SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Monday, January 30, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 17 -- SEBAGAI FITNAH KEPADA MANUSIA DAN JIN


لنفتنهم فيه و من يعرض
عن ذكر ربه يسلكه عذابا صعدا

Supaya Kami memfitnah mereka padanya dan barangsiapa yang ia berpaling daripada peringatan Tuhannya, dililit akannya oleh suatu azab yang mendaki. 

(Pemberian Yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka Dalam menikmati apa Yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa Yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke Dalam azab Yang memuncak beratnya.

i.     Ujian Tuhan Untuk Manusia Dan Jin 

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Tuhan jualah yang merekacipta segala-galanya. Dia yang mengadakan Iblis untuk mengganggu gugat jin dan manusia supaya Dia dapat menguji jin dan manusia sama ada masih mahu mengingati Tuhan pada saat-saat terfitnah atau berpaling daripada peringatan Tuhan sebaik sahaja fitnah datang dalam hidupnya. Tentunya Iblis atau syaitan yang menggugat itu datangnya adalah dalam kalangan jin atau manusia itu sendiri yang akan mendatangkan masalah dalam hidupnya.

Akhirnya Ia akan mengetahui, mana-mana hambaNya yang mengetahui serta meyakini bahawa ia adalah ciptaan Tuhan yang Tuhan berkuasa atas segala-galanya pada dirinya, ataupun terhadap makhluk yang tidak meyakini bahawa ia adalah ciptaan Tuhan sehingga disangka Tuhan, tiada agenda dalam hidupnya.

ii.    Tuhan Tidak Pernah Memaksa

Sungguh Tuhan tidak memaksa seseorang untuk meyakini Tuhan sehingga ia dapati dalam kehidupan ini, ia sendiri akan dilingkungi dengan masalah yang terjadi. Bagi kebanyakan golongan yang ingkar, mereka tahu serta mahu bahawa Tuhan hanya menciptakan mereka sekali sahaja sehingga Tuhan tidak mencampuri urusan kehidupan mereka. Mereka ingin memilih kehidupan yang mereka sendiri tadbir. Seolah-olah mereka jualah yang pakar dalam urusan kemanusiaan, ekonomi, sosial, masalah dunia, kehidupan dan sebagainya. Apabila peringatan tentang ayat-ayatNya disebut, dengan segera mereka berpaling seolah-olah mereka tidak mendengar akannya. 

Lalu Tuhan membiarkan mereka dalam tempoh yang sangat lama sehingga mereka dapati bencana berlaku akibat hasil amalan mereka. Ilmu mereka tidak meliputi dengan lain perkataan mereka tahu tentang sesuatu bahaya namun mereka tidak menyedari. Mereka ingin mencuba dahulu berdasarkan tahap ilmu mereka dan mereka akan mengkaji sesuatu kejadian buruk dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sekiranya demikian, ini bermakna mereka lebih rela melihat kerosakan dan kemusnahan berlaku sehingga akhirnya mereka tidak berkesempatan memperbaiki keadaan.

iii.    Contoh Pengabaian Ammoniakal Nitrogen

Sebagai contoh, dalam usaha mendapatkan air segar yang merupakan suatu mandatori terhadap keperluan tubuh, manusia sendiri mengetahui bahan-bahan cemar seperti nitrat dan ammonia tidak dapat disingkirkan dengan mudah begitu sahaja. Namun akibat kealpaan manusia dalam projek-projek pertanian mereka, menyebabkan sebahagian bahan cemar ini dibazirkan dalam tanah dan tidak dapat dimanfaatkan untuk keperluan tumbuh-tumbuhan. Bahan nitrat yang terkandung dalam air minuman dapat mengakibatkan penyakit bayi biru pada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Walaupun kesan bahan nitrat tidak begitu ketara ke atas manusia setakat ini, kesannya terhadap tanah adalah serius. Nitrat sangat-sangat menghakis sehingga banyak berlaku pembentukan kelodak yang membawa sebahagian besar pepejal tanah bersama air yang mengalir. Lama kelamaan akan berlaku kejadian tanah rebah yang merosakkan kawasan pertanian serta kediaman manusia sendiri. Pada tanah-tanah tinggi, akan berlaku gelinciran disebabkan oleh kesan berpanjangan wap ammonia serta mengakibatkan tanah runtuh. Sekali lagi manusia mengabaikan kesan jangka panjang keruntuhan tanah yang semakin menjadi-jadi. 

Atas kepandaian manusia mengurus tadbir alam tanpa asas ketaqwaan kepada Tuhan, air segar kini perlu didapatkan pada harga yang tinggi. Dalam sistem ekonomi yang ada kini, akhirnya sistem yang dipilih manusia mengakibatkan kesan terhadap kestabilan sosial, sehingga berlaku peningkatan kadar jenayah sama ada jenayah indeks atau jenayah perdagangan. Ke manakah halatuju akhir manusia sekiranya bukan Tuhan sebagai matlamat? Azab yang berganda-ganda, pergerakan tanah di bawah kaki, jenayah yang meningkat, tekanan inflasi yang tinggi serta huruhara politik adalah merupakan suatu lilitan azab yang tidak akan berkurangan. Mereka tiada tempat untuk lari melainkan kepada Tuhan.

Apabila azab semakin ketara, kehidupan semakin mendesak dan manusia dapat dilihat mabuk dalam kehidupan azab, maka tempat aduan terakhir manusia adalah Tuhan. Sebenarnya manusia harus mengambil Tuhan untuk aduan awal dan akhir dan bukan bermain-main dengan bencana kemudian baru mendapatkan Tuhan, apabila mereka telah benar-benar tenggelam punca. Lihat sahaja apabila berlaku bencana yang besar atau berlaku kematian mendadak yang mengorbankan ahli keluarga atau sebahagian daripada mereka mengalami kejatuhan teruk dalam perniagaan mereka, dengan segera mereka akan menghadiri masjid untuk bermunajat kepada Tuhan. 

Bagaimanakah mungkin masjid-masjid yang didirikan bukan bertujuan semata-mata untuk Tuhan dapat dimakmurkan untuk tujuan beribadah kepada Tuhan dalam keadaan Tuhan dipersekutukan? Menyembah Tuhan tetapi bersungguh-sungguh mengambil sistem lain dalam kehidupan serta meredhai sistem berkenaan (30:33).





Tuesday, January 24, 2017

PERCATURAN BANGSA JIN TERHADAP MANUSIA


Daripada awal kalinya, kita telah membincangkan bagaimana sistem keingkaran telah dibentuk. Iblis selaku ketua segala kekufuran meletakkan dirinya pada kedudukan piramid tertinggi. Melalui penguasaan kerohanian, Iblis dibantu oleh teman-temannya yang diberi jawatan tinggi selaku perencana kerosakan dalam masyarakat jin dan manusia. Mereka telah melakukan perkara ini sejak awal kalinya mereka disingkirkan dari syurga atas sebab kesombongan mereka enggan sujud kepada Adam A.S., suatu lembaga yang Tuhan ciptakan daripada tanah. Selaku guru segala kesesatan, Iblis telah membawa ajaran atas tiga prinsip dan prinsip ini tidak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Prinsip-prinsip itu adalah

          i.      Suk – Keburukan
          ii.     Fahsaa' – Aktiviti seks terlarang
          iii.    Memperkata tentang ketuhanan
                  tanpa ilmu.

Dan sejak dahulu lagi kita telah dapat menyaksikan bahawa segala bentuk kekuasaan pemerintahan yang mengamalkan prinsip-prinsip sedemikian akhirnya akan musnah sama ada akibat tewas dalam peperangan atau perpecahan rakyat yang wujud daripada pemberontakan terhadap kepimpinan yang menyeleweng. Melalui pentadbiran manusia, pengaruh Iblis terpapar pada bangunan-bangunan peribadatan berbentuk piramid seperti bangunan piramid Maya di Mexico, piramid Kufu dan Giza di Mesir, kuil-kuil Hindu dan sebagainya. 

Penguasaan pertama Iblis adalah melalui pembentukan masyarakat berkasta. Keadaan ini diwujudkan akibat daripada hancurnya sistem kekhalifahan terakhir sebelum ini, menguruskan hak-hak kepentingan rakyat. Kini tiada lagi bekalan air percuma, bekalan garam percuma dan kemudahan padang ragut percuma. Sekiranya dahulu, kasta diwujudkan atas prinsip kerohanian, bahkan kini sistem kasta diwujudkan melalui sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba. Masyarakat sekurang-kurang dibahagikan kepada tiga golongan. Golongan atasan yang terdiri daripada kepimpinan, mereka ini sebenarnya tidak perlu sepenuhnya membayar sebarang cukai. Mereka ini terdiri daripada pembuat polisi, pencatur ekonomi serta pemodal-pemodal besar. Mereka hanya memikirkan keuntungan dan berusaha untuk mendapatkan keuntungan atas aktiviti manusia. 

Golongan pertengahan adalah yang melakukan semua pekerjaan dan membayar cukai. Mereka diberi tempat semata-mata untuk berkhidmat atas nama negara dan sebagainya dan mereka jualah yang menanggung beban sekiranya berlaku ketidak tentuan dalam negara. 

Golongan rendah adalah merupakan masyarakat gelandangan yang tidak memiliki pekerjaan tetap. Kehadiran mereka sengaja diwujudkan untuk menakut-nakutkan golongan pertengahan agar mereka tidak dapat menggunakan pemikiran kritis mereka untuk memikirkan polisi yang dilaksanakan oleh golongan atasan.

Demi mengukuh cengkaman kuasa, golongan atasan akan membesar-besar perbezaan dalam kalangan masyarakat sehingga setiap ahli masyarakat hanya perlu memikirkan bahawa keberadaan mereka hanya akan terpelihara melalui pengawasan pihak atasan, melalui jabatan polis yang diwujudkan, melalui badan kehakiman serta undang-undang yang dibentuk. Corak pemikiran rakyat sentiasa ditekan supaya mereka tidak dapat memikirkan perkara-perkara kritikal yang sedia mengakibatkan banyak terjadi perkara-perkara kerosakan yang menyusahkan rakyat.

