و لا طعام الا من غسلين
i. Polisi Hidup Mereka Dahulu,
Orang Ramai Dibiar Memakan
Makanan Sisa
Itulah
 gambaran makanan yang diperolehi oleh mangsa mereka dahulu, akibat 
perbuatan dan polisi kehidupan yang telah mereka laksanakan atau pemakanan yang lebih buruk lagi. Bahkan pemakanan 
sedemikian sebenarnya dapat kita perhatikan dalam kehidupan di dunia ini lagi, apabila 
terdapat sebahagian golongan yang curang ini, hanya berselera memakan 
makanan yang sudah terlalu lama diperam. Sebahagian yang lain pula gemar 
memakan sisa yang ditinggalkan ulat-ulat yang memakan hasil makanan 
seperti ikan pekasam, di samping pemakanan basi yang lain seperti arak 
atau minuman beralkohol. Polisi kewangan yang mereka laksanakan dalam 
kehidupan dunia adalah untuk menindas manusia. Manusia disediakan dengan
 nota janji bohong yang nilainya sentiasa disusutkan sehingga akhirnya 
hanya tinggal sisa.
Dan tiada makanan melainkan daripada basuhan.
"Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur”
Perkataan غسل daripada kata kerja bermakna basuh dan daripada kata nama yang sama,
adalah baki basuhan ataupun kotoran yang dapat ditanggalkan daripada 
aktiviti basuhan. Kita dapat menyaksikan kotoran sedemikian ada 
dalam saluran longkang yang tentunya tiada sesiapa pun yang sanggup 
mengambilnya kembali untuk dijadikan bahan makanan.
ii. Mereka Memperolehi Kumbahan seperti
Air Longkang, Baki Pepejal Terampai dan
Bahan Larut Resapan
Balasan sedemikian adalah suatu gambaran bagaimana golongan 
berkedudukan daripada golongan ingkar, sanggup melakukan pekerjaan yang 
mengabaikan tanggungjawab sehingga terbiarnya golongan miskin. Sehingga 
mengakibatkan apajua yang diperolehi oleh golongan miskin hanya 
merupakan sisa-sisa peninggalan daripada harta yang tidak dikehendaki 
mereka.
iii. Bukan Sahaja Tanggungjawab Beragama
Bahkan Mereka Meninggalkan
Tanggungjawab Sosial.
Di manakah tanggungjawab sosial mereka, sekalipun jika mereka tidak 
suka mengambil tanggungjawab agama untuk mengambil berat keadaan 
masyarakat? Sungguh mereka golongan tidak berhati perut, sanggup 
membiarkan sahaja pihak lain menanggung derita. Keadaan yang parah 
seperti ini telah berlaku kini, apabila wujud sekumpulan manusia yang 
masyarakat sekitarnya tidak menghiraukan mereka.
iv. Wujudnya Generasi Makan Sampah
Mereka
 adalah daripada generasi muda yang sanggup makan sampah. Mereka jadi 
liar sebagaimana liarnya haiwan-haiwan berkeliaran. Inilah ‘dia’ 
masyarakat dalam negara yang dibentuk daripada hasil pendidikan alam 
persekitarannya, sedangkan mereka memiliki ahli-ahli politik yang petah 
berbicara, guru-guru agama yang memberi ceramah di corong-corong radio 
dan peti televisyen. Usahawan mereka meneroka pasaran antarabangsa dan 
angkasawan mereka telah sampai ke angkasa raya. Mereka mendiami negara 
yang ada peraturan dan undang-undang. Tiba-tiba sahaja mereka melahirkan
 generasi baru yang apabila menjadi remaja, menjadi ahli kumpulan liar 
tidak memperduli sistem yang telah terbina sejak sekian lama. 
Seolah-olah yang demikian itu adalah bibit-bibit yang akan membentuk 
masyarakat kucar-kacir dalam beberapa generasi mendatang. Mereka tidak 
lagi dapat melihat mendiami negara bersistematik.
No comments:
Post a Comment