SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Thursday, April 27, 2017

KANDUNGAN


Sedikit Sebanyak Tentang Bangsa Jin

72:01    Jin Yang Mendengar Wahyu Tuhan

i.           Jin –  Makhluk Ghaib Dicipta
                       Daripada Marja Api
ii.          Bacaan Yang Menakjubkan

70:02    Bacaan Yang Menunjuki

i.           Mengesakan Tuhan dan Jangan 
             Mempersekutukan
ii.          Pertembungan Kefahaman Tentang 
             Keesaan Tuhan

72:03    Tuhan Tidak Beristeri Dan 
             Tidak Beranak

i.           Tidak Beristeri dan Anak
ii.          Konsep Dewa-dewa Telah Mempengaruhi 
             Ajaran Dalam Agama Kristian
iii.         Agama Yang Terbentuk Melalui 
             Persidangan

72:04    Mereka Memperkatakan Tentang Tuhan,
             Perkataan Yang Melampaui

i.           Tiga Perkara Ajaran Syaitan
ii.          Kecelaruan Umat Terhadap 
             Ajaran Ketuhanan

72:05   Manusia Dan Jin Terlampau Mempercayai 
            Tokoh-tokoh Agama

Perkara Kepercayaan Dalam Agama Manusia 
Yang Berkait Rapat Dengan Jin

Kerahsiaan Yang Membangkitkan
Teori Konspirasi

72:06   Jin Semakin Bongkak Apabila Manusia
            Meminta Perlindungan Daripada Mereka

i.          Salah Laku Manusia Melibatkan Jin
ii.         Jin Yang Dipergunakan
iii.        Adakah Meminta Pertolongan Jin 
            Diwajarkan?
iv.        Bangsa Jin Lebih Tekun Dalam Amalan
v.         Bantuan Jin Secara Intensif 
            Kepada Manusia

72:07   Menyangka Tuhan Tidak Akan 
            Membangkitkan Semula Seseorang

i.          Kebangkitan Di Alam Akhirat : 
            Suatu Pernyataan Yang Hilang daripada 
            Kamus Manusia dan Jin
ii.         Ajaran Tatasusunan Dunia Baru yang 
            Menolak Kepercayaan Kebangkitan 
            di Akhirat

72:08    Teknologi Bangsa Jin Yang 
             Telah Mencapai Langit

i.           Had-had Keupayaan Teknologi Bangsa Jin
ii.          Dokumentari Yang Dapat Disaksikan

72:09    Tiada Lagi Kejadian Mencuri Dengar

i.           Adakah Terdapat Teknologi Selain 
             Teknologi Manusia Dan Jin?
ii.          Perkara Ghaib – Perkhabaran Masa 
             Akan Datang
iii.         Persediaan Teknologi Jin Cuba Menguasai 
             Pentadbiran Di Bumi
v.          Perancangan Zionis Melalui Agenda 
             'New Secular Order'
vi.         Perancangan Yang Akan Gagal

72:10   Jin Tidak Mengetahui Perkara Akan Datang

i.          Jin Tidak Mengetahui Perkara Ghaib
ii.         Hikmah Mengimani Ketentuan Tuhan

72:11    Jin Yang Shaleh Dan Yang Lain Daripada Itu

Tajuk : Pengingkaran Terhadap Arahan Tuhan

72:12    Jin Juga Berada Di bawah Kekuasaan Tuhan

i.           Lari Atau Menyerah Diri Kepada
             Urusan Tuhan
ii.          Golongan Ingkar Daripada Jin dan Manusia
             Mengingkari Perkara Yang Demikian
iii.         Pengingkaran Terhadap Bani Adam, 
             Bani Ismail dan Bani Hashim
iv.         Perlagaan Antara Musuh Bani Adam, 
             Musuh Bani Ismail dan Musuh Bani Hashim

72:13    Mereka Beriman Tatkala Mendengar
             Petunjuk Tuhan

i.           Sifat Jin – Bipolariti
ii.          Latihan Menghindari Sifat Bipolariti

72:14     Kebanyakan Bangsa Jin Yang Beriman,
              Warak-warak Belaka

72:15     Golongan Pertengahan Mereka
              Bukanlah Jahat Sangat

i.           Tiada Kelonggaran Untuk Golongan Jin
ii.          Kehidupan Manusia Yang Lebih Mencabar
        
Memilih Jalan Tareqat

72:16    Mereka Banyak Memilih Jalan Tareqat

i.           Kepelbagaian Erti Istiqamah
ii.          Pendekatan Jalan Tareqat
iii.         Kepentingan Meminum Air Segar
iv.         Aktiviti-aktiviti Manusia Sehingga 
             Pemperolehan Air Segar Menjadi
             Terhad

Percaturan Golongan Ingkar Daripada Jin dan
Manusia Berusaha Menguasai Pentadbiran Bumi

72:17     Sebagai Fitnah Kepada Manusia Dan Jin
             Agar Mereka Kembali

i.           Ujian Tuhan Untuk Manusia Dan Jin
ii.          Tuhan Tidak Memaksa
iii.         Contoh Pengabaian Ammoniakal Nitrogen

Kad Terakhir Percaturan Tatasusunan Dunia Baru

72:18     Masjid Hanya Untuk Allah

i.            Seruan Hanya Kepada Allah
ii.           Masjid Hanya Untuk Allah

72:19     Seruan Hanya Kepada Allah Adalah 
              Seruan Yang Mendapat Perhatian

Pengajaran Ayat

Seruan Yang Diperintahkan Kepada Manusia

72:20     Menyeru Tuhan Tanpa 
              MempersekutukanNya

i.            Perkara Yang Masih Berlaku 
              Ke Atas Umat Islam
ii.           Kesyirikan Yang Berlaku Kerana 
              Mengutamakan Kehidupan Dunia

72:21      Bukan Kerja Nabi, Umat Menderita dan
               Bukan Kerja Nabi, Umat Berpetunjuk

i.             Penderitaan Umat Masakini Bukan Salah 
               RasululLah S.A.W.
ii.            Bagaimanakah Mungkin?

72:22     Bahkan Semuanya Didatangkan 
              Terus Dari Tuhan

72:23     Kerja Rasul Hanya Menyampaikan

i.            Kaedah Hukum Kearaban Untuk
              Memahami Ayat
ii.           Menyalahi Allah dan RasulNya,
              Menempah Neraka Jahanam

72:24     Akhirnya Siapa Pula Yang Lemah,
              Siapa Pula Yang Sedikit Bilangan

i.            Sistem Hidup Yang Akhirnya 
              Melemahkan Mereka
ii.           Kehidupan Bermasyarakat Mereka
              Semakin Parah
iii.          Hilang Kekuasaan Dan Sedikit Bilangan

72:25     Kiranya Saya Mengetahui, 
              Saya Pasti Beritahu...

72:26     Hanya Tuhan Mengetahui Yang Ghaib...

72:27     Namun Hanya Individu Tertentu 
              Dapat Mengetahuinya

i.            Penjagaan Rahsia
ii.           Tentang Jin Dan Perkhabaran Ghaib
iii.          Di Sebalik Ajaran Perkara Ghaib

72:28     Sebagai Motivasi Bekerja Untuk
              Menyampaikan Risalah Tuhan

Kerja Menyampaikan Risalah Tuhan

"Weaponization Of Space" Dan Panduan
Menghadapi Fitnah Ini.