Supaya rakyat tidak segera bangun, kerohanian mereka turut dikuasai sehingga pejabat-pejabat agama hanya dipergunakan sebagai badan yang mengaut keuntungan melalui kutipan zakat, persediaan peruntukan haji dan sebagainya. Pembelaan terhadap rakyat menjadi sangat terhad sehingga ramai dalam kalangan mereka mengalami kekecewaan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka ditekan dengan sistem ekonomi kapitalis sehingga mereka bekerja seperti hamba tanpa tuan yang dapat mereka ketahui dan seperti banduan dalam penjara tanpa jeriji besi yang dapat dilihat. Hamba kepada hutang serta banduan kepada sistem ekonomi kapitalis. 


Kita ditipu hari-hari melalui perhambaan hutang

Negara-negara kapitalis seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Australia, Malaysia, Singapura dan sebahagian negara Arab, telah mengikuti sistem ekonomi kapitalis berasaskan pasaran bebas dan rakyat negara mereka telah dirasuk dengan sistem sedemikian sehingga mereka amat sukar melihat permasalahan sebenar yang menimpa umat manusia. Harta mereka diambil atas nama agama tanpa sebarang cukai yang perlu dibayar. Tanah air mereka mengalami kerosakan atas nama pembangunan. Maruah mereka tercemar atas nama kemodenan. Demikian ini adalah perancangan utama Iblis, atas kegagalannya berulang-ulang kali berusaha menguasai bumi ini bagi menunjukkan kepada Tuhan seolah-olah Tuhan melakukan kesilapan dalam memilih manusia selaku pentadbir mukabumi ini. Seterusnya, apakah rancangan Iblis atas kerosakan yang telah umat manusia lakukan akibat mengikuti percaturan ekonomi kapitalis? Sebenarnya ia berusaha mengambil kesempatan atas kekalutan di bumi ini kononnya sebagai penyelamat manusia.

Suatu Pendedahan : Iblis sedang merancang
untuk 'menyelamatkan' manusia melalui 
penipuan terancang.

Penguasaan kedua Iblis adalah melalui pengawalan sistem kewangan. Keadaan ini juga diwujudkan akibat daripada hancurnya sistem kekhalifahan terakhir sebelum ini. Di mana-mana jua sekarang ini sistem perbankan telah diwujudkan menggantikan sistem baitulmal. Baitulmal pula diwujudkan sebagai pusat pengumpulan harta manusia yang kemudiannya disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang bukan syar'ie. Harta zakat digunakan untuk pembelian hartanah, kononnya untuk menggandakan keuntungan supaya menambah-nambahkan jumlah harta asal. Tindakan sedemikian sebenarnya menafikan hak golongan yang memerlukan sehingga mengakibatkan ramai daripada umat Islam mulai murtad. Mereka mewujudkan suasana seolah-olah yang buruk adalah sistem Islam dan yang baik adalah sistem kuffar. Dengan menukar wang daripada wang benar berupa emas dan perak yang telah lama digunakan oleh pemerintahan Islam suatu masa dahulu, kini wang palsu berupa kertas telah digunakan. Wang palsu ini dicagarkan kepada emas dan perkara ini dilakukan oleh negara-negara dengan menyerahkan emas milik negara kepada Yahudi Zionis untuk disimpan di Bank Simpanan Persekutuan di Manhattan, Amerika Syarikat. 

Mereka kemudian merancang untuk merompak emas berkenaan dengan cara yang licik melalui manipulasi pasaran bebas. Tabung 'hedge' disediakan supaya orang ramai terpedaya agar mereka aktif bermain harga di pasaran bebas. Akibat tindakan ini adalah inflasi serta surplus sehingga nilai komoditi bergerak terlalu tinggi dan turun terlalu rendah, sangat berbeza berbanding nilai pasaran benar. Kemuncak penguasaan terhadap kuasa beli orang ramai adalah penyediaan wang maya tidak kelihatan. Hanya rakyat yang berkemampuan yang menjadi hamba abdi mereka sahaja diberi peluang untuk melakukan transaksi perniagaan dengan harga pasaran yang tidak akan mampu diberi oleh peniaga-peniaga persendirian. Golongan Iblis ini sebenarnya cuba menjadikan dunia ini sebuah penjara yang sangat besar untuk mereka cuba kuasai setiap pergerakan individu. Tanpa wang elektronik, setiap rakyat tidak dapat berbelanja dan makanan manusia di rak-rak terbuka pasaraya menjadi hak mutlak golongan kapitalis. Keadaan ini telah berlaku terhadap rakyat Amerika Syarikat, apabila kebanyakan mereka amat kurang berbelanja menggunakan wang fizikal dan mereka menggunakan kad-kad elektronik sama ada kad kredit atau kad debit.

Permasalahan timbul apabila rakyat Amerika Syarikat menyedari keburukan sistem ini. Segala penentangan mengakibatkan mereka kehilangan hak berpendapatan dan berbelanja. Mereka beramai-ramai menentang manipulasi Wall Street melalui pergerakan seperti 'Occupy Wall Street' dan 'Occupy Oakland'. Mereka menentang campurtangan politik melibatkan rasuah kerana kaedah demikian hanya membawa kerugian rakyat Amerika Syarikat sendiri. Namun usaha mereka sebenarnya sia-sia kerana mereka telah dikuasai sepenuhnya oleh golongan Iblis. Seperti itu juga nasib kita nanti, apabila kita mula menyedari keburukan sistem sedemikian, baru kita sedari segala-galanya telah terlewat. 

Hanya satu cara mereka dapat mengatasi masalah ini iaitu dengan mewujudkan semula SISTEM sadaqah untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan dalam kalangan mereka. Mereka tidak perlu menjadi hamba kepada suasana, hamba kepada hutang dan mereka tidak perlu berada dalam penjara yang dikelilingi jeriji besi tidak kelihatan. Mereka perlu bebas secara fizikal dan mental. Atas usaha sedemikian, sebahagian mereka berusaha, menyedarkan rakyat Amerika Syarikat tentang bahaya ini tetapi siapalah mereka...




Wednesday, January 18, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 16 -- MEREKA BANYAK MEMILIH JALAN TAREQAT


و ان لواستقاموا على الطريقة
لاسقينهم ماء غدقا

Dan bahawa sanya sekiranya telah beristiqamah mereka atas jalan tareqat itu, pasti telah memberi minum Kami akan mereka dengan air yang segar. 

(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan Bahawa sesungguhnya! kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.

i.    Kepelbagaian Erti Istiqamah 

Perkataan istiqamah sering diertikan dengan tetap perjalanan, konsisten atau berkekalan dengan suatu pengamalan. Perkataan yang lebih hampir adalah berpendirian teguh sepertimana yang diperintahkan. Sebagai contoh adalah dimaklumi dalam suatu peperangan, dilarang tentera-tentera merosakkan hasil pertanian dan membunuh ternakan. Namun dalam usaha pengepungan RasululLah S.A.W. ke atas Yahudi bani Quraizah, RasululLah S.A.W. telah mengarahkan untuk memusnahkan tanaman kurma milik Yahudi berkenaan. Bukankah usaha ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh baginda?

Pada masa itu, maslahat besar adalah, dengan memusnahkan hasil ladang Yahudi, dapat memberi suatu mesej bahawa mereka akan dimusnahkan bersama seluruh harta mereka dan umat Islam tidak berminat untuk merampas harta mereka sebagai pertaruhan. Akhirnya mereka dibunuh semuanya kecuali kaum wanita dan kanak-kanak. Oleh itu, antara perintah tetap dan permaslahatan besar yang bertentangan, yang mana satukah perlu dituruti? Istiqamah dalam hal ini perlu ditakrif semula kefahamannya sebagai berpendirian teguh sepertimana yang diperintahkan dengan mengutamakan yang perlu.

ii.    Pendekatan Jalan Tareqat

Jalan tareqat adalah suatu jalan peribadatan khusus dalam mentaati perintah Tuhan. Masyarakat jin dimaklumi dengan ketaatan berlebihan mereka mengabdikan diri kepada Tuhan. Mereka lebih menyenangi untuk melakukan ibadah berzikir bersama-sama. Dengan itu mereka memilih masjid-masjid untuk berzikir kepada Tuhan sepertimana yang diperintahkan (24:36), sehingga mereka membentuk pembacaan-pembacaan khusus yang mereka perolehi daripada amalan RasululLah S.A.W, yang diwarisi zaman berzaman. Amalan seperti ini membentuk peribadatan yang dikenali sebagai amalan tareqat. Dalam kalangan umat ini, amalan lazim seperti ini telah tersebar meliputi tareqat Saziliyah, Nasabandiah, Muhammadiah, Satariyah dan sebagainya. Namun banyak terdapat pertentangan terutama antara golongan ulama dengan golongan pengamal-pengamal zikir tareqat, sedangkan matlamat mereka hanyalah Allah S.W.T.  Menyebut nama Allah banyak-banyaknya pada waktu pagi dan petang. 

