ان
الذين يخشون ربهم بالغيب
لهم
مغفرة واجر كبير
Sesungguhnya orang-orang yang, mereka takut
akan Tuhan mereka dengan (keadaanNya yang) ghaib, bagi mereka keampunan dan
ganjaran yang besar.
Sesungguhnya orang-orang Yang takut (melanggar
hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak
melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala Yang besar.
Pada suatu ketika, dalam sesuatu keadaan yang
secara umumnya tidak dapat difikirkan, iaitu tentang kehidupan semula dan
tentang ketuhanan, lalu bagaimanakah penerimaan sedemikian dapat diterima oleh
manusia melainkan mereka yang dapat menggunakan akal secara bebas? Oleh sebab
kecenderungan manusia akhirnya menjurus kepada perkara agama, mereka harus
meletakkan sempadan dalam pemikiran mereka antara suatu yang dapat dijawab
melalui pertimbangan sains dan logik akal dengan suatu yang tidak dapat
dijelaskan melalui sains dan akal fikiran.
Hanya jawapan daripada Al-Quran, dapat memuaskan
hati manusia tentang segala persoalan mengenai sesuatu yang dapat difikirkan
dan sesuatu yang harus diterima oleh akal tanpa berterus-terusan
mempersoalkannya. Tuhan sendiri berjanji dengan ganjaran yang besar untuk
mereka yang takutkan akanNya, dalam keadaan Ia tidak pernah menyatakan
‘diri’Nya. Takut akan Tuhan, meyakini kehadiranNya dapat menyediakan suatu
ikatan dalam hati manusia untuk melakukan sesuatu dengan matlamat yang kukuh.
Mungkin suatu persoalan suka ditimbulkan oleh golongan yang ingkar daripada
golongan aties dan dalam kalangan penganut kerohanian tertentu dalam menyatakan
bahawa Muhammad (S.A.W) itu sebenarnya manusia yang mengagendakan perkara
agama, atas nama Tuhan dan nama nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya serta atas
nama malaikat, yang semua itu dijadikan watak-watak ghaib tertentu dalam
mempengaruhi manusia serta jalan pemikiran mereka. Jawapan yang mudah yang
penulis dapat sediakan ialah mengapakah perkara-perkara yang amat bertepatan
dengan penemuan yang bersifat ilmiah telah sedia tertulis dalam Al-Quran sejak
lebih 1400 dahulu, hanya baru-baru ini diiktiraf, ditemui pada zaman moden dan
zaman teknologi maklumat?
Lalu dapatkah mereka menulis sebuah kitab
seumpama Al-Quran yang langsung tidak dapat dipertikaikan kebenarannya sejak
dari dahulu lagi serta bernilai mukjizat yang bukan sekadar saintifik,
futuristik, linguistik serta sangat teliti cara susunannya? Perkara Al-Quran
terbukti pernah memberi sumbangan yang besar dalam penemuan-penemuan dan
pembentukan tamadun serta pernah membentuk beberapa kerajaan yang mengangkat
martabat manusia yang sehingga kini hak kebebasan manusia dijadikan
kempen-kempen politik dalam membentuk pemerintahan.
No comments:
Post a Comment