Friday, April 21, 2017

KERJA MENYAMPAIKAN RISALAH TUHAN


Manusia sama ada golongan ilmuwan atau orang-orang biasa, seringkali suka merujuk sesuatu perkara kepada mereka yang dikatakan lebih mahir. Ilmuwan-ilmuwan tentang alam suka sangat merujuk kepada pelopor-pelopor silam seperti Plato, Copernicus dan Galileo. Ahli-ahli astronomi gemar merujuk kepada penemuan Galileo, Newton dan Kepler. Ahli-ahli kimia suka merujuk kepada penemuan-penemuan Umar Ibnu Khayyam, Mendelev dan sebagainya. Ahli-ahli matematik pula merujuk kepada Aljabar dan Alkhwaritzmi. Tentang ilmu perubatan mereka merujuk kepada Ibnu Sina dan lain-lain lagi. Demikian itu batas-batas disiplin dalam mendapatkan ilmu. Namun keperluan memperolehi ilmu agama tidak harus melalui disiplin sedemikian. Imam As-Syafi’e pernah mengkhabarkan, apajua hal agama yang diperolehi terus daripada RasululLah S.A.W. (dengan izin) atau daripada kitab Allah, maka pendapatnya hendaklah dilemparkan ke sebalik dinding. Demikian itulah mazhab yang beliau sendiri akan turuti. Imam Syafi’e sendiri pernah ditanya pendapatnya tentang suatu hal dalam agama lalu dengan nada marah beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah rahib Nasrani yang menggantungkan palang salib dilehernya sehingga boleh mengeluarkan hukum daripada pendapatnya. Dengan lain perkataan beliau tidak mahu dirinya disembah sebagai sekutu Tuhan dalam hal hukum agama, yang akan dituruti darinya, yang akan dijadikan syari’at agama.



“RasululLah S.A.W. menyampaikan risalah-risalah
Tuhan. Khalifah-khalifah sesudah baginda juga
menyampaikan risalah-risalah Tuhan. Ulama-ulama
silam menyampaikan risalah-risalah Tuhan. Namun 
‘ulama-ulama’ mutakhir suka menyampaikan 
kepada manusia ‘agama’ mereka sendiri”




Saturday, April 15, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 28 -- SEBAGAI MOTIVASI BEKERJA UNTUK MENYAMPAIKAN RISALAH TUHAN


ليعلم ان قد ابلغوا رسلت ربهم و احاط
 بما لديهم و احصى كل شيئ عددا

Supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya, telah menyampaikan mereka, akan risalah-risalah Tuhan mereka dan telah meliputi Ia dengan apa yang di sisi mereka dan telah menghitung Ia tiap-tiap sesuatu akan bilangan.

(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal ia memang mengetahui Dengan meliputi Segala keadaan Yang ada pada mereka, serta ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".

Sesungguhnya utusan-utusan yang diredhai itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya sama ada berbentuk panduan suci atau perkhabaran-perkhabaran yang berlaku akan datang. Faedahnya adalah untuk menarik perhatian manusia supaya beriman kepada Tuhan mereka. Sehingga Tuhan telah meletakkan kawalanNya dan ilmu Tuhan meliputi perkara itu dan segala sesuatu sama ada yang telah, sedang dan akan berlaku, ada dalam ilmu perhitungan yang dapat dibilangi. Terjemahan sedemikian tentunya merobek kefahaman sebahagian besar fahaman ulama masakini yang akan menuduh, kerja untuk mengetahui perkara yang akan berlaku, adalah merupakan suatu perbuatan bidaah yang diada-adakan. Sesungguhnya Tuhan telah menjelaskan bahawa di sisi ‘Isa Al-Masih ada ilmu berkenaan kejadian As-Saah. Sehingga ‘Isa Al-Masih akan diutus sekali lagi mengkhabarkan tentang itu dan untuk memperkukuhkan ajaran ketuhanan yang sebenarnya dan membersihkan nama baginda daripada menjadi sembahan umat Nasrani yang mendakwa baginda adalah benih keturunan Tuhan. Na’uzubilLah.


Selain umat Nasrani, umat Islam juga mempercayai
bahawa nabi Isa A.S akan datang kembali untuk kali ke-2.

Surah-surah selepas ini banyak mengkhabarkan peristiwa-peristiwa besar yang akan berlaku. Penulis cuba menggarap kejadian-kejadian itu berdasarkan pendekatan ilmiah berlandaskan fenomena alam. Sudah tentulah akan merangkumi sebahagian daripada ilmu pentakrifan fenomena alam dengan mendapatkan hubungan antara pergerakan jasad-jasad besar sebagaimana yang dinyatakan melalui ayat-ayat Al-Quran. Oleh kerana matlamat akhirnya adalah supaya risalah-risalah Tuhan akan sampai kepada manusia, sebahagian pemberitahuan ini adalah untuk bertujuan supaya risalah-risalah Tuhan bukan sahaja mengandungi perkataan yang sampai, bahkan dapat disampaikan dengan perkataan yang sampai.




Sunday, April 9, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 27 -- HANYA KEPADA INDIVIDU TERTENTU


الا من ارتضى من رسول فانه يسلك
من بين يديه و من خلفه رصدا

Melainkan (kepada) barangsiapa telah diredhai Ia, daripada utusan, maka sesungguhnya Ia mengelilingi daripada antara dua tangannya dan daripada belakangnya suatu pengintaian.

Melainkan kepada mana-mana Rasul Yang diredaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib Yang berkaitan Dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan Yang demikian) maka ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat Yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu Selamat sampai kepada Yang berkenaan).

i.     Penjagaan Rahsia

Rahasia-rahasia itu turut akan dijagai supaya tidak akan terungkap oleh utusan itu tanpa pengawalan penuh. Pada zaman RasululLah S.A.W. seketika sebelum berlakunya pengepungan Makkah yang membawa kepada pembukaan Makkah, RasululLah S.A.W. telah berdoa kepada Tuhan supaya perancangan itu dirahsiakan. Namun berlaku suatu usaha daripada sahabat yang mengirim berita ke Makkah secara rahsia supaya ahli keluarganya di Makkah meninggalkan kota itu sebelum berlaku penaklukan. Peristiwa ini telah dimaklumkan oleh Jibril A.S. kepada RasululLah S.A.W. lalu RasululLah S.A.W. mengutus Syaidina Ali R.A. untuk menghalang perutusan berita itu. Sehinggalah umat Islam berjaya sampai di sekitar kota Makkah dan menyalakan unggun api bagi menggerunkan pihak musyrikin Makkah. Pada zaman ini, banyak rahsia kejadian yang akan berlaku yang tertulis pada lembaran-lembaran seperti kulit haiwan dan kertas paparus disimpan oleh pihak Vatican di Vatican City di Itali. Mereka dapat mengetahui maklumat sebahagian peristiwa yang berlaku akan datang. Tetapi atas sikap bencikan kebenaran, mereka telah merahsiakannya. Bahkan kitab Injil yang segar dikatakan disimpan di sana sehingga suatu masa nanti akan diperolehi oleh Al-Mahdi, menyebabkan keseluruhan kaum Nasrani akan beriman kepada Nabi Isa A.S. selepas kedatangan Dajjal.

ii.    Tentang Jin dan Perkhabaran Ghaib

Secara mudah untuk diperkatakan, Tuhan lebih mengetahui tentang perkara ghaib dan bukannya dengan perkhabaran daripada jin. Pengetahuan tentang perkara yang ghaib tersimpan pada utusan Tuhan yang diredhai. Menghindari jin dan menyerahkan kepada Tuhan atas urusan perkara ghaib bukanlah penyebab perkara ghaib untuk tidak boleh diperbincangkan. Terdapat banyak hadith marfu’ yang mengkhabarkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas dari zaman kerasulan sehingga menjelang As-Sa’ah. Seterusnya ayat 72:26 tidak harus diambil secara sekerat sehingga melupai 72:27 sehingga mengakibatkan perbincangan perkara mendatang menjadi suatu kelarangan. Sesiapa sahaja dapat mengetahui perkara ghaib pada had-had tertentu.

Kita sebenarnya dapat mengagak perkara yang
bakal terjadi berdasarkan pengamatan masa kini.
Bersiap sedialah sebelum sampai masanya yang
jiran-jiran kita kelaparan.

iii.     Di Sebalik Ajaran Perkara Ghaib

Bangsa jin sebenarnya tidak mengetahui perkara mendatang dan tidak juga Iblis yang mengetuai ajaran keingkaran yang diikuti oleh sebahagian jin dan manusia.Mereka hanya dapat mengetahui perkara mendatang melalui manuskrip-manuskrip yang ditinggalkan oleh rasul-rasul terdahulu. Perkhabaran daripada Nostradamus yang masyhur tentang puisi-puisinya yang memberitahu kejadian mendatang, diperolehi daripada datuknya yang telah menemui manuskrip di perpustakaan yang turut tersimpan di bawah bangunan Masjid Al Aqsa. Pihak Vatican mempelajari perkhabaran sedemikian, begitu juga puak Luciferian (globalist)  yang mengambil kesempatan sedemikian bagi merencana agenda yang mereka namai sendiri sebagai menyusun semula masa. 