Perkataan غدقا diterjemah dengan berbagai-bagai terjemahan termasuklah lebat, banyak, cukup dan segar. Namun penulis lebih condong dengan terjemahan sebagai segar. Apalah gunanya menempuh jalan yang benar sekiranya ganjaran yang diperolehi hanyalah air yang lebat atau yang banyak atau yang cukup itu, yang dapat diperolehi di mana-mana. Pada zaman yang memerlukan bayaran tinggi, untuk mendapatkan air yang segar, kos yang lebih tinggi perlu dikeluarkan. Manusia sendiri memerlukan penapis tertentu untuk memperolehi air yang segar dan sehingga kini, belum ada sebarang penapis yang dapat menyingkirkan bahan nitrat - yang merupakan bahan cemar buangan daripada baja atau najis haiwan dan manusia, selain kaedah R.O. Air perbekalan yang tidak dapat dikatakan sebagai air yang segar. Pada zaman ini, mendapatkan air minuman yang dipekkan dalam bungkusan yang dijual merata-rata, kebanyakannya telah ditambah dengan bahan tambah untuk tujuan pewarnaan atau perisa yang dapat menimbulkan kesan sumbatan. Begitu juga dengan air yang diminum oleh masyarakat jin, yang sebahagiannya telah melalui pemprosesan tertentu berdasarkan teknologi mereka. Air segar sekiranya diamalkan, berdasarkan pendapat pakar homeopati, dapat mencuci tubuh untuk terhindar daripada pelbagai jenis penyakit. 

Suatu persoalan mungkin timbul bahawa makhluk jin dicipta Tuhan daripada api, lalu apakah kesan pengambilan air oleh mereka sebagai minuman? Adakah air tidak memadam mereka? Sedangkan manusia masih dapat melakukan kerja pengimpalan dalam air. Persoalan sedemikian hanya Tuhan yang mengetahui.

iii.    Kepentingan Meminum Air Segar

Air penting untuk keperluan haiwan dan tumbuhan termasuk manusia. Air yang segar bukanlah merupakan air yang dirawat, walaupun kini terdapat kepelbagaian teknologi untuk mendapatkan air bersih. Yang terkini adalah pemprosesan semula air laut dengan kos paling rendah sekitar RM1.30 untuk setiap 1000 liter air (taksiran 2010). Air segar seharusnya diperolehi daripada air mata air, air hujan, air hulu sungai dan sebagainya. Pencemaran pada masa ini telah mencapai keadaan serius disebabkan aktiviti pembalakan serta pencerobohan kawasan tadahan, sehingga mengakibatkan usaha-usaha mendapatkan air segar menjadi terhad. Pencemaran asap kenderaan dan kilang-kilang mengakibatkan air hujan tidak dapat diminum secara terus dan memerlukan rawatan tertentu untuk digunakan. Sumber air terakhir air segar adalah dari dalam bumi melalui mata air (67:30) yang sedia mengalirkan air atau melalui usaha manusia menebuk bumi dengan menggunakan sesalur tertentu. Usaha besar-besaran seperti ini telah dilaksanakan di negara Libya yang mendapatkan air dari takungan aquefir dari lapisan bawah bumi. Perbezaan ketara antara pengambilan air segar dan air yang dirawat, air segar menyediakan suatu mekanisma pembersihan dalam tubuh lebih berkesan berbanding air yang dirawat. Air segar mungkin sahaja mengandungi bahan-bahan mineral tertentu namun keseimbangan mineral dalam air segar adalah bersesuaian untuk tubuh dan tidak memudharatkan. Air mineral yang diproses manusia mungkin sahaja mengandungi kandungan ion-ion mineral alkali bumi yang berlebihan, sehingga dapat mengakibatkan pembentukan batu karang dalam ginjal. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati terhadap pengambilan air mineral yang dipekkan, yang dijual secara merata-rata pada masa ini. Mengambil air dari sumber mata air secara terus adalah lebih baik berbanding pengambilan air mineral yang dibotolkan.

iv.   Aktiviti-aktiviti Manusia Sehingga 
       Pemperolehan Air Segar Menjadi Terhad

Dalam surah Al-Mulk sebelum ini, ada disebut sebahagian aktiviti manusia yang mengakibatkan keperluan mendapatkan air bersih menjadi semakin terhad. Antaranya adalah penebangan terbuka sehingga kerja-kerja penakungan air tidak berlaku dengan berkesan. Keaktifan manusia melakukan kerja-kerja pembangunan secara bersungguh-sungguh akhirnya mengakibatkan bumi, mengalami suatu keadaan yang dinamai sebagi perubahan cuaca. Manusia terlalu aktif melepaskan haba ke atmosfera, lebihan-lebihan wap baja dan juga bahan-bahan cemar lain pula mengakibatkan kejadian hujan terlalu lebat dan banjir kilat. Akibatnya air bersih tidak dapat dimanfaatkan dan keadaan kemarau dapat mengeringkan sumber-sumber air berkenaan. Keaktifan manusia melakukan pembangunan adalah dirangsang aktiviti kitaran gila pengamalan sistem riba dan pajakan secara berleluasa. Inflasi berpanjangan mengakibatkan manusia menjadi terlampau rajin bekerja dari pagi hingga ke petang mendapatkan gaji bagi membayar hutang.

Perbekalan air yang dahulunya diperolehi secara percuma sejak zaman penjajahan, kini memerlukan bayaran tinggi untuk memperolehinya. Sehingga suatu masa nanti, bangunan-bangunan yang mereka dirikan akan tenggelam bersama lumpur daripada runtuhan lereng-lereng gunung atau tercabut akibat tiupan angin kencang ribut atau taufan atau mereput akibat hujan asid yang memudharatkan ataupun terion membentuk debu yang terapung akibat daripada pancaran lampau lembayung. Pembuangan sampah yang berleluasa sehingga mengakibatkan pencemaran sungai dan pembebasan wap metana menjadi perangkap haba yang sangat berkesan, sehingga dapat mengganggu pembentukan awan. Awan yang terbentuk pula, perlu berada pada kedudukan lebih rendah untuk menurunkan hujan dan mengakibatkan kejadian petir yang menyambar serta hujan hangat yang merosakkan tumbuhan-tumbuhan halus seperti alga, lumut dan rumpair. Semua ini menunjukkan kerosakan bumi yang amat serius akan terjadi sehingga mengakibatkan, manusia dan haiwan pada keseluruhannya mengalami kekurangan harta atau makanan (67:18). 

Sebenarnya terdapat kesempatan yang akan dimainkan oleh bangsa Jin, yang akan mempengaruhi golongan ingkar dalam kalangan manusia, untuk melakukan sesuatu akibat pencemaran alam yang berlaku kini, supaya mereka dapat menggunakan alasan itu untuk menguasai bumi ini.




Thursday, January 12, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 15 -- GOLONGAN PERTENGAHAN MEREKA BUKANLAH JAHAT SANGAT



و اما القسطون فكانوا لجهنم حطبا

Dan adapun golongan yang pertengahan maka telah adalah mereka bagi neraka jahanam (adalah longokan) bahan bakar.


adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. '



i.    Tiada Kelonggaran Untuk Golongan Jin

Dalam hal ini, tiada kelonggaran kepada masyarakat jin dalam melakukan ketaatan kepada Tuhan. Golongan pertengahan kalangan mereka adalah bahan bakar neraka jahanam apatah lagi golongan yang menderhaka. Oleh kerana mereka dapat menyaksikan banyak perkara daripada perkara-perkara ghaib, adalah wajar bagi mereka untuk menginsafi keadaan diri mereka sebagai hamba yang diciptakan Tuhan, yang memberi rezeki yang banyak dan kemudahan untuk mereka bergerak pantas. Manusia tidak harus terpedaya dengan ketaatan jin dalam mengabdikan diri kepada Tuhan. Sesungguhnya ketua kalangan jin dan malaikat, si Azazil dahulu adalah merupakan hamba yang amat ta'at kepada perintah Tuhan dan hanya dengan satu penderhakaan tidak mematuhi arahan Tuhan untuk sujud kepada lembaga manusia, Tuhan telah melaknatnya dalam kehidupan dunia sehinggalah seterusnya kehidupan akhirat selama-lamanya. Bagi kaum jin, itu adalah amalan mereka dan bagi kita manusia, kita membawa amalan kita. Bahkan kita semua membawa amalan masing-masing. Masing-masing amalan akan dipersembahkan kepada Tuhan dan masing-masing akan menempuh nasib masing-masing. Berbeza dengan manusia, kalangan mereka yang mewarisi kitab Al-Quran terdapat golongan yang mendahului, golongan pertengahan dan golongan yang menzalimi diri mereka sendiri dengan kesudahannya kesemua mereka akan diganjari dengan syurga sebagai suatu kelebihan daripada Tuhan berbanding dengan kumpulan makhluk jin mewarisi Al-Quran.

ii.   Kehidupan Manusia Yang Lebih Mencabar

Gambaran ini menunjukkan bahawa kehidupan yang ditempuh manusia lebih mencabar dan manusia wajar diberi penghormatan selaku khalifah Tuhan. Keinsafan manusia menjaga bumi ini adalah lebih baik daripada bangsa jin sedangkan bangsa jin pernah lebih dahulu mendiami bumi ini namun mereka tidak terpilih. Maka tidak hairanlah, kelebihan yang Tuhan beri kepada manusia termasuklah darihal kekhalifahan telah menjengkelkan bangsa jin, sedangkan mereka adalah kaum yang lebih awal mendiami bumi ini, lebih berpengalaman, berpengetahuan serta banyak ibadah.





Friday, January 6, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 14 -- KEBANYAKAN BANGSA JIN YANG BERIMAN, WARAK-WARAK BELAKA


و انا منا المسلمون ومنا القسطون 
فمن اسلم فاولئك تحروا رشدا

Dan bahawa sanya kami, daripada kami golongan yang berserah diri dan daripada kami golongan pertengahan. Maka barangsiapa yang telah berserah diri, maka mereka itu, mereka bersengaja akan pertunjuk.

Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar,

Ayat ini menjelaskan bahawa dalam kalangan jin hanya terdapat golongan yang berserah diri dan juga golongan pertengahan. Golongan yang berserah diri adalah golongan yang bersegera kepada pertunjuk. Mereka mempelajarinya serta berusaha mendekatkan diri mereka dengan melaksanakan amalan-amalan penyerahan diri. Oleh kerana mereka merupakan bangsa yang dapat menilai Al-Quran sebagai sebuah bacaan menakjubkan tidak seperti manusia (10:02), maka adalah tidak menghairankan sekiranya masyarakat jin adalah dikenali sebagai masyarakat yang lebih gemar memilih kehidupan harmoni, mengeluarkan tutur kata yang sopan sesama mereka dan ketaatan mereka dalam mematuhi ajaran agama adalah melebihi ketaatan manusia sendiri. 

