لا ياًكله الا الخاطئون
Tiada ia memakan akannya melainkan mereka yang bersalah.
"Yang tidak memakannya melainkan orang-orang Yang melakukan perkara Yang salah".
i. Igauan Dalam Kehidupan
Kehidupan bermasyarakat menjadi suatu igauan. Mereka lebih takutkan 
penjenayah daripada berusaha bersama-sama membenteras jenayah. Lantaran 
golongan ‘sampah’ masyarakat mereka adalah golongan yang dilindungi. 
Penagih-penagih dalam kalangan mereka memberi pulangan kewangan kepada 
pengedar-pengedar. Pengedar-pengedar melindungi mereka dengan 
menyediakan bekalan yang diperlukan asalkan mereka sanggup memberi wang 
sekalipun wang itu diperolehi melalui aktiviti jenayah. 
Pengedar-pengedar mereka membayar 'cukai perlindungan' kepada 
penjawat-penjawat awam. Yang paling berpengaruh 
menerima habuan wang perlindungan pada jumlah lebih besar. Aktiviti 
perjudian, maksiat dan kongsi gelap terus sahaja berlaku dan perolehan 
yang mereka perolehi mereka 'infaq'kan pada jalan syaitan agar aktiviti sedemikian terus subur.
ii. Kitaran Syaitan Yang Wujud Secara Merata
Adakah wajar golongan yang berkuasa dan berkepentingan menjamu selera
 dengan hidangan-hidangan lazat sedangkan ‘sampah-sampah’ masyarakat 
mereka, mereka hidangkan dengan najis dadah? Mereka memasukkan diri-diri
 seperti mereka dalam kumpulan elit sementara yang lain mereka anggap 
‘sampah’. Mereka memakan hasil penjualan dadah melalui wang perlindungan
 yang mereka perolehi. Ketua penjenayah pula menyonglap penjawat tertinggi 
awam agar aktiviti jenayah mereka dapat dihalalkan. Usah fikirkan 
balasan di akhirat nanti, nasib generasi akan datang sanggup mereka 
gadaikan yang tentunya, mereka sendiri tidak akan dapat mendiami kawasan
 yang selamat nantinya.
iii. Apabila Peraturan Tuhan Dicabar
Situasi seperti ini sebenarnya banyak berlaku di kebanyakan negara sehingga kita kini merasa tidak selamat untuk
 mengembara berseorangan. Siapakah di antara kita sanggup melepaskan 
anak-anak kita sama ada lelaki atau perempuan untuk menuju ke 
tempat-tempat tujuan mereka? Pada bila-bila masa sahaja mereka boleh 
menjadi mangsa penculikan, keldai tunggangan dadah atau dibunuh begitu 
sahaja dengan tujuan mendapatkan organ-organ penting dalam tubuh mereka.
 Yang paling dikhuatiri adalah mereka dipaksa untuk terjebak dalam 
aktiviti jenayah yang tentunya akan menghancurkan kehidupan mereka pada 
masa akan datang. Dunia pada suatu waktu menjanjikan kediaman yang tidak
 selamat dan sangat merbahaya untuk didiami. Apabila peraturan 
Tuhan dicabar, maka kehidupan manusia menjadi kacau bilau dan mereka 
saling menganiayai sesama mereka, menderita dalam azab.
Mangsa-mangsa ini dikatakan dibunuh
untuk mendapatkan organ dalaman mereka. 
(Maaf - tiada 'sensored' untuk gambar ini, 
 bagi menggambarkan kejadian sebenar  
yang berlaku di negara ini)

No comments:
Post a Comment