Oleh kerana mereka tidak mengetahui perkara ghaib perkhabaran masa akan datang, mereka telah membentuk ajaran baru tentang masa silam. Mereka mengajari bahawa setiap jiwa yang dilahirkan masakini adalah merupakan individu yang pernah hidup sebelum ini. Iaitu individu yang telah menempuh kematian, lalu telah melalui suatu proses yang mereka namai sebagai proses amnesia iaitu proses menyah-ingatan untuk dilahirkan semula sebagai individu baru, tanpa sebarang ingatan. Kelahiran manusia dianggap sebagai menempuh sebuah kelahiran semula atau reinkarnasi. Dengan teknologi yang mereka pelopori, mereka dapat memadam ingatan seseorang tentang sesuatu dan mereka juga dapat memuat turun semula ingatan kepada seseorang sehingga seorang itu merasakan seolah-olah ia pernah hidup sebelum ini. Konsep reinkarnasi tidak pernah diketahui wujud dalam agama Islam. Konsep ini wujud dalam agama penyembahan berhala seperti agama Hindu. Agama Islam hanya mengajar perkara kebangkitan di akhirat nanti. Kita tidak harus memandang ke belakang tentang sesuatu yang silam yang kini kita tidak akan perolehi kembali dan yang harus kita hadapi adalah persediaan untuk menghadapi hari-hari mendatang di akhirat kelak. Memandang ke hadapan menjadikan kita berada dalam agama yang mahu kita maju ke hadapan dengan kemajuan yang jauh.





Monday, April 3, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 26 -- TUHAN MENGETAHUI YANG GHAIB, TIDAK MENZAHIRKAN KECUALI ...


علم الغيب فلا يظهرعلى غيبه احدا

Yang mengetahui akan yang ghaib. Lalu tidak ia menzahirkan atas perkara ghaibnya seorangpun.

Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, 

Malaikat Jibril A.S. semasa mengajari tentang Iman, Islam dan Ihsan kepada sahabat-sahabat RasululLah S.A.W., ada menanyakan kepada RasululLah S.A.W. tentang bilakah terjadi hari As-Saah lalu dijawab oleh RasululLah S.A.W. bahawa yang menanya harus lebih mengetahui daripada yang ditanya. Lalu Jibril A.S. bertanya lagi tentang tanda-tandanya lalu RasululLah S.A.W. menjawab iaitu apabila amanah diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya lalu nantilah kehancuran. 

Pada waktu ini urusan tentang pentadbiran banyak diserahkan kepada seseorang berdasarkan hubungan rapat dengan pihak atasan. Mereka bukanlah yang pakar dalam suatu pengurusan. Akibatnya banyak pembangunan dilakukan berhampiran kawasan tadahan air. Lebuhraya dibina merentasi hutan dan kawasan tanah tinggi. Penjenayah mengupah jabatan untuk melindungi aktiviti jenayah. Bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak sampai kepada mereka. Penguatkuasaan agama hanya meliputi perkara maksiat, nikah kahwin, puasa dan kematian. 

Mengenai pemberitahuan perkara mendatang pula, kiranya perkara yang akan berlaku diketahui umum, maka pihak yang terlibat akan berbuat sesuatu untuk menghalang atau untuk menyatakan akannya. Akan wujud individu yang cuba mengisi agenda perkara ghaib itu yang kononnya sebagai watak yang dijanjikan. Pentadbiran Amerika Syarikat telah menghantar tentera ke Afghanistan dan Iraq untuk menghalang pembukaan semula Makkah, demi untuk menghalang kekhalifahan baru dunia Islam. Mereka sibuk dengan agenda peperangan untuk mengancam sesiapa sahaja.

Siapakah sebenarnya yang dijanjikan akan membawa 
kemenangan kepada Umat Islam? Penulis sendiripun tidak pasti.
Namun kiranya bukan Taliban Afghanistan, US telah lama 
dapat menewaskan mereka.


Tuesday, March 28, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 25 -- KIRANYA SAYA MENGETAHUI, SAYA PASTI AKAN BERITAHU BILAKAH KEJADIAN ITU ..


قل ان ادرى اقريب ما توعدون
ام يجعل له ربى امدا

Katakanlah olehmu: Kiranya aku mengetahui adakah dekat apa yang kamu dijanjikan ataukah Ia jadikan baginya oleh Tuhanku suatu tempoh!? (Pasti aku akan beritahu)

(kalau ditanya Bilakah azab itu? maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) Yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh Yang lanjut.

Sekiranya RasululLah S.A.W. mengetahui secara pasti maka bukan tugas baginda menyembunyikan pengetahuan itu daripada umat. Dalam suatu syarahan yang panjang, RasululLah S.A.W. ada mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat R.A.H.M. perkara-perkara yang akan berlaku dari masa kerasulan sehinggalah berlaku hari As-Saah. Lalu sebahagian sahabat menyalinnya sehingga diingati oleh yang mengingati dan dilupai oleh yang lain. 

Sungguh begitu Tuhan tidak meninggalkan sesuatu daripada kitab Al-Quran. Diketahui oleh yang mengetahui tentang perkara-perkara ghaib dan mereka menjaganya serta tidak diketahui oleh yang lain. Dalam hal yang demikian RasululLah S.A.W. seringkali ditanyai manusia tentang masa berlakunya kejadian seolah-olah baginda dapat mengetahui masanya dengan tepat. Dalam Al-Quran terdapat pemberitahuan tentang kemenangan bangsa Rum yang akan mengalahkan bangsa Parsi (30:3). Tentang hari Keputusan yang waktunya ditentukan (78:17). Banyak daripada peristiwa yang akan berlaku sesudah RasululLah S.A.W., yang diriwayatkan oleh Sahabat Abu Hurairah R.A. lalu beliau menulisnya dan mengasingkan ke dalam dua uncang kulit yang berlainan. Satu untuk diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain dan satu lagi untuk dirahsiakannya sehingga masa-masa tertentu, yang sekiranya ia mendedahkannya, lehernya mungkin akan dipenggal atau lidahnya dipotong. 

Sebagaimana Sahabat Syaidina Ali R.A., yang memiliki ilmu yang dikhabarkan oleh RasululLah S.A.W. tentang perkhabaran yang akan berlaku sehingga beliau mengetahui masa dan tempat akan berlaku pembunuhan terhadap diri beliau dan beliau telah menghadapi peristiwa itu. 

Peristiwa As-Saah yang pengetahuannya ada di sisi Nabi 'Isa A.S. Baginda akan muncul sebelum berlakunya hari Keputusan mempunyai tugas-tugas penting untuk membunuh dajjal, menghancurkan salib, membatalkan sistem riba dan pajakan dan membunuh babi. Harta akan melimpah ruah sehingga suatu masa manusia tidak menghendakinya lagi.


Peristiwa Yang Akan Berlaku Sedikit Lagi, Kita Harus 
Tergesa-gesa Saat Ini Dengan Membuat Persiapan.


Tuesday, March 21, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 24 -- AKHIRNYA SIAPA YANG LEMAH, SIAPA PULA YANG SEDIKIT BILANGAN


حتى اذا راوا ما يوعدون فسيعلون
 من اضعف ناصرا و اقل عددا

Sehingga apabila telah melihat mereka apa yang mereka dijanjikan, maka kelak mereka mengetahui siapakah yang lagi lemah pertolongan dan lagi sedikit bilangan.

(golongan Yang kufur ingkar itu tetap memandang Engkau lemah dan kurang penyokong Wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) Yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya Yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

i.     Sistem Hidup Yang Akhirnya 
       Melemahkan Mereka

Apakah yang dijanjikan Tuhan kepada golongan ingkar? Iaitu dengan terlaksananya pemberitaan Al-Quran, tentang azab yang merata-rata dan hari yang berat kepada mereka. 