Adalah wajar untuk mereka lebih mentaati perintah Tuhan lantaran mereka lebih terdedah kepada perkara-perkara ghaib berbanding manusia. Mereka dapat menyaksikan dengan mudah bagaimana syaitan daripada golongan jin sering ditimpa bencana terkena panahan api akibat cuba mencuri dengar perkhabaran langit. Semua ini adalah perkara ghaib bagi manusia yang golongan jin sendiri dapat saksikan, tetapi kurang disedari oleh manusia. Golongan yang tidak sedemikian adalah dikenali sebagai golongan pertengahan. Namun golongan pertengahan mereka bukanlah golongan yang terlalu menderhakai Tuhan, hanya mereka tidak begitu bersedia dalam melakukan ketaatan kepada Tuhan. Sifat mereka adalah seperti golongan kebanyakan daripada manusia. 

Mereka yang melambat-lambatkan diri mereka daripada pertunjuk dan lebih mudah terikut-ikut dengan rentak manusia. Terdapat kepelbagaian agama dalam kalangan mereka dan juga terdapat kepelbagaian kefahaman dan mereka lebih menumpukan perhatian kepada kehidupan mereka dengan mengejar kareer masing-masing.





Saturday, December 31, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 13 -- MEREKA BERIMAN TATKALA MENDENGAR PETUNJUK TUHAN


و انا لما سمعنا الهدى امنا به 
فمن يوءمن بربه فلا يخاف بخسا و لا رهقا

Dan bahwasanya kami, tatkala telah mendengar kami akan petunjuk itu, telah beriman kami dengannya. Maka adapun barangsiapa yang ia beriman dengan Tuhannya maka tiada ia takut akan rendah diri dan tiada pula kemegahan. 

Dan Bahawa Sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), Kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa Yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya Yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan. 

i.    Sifat Bangsa Jin - Bipolariti

Ayat ini menunjukkan jin mewarisi sifat rasa kerendahan diri (inferiority) dan kemegahan (exicitancy). Dalam ayat رهقا ,72:06 diterangkan dengan makna kebongkakan. Oleh itu, mereka adalah makhluk yang cepat bereaksi dengan keadaan yang mengenai atau menimpa mereka. Sikap manusia yang mudah teruja dengan perolehan dan tersentak dengan masalah hidup adalah seumpama sikap jin. Dalam surah Al-Ma'arij ada dinyatakan bahawa manusia diciptakan Tuhan dengan resah sedemikian (70:19/20/21). Kecuali orang-orang yang memenuhi tuntutan solah yang bersinambungan (70:22). Hanya apabila seseorang dapat merasakan segala-galanya adalah milik Tuhan, tidak akan terkesan daripada sebarang masalah dan perolehan. Dalam sebahagian terjemahan, رهقا dinyatakan sebagai teraniaya! Terdapat sejenis perlakuan psikotik yang melanda umat manusia yang dikenali sebagai bipolar yang menyamai sifat psikologi jin. Iaitu keadaan seseorang dapat berada dalam dua keadaan yang berlawanan hanya dalam masa yang terdekat iaitu kemurungan dan kegirangan. Selalunya mereka ini memiliki tahap imaginasi yang sangat tinggi serta memiliki kecerdasan rasionaliti yang mengkagumkan. Rawatan perubatan yang selalu diberi oleh pengamal perubatan adalah garam lithium untuk menghilangkan kesan gangguan saraf yang mengakibatkan mereka melihat sesuatu yang manusia lain tidak melihat dan mendengar sesuatu yang biasanya manusia lain tidak mendengar. Keadaan hiperaktif seperti ini memerlukan latihan ketenangan yang mendalam.
Ramai juga orang ternama menderita penyakit bipolar. 
("Princess Leia" - mempromosi filen terbaru Star Wars) 

ii.   Latihan Menghindari Sifat Bipolariti 

Hanya mereka yang mencapai tahap keimanan sebenar iaitu meyakini tidak mempunyai sebarang pemilikan apa-apapun walaupun terhadap dirinya sendiri apatah lagi keluarganya dan sebarang apajua hartanya, akan sentiasa tenang dengan mengingati nama Tuhan. Mereka ini akan dapat mencapai keadaan tidak berasa kehilangan terhadap apajua bencana dan tidak merasai keuntungan terhadap pemperolehan. Namun seseorang itu diciptakan untuk bekerja. Balasan daripada Tuhan adalah suatu sumber motivasi untuk memperbanyak serta memperkuat pengabdian diri kepada Tuhan dan bukanlah merupakan matlamat. Matlamat utama mereka hanyalah Allah, hanya kepada Allah serta memiliki keinginan kuat untuk kembali kepada Allah. Sehingga mereka mempelajari sesuatu untuk melaksanakan apajua yang diperintahkan dan melaksanakan tanggung-jawab sebagai makhluk sebagaimana perlakuan hamba-hambaNya yang lain. Kehidupan ini tidak lain dan tidak bukan adalah permainan dan senda gurau.

Ini bermakna apajua yang dimiliki bukanlah suatu pemilikan benar. Buktinya, apasaja yang dimiliki oleh kedua tangan seseorang akan dimiliki oleh orang lain sebagai warisan. Makanan yang dimakan akan habis begitu juga pakaian yang dipakai walau apajua jenama sekalipun, akan lusuh dan akhirnya dibuang. Apakah lagi yang akan dipertahankan untuk dimiliki buat selama-lamanya? Namun tidak seharusnya roh urusanNya yang diperbeban dalam diri seseorang, tidak melakukan yang terbaik sebagai pihak yang memegang amanah mengurus tubuh yang diserahkan amanah untuk berkehidupan. Sehingga apabila roh urusanNya dikembalikan kepadaNya maka hakNya jua yang akan menilai tentang yang dipersembahkan dalam keseluruhan hidupnya. Adalah hak Allah Taala untuk menilai dan memulai suatu urusan yang baru berdasarkan apajua yang dicatat sebagai amalan atau pengalaman hidup untuk direkodkan serta dikemaskini. Tentunya suatu kehidupan baru akan menyingkap rahsia kebesaranNya yang tidak dapat dipertikaikan. Penciptaan langit dan bumi yang dilaksanakan Tuhan bukanlah perkara lawak jenaka. Sekiranya Ia menghendaki, disisiNya tentunya ada permainan itu. Kalau Ia mahu melakukannya. (21:16/17).




Sunday, December 25, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 12 -- JIN JUGA BERADA DI BAWAH KEKUASAAN TUHAN


و انا ظننا ان لن نعجز الله
فى الارض و لن نعجزه هربا

Dan bahawasanya kami, telah benar-benar menyangka kami, bahawa sekali-kali tidak, kami dapat melemahkan akan Allah pada bumi itu dan sekali-kali tidak kami dapat melemahkan akanNya dengan pelarian.

Dan Bahawa Sesungguhnya kita (sekarang) Mengetahui, Bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasannya (walau ke langit sekalipun).

i.     Lari Atau Menyerah Diri 
       Kepada Urusan Tuhan

Dalam surah An-Nazi’aat, ada pengajaran bahawa Fir'aun dapat ditewaskan oleh Nabi Musa A.S. dengan cara menjauhi diri daripadanya. Maka urusan kembali kepada Allah Taala untuk mendapatkan jalan menewaskan Fir'aun dengan cara yang Fir'aun sendiri tidak pernah terfikir. Pada zaman ini, sekiranya manusia memilih untuk menjauhi ajaran-ajaran rasul yang disampaikan Tuhan, dan berusaha mengurus sendiri urusan alam ini, maka akan sampai masanya, mereka menempuh takdir Tuhan ditimpa bencana akibat perbuatan mereka sendiri. Walaupun Tuhan tidak perlu secara aktif untuk menewaskan mereka. 

Sesungguhnya manusia tidak akan berkesanggupan untuk memilih jalan hidup melainkan dengan kembali kepada ajaran Tuhan yang Maha Bijaksana, yang telah mencipta alam serta menguruskannya dengan cekap. Begitu juga kehidupan jin yang tidak dapat lari daripada apajua ketentuan Tuhan. Sesungguhnya manusia dan jin berada dalam gengaman Tuhan. Hubungan jin dengan makhluk-makhluk ghaib yang lain seperti malaikat adalah lebih dekat berbanding manusia, maka dengan demikian ketaatan jin kepada Tuhan adalah sesuatu yang lebih dijangkakan. Oleh itu mereka harus bekerja untuk mengikhlaskan diri mereka akan agama mereka. 

