah dari ahli neraka.
i. Kesalahan Menjalani
Hidup Yang Merosakkan
Apakah ertinya kesudahan suatu kesalahan yang
mereka lakukan sehingga amat-amat membawa kerosakan? Mereka tidak akan dapat
memulihkan keadaan yang sudah terlanjur yang mendatangkan kerosakan, lalu
mereka menyesali. Begitulah sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tiada
gunanya. Sekiranya mereka diberi peluang untuk ‘diselamatkan’ adakah mereka
dapat menggunakan pengalaman mereka yang merosakkan itu untuk mendiami
syurga-syurga yang telah Tuhan janjikan sebagai tempat yang damai serta
kediaman abadi untuk golongan yang beriman? Bahawa kediaman dunia ini hanyalah
tempat untuk menimba pengalaman yang dinamai sebagai amalan.
ii. Tidak Wajar Menuntut
Sesuatu Menjadi Hak Milik
Kehidupan ini memang Tuhan sengajakan sebagai
tempat kediaman yang tidak kekal supaya manusia yang mendiaminya sentiasa
menyedari bahawa ia tidak berhak untuk menuntut segala sesuatu sebagai hak
miliknya. Tidak harus seseorang itu menganggap ahli keluarganya adalah
miliknya, hartanya adalah miliknya, status dan kedudukan adalah hak mutlaknya
sehingga segalanya perlu diselesaikan di mahkamah! Mereka harus menyedari
bahawa mereka tidak memiliki apa-apapun walaupun diri mereka sendiri dan segala
yang ada dalam tangan mereka hanyalah merupakan amanah yang diserahkan kepada
mereka dan akan diminta kembali dan diminta untuk dipertanggung-jawabkan. Tuhan
menguji siapakah antara manusia yang sanggup mengakui hakikat ini sehingga
sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Tuhan? Siapakah dalam kalangan
manusia yang sanggup menuju ke suatu jalan untuk melakukan amalan yang lebih
baik serta memperbaiki kerosakan yang ada? Itulah tujuan hidup ini, yang kita
sendiri akan menyaksikannya kemudian nanti.
Kehidupan ini singkat sebenarnya dan
kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa pun.
No comments:
Post a Comment