Kita dapati pada waktu ini, apabila sistem ekonomi yang diasaskan oleh golongan ingkar telah dijadikan amalan - lalu... lihatlah bagaimana kesudahannya apabila keburukan sistem itu kembali kepada golongan ingkar itu sendiri? Orang ramai yang dapat merasakan tekanan hidup, akhirnya mengadakan perhimpunan beramai-ramai, melakukan pemprotesan sehingga menggugat pemerintahan. 

Perkara yang telah, sedang dan 
akan terjadi di mana-mana.

Pemerintah digulingkan, bekas pemimpin dijatuhi hukuman tetapi lingkaran keperitan hidup semakin meningkat. Lalu berlakulah pelbagai masalah yang disebutkan tadi, sepertimana telah berlaku lingkaran azab di negara-negara yang pemerintahan sebelumnya, telah memilih sistem keingkaran sehingga akhirnya rakyat mereka mengalami penderitaan dalam tempoh yang panjang. Mereka tidak memperolehi bekalan air segar sehingga menimbulkan banyak penyakit sama ada disedari atau tidak disedari.

ii.   Kehidupan Bermasyarakat Mereka 
      Semakin Parah

Semakin jauh meninggalkan petunjuk Tuhan maka semakin parah kehidupan bermasyarakat. Akhirnya setiap individu memilih hidup nafsi-nafsi sehingga sekiranya jiran terdekat menempuh kematian, jiran-jiran lainnya tidak mengetahui. Mereka menanggung masalah sesama mereka dalam kalangan keluarga terdekat atau kawan-kawan rapat sahaja, iaitu jumlah sedikit yang dapat membantu. Tiada sebarang badan seperti baitulmal yang dapat dipercayai dapat membantu bahkan projek PPRT yang seharusnya mencapai matlamat membantu yang memerlukan, hanya menjadi habuan penjenayah yang kaya raya. Dalam surah Nun, telah diterangkan perincian nasib yang ditempuh individu kepimpinan di akhirat kelak serta kesan amalan-amalan mereka yang telah mereka lakukan semasa mereka berada di tampuk pemerintahan di dunia dahulu. Huru-hara yang berlaku akibat perlakuan kepimpinan yang porak, akhirnya mendedahkan negara kepada penguasaan asing, yang hanya ingin mengambil hasil mahsul yang terdapat dalam negara berkenaan. 

Berulangnya penjajahan demi penjajahan adalah diakibatkan oleh kecuaian umat ini, kepimpinan mereka serta pengabaian amanah oleh 'ulama-ulama' mereka. Mereka sungguh selesa dengan harta yang dapat mereka kaut, status dan kedudukan perjawatan yang mereka sandang. 

iii.   Hilang Kekuasaan dan Sedikit Bilangan

Ayat seperti ini juga berkait dengan ayat daripada 69:29 dan 69:35 dalam menyampaikan perkhabaran tentang perkara malang yang menimpa kepimpinan yang curang. Kepimpinan sedemikian gemar untuk menyalahi ajaran Tuhan dan rasulNya. Mereka melihat amanah pemerintahan sebagai habuan untuk meraih kekayaan sebanyak mungkin. Mereka menggunakan kuasa untuk terus mencengkam rakyat sehingga diharap tiada siapa dapat menegur atau berani menentang. Lalu, berlakulah kerosakan terhadap alam sekitar dan juga kehidupan sosial manusia itu sendiri. Pembangunan tidak seimbang berbanding keberadaan ekonomi menjadi sebab kepada tekanan inflasi daripada dua arah yang membebankan rakyat. Pertama - adalah kesan daripada pengamalan riba yang meningkatkan nilai hartanah sehingga meleret kepada keperluan asas manusia dan kedua - adalah akibat defisit kewangan negara yang cukup besar kesan daripada mengalirnya nilai wang keluar negara. 

Pembangunan yang hanya mendirikan bangunan-bangunan terbiar  telah menjadi kebanggaan pemimpin lantaran cukai yang diperolehi daripada aktiviti perbankan serta institusi-institusi kewangan yang sentiasa menyediakan dana untuk pembinaan baru.

Wang yang dikutip daripada hasil cukai, gagal diagihkan semula secara berkesan, bahkan untuk dihantar keluar negara melalui bayaran upah pekerja asing. Kita telah melihat kesan berpanjangan sedemikian di negara-negara Timur Tengah, sehingga kepimpinan mereka tumbang satu persatu bermula dari Tunisia, diikuti Mesir dan Libya. Kita juga dapat melihat bagaimana sebahagian daripada pembesar negara telah dikenakan tindakan undang-undang dan dimalukan oleh rakyat mereka sendiri.




Tuesday, March 14, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 23 -- KERJA RASUL HANYA MENYAMPAIKAN RISALAH


الا بلغا من الله و رسلته و من يعص الله
و رسوله فان له نار جهنم خلدين فيها ابدا

Melainkan suatu penyampaian daripada Allah dan risalahNya dan barangsiapa yang ia menyalahi akan Allah dan akan utusanNya maka sesungguhnya baginya neraka jahanam, berkekalan mereka di dalamnya berabad-abad lamanya. 

(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaKu menyampaikannya) dan sesiapa Yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka Sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.

Lantaran tugas kerasulan hanya menyampaikan risalah yang datang daripada Tuhan. Adapun Jibril A.S. yang membawa risalah adalah malaikat yang kuat, bijak lagi dapat dipercayai. Ia hanya menyerahkan risalah dan bukannya berkata-kata bagi pihak Tuhan. Dalam ayat 72:22 memberitahu bahawa RasululLah S.A.W. tidak menerima perkataan melalui perantaraan yang berkata-kata bagi pihak Tuhan. Disambung seterusnya pada ayat 72:23 iaitu melainkan untuk menyambung tugas menyampaikan risalah yang diterima melalui malaikat Jibril A.S. daripada Tuhan. Ayat selanjutnya memberi ancaman bahawa barangsiapa yang menderhakai Allah dan menderhakai rasulNya sama ada malaikat Jibril A.S., sebagaimana yang diderhakai oleh Yahudi atau Muhammad S.A.W. sebagaimana yang dilakukan oleh pemuka-pemuka Quraisy Makkah, maka tempat mereka di neraka Jahanam, mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya. 

i.    Kaedah Hukum Kearaban Untuk 
      Memahami Ayat

Susunan ayat-ayat sedemikian dengan mengambil hukum kearaban, menghimpun ayat daripada 72:20/21/22/23 maka ayat terkemudian didapati menjelaskan ayat-ayat terdahulu, maka benarlah ayat Allah 11:01. Ayat ini benar-benar menjelaskan bahawa tugas kerasulan hanyalah menyampaikan risalah Tuhan dan bukan mendapatkan perkataan daripada pihak yang berkata-kata bagi pihak Tuhan atau nabi mengada-adakan suatu perkataan, lalu mewatakkan Tuhan dan malaikat Jibril A.S. sebagai pengutus wahyu. Terdapat ajaran kerohanian yang bukan-bukan, yang menyatakan bahawa seolah-olah Muhammad RasululLah S.A.W. itu seperti dirasuk suatu entiti yang dinamainya sebagai Tuhan untuk mengadakan suatu perkhabaran yang beragendakan malaikat Jibril sebagai penghantar wahyu. Sekiranya demikian, tanyalah kepada mereka yang pulih daripada histeria atau kerasukan syaitan, siapakah sebenarnya yang mengeluarkan kata-kata kerasukan semasa ianya dalam keadaan tidak menyedarinya. Adakah Muhammad RasululLah S.A.W. seperti itu sehingga tidak menyedari perkataan yang diungkapkan melalui lisannya? Sekiranya demikian, tidak perlulah golongan musyrikin Quraisy merencana tipudaya sehingga memeranginya dan menentangnya habis-habisan, cukup dengan mendapatkan tabib yang pakar.