Berbeza dengan manusia, sebenarnya jin mudah terkesan dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca sama ada untuk tujuan manfaat untuk mereka atau penghambatan mereka. Jin-jin yang mengganggui manusia dapat dijauhi dengan pengamalan ayat-ayat Qursi yang dijadikan amalan, sedangkan manusia yang mengganggui manusia lain, tidak dapat diperlakukan sedemikian. Kita hanya dibolehkan memohon perlindungan daripada Tuhan terhadap gangguan-gangguan daripada bangsa jin dan tidak dibolehkan memohon daripada yang lain. Melalui orang-orang yang memiliki ilmu Tuhan, pertolongan hanya diharapkan daripada Tuhan.

ii.   Golongan Ingkar Daripada Jin dan Manusia 
      Mengingkari Perkara Yang Demikian

Kegagalan Iblis suatu masa dahulu, dalam usaha mendapatkan pengiktirafan, telah dinafikan Tuhan sehingga kekhalifahan di bumi ini telah diserahkan kepada Adam A.S. dan anak cucu baginda. Secara tidak langsung Tuhan telah menunjukkan penilaianNya terhadap seseorang, tidak terletak kepada pencapaian amalan dan tidak juga terletak kepada pengalaman seseorang. Tuhan memiliki ukuran tertentu dalam memilih seseorang melaksanakan suatu tugasan. Pada mereka, masakan Adam A.S. harus menjadi khalifah sehingga semua makhluk lain harus sujud kepadanya, sedangkan belum pernah terbukti bahawa Adam A.S. memiliki kriteria kelayakan tertentu dan belum terbukti bahawa Adam A.S. akan melakukan perkara ta'at dalam kebanyakan perintah Tuhan. Perlantikan Adam A.S. selaku khalifah telah menjengkelkan bangsa jin dan Iblis daripada bangsa jin telah berlaku sombong sehingga tidak mahu bersujud terhadap subjek yang diperintah Tuhan.

iii.    Pengingkaran Terhadap Bani Adam, 
        Bani Ismail dan Bani Hashim

Begitu juga dalam hal nubuwah akhir zaman, Tuhan telah memilih zuriat keturunan Ismail A.S. daripada anak Nabi Ibrahim A.S. dan tidak memilih zuriat keturunan Nabi Ishak A.S. Walhal zuriat keturunan Ismail A.S. merupakan kaum Arab yang menduduki padang pasir, dikelilingi oleh masyarakat yang buas serta tidak berpelajaran. Bani Israel daripada keturunan Nabi Ishaq A.S. yang Tuhan telah kurniakan kepintaran serta ketajaman fikiran, tidak layak untuk memegang amanah kerasulan untuk menyampai risalah kepada seluruh umat manusia. Perlantikan Muhammad RasululLah S.A.W. sebagai rasul terakhir kepada seluruh umat manusia telah menjengkelkan Bani Israel lantaran mereka tidak terpilih. Begitu juga darihal kepimpinan umat manusia seluruh dunia suatu masa nanti, Tuhan telah memilih zuriat Syaidina Ali R.A. daripada ahlul bait RasululLah S.A.W. sendiri daripada keturunan bani Hashim. Perkara ini sejak dahulu lagi telah menimbulkan kemarahan golongan Sufyani daripada bani Umayyah, yang sanggup merobek perjanjian merampas kekhalifahan umat suatu masa dahulu. 

Perlantikan ahlul bait dalam kalangan Bani Hashim, yang membawa progam kekhalifahan untuk mengurus tadbir seluruh dunia akan menjengkelkan Bani Umayyah sehingga mereka akan menerima bencana daripada Tuhan. Semua golongan ingkar ini merencana untuk membatalkan perancangan Tuhan melalui jadual yang telah diketahui oleh RasululLah S.A.W. Sebahagian mereka benar-benar memperguna sebahagian yang lain.

iv.    Perlagaan Antara Musuh Bani Adam, 
        Musuh Bani Ismail dan Musuh 
        Bani Hashim

Bermula Perang Dunia Pertama, gerakan Luciferian penyembah Iblis, sanggup mengumpan Yahudi bagi menguasai dunia dan apabila Yahudi gagal, mereka telah merencana membunuh kaum Yahudi serta merampas harta Yahudi pada jumlah yang sangat banyak. Perancangan rahsia ini telah berterusan selepas Perang Dunia Kedua, dengan penguasaan kuasa-kuasa besar dunia seperti Britain dan Amerika Syarikat selaku kuasa proksi. Yahudi dengan bantuan golongan Zionis Luciferian telah mengumpan Saddam Husayn daripada bani Umayyah, mengadakan huru-hara menyerang negara jirannya Kuwait, Iran dan pembunuhan kaum Kurdis dan akhirnya mereka menggunakan alasan kekejaman Saddam untuk menakluki Iraq.

Iblis, menggunakan gerakan Luciferian untuk menguasai Yahudi dan Yahudi dipergunakan untuk mencengkam negara Iraq, negara kediaman Bani Umayyah, Arab Saudi, negara kediaman Bani Qahtan, Jordan daripada kaum Quraisy yang membelot dan seluruh negara-negara Arab yang lain. Kemudian mereka menggunakan hasil minyak negara-negara umat Islam ini untuk menyerang dan menakluki Afghanistan dengan cara memerangi Taliban. Harapan mereka adalah, supaya Taliban tidak akan berupaya merentasi negara Iraq melalui Iran ataupun Yaman melalui Oman dan terus ke Arab Saudi. Adakah usaha mereka akan beroleh kejayaan? Mengapakah mereka semua ini tidak menyerah diri kepada Tuhan awal-awal lagi. Sesunguhnya mereka sekali-kali tidak akan berjaya mengalahkan ketentuan Tuhan. Keingkaran mereka sebenarnya telah memasukkan mereka ke dalam sebuah percaturan yang Tuhan akan mengalahkan mereka.





Friday, December 16, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 11 -- JIN YANG SHALEH DAN YANG LAIN DARIPADA ITU


و انا منا الصلحون و منا
دون ذلك كنا طرئق قددا

Dan bahawasanya, daripada kami (terdapat) golongan yang shaleh dan daripada kami lain daripada itu, telah adalah kami menempuh jalan yang berbagai-bagai.

Dan Bahawa Sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan Yang baik keadaannya, dan ada di antara kita Yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara Yang berlainan.

Tidak boleh dibuat pendakwaan bahawa kebanyakan jin yang beragama Islam baik-baik belaka. Oleh kerana manusia tidak dapat menyaksikan jin secara terus, mengambil jin sebagai teman haruslah dielakkan memandangkan risiko yang tinggi yang harus ditempuhi oleh manusia itu lantaran tidak dapat mempastikan status keimanan jin tertentu secara jelas. Jin dapat mengganggu kehidupan manusia, sebagaimana seorang manusia dapat menyakiti manusia lain dan bukan sebaliknya. Dalam mengambil langkah menghadapi gangguan jin, manusia hanya dapat mengambil langkah pertahanan diri semata-mata.

Namun ramai daripada manusia masih menilik-nilik perkhabaran daripada jin untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan tiadalah yang disampaikan itu benar melainkan jangka-jangkaan sahaja. Antara perkara ghaib adalah untuk mengetahui apakah keputusan esok hari yang ada hubungan pelaburan hari ini? Seperti untuk mengetahui apakah nilai pasaran saham yang akan berlaku esok hari atau apakah keputusan perjudian 4D untuk petang nanti secara pasti? (7:188) 

Sepertimana manusia, ahli masyarakat jin juga melakukan pekerjaan yang pelbagai. Mereka memiliki kareer seperti manusia dan mereka juga disibukkan dengan kehidupan mereka. Mereka melakukan aktiviti perniagaan, pertanian, nelayan dan sebagainya dengan menggunakan mata wang yang serupa yang digunakan oleh manusia. Sebahagian daripada jin memberi khidmat kepada manusia dengan cara yang baik, sebahagian yang lain suka menuntut daripada manusia perkara yang bukan-bukan. 





Saturday, December 10, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 10 -- JIN TIDAK MENGETAHUI PERKARA AKAN DATANG


و انا لا ندرى اشر اريد بمن فى 
الارض ام اراد بهم ربهم رشدا

Dan bahawasanya kami, tidak kami mengetahui adakah keburukan, (yang) telah menghendaki Ia, terhadap sesiapapun, pada bumi itu, ataukah, telah menghendaki Ia, terhadap mereka, oleh Tuhan mereka, suatu petunjuk?

Dan Bahawa Sesungguhnya Kami tidak mengetahui Adakah (dengan adanya kawalan langit Yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?

i.    Jin Tidak Mengetahui Perkara Ghaib

Ini bermakna jin tidak berupaya untuk mengetahui tentang kebaikan atau keburukan yang akan menimpa seseorang. Tidak juga jin boleh diharap untuk memberi petunjuk kepada sesiapa jua kalangan makhluk, iaitu tentang siapakah antara mereka yang lebih layak yang harus dituruti? Ini bermakna keadaan dan kehidupan jin adalah sepertimana keadaan manusia. Mereka hanya mengetahui terhadap perkara-perkara yang dapat mereka saksikan sama ada perkara yang berlaku dalam kalangan mereka ataupun kalangan manusia.

Meminta pertolongan daripada jin untuk menilik nasib adalah suatu perbuatan yang sia-sia. Tiada perkara ghaib darihal perkara-perkara akan datang dapat diketahui oleh jin dan tidak pula perkara-perkara tersembunyi. Hanya di sisi Allah perkara ghaib, termasuk bilakah seseorang akan menempuh kematian atau bilakah hari As-Saah akan berlaku? Sekalipun bangsa jin dapat menyaksikan peristiwa sebahagian mereka yang ditimpa azab terkena api suluhan yang terang akibat daripada hentaman meteorit atau sebagainya, namun perkara sedemikian adalah merupakan perkara ghaib daripada pengamatan manusia.

Selain daripada perkara ghaib yang tidak diketahui manusia, bangsa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib pada rujukan mereka. Buktinya tatkala jin diperintah oleh Nabi Sulaiman A.S. untuk melaksanakan sesuatu kerja, mereka tidak mengetahui selang beberapa ketika itu yang Nabi Sulaiman A.S. telah sampai kepada tempoh ajalnya. Kemangkatan Nabi Sulaiman A.S. ‘diketahui’ oleh anai-anai yang memakan kayu tongkat baginda sehingga jenazah Nabi Sulaiman A.S. tersungkur kemudiannya. Maka terbuktilah jin tidak mengetahui perkara ghaib. Oleh itu, perkhabaran daripada jin tidak harus dijadikan rujukan perkara ghaib yang akan berlaku termasuklah antaranya masa kematian seseorang dan apa jua kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang. 

