ءامنتم من فى السماء ان يخسف بكم
الارض فاذ هى تمور
الارض فاذ هى تمور
Adakah
telah (merasa) aman kamu, subjek (yang ada) pada langit itu, bahawa
ia menutup dengan kamu akan bumi itu lalu tiba-tiba ia melitupi.
Adakah kamu merasa aman, terhadap siapa yang ada di langit, bahawa kamu akan ditenggelamkannya ke dalam bumi, ketika ia bergoncang dengan kerasnya.
Cuba
sekali lagi bandingkan dengan terjemahan yang biasa ditemui iaitu "Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan Yang pusat pemerintahanNya di langit itu menunggang balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?"
i. Perbezaan Terjemahan Biasa
Dan Terjemahan Harfiah
Terjemahan
biasa memberi kefahaman bahawa terdapat suatu subjek, yang berada di
langit yang besar kekuatannya, dapat melakukan kegoncangan besar
terhadap bumi sehingga mengakibatkan manusia ditenggelamkan.
Kejadian seperti ini adalah seperti kejadian gempa bumi yang
disebabkan oleh sesuatu yang jatuh dari angkasalepas, membawa gegaran
yang besar. Walaupun terjemahan seperti ini tampak munasabah dan
penulis tidaklah berkelayakan menafikannya, namun penulis lebih suka
mengambil suatu bentuk kefahaman ayat yang menjurus kepada
hubungkait himpunan ayat.
Perkataan
ﺨﺴﻒ
bermakna
tutup dan ﺗﻤﻮﺭ
pula adalah
kata kerja muannas bagi bumi yang melakukan kerja melitupi. Iaitu
bumi itu bergerak dengan cara menimbusi sesiapa yang berada pada
laluannya. Pergerakan bumi sedemikian dapat ditujukan pada
pergerakan lava gunung berapi atau tanah longsor
yang runtuh
dari bahagian bumi yang lebih tinggi. Penyebab kepada kejadian ini
adalah sesuatu atau subjek yang terdapat pada langit dan subjek itu
pula adalah sesuatu yang dapat dipastikan sebagai yang berada pada
lapisan udarakasa yang terdapat di luar permukaan bumi. Kefahaman
seperti ini, penulis dapat nyatakan sebagai sesuatu yang berkaitan
dengan sistem pentadbiran manusia sepertimana yang disebutkan dalam
ayat awal sebelum ini.
ii.
Mengkaji Fir'aun Dikambus Air
Akibat Tekanan Udarakasa
Akibat Tekanan Udarakasa
Iaitu
apabila manusia, melalui sistem pentadbiran, mereka tidak berminat
untuk mengkaji kesan-kesan peristiwa silam darihal kemusnahan
umat-umat terdahulu, maka bagaimanakah mereka dapat memahami apa yang
sebenarnya yang berlaku masakini? Sebagai contoh, dengan mengkaji
hasil kerja yang dilaksanakankan di bawah pemerintahan Fir'aun suatu masa dahulu, kita akan dapati mereka melaksanakan cara pemerintahan pecah
belah dan perintah. Akibatnya, hubungan sesama masyarakat menjadi
kacau bilau sehingga membangkit permusuhan antara puak. Kaedah
pertanian yang mereka jalankan adalah dengan cara menggunakan terlalu banyak baja ammonia, yang dibekalkan oleh pembesar Ammon. Akibatnya, perubahan cuaca dapat berlaku
dan langit terkesan sehingga membawa bencana sama ada mengakibatkan
taufan, kilat-kilat besar serta air laut yang menenggelamkan. Bencana
alam yang membinasakan seperti yang dinyatakan berdasarkan kefahaman
ayat sedemikian telah berlaku masakini.
iii. Peristiwa Taufan Morakot, Selut-
selut Gunung Menenggelami
Bangunan
selut Gunung Menenggelami
Bangunan
Kejadian
Taufan Morakot di Taiwan beberapa tahun sudah, telah
mengakibatkan aliran selut dan lumpur dari tanah-tanah tinggi,
mengalir melitupi kawasan-kawasan kediaman sehingga mengakibatkan banyak
kematian. Kejadian yang suatu masa dahulu amat jarang sekali terjadi,
tiba-tiba pada sekitar waktu ini, menjadi peristiwa yang sering kali
berlaku. Seolah-olah ayat ini telah mula menunjukkan takwilnya
sekitar waktu ini.
Selain
itu, keruntuhan sebahagian gunung yang turut berlaku kini telahpun menampakkan kekalutan yang
sering menjadi-jadi. Contoh kejadian yang berlaku adalah seperti pemecahan
batu-batu gunung yang mengandungi perafros,
kesan daripada kenaikan suhu bumi sehingga mengakibatkan
terjadinya keruntuhan tanah-tanah tinggi. Kejadian ini juga memberi
pandangan fatamorgana sebagaimana disebutkan dalam penerangan surah Al-Muzammil.
Akan
sampai suatu zaman, taufan-taufan besar dapat menyerap air yang terdapat di
bawah gunung sehingga gunung menjadi kering kerananya dan ikatan
tanah pada permukaan gunung menjadi lemah dan debu-debu gunung
berhamburan. Ayat berikut ini memberi gambaran, akan datang peristiwa
yang mengakibatkan pencemaran udara menjadi menjadi begitu serius. Semua ini
adalah disebabkan salah tadbir manusia yang memegang amanah darihal mengambil berat tentang pemuliharaan alam sekitar mereka.
No comments:
Post a Comment