Tugas kerasulan sebenarnya bukanlah semata-mata tugas RasululLah S.A.W. Tugas kerasulan telah dilaksanakan oleh khalifah-khalifah sesudah itu selepas daripada kewafatan RasululLah S.A.W. Khalifah-khalifah telah melaksanakan tugas kerasulan. Mereka menyambung tugas kerasulan dengan menyambung kerja-kerja menyampaikan ayat-ayat Tuhan. Mengapa terlalu sedikit hadith-hadith RasululLah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Bakar R.A? Bukankah beliau merupakan Ahlul Bait yang paling rapat dengan RasululLah S.A.W, sejak daripada mula kerasulan dan bersama-sama baginda semasa berlindung dalam gua Hira’. Abu Bakar R.A. tidak menyampaikan hadith Nabi S.A.W. melainkan pada jumlah yang amat sedikit. Beliau menyampaikan ayat-ayat Tuhan dan perkara itu telah beliau lakukan. Apabila berlaku tuntutan pewarisan harta RasululLah S.A.W. selepas kewafatan baginda oleh sebahagian isteri baginda, Khalifah Abu Bakar R.A. dengan tegas menyatakan bahawa RasululLah S.A.W. tidak mewariskan dinar dan dirham kepada sesiapapun. Baginda hanya mewariskan ilmu daripada Al-Qur’an. Hadith berkenaan ini dan sedikit hadith lain telah beliau sampaikan. Harta-harta peninggalan RasululLah S.A.W. diserahkan kepada baitulmal untuk urusan keperluan umat dan infaq pada jalan Tuhan.

ii.   Menyalahi (menderhakai) Allah dan 
      RasulNya, Menempah Neraka Jahanam

Perkataan  يعص الله و رسوله  adalah lebih jitu difahami sebagai menyalahi akan Allah dan akan rasulNya. Terjemahan biasa adalah menderhakai Allah dan rasulNya. Perkataan ini tidak wajar diambil sekerat tetapi harus dirujuk dengan perkataan sebelumnya iaitu  بلغا من الله و رسلته iaitu telah menyampai ia daripada Allah dan risalah-risalahNya. Demikian itu perintah Tuhan agar ayat-ayat sentiasa dihubungkan membentuk himpunan yang lengkap (28:51). Muhammad RasululLah S.A.W. telah menyampaikan risalah-risalah Allah. Muhammad RasululLah S.A.W. tidak menyampaikan risalah-risalah Jibril A.S. Khalifah Abu Bakar R.A. juga telah menyampaikan risalah-risalah Allah. Khalifah Abu Bakar R.A. tidak menyampaikan risalah-risalah Muhammad RasululLah S.A.W. maupun risalah-risalah Jibril A.S. melainkan yang ada rujukan daripada ayat-ayat Tuhan. Begitu juga yang disampaikan oleh Khalifah Umar R.A., Khalifah Usman R.A. dan juga Khalifah Ali R.A. Pertembungan kefahaman sedemikian telah terjadi antara Khalifah Ali R.A. dengan Sahabat Abu Zarr R.A. yang mengetuai pemberontakan penduduk Iraq. Sahabat Abu Zarr R.A. telah menyedari kesilapan beliau lalu bertaubat serta mengingatkan kembali penduduk Iraq bahawa beliau telah tersilap kefahaman dalam memahami ayat-ayat Tuhan, sehingga mengambil pendirian menentang Khalifah Ali R.A. Demikian itulah sikap sahabat yang tidak mengambil pemimpin mereka selaku sekutu Tuhan melainkan untuk mentaati perintah Tuhan. Malangnya beliau telah dibunuh oleh penduduk Iraq lalu tercetuslah pertempuran antara tentera yang setia kepada kekhalifahan yang sah dengan kumpulan pemberontak yang melampau dengan berakhir kemenangan kepada pihak yang lebih condong kepada kebenaran. Khalifah Ali R.A. di pihak yang benar. Abu Zarr R.A. juga di pihak yang benar. Kemenangan diperolehi oleh pihak yang lebih benar antara kedua-dua pihak yang benar.

iii.    Bagaimana Pendirian Kita?

Menyampaikan perkara yang lain daripada risalah-risalah Tuhan adalah perbuatan yang salah, sekalipun perkara yang disampaikan itu berbau agama. Menyampaikan pelajaran Al-Hadith atau As-Sunnah harus merujuk kepada ayat-ayat Tuhan untuk mensahihkannya terutama dalam perkara-perkara yang menyentuh hukum-hakam. Mengambil petunjuk lain sehingga tidak kembali kepada Allah dan risalah-risalahNya adalah menempah tiket ke neraka jahanam kekal di dalamnya berabad-abad lamanya.

Bagaimanakah sikap kita sekarang ini? Menyalahi Allah dan rasulNya sepertimana yang dilakukan oleh Yahudi dan kaum Musyrikin Quraisy, dengan berkesudahan kekal di neraka Jahanam? Ataukah menyalahi penyampai agama yang semata-mata daripada Allah daripada risalah-risalahNya seperti yang dilakukan oleh pemberontak Iraq, membunuh sahabat RasululLah seperti Abu Zarr R.A. dan Saidina Ali R.A? Mereka itu juga termasuk kategori yang sama seperti kaum-kaum yang ingkar yang disebutkan. Bukankah terdapat ayat bahawa yang paling celaka daripada kalangan umat terdahulu adalah mereka yang membunuh unta dan menderhakai Nabi Salleh A.S. dan terdapat atsar Saidina Ali R.A. bahawa mereka yang celaka daripada umat ini adalah yang membunuh beliau dalam kalangan penduduk Iraq? Bencana datang dari Iraq sejak dari kerajaan Babilon hingga ke akhir zaman. 



Wednesday, March 8, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 22 -- BAHKAN SEMUANYA DIDATANGKAN TERUS DARI TUHAN


قل انى لن يجير نى من الله احد
و لن اجد من دونه ملتحدا

Katakanlah olehmu: Sesungguhnya aku, sekali-kali tidak, ia mewakili akan daku daripada Allah, oleh sesuatu (yang lain), dan sekali-kali tidak, aku dapati daripada selainNya tempat perlindungan.

Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika Aku menderhaka kepadaNya), dan Aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadanya,


i.   Jibril Seperti Posmen, Tidak Pernah 
     Mengubah Kandungan Surat

Pekerjaan menyampaikan dakwah yang dilakukan oleh RasululLah S.A.W. adalah merupakan ketaatan kepada perintah Allah dan bukan perintah sesiapa pun selain daripada Allah. RasululLah S.A.W. tidak mengada-adakan bacaannya sendiri seumpama itu (25:04/05) sehingga boleh dipertikaikan oleh manusia atau jin. Sekiranya ia sendiri memilih untuk mengada-adakan sesuatu perkara maka ia sendiri akan diadili oleh Tuhan (69:46) yang ia tidak dapat mencari tempat perlindungan kepada yang lain selain kepadaNya. Perkataan “Katakanlah olehmu: Sesungguhnya aku, sekali-kali tidak, ia mewakili akan daku daripada Allah, oleh sesuatu …” sekiranya diterjemahkan secara yang baik dalam bahasa Malaysia adalah “Katakanlah olehmu sesungguhnya aku, tidaklah sekali-kali diwakili oleh sesuatupun, daripada Allah” iaitu tiada arahan orang tengah yang memerintah RasululLah S.A.W. untuk melakukan sesuatu daripada Tuhan. Jibril A.S. sebagai pembawa wahyu bukanlah pihak yang mengeluarkan arahan bagi pihak Tuhan. Jibril hanyalah pembawa yang diarahkan Tuhan. Pengajarannya, kita tidak harus bertanya-tanya pendapat ulama tentang sesuatu peraturan dalam agama sehingga seolah-olah agama adalah hasil karangan ulama berkenaan. Ulama boleh sahaja mengeluarkan ijtihad, namun ijtihad itu adalah dianggap hasil bersungguh-sungguh beliau dalam memahami perintah Tuhan supaya dituruti umat.

Apabila kefahaman Al-Qur'an yang lain disekat, dan hanya kefahaman ulama-ulama sedia ada sahaja yang diterima, maka akan sampai masanya terjemahan Al-Qur'an berdasarkan pandangan ulama-ulama berkenaan akan dianggap sebagai perkataan seumpama perkataan Tuhan. Kemudian golongan pengkritik itu mula mencanang bahawa Al-Qur'an (dan bukannya terjemahan ulama-ulama berkenaan) dianggap sebagai komik hiburan semata-mata.