Jin sebenarnya lebih mengharapkan manusia dalam banyak perkara. Sepertimana haiwan-haiwan yang berada di sekeliling manusia, bangsa jin gemar memakan baki makanan manusia seperti wap-wap tulang sisa dan sebahagian makanan manusia yang dibuang. Sehingga didapati seseorang yang mengalami kerasukan jin atau dapat bersiar-siar di alam jin, mereka seringkali dapati diri mereka berada di kawasan-kawasan pembuangan dan longokan sampah apabila mereka tersedar atau kembali semula ke alam nyata. Begitu juga dalam hal memperolehi keberkatan kesan daripada perlaksanaan ibadah, bangsa jin lebih gemar mengharapkan pembacaan doa serta amalan ayat-ayat tertentu Al-Quran yang dilakukan oleh manusia. Dan antara perkara yang melucukan, sebahagian daripada kaum wanita kalangan jin yang beragama Islam amat menyukai mencari pasangan hidup sebahagian lelaki dalam kalangan manusia semata-mata untuk mendapatkan zuriat yang dapat menyediakan mereka ganjaran pahala yang besar atas pengamalan ibadah tertentu berbanding dengan yang biasanya mereka lakukan. Penulis tidak dapat memberi ulasan sama ada perkara demikian adalah perkara benar atau hanya merupakan perkara perkhabaran belaka.

ii.   Hikmah Mengimani Ketentuan Tuhan

Sama ada perkara baik yang menimpa manusia dan jin atau sebaliknya, segala-segalanya adalah kehendak dan ketentuan Tuhan dan perkara demikian terdapat dalam kitab yang terang. Hikmat tentang perkara demikian terdapat pengajaran kepada manusia supaya mereka sentiasa menerima keadaan mereka sama ada mereka suka atau tidak. Yang demikian itu perkara buruk yang berlaku tidak akan dihadapi oleh manusia dengan rasa kecewa bersangatan dan tidak pula putus asa. Bahkan apabila menimpa mereka kebaikan, mereka akan menghadapinya dengan tenang dan tidak terlalu gembira sehingga melupai Tuhan serta kebaikan-kebaikan yang Ia limpahkan. Perkara demikian juga memberi motivasi untuk melakukan amal kebajikan serta sabar.

Sesiapapun yang mendakwa mengetahui perkara
akan datang adalah pembohong. Satu perkara yang boleh 
dipercayai dari futej ini iaitu ia berasal dari bumi.


Sunday, December 4, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 9 -- TIADA LAGI KEJADIAN MENCURI DENGAR


و انا كنا نقعد منها مقاعد للسمع
 فمن يستمع الان يجدله شهابا رصدا

Dan sesungguhnya kami, telah adalah kami (dahulu), kami menduduki daripadanya (langit itu) kedudukan-kedudukan untuk pendengaran, maka barangsiapa ia hendak mendengari sekarang ini ia dapati padanya suatu panahan api yang mengintai. 

Padahal Sesungguhnya Kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa Yang cuba Mendengar, akan mendapati api Yang menyala Yang menunggu merejamnya. 

Apakah kedudukan-kedudukan di langit itu? Adakah kedudukan itu seperti belon angkasa atau satelit-satelit bumi yang dihasilkan oleh bangsa jin. Sekiranya demikian, maka bangsa jin telah sampai ke suatu teknologi sebelum ini yang belum dicapai oleh manusia pada masa itu dan tidak mustahil satelit-satelit ciptaan manusia akan menempuh nasib seperti satelit-satelit ciptaan jin sebelum ini. Teknologi peluru berpandu yang terdapat sekarang ini adalah analogi kepada panahan api yang mengintai. Namun mengambil pengertian secara yang sedemikian menyebabkan peranan malaikat yang menggunakan alat pelempar untuk melempar syaitan tentunya akan dinafikan. Untuk menerimanya juga bererti manusia perlu mengakui kewujudan suatu teknologi yang berlainan daripada teknologi yang mereka temui. Persoalan lain pula wujud, siapakah sebenarnya yang mempelopori teknologi yang sedemikian selain daripada manusia dan jin? Atau bagaimanakah rupa teknologi itu? 

i.    Adakah Terdapat Teknologi Selain 
      Teknologi Manusia Dan Jin? 

Penulis ingin menarik perhatian, bahawa ayat-ayat daripada surah-surah yang dinyatakan selepas daripada surah Al-Jin, banyak memberitahu tentang fenomena alam yang harus dikaji manusia. Sebahagiannya telah ditemui oleh manusia dan sebahagiannya masih belum lagi. Dan daripada pengajaran Al-Quran, manusia telah sampai ke suatu tahap ilmu yang dahulunya dipelopori oleh umat Islam tetapi kini dipelopori oleh golongan yang ingkar. Namun manusia hanya mengenali teknologi dan membangunkannya secara intensif adalah sesudah daripada zaman kerasulan. Dan sekiranya Al-Quran adalah merupakan wahyu Tuhan yang terakhir yang harus dijadikan pedoman oleh bangsa manusia dan jin, maka kewujudan sebarang teknologi yang dikuasai oleh bangsa selain manusia dan jin haruslah dipertikaikan. 

Dalam filem-filem yang ditonjolkan oleh pihak Barat, bahawa terdapat teknologi selain teknologi manusia, sudah menjadi pokok perbualan dalam masyarakat masakini. Menggambarkan makhluk asing sebagai makhluk yang datang dari luar planet bumi, merupakan suatu perkhabaran stereotaip terhadap teknologi yang digunakan oleh bangsa jin. UFO dengan gambaran-gambaran makhluknya yang berdiri seperti manusia, tidak boleh tidak adalah suatu persembahan makhluk jin. Oleh itu pencapaian teknologi mereka harus difikirkan agar manusia dapat menguasai teknologi yang lebih dari itu. Namun secanggih mana teknologi syaitan, mereka tidak dapat melepasi lapisan tertentu langit yang Tuhan sediakan penjagaan terhadapnya. Terdapat hubungan antara kedudukan jin yang dapat menempati langit dan perkhabaran yang disampaikan oleh para malaikat suatu masa dahulu. 

ii.   Perkara Ghaib – Perkhabaran Masa 
      Akan Datang

Perkhabaran itu adalah tentang nasib yang akan menimpa manusia dan sebagainya. Ini bermakna selepas daripada kerasulan RasululLah S.A.W, sebarang perkhabaran daripada jin tentang apajua yang akan berlaku adalah perkhabaran yang tidak lagi boleh dipercayai. Tiada lagi tukang-tukang ramal daripada ahlil nujum dapat diguna pakai. Ramalan yang tinggal hanyalah daripada sisi Allah melalui kitab Al-Quran dan perkataan RasululLah S.A.W. yang dikhabarkan melalui sahabat-sahabat tertentu seperti Abu Hurairah R.A. dan Syaidina Ali R.A. Perbincangan dalam penerangan ayat daripada surah-surah selanjutnya ada juga yang menjurus kepada menyebut perkara-perkara yang akan berlaku pada masa akan datang namun semuanya adalah penerangan yang disebut oleh sahabat dan maklumat daripada Al-Quran. Sejauh mana kebenarannya tidaklah penulis dapat nyatakan secara pasti. Namun yang demikian itu hanyalah ijtihad penulis berdasarkan hubungan pemberitaan yang diperolehi sendiri oleh penulis daripada Al-Quran. Seharusnya kaedah sedemikian diperbolehkan selaras dengan pemberitahuan ayat terakhir daripada surah ini. Selaras dengan pemberitaan perkara ghaib tentang perkara-perkara yang diramalkan, sebenarnya jin telah lebih mendahului manusia membentuk suatu bentuk perancangan agenda besar mereka bagi mempengaruhi manusia dan menguasai dunia ini pada masa akan datang. Mereka menamai kegiatan mereka sebagai 'menyusun semula masa'. 

Terdapat agenda besar oleh bangsa Jin, untuk menguasai
manusia melalui projek menyusun semula masa, 
dalam sedikit masa lagi. 

iii.   Persediaan Teknologi Jin Cuba Menguasai
       Pentadbiran Di Bumi 

Sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua, bangsa Jerman yang berada di bawah penguasaan pihak Nazi telah memulai suatu rekacipta peralatan yang dapat mengawal graviti. Mereka telah berjaya menghasilkan pesawat terapung di udara tanpa kipas dan teknologi sedemikian lebih memanipulasi penghasilan medan magnet yang kuat. Interaksi antara medan magnet bumi dan magnet buatan pada peralatan pesawat berkenaan membolehkan pesawat berkenaan bergerak pada kelajuan yang bersangatan. 


Penggunaan tenaga percuma membolehkan
pesawat angkasa dapat dilancarkan tanpa bahan bakar.

Sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat, penghasilan teknologi sedemikian telah dirahsiakan dan kemajuan terhadap teknologi sedemikian telah dimajukan sehingga kini. Peralatan teknologi yang lebih dikuasai oleh pihak Luciferian, telah memindahkan operasi penghasilan pesawat berkenaan ke kawasan baru yang dirahsiakan yang jauh daripada pengetahuan orang ramai. Mereka telah menemui kaedah resonan magnetik bagi membolehkan jasad manusia dibawa bergerak pada kelajuan yang bersangatan. Keupayaan teknologi ini membolehkan mereka bergerak dari kutub ke kutub bumi dalam tempoh yang singkat hanya beberapa jam. Fenomena pesawat yang bergerak laju pada kelajuan luarbiasa berbentuk pinggan atau pesawat segitiga sebenarnya dibantu dengan pencapaian teknologi jin yang sehingga kini lebih dikenali sebagai pesawat terbang tidak dikenali atau UFO. Mereka bukanlah makhluk asing (extra terrestrial) yang datang dari luar angkasalepas. Mereka hanyalah makhluk bumi ini yang berada di luar dimensi manusia (extra dimensional). Mereka adalah bangsa jin. 

iv.   Penipuan Teknologi Bagi Mempengaruhi 
       Umat Manusia Seluruh Dunia.