Kerana kecacatan dalam penterjemahan Al-Quran dan
pendirian umat yang tidak dibenarkan mengkritik terjemahan 
Al-Quran oleh para penterjemah, akhirnya fahaman mereka 
terhadap Al-Qur'an menjadi bahan senda gurau.

ii.   Bentuk Kefahaman “Tiada Sesiapa Dapat 
      Membela Muhammad S.A.W. Daripada 
      Hukuman Allah”

Cuba bandingkan dengan terjemahan yang biasa didapati seperti berikut, “Katakan: Tiada seorang pun yang sanggup memberi perlindungan kepadaku terhadap (hukuman) Allah” tentulah berbeza dengan cara kefahaman yang diterangkan tadi. Kaedah kefahaman yang berbeza ini adalah diperolehi dengan jalan terjemahan secara harfiyah daripada bahasa Arab. Begitulah yang diperintahkan untuk mendapatkan kefahaman secara bacaan kearaban supaya tiada terdapat kebengkokan dalam mendapatkan pengertian (39:28). Hukum kearaban perlu diguna pakai dalam memahami konteks ayat sebagaimana diperintahkan (13:37) dan bukan semestinya hukum tajwid untuk berebut-rebut mendapatkan pahala atas pembacaan yang betul. Sekiranya kaedah kearaban ini dipatuhi maka terlaksanalah penyampaian kitab yang ayat-ayatnya dihukumkan iaitu dikemaskinikan secara susunan rapi sebagaimana disebutkan pada 11:01 dan diikuti kemudiannya dengan penjelasan-penjelasan yang ada hubungkait dengan ayat-ayat sebelumnya. Contoh ayat yang datang kemudian yang memberi penjelasan adalah:-





Thursday, March 2, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 21 -- BUKAN KERJA NABI UMAT MENDERITA ATAU BERPETUNJUK



 قل انى لا املك لكم  ضرا و لا رشدا


Katakanlah olehmu, sesungguhnya aku, tidak aku memiliki bagi kamu kemudharatan dan tidak pula pertunjuk.

Katakanlah lagi; " Sesungguhnya Aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

i.    Penderitaan Umat Masakini 
      Bukan Salah RasululLah S.A.W.

Sesungguhnya kemudharatan yang menimpa umat-umat sesudah kerasulan, bukanlah kerja RasululLah S.A.W., sedangkan RasululLah S.A.W. secara sendirinya tidak berupaya untuk mendatangkan sebarang kemudharatan atau petunjuk. Kita dapat menyaksikan di negara-negara Barat bagaimana mereka yang memilih menolak petunjuk Tuhan, kehidupan mereka telah dilingkungi dengan masalah sosial yang serius, jenayah dan pelbagai bentuk penindasan sehingga mereka berjaya mengeksport corak kehidupan mereka ke negara-negara lain. Itu belum dikira dengan bencana alam akibat kerja tangan mereka. Rakyat negara mereka mengalami tekanan kehidupan yang mendesak sehingga ramai yang mengambil dadah. Negara kita tidak terkecuali daripada menghadapi keadaan ini sehingga pembunuhan berlaku hampir setiap hari. Belum dikira dengan kepelbagaian bentuk jenayah lain seperti rompakan, mencabul kehormatan, pecah amanah. Huru-hara politik yang semakin menjadi-jadi apabila kehidupan rakyat semakin dicengkam.


Ya, akhirnya mereka mencapai kegembiraan tak 
terhingga dengan pengambilan dadah yang hebat.

ii.   Bagaimanakah Mungkin?

Bagaimanakah mungkin RasululLah S.A.W., mampu memberi petunjuk atau mahu memaksa petunjuk Al-Quran sampai kepada kita semua, sedangkan baginda adalah seorang yang ummi yang tidak membaca sebarang kitab sebelumnya? Bagaimanakah baginda mampu menerangkan suatu teknologi sedangkan baginda hidup di padang pasir yang tidak terdedah kepada reka-rekaan manusia di belahan bumi yang lain? Bagaimana pula baginda mampu membawa perubahan kepada umat ketika itu, sedangkan baginda bukanlah dikenali sebagai raja atau bangsawan atau orang kaya yang berpengaruh, bahkan usaha dakwah baginda ditentang habis-habisan oleh sebahagian ahli keluarga baginda dan masyarakat Makkah itu sendiri? Bahkan kitab yang diserahkan kepada baginda adalah urusan yang Maha Mengetahui tentang perihal kehidupan di bumi ini. Maka Tuhan jua yang mengurus segalanya sehingga segala sesuatu itu telah berlaku bukan dengan ‘sepatutnya’ sepertimana yang diarahkan melalui kitab Al-Quran, tetapi menurut kehendakNya yang Maha Mengatur seluruh alam. Kekhalifahan juga telah berlaku tidak menurut yang diarahkanNya sepertimana yang disyorkan melalui Al-Quran.




Thursday, February 23, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 20 -- MENYERU TUHAN TANPA MEMPERSEKUTUKANNYA



قل انما ادعوا ربى و لا اشرك به احدا

Katakanlah olehmu, sesungguhnya tiada lain hanya aku menyeru akan Tuhanku dan tidak aku mempersekutu denganNya akan sesuatu.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan Aku tidak mempersekutukanNya Dengan sesiapapun".

i.   Perkara Yang Masih Berlaku 
     Ke Atas Umat Islam

Itulah yang sebenarnya yang disuruh Tuhan melalui lidah RasululLah S.A.W. untuk disampaikannya. RasululLah S.A.W. disuruh hanya menyeru kepada Tuhan dengan tidak mempersekutukan akanNya. Seterusnya RasululLah S.A.W. mengajak umat manusia dan jin melakukan perkara yang sama. Dalam sejarah umat selepas RasululLah S.A.W., kerja-kerja mempersekutukan Tuhan masih merupakan kerja-kerja yang diwarisi sekalipun setelah penyebaran agama Islam. Apabila Tuhan mendatangkan ayat yang memerintahkan taat kepada Tuhan dan RasulNya, ketaatan perlu dipanjangkan sesudah RasululLah S.A.W. melalui khalifah-khalifah kemudian daripada itu. 

Namun wujud golongan yang menggunakan hujah Al-Quran secara jahil, bahawa kewajiban mengeluarkan zakat tidak lagi harus dipatuhi sesudah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., lantaran perintah Tuhan untuk mengambil sadaqah daripada umat dikatakan hanyalah terletak di bahu baginda sahaja. Lalu terpecah umat dalam usaha mentaati perintah Tuhan, antara zakat yang diwajibkan dengan perintah lain yang 'menghalang' kutipan zakat yang juga diambil hujahnya daripada Al-Quran. Umat terpecah kepada dua, pertama merupakan mereka yang berusaha mentaati perintah Tuhan melalui kekhalifahan dan kedua mereka yang berusaha mengingkari perintah Tuhan melalui kefahaman lain melalui putar belit ayat. 

Berlaku kesyirikan kepada Tuhan apabila kepatuhan membentuk keharmonian beragama menjadi terpecah, sehingga timbul peperangan yang berkesudahan kemenangan kepada kekhalifahan. Itulah peperangan kedua selepas peperangan menghapuskan nabi-nabi palsu. Peperangan ini muncul pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar R.A.

ii.    Kesyirikan Yang Berlaku Kerana 
       Mengutamakan Kehidupan Dunia

Pada zaman Khalifah Usman R.A., muncul pemberontakan baru apabila penduduk Iraq memilih kemewahan dunia, sehingga sanggup mengenepikan urusan pengembalian tanah sebagaimana yang diperintahkan oleh khalifah. Kumpulan pemberontak berkenaan telah mengepung dan membunuh beliau, yang ketika itu beliau sedang membaca Al-Quran. Umat terus berpecah sehingga kesyirikan bermaharajalela. 

Setelah perlantikan Syaidina Ali R.A., muncul pula puak ghullah yang menyatakan ketaatan melampau-lampau kepada Syaidina Ali R.A., tidak mengiktiraf kekhalifahan sebelumnya yang juga terdiri daripada menantu dan bapa mertua RasululLah, R.A.H.M. Dalam kalangan mereka, ada yang sanggup mendakwa terdapat Quran lain selain daripada Al-Quran sedia ada, bahkan ada yang menganggap Syaidina Ali R.A. adalah merupakan bahagian daripada ketuhanan. Golongan ini didapati kekal sehingga ke hari ini sepertimana golongan Nasrani kekal menyembah Nabi Isa A.S. sehingga ke hari ini.

Semua urusan kembali kepada Tuhan. Menghadapi kesyirikan umat adalah tugas berat yang dibebankan ke atas bahu kekhalifahan, supaya hanya Tuhan disembah dan perintahnya ditaati dan kekhalifahan dipatuhi dalam perkara-perkara ketaatan. 

Sehinggalah sampai masa keruntuhan naungan Tuhan di muka bumi ini pada tahun 1923 Masehi, apabila sistem kekhalifahan diruntuhkan oleh Mustafa Kamal At-Tarturk. Naungan Tuhan telah terlucut daripada umat ini sehingga umat ini mengalami penderitaan berpanjangan. Bahkan ajaran aties tersebar merata mengajari umat meninggalkan Tuhan. Penjajahan yang dilakukan oleh bangsa Barat mengakibatkan terhasilnya penjajahan minda dan umat gagal melepasi belenggu ini walaupun selepas zaman pasca kemerdekaan. Sumbangan Barat dalam kehidupan umat ini, didapati lebih membawa bencana dan sehingga kini umat ini tidak menemui jalan kembali. Sebenarnya kepada kitab Allah, Al-Quran dan mengikuti panduan As-Sunnah dalam memahaminya yang sehingga kini mereka sendiri melarikan diri daripadanya. Namun ketentuan Tuhan mengatasi segala-galanya dan hanya Tuhan mengetahui tujuan kerasulan RasululLah S.A.W. dan nasib umat ini dengan sebenarnya.





Friday, February 17, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 19 -- SERUAN HANYA KEPADA ALLAH - SERUAN YANG MENDAPAT PERHATIAN


وانه لما عبدالله يدعوه
كادوا يكونون عليه لبادا

Dan bahawasanya tatkala hamba Allah ia menyeru akanNya, telah hampir-hampir mereka, mereka jadi ke atasnya yang berasak-asak.

Dan Bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan Ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya.

Nabi-nabi beribadah terus kepada Tuhan, begitu juga para malaikat yang tidak jemu-jemu serta merasa malas. Bangsa jin kebanyakan daripada mereka beribadah kepada Tuhan. Tuhan tiada beristeri atau anak, Dia tiada wakil di alam ini, oleh itu perwakilan hendaklah ditujukan terus kepadaNya (73:09). Mengambil selain Allah sebagai wakil atau perantaraan dalam doa atau peribadatan adalah suatu perbuatan yang menjurus kepada kerja-kerja mempersekutu Tuhan. Sepertimana orang-orang yang terdahulu yang menghampiri tokoh-tokoh yang didekatkan sehingga tokoh berkenaan sampai kepada ajal mereka, lalu syaitan memujuk mereka untuk membina patung atau imej menyerupai tokoh itu lalu segala doa dipohon dengan perantaraannya. 

Sekiranya jalan menuju kesyirikan dipotong awal-awal lagi maka generasi selanjutnya adalah merupakan generasi yang beribadat kepada Tuhan tanpa sebarang perantaraan dan syaitan akan sampai kepada kekecewaan dalam usaha menyesatkan manusia dalam perkara-perkara ibadat. Berdoa dan beribadat terus kepada Tuhan adalah sunnah RasululLah S.A.W. Ini adalah sunnah yang wajib dituruti. Dalam beribadat kepada Tuhan, dengan sebutan-sebutan yang memiliki nilai bahasa yang tinggi sepertimana yang dibaca daripada ayat-ayat Al-Quran, bangsa jin adalah lebih dapat menilai, sehingga mereka sungguh menyenangi pembacaan itu. Namun bukanlah membaca dengan berlagu-lagu sehingga menyanyi dengan naik turunnya. Bacaan sedemikian yang tidak menyampaikan kepada kefahaman kandungan adalah seumpama amalan ahli kitab terdahulu. Bacaan Al-Quran perlu dibaca dengan sebenar pembacaan dereten demi deretan sehingga membentuk suatu himpunan ayat. Contoh himpunan ayat daripada surah ini, adalah dinyatakan dari permulaan surah sehingga ke ayat ini dan himpunan selanjutnya adalah dari ayat selanjutnya sehingga ke akhir ayat.

Dengan mengambil ayat-ayat Al-Quran membentuk suatu himpunan ayat, kefahaman daripada suatu rangkuman ayat menjadi lebih jitu dan pelajaran sedemikian adalah lebih mudah diingati. Tujuannya adalah supaya hati dapat ditetapkan dalam mengingati ayat dan pelajaran yang diambil adalah jelas (25:32). Demikianlah disiplin yang Tuhan tunjukkan kepada RasululLah S.A.W. Mengapakah bangsa jin sanggup berasak-asak kepada RasululLah S.A.W. tatkala baginda sedang bersolat? Demikian itu mereka adalah makhluk yang suka mengamati sesuatu ayat yang mengandungi keindahan bahasa yang tinggi. Demikian itu jin adalah makhluk Tuhan yang suka menjaga tutur kata sesama mereka yang sikap sedemikian kurang terdapat pada manusia melainkan pada bangsa yang sedang mengikuti suatu tamadun. 

Pengajaran Ayat 

Walaupun jin termasuk antara perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, namun jin bukanlah merupakan perkara ghaib yang wajib diimani. Kehidupan jin juga seumpama kehidupan manusia dan dalam kalangan jin terdapat bentuk pengamalan yang pelbagai (72:11). Jin adalah lebih mudah tertarik kepada bacaan Al-Quran yang memiliki keindahan, walhal sebahagian manusia mengganggap bacaan sedemikian adalah bacaan manusia yang diada-adakan oleh Muhammad (25:04-05) (S.A.W.) sehinggalah mereka menerima penerangannya. Secara umumnya masyarakat jin beragama sebagaimana agama manusia dan kehidupan manusia adalah lebih mempengaruhi mereka dan bukan sebaliknya (72:03). Keupayaan mereka dalam mencuri dengar berita dari langit sebelum ini telah terhalang dengan perutusan RasululLah S.A.W. ke dunia ini dan sesiapa jua yang cuba mencuri dengar daripada kalangan syaitan, panah api yang mengintai telah disediakan (72:9). Prasyarat jin untuk diterima amalan mereka adalah lebih ketat berbanding manusia, oleh yang demikian mereka adalah lebih condong kepada pengamalan syariat yang diperintahkan. Golongan pertengahan mereka, walaupun tidak begitu kuat kepatuhan mereka dalam penyerahan diri kepada Tuhan, diancam untuk menjadi bahan bakar  neraka jahanam (72:15). Keadaan mereka yang dapat menyaksikan kebesaran Tuhan darihal perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh manusia seharusnya menjadi kayu ukur kepada mereka dalam mentaati perintah Tuhan. Menyeru selain Allah termasuklah makhluk jin atau wali-wali haruslah dihindari.




Saturday, February 11, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 18 -- MASJID HANYA UNTUK ALLAH


ﻭ ﺍﻥ ﺍﻟﻤﺴﺠﺪ ﻟﻠﻪ ﻓﻼ ﺗﺪﻋﻮﺍ ﻣﻊ الله ﺍﺣﺪﺍ 

Dan bahawasanya masjid itu kepunyaan Allah, maka janganlah kamu menyeru beserta Allah akan sesuatu. 