Penulis pernah membaca artikel karangan penulis Mesir yang tersohor iaitu Muhammad Isa Daud, yang pernah menyiarkan suatu kandungan manuskrip lama yang disembunyikan oleh pihak Vatican selepas daripada zaman penaklukan Baitul Muqaddis. Manuskrip itu merupakan salah satu manuskrip yang berjaya dikeluarkan berbanding banyak lagi manuskrip lain yang tertinggal. Kandungan manuskrip itu adalah suatu perkhabaran yang disandarkan kepada Syaidina Ali R.A. yang memberitahu akan berlaku kejadian letupan pada pertengahan bulan Ramadhan sebelum terbentuknya daulah baru seluruh dunia Islam. Kerajaan Arab Saudi yang merupakan rakan dagang petroleum Amerika Syarikat paling besar, akan disingkirkan oleh suatu golongan yang datang dari timur dari negara di sebalik sungai. Pihak Vatican yang kini berada di bawah penguasaan pihak Mason, tentunya lebih mengetahui tentang hal yang sedemikian dan mereka telah merancang suatu perancangan agar mereka dapat memperbetul peristiwa yang akan terjadi supaya memihak kepada mereka. Dengan itu segala teknologi tercanggih, mereka salurkan untuk merancang suatu peristiwa supaya mereka dapat mencipta musuh baru iaitu pengganas Islam pada pandangan rakyat Amerika Syarikat dan seluruh dunia Barat. Peristiwa serangan 11 September dan juga serangan Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya adalah perancangan teliti mereka menggunakan tentera upahan mereka yang 'sangat setia' yang kemudian dijadikan kambing hitam iaitu Osama Bin Laden. Serangan ini melibatkan kejadian serangan berani mati oleh bidak-bidak yang telah dicuci otak olehnya. 

v.     Perancangan Zionis Melalui Agenda 
        New Secular Order

Seketika sebelum kejadian 11 September, pihak Yahudi Zionis telah meletakkan pesanan jualan pendek (short selling) terhadap pasaran bon, insuran, komoditi dan wang dollar Amerika Syarikat di Bursa Pertukaran New York di Wall Street. Sebaik sahaja kejadian 11 September berlaku sebagaimana yang mereka rancangkan, mereka telah memperolehi keuntungan berganda. Seterusnya mereka berpura-pura mengadakan serangan antrax seolah-olah bandaraya New York di Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan serangan pengganas. Mereka menyokong dasar perintah melalui rasa takut (order by chaos) untuk menakut-nakutkan rakyat mereka sendiri tentang bahaya pengganas yang kononnya dilakukan oleh umat Islam yang sedang mengintai-intai untuk menyerang mereka pada ketika itu. Selepas memperolehi mandat untuk menyerang Afghanistan dan menyingkirkan kerajaan Taliban atas nama keganasan dan Saddam Husayn atas nama menggeledah senjata pemusnah besar, ternyata pengganas yang dicari telah dibuktikan sendiri oleh golongan professional rakyat Amerika Syarikat, berada di Rumah Putih dan di Wall Street dan senjata pemusnah besar yang dicanang, tidak ditemui di Iraq. 

Presiden Amerika Syarikat ketika itu selaku pengganas sebenar, kemudiannya menjelaskan bahawa tujuan serangan ke Afghanistan dan Iraq adalah bertujuan mengadakan lapisan perlindungan dua barisan daripada sebarang pencerobohan 'pengganas' yang akan menyerang kepentingan mereka di Arab Saudi. Dengan demikian penulis berpendapat bahawa usaha mereka untuk menyusun semula masa adalah dengan melakukan sesuatu agar mereka memperolehi keuntungan dunia yang besar dan pada masa yang sama berusaha menghalang ketentuan Tuhan yang pernah disampaikan perkhabarannya oleh RasululLah S.A.W., melalui sahabat-sahabat tertentu. 

vi.   Perancangan Yang Akan Gagal 

Nampaknya mereka kali ini sedang menuju kegagalan kerana tiada terdapat satu permatapun yang boleh mereka keluarkan dari bumi Afghanistan, tiada satupun salur paip petroleum yang dapat mereka bina dari Laut Caspia merentasi Afghanistan ke Pakistan dan seterusnya ke laut Arab. Keamanan tidak berlaku di Iraq dan setiap hari, ada sahaja kejadian pembunuhan yang mengakibatkan mereka tidak akan dapat bertahan di negara berkenaan dengan aman. Belanja peperangan negara mereka telah melebihi 1 trillion USD dan perkara ini menyebabkan rakyat mereka hidup dalam kemelaratan. Rahsia yang semakin terbongkar menjurus kepada penemuan kerjasama antara kerajaan Amerika Syarikat dengan kumpulan Freemason atas nama Bilderberg yang kepimpinan mereka selama ini dirasuah untuk menjalankan misi yang tidak selaras dengan kepentingan rakyat Amerika Syarikat. Bahkan kumpulan ini telah memiliki Bank Pusat Amerika Syarikat yang seharusnya menjadi milik negara untuk kepentingan rakyat Amerika Syarikat. Apabila kajian dibuat dengan lebih mendalam, mereka telah dapati kepimpinan mereka telah lama melibatkan diri dalam aktiviti menyembah Syaitan. Dari situ, bermula penentangan rakyat Amerika Syarikat terhadap kepimpinan negara mereka serta menentang manipulasi pasaran saham dalam mempengaruhi keputusan politik. Rakyat Amerika Syarikat yang tidak memiliki walau 1% daripada perbedaharaan negara berbanding 99% di bawah pengawasan golongan Mason, tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk menentang polisi Masonik terhadap kepimpinan mereka. Sekalipun polisi kepimpinan mereka gagal di Iraq dan juga Afghanistan, adakah mereka akan berhenti setakat itu? 

Dengan menguasai harta benar yang terdiri daripada emas pada nilai ratusan trillion dolar, mereka tidak akan berundur. Mereka telah mengkaji hadith-hadith marfu' yang memberitahu bahawa kehadiran mereka adalah merupakan sesuatu yang dialu-alukan oleh sebahagian umat manusia. Kali ini mereka akan benar-benar 'menyusun semula masa'. Peperangan akan datang adalah peperangan antara golongan beriman dengan golongan ingkar. Peperangan antara manusia dan jin daripada golongan beriman dan manusia dan jin daripada golongan ingkar. Usaha mereka untuk menghapus kumpulan penentang mereka di Afghanistan telahpun gagal. Ini bermakna, pergerakan umat Islam yang akan mengambil alih kerajaan beraja Arab Saudi masih memiliki peluang untuk berjaya. Pentadbiran Amerika Syarikat telah mengeluarkan belanja yang sangat banyak bukan sahaja untuk memerangi Taliban bahkan dengan cara membantu rakyat Afghanistan supaya mereka dapat dipujuk supaya menentang angkatan Taliban. Pendakwaan mereka untuk menyusun semula masa bukanlah merupakan pengembaraan merentasi masa tetapi sekadar berusaha membatal ramalan RasululLah S.A.W., tentang perkara akan berlaku pada masa mendatang. Mereka sebenarnya tidak mengetahui dengan pasti perkara yang bakal terjadi.

Dengan mempelajari Hadith Marfu', mereka 
sanggup membiayai kumpulan pengganas supaya 
dapat membunuh umat Islam seramai mungkin.


Monday, November 28, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 8 -- TEKNOLOGI JIN YANG MENCAPAI LANGIT


و انا لمسنا السماء فوجدنها
ملئت حرسا شديدا و شهبا

Dan bahawa sanya kami, telah benar-benar menyentuh kami, akan langit itu, lalu telah mendapati kami akannya, penuh penjagaan yang kuat dan panah-panah api (15:18). 

`Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api Yang menyala.

i.     Had-had Keupayaan Teknologi 
       Bangsa Jin

Keupayaan jin melayang sehingga dapat mencapai kedudukan yang tinggi pada langit. Terdapat perbezaan perkara yang dinyatakan sebagai samawat merujuk kepada angkasa dan sama’ merujuk kepada langit dalam bahasa Al-Quran. Langit yang tertinggi merupakan bahagian daripada angkasa lantaran perkataan samawat merujuk kepada kata berbilang bagi langit. Keseluruhan yang terdapat di luar permukaan bumi sehingga mencapai kedudukan luar daripada sistem cakera suria harus dikenali sebagai angkasa.

Apabila jin dikatakan dapat berada pada langit lalu didapatinya penuh penjagaan yang kukuh, ini bermakna jin tidak dapat menempuh jalan keluar melebihi kedudukan yang ada. Dokumentari tentang UFO tidak pernah membuktikan makhluk sedemikian berasal dari mana-mana planet tertentu jauh di angkasaraya dan tidak mustahil untuk menyatakan bahawa perkara ini adalah suatu persembahan teknologi daripada bangsa jin. Terdapat banyak kes tentang kejadian pesawat sedemikian terhempas di atas permukaan bumi di alam kita ini yang mungkin sahaja mereka mengalami perlanggaran meteor atau terkena tembakan panah api yang terang. Apakah yang dikatakan sebagai ملئت حرسا شديدا iaitu penuh penjagaan yang kuat? Adakah ia merupakan suatu mekanisma perlindungan yang terdapat dari langit atau angkasa seperti kehadiran meteoroid yang dapat membentuk meteor (85:01)? Ataukah ia merupakan suatu pengawalan oleh makhluk-makhluk Tuhan seperti malaikat yang dilengkapi dengan senjata yang mengeluarkan panah-panah api yang terang? Penulis tidak dapat menjawab secara pasti. Namun dalam surah Al-Mulk (67:05) ada dinyatakan kehadiran meteor sebagai penghias langit dunia yang juga digunakan sebagai pelempar kepada syaitan. Namun meteor hanya dikenalpasti sebagai suatu jasad yang bergerak bebas di bawah pengaruh halaju tertentu dan graviti bumi.

ii.    Dokumentari Yang Dapat Disaksikan

Dalam suatu dokumentari ada ditunjukkan tentang pesawat asing! yang berada pada kedudukan satelit ciptaan manusia, dengan segera melayang jauh akibat ditembak oleh suatu nyalaan api dari arah bawah. Pihak pertahanan Amerika Syarikat menafikan bahawa pesawat itu adalah pesawatnya dan tiada tembakan itu dibuat oleh pihaknya. Yang menjadi persoalan, mengapakah pesawat-pesawat ciptaan manusia tidak pernah dibuktikan mengalami kemalangan teruk akibat dihentam oleh meteoroid atau terkena tembakan suluh api yang terang? Sekiranya dikatakan bahawa meteoroid yang bergerak bebas merupakan agenda untuk menjadi alat pelempar syaitan, ini juga bermakna terdapat suatu mekanisma pengawalan terhadap meteoroid sehingga dapat diagendakan untuk tujuan berkenaan. Kehadirannya menyebabkan syaitan tidak berupaya melepasi kedudukan yang lebih tinggi lagi. Manusia tidak pernah mengesan pergerakan di angkasalepas yang bergerak tidak menurut peraturan fizik, oleh itu hal sedemikian adalah perkara ghaib. Dalam surah Al-Mulk (67:05) dinyatakan bahawa sistem perlindungan terhadap bumi ini berada pada kedudukan langit terendah dan ‘mishbah’ atau pelita terang adalah juga merupakan suatu siksaan yang menyala kepada syaitan-syaitan. Secara ilmiah, pembentukan nyalaan api hanya akan berlaku pada lapisan yang terisi dengan gas-gas dan bukannya pada lapisan yang terisi dengan ion-ion atau radikal bebas.


Nyalaan api tembakan akhirnya akan beransur-
ansur lenyap apabila mencapai angkasa lepas. 

Lapisan langit rendah yang terisi dengan gas-gas adalah bermula daripada lapisan bawah mesosfera menuju ke arah bawah meliputi stratosfera, tempat tertinggi aktiviti air dan juga troposfera. Oleh itu langit yang dipenuhi dengan penjagaan adalah langit yang berada pada kedudukan sekitar 70,000 meter dan ke arah bawahnya. Bahagian ini adalah merupakan sebahagian daripada bahagian lelangit yang mengandungi buruj, sekalipun terdapat terjemahan lain bagi buruj ialah gugusan bintang-bintang. Sila rujuk penerangan surah Al-Buruj untuk penjelasan lanjut tentang perlindungan yang didapati pada lelangit bumi.




Tuesday, November 22, 2016

SURAH AL-JIN AYAT 7 -- MANUSIA DAN JIN, RAGU TENTANG KEBANGKITAN AKHIRAT


و انهم ظنوا كما ظننتم
ان لن يبعث الله احدا 

Dan bahawasanya mereka, telah menyangka mereka, sepertimana telah menyangka kamu, bahawa sekali-kali tidak, Ia membangkitkan oleh Allah akan seseorangpun. 

Dan Bahawa Sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana Yang kamu sangka, Bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat). 

Sesungguhnya jin menuruti manusia dalam banyak perkara sehinggalah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan beragama. Sekiranya manusia memilih untuk ingkar kepada Tuhan, maka jin akan mempelajarinya daripada manusia untuk sama-sama mengingkari Tuhan. Dalam keadaan ini, tatkala sebilangan besar manusia menyembah teknologi maka jin akan turut mempelajari daripada manusia untuk menyembah teknologi. Sehingga kehidupan yang ditempuhi oleh jin adalah sepertimana kehidupan manusia, berkeluarga, berkerja dan menyandang pelbagai jawatan. Sebagaimana manusia, mereka tidak mahu menerima hakikat atau memikirkan soal-soal pembalasan. Sebab itulah, mereka terlibat dalam banyak kerja penganiayaan terhadap manusia, lantaran diarahkan manusia lain berbuat demikian. Perbuatan jahat mereka menutupi pintu hati mereka daripada beriman atau untuk menerima seruan keimanan. Oleh yang demikian, pendirian jin dalam beragama, adalah juga serupa sepertimana sebahagian besar manusia yang menuruti persangkaan belaka. 

Dalam keadaan manusia banyak membincangkan perkara-perkara agama dan persoalan ghaib dengan merujuk kepada individu tertentu - yang suka memanipulasi keadaan, jin juga melakukan perkara-perkara yang serupa. Dengan berubahnya suasana dan generasi, sebahagian jin juga ‘mempelajari’ sesuatu daripada ‘agama’ mereka, sehingga kepada persoalan tentang kebangkitan akhirat. Sebagaimana masyarakat Arab dahulukala iaitu sebelum atau semasa awal kerasulan, rata-rata mereka tidak mengetahui tentang kebangkitan akhirat dan persangkaan sedemikian juga menular dalam kalangan jin. Oleh itu, bangsa jin tidak boleh dijadikan rujukan tentang perkara-perkara ghaib dan juga persoalan-persoalan tentang kehidupan akhirat. Dengan itu, tidak wajar manusia mempelajari perkara-perkara agama daripada bangsa jin melainkan mengarahkan sebahagian jin untuk mempelajari agama daripada individu tertentu dalam kalangan mereka.

i.    Kebangkitan Di Alam Akhirat : 
      Suatu Pernyataan Yang Hilang 
      daripada Kamus Manusia dan Jin

Dalam melakukan pertimbangan terhadap perkara-perkara ghaib, sama ada dalam kehidupan manusia atau jin, mereka sering menghubung-kaitkan perkara-perkara ghaib dengan rutin kebiasaan seharian. Sebagai contoh, kematian tidak pernah menunjukkan kepada mereka erti kehidupan semula. Mereka tidak pernah menempuh pengalaman sehingga mendapati bapa-bapa mereka yang telah meninggal dunia, kembali semula kepada mereka dari tanah perkuburan - lalu mengkhabarkan kepada mereka keadaan di alam barzakh. Bahkan mereka tidak bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian sekiranya berlaku. Yang demikian itu, kebanyakan daripada manusia dan jin membenci kematian dan mereka enggan membincangkannya secara terang-terangan melainkan kepada mereka yang beragama dan mempercayai tentang perkara ghaib itu dengan keyakinan tertentu. 

Manusia secara umumnya melihat pengalaman kematian sebagai pengalaman orang lain, sehingga mereka hanya mempercayai perkhabaran rasul-rasul tertentu, sekiranya rasul-rasul itu dapat menunjukkan mukjizat seperti menghidupkan orang yang telah lama mati sebagaimana mukjizat Nabi ‘Isa A.S. Hakikat tentang kejadian kebangkitan akhirat sebenarnya dapat diperolehi dengan meneliti pengalaman yang empunya diri, selalunya melalui amalan-amalan kerohanian tertentu seperti amalan bersuluk. Namun ketelitian seseorang dalam amalan seperti itu adalah amat perlu, dengan melalui panduan guru kerohanian tertentu, supaya kenyataan-kenyataan pengalaman yang disampaikan oleh seseorang selepas itu, tidak harus mendorong kepada sesuatu yang bertentangan dengan syari’at Tuhan.

ii.   Ajaran Tatasusunan Dunia Baru
      yang Menolak Kepercayaan 
      Kebangkitan di Akhirat

Asas kepercayaan ini telah ditulis pada wang kertas US satu dollar dengan perkataan “NOVUS ORDO SECLORUM” yang bermaksud “New Secular Order”, iaitu suatu kempen yang memisahkan antara agama dan pemerintahan dan meletakkan urusan agama di bawah pemerintahan. Wang kertas itu juga disertai dengan lambang piramid projek masonik yang hampir siap dengan gambar satu mata terapung-apung di atas piramid berkenaan. Demikian ini adalah projek besar mereka yang mereka inginkan, supaya projek ini sedia diterima oleh seluruh manusia. Wang kertas USD1 adalah wang yang sangat mudah beredar dalam kalangan rakyat dan juga penduduk dunia. Mereka kini telah berjaya meletakkan pentadbiran gereja terbesar Kristian Katolik di Vatican di bawah pentadbiran mereka dan mereka telah meletakkan simbol mata satu dan salib terbalik sebagai simbol baru dalam agama Kristian. Kini mereka telah bekerja keras untuk meletakkan pentadbiran umat Islam untuk berada di bawah pengaruh mereka. 

Setakat ini mereka telah berjaya membangunkan mercu-mercu tanda yang mempamerkan lambang mereka di seluruh dunia dengan menara-menara di Amerika Syarikat, menara perniagaan Al-Wafi di Dubai, perkelahan Sunway di Malaysia dan terlalu banyak di tempat-tempat lain. Di setiap rumah, mereka telah memberitahu kehadiran mereka melalui rancangan-rancangan televisyen melalui keluaran Nickelodeon seperti persembahan karton Spongebox, Wonder Pet, tayangan keluaran Walt Disney yang menjurus kepada lambang satu mata, lantai petak dam dan sebagainya. Semua ini adalah menjurus kepada kawalan sepenuhnya, corak kehidupan manusia dari rumah sehingga ke tempat bekerja dan daripada kanak-kanak hingga kepada orang tua. 

Kempen mereka hanya satu iaitu mengejar kenikmatan dunia dan menidakkan adanya balasan ganjaran di akhirat. Nampaknya kempen mereka mulai berjaya sehingga di mana-mana sahaja, manusia, sama ada daripada golongan remaja, dewasa sehingga golongan tua tidak suka membincangkan perkara-perkara yang menjurus perkara agama, bahkan majoriti daripada umat Islam kini telah tidak mengambil peduli tentang masalah sosial, jenayah dan kejadian murtad yang semakin menjadi-jadi.

Agenda New World Order adalah suatu agenda 
yang telah disusun sejak sekian lama

Popular