Dan Bahawa Sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (Ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

i.    Seruan Hanya Kepada Allah 

Menyeru kepada selain Allah adalah merupakan amalan mempersekutu. Terdapat amalan-amalan tertentu dalam amalan bertareqat yang menyeru rijalul ghaib tertentu lalu dinamainya sebagai amalan tawassul sedangkan seruan hanyalah layaknya kepada Allah sahaja. Lalu diizinkan tindakan ‘tawassul’ (17:57) itu dengan contoh daripada sahabat RasululLah S.A.W. iaitu khalifah Umar R.A. sedangkan yang diseru oleh khalifah Umar R.A. hanyalah kepada Allah dan bukan kepada nama-nama yang lain. Amalan seru seperti ini dalam ibadah adalah suatu perbuatan mempersekutu Tuhan dalam peribadatan (10:18). Adalah tidak wajar menyeru nama-nama yang diiktiraf sebagai wali-wali atau rijalul ghaib dengan alasan bahawa mereka itu adalah pembantu-pembantu di sisi Tuhan. Adakah seseorang itu ingin mengkhabarkan sesuatu kepada Tuhan yang Dia tidak mengetahui terhadap apajua yang terjadi di langit dan di bumi. Lalu mengapakah doa perlu dipohon dengan perantaraan makhluk? Apakah sebenarnya manfaat yang akan diperolehi sekiranya perantaraan itu disebutkan dalam doa dan apakah pula mudharat sekiranya tidak disebutkan sedemikian? Perkara sedemikian tidak wajar disebut sebagai mengambil keberkatan di atas sifat tawaduk seseorang. Bukankah Tuhan hanya membenarkan bahawa Dia sahaja diseru dan disembah dan bukannya dengan perantaraan sesuatupun? Adakah perlu seseorang itu menghina diri sendiri dengan mengatakan bahawa ia tidak layak berdoa kepada Tuhan.

 ii.   Masjid Hanya Untuk Allah 

Adakah setiap yang berkubah dapat dikatakan sebagai masjid? Tentunya tidak, kerana bangunan Kremlin di Russia juga dihiasi dengan kubah. Adakah setiap yang bermimbar adalah masjid? Tentulah tidak, kerana bangunan Gudwara Sahib juga memiliki kubah dan bahagian mimbar. Hanya yang layak memakmurkan masjid taqwa, hanyalah golongan yang beriman. Sekiranya bangunan-bangunan seperti masjid digunakan untuk mengintai atau melakukan perisikan sehingga mengakibatkan perpecahan golongan yang beriman, bangunan itu tetap masih dinamai sebagai masjid tetapi bukanlah masjid taqwa dan umat ini tidak seharusnya mendirikan apa-apajua aktiviti di dalamnya. Selain masjid taqwa, masjid–masjid yang lain dikatakan didirikan di atas tepi jurang yang runtuh sama ada runtuh daripada petunjuk Tuhan atau mengalami keruntuhan tebing sedikit demi sedikit. Umat ini tidak seharusnya memakmurkan masjid seumpama ini kerana dikhuaturi akan tenggelam bersama runtuhnya masjid berkenaan (2:114). 

Suatu persoalan timbul iaitu bagaimana cara mahu menentukan status sesebuah masjid? Jawapan yang mudah iaitu mana-mana masjid yang pembinaannya untuk pengabdian diri kepada Tuhan beserta tujuan-tujuan sampingan yang lain, yang demikian cara pendirian masjid berkenaan mengandungi unsur penyekutuan kepada Tuhan. Penulis enggan mengupas lebih lanjut kerana perkara sedemikian menimbulkan isu sensitif kepada masyarakat. Untuk memudahkan pendirian umat ini adalah memadai mereka memerhatikan pendirian bangunan sesuatu masjid didirikan atas asas tapak ketaqwaan kepada Tuhan iaitu asas suatu bangunan telah didahului didirikan untuk tujuan pengabdian kepada Tuhan semata-mata. Berdasarkan sejarah telah dinyatakan bahawa istana Farsi yang diubah kepada masjid, telah dikuasai melalui jalan jihad untuk pembukaannya, sudah memadai dijadikan ukuran asas taqwa atas pembinaan bangunan masjid berkenaan. Oleh itu tidak timbul persoalan lanjut satu-satu masjid layak didirikan solah di dalamnya atau perlu dijauhi.



Sunday, February 5, 2017

KAD TERAKHIR PERCATURAN TATASUSUN DUNIA BARU


Penguasaan terakhir atau penguasaan ketiga golongan Luciferian adalah penguasaan sumber air dan pertanian. Keadaan ini juga diwujudkan akibat daripada hancurnya sistem kekhalifahan terakhir sebelum ini. Tiada lagi bekalan air percuma kepada rakyat dan padang ragut percuma untuk ternakan-ternakan mereka. Langkah mula kepada aktiviti ini adalah pengenalan kepada cukai karbon. Cukai yang mula-mula diamalkan oleh pentadbiran Australia dan diikuti oleh New Zealand adalah merupakan bebanan yang ditanggung oleh firma perkilangan terhadap penggunaan bahan bakar yang melibatkan perlepasan karbon dioksida ke persekitaran. Tindakan ini tentunya akan dituruti oleh kebanyakan negara-negara 'maju' sehingga akhirnya akan dijadikan standard atau piawaian yang akan dikenakan kepada negara-negara seluruh dunia. 

Cukai karbon yang kononnya karbon dioksida menjadi penyebab kepada huru-hara cuaca dunia adalah merupakan kesempatan untuk mengaut keuntungan berdasarkan suatu kenyataan ilmiah yang dipalsukan. Penulis menentang segala bentuk kenyataan yang menyatakan bahawa karbon dioksida adalah satu-satunya penyebab utama kepada kepanasan global. Kenyataan sedemikian sengaja diputar-belitkan agar negara-negara menuruti syor yang dikemukakan oleh Bank Dunia, supaya mereka semua mula mengambil tahu tentang permasalahan sejagat. 

Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush sebelum ini pernah menyatakan bahawa karbon dioksida bukanlah punca kepada peningkatan suhu sejagat. Mengapakah beban permasalahan turut dikenakan kepada negara-negara membangun dan miskin? Sedangkan selama ini kerosakan persekitaran terjadi disebabkan oleh usaha negara-negara 'maju' melaksanakan pekerjaan secara gelojoh yang dirangsang oleh sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba. Cukai karbon sebenarnya menjurus kepada pengiktirafan bahawa permasalahan sejagat seperti perubahan cuaca, telah mula berlaku di bumi ini. Selepas itu mereka akan memperkenalkan cukai-cukai baru seperti cukai penggunaan baja dan cukai pengambilan air. 

Baja akan dikenal pasti sebagai penyebab kedua kepada terjadinya kerosakan alam persekitaran dan begitu juga penggunaan klorin sebagai bahan basmi kuman dalam air yang dibekalkan. Melalui pengenalan kepada cukai, aktiviti ini seperti membuka pintu kepada penguaskuasaan undang-undang baru terhadap aktiviti perbekalan air dan juga pertanian. Akan ada negara yang hanya pihak tertentu sahaja dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengurusan ladang sementara mana-mana individu lain yang menguruskannya, tidak dibenarkan menjual hasil ladang mereka ke pasaran terbuka.  Kononnya adalah untuk tujuan pengawalan kadar peptisid yang digunakan serta penggunaan baja terkawal. Perkara ini tentunya akan menjalar kepada negara-negara lain. Kempen teknologi hijau yang mengutamakan bahan bakar bio (biofuel) adalah merupakan langkah membawa kebuluran kepada sebahagian penduduk dunia. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan biofuel sebenarnya meningkatkan perlepasan karbon dioksida dan haba lebih banyak ke persekitaran berbanding penggunaan bahan bakar petroleum. 

Masalah perubahan cuaca dijadikan alasan untuk menambah lagi bebanan kepada sebahagian besar penduduk dunia. Beginilah kaedah mereka cuba menguasai akta kawalan pertanian atas alasan yang tidak munasabah. Sikap mereka sebenarnya ingin menindas manusia pada keseluruhannya. Masalah dunia tidak boleh diselesaikan dengan catuan makanan tetapi kembali kepada pengamalan ajaran agama yang sebenarnya. Pengawalan penggunaan baja dan pemuliharan tumbuhan-tumbuhan harus dilakukan semula. Sehingga suatu ketika, mereka akan mengenakan tindakan terhadap mana-mana negara yang tidak mematuhi akta kawalan pertanian menurut cita rasa mereka. Mereka boleh sahaja menyediakan suatu keadaan melalui kawalan teknologi sehingga hujan tidak turun di negara terbabit malahan sanggup melakukan kerosakan terhadap tanaman yang diusahakan oleh rakyat negara berkenaan. 

Peristiwa inikah yang dijadikan alasan sebagai 
ancaman 'makhluk asing'? Program "persenjataan 
angkasa" sebenarnya bertujuan untuk mengawal
semua aktiviti manusia.

Mereka memiliki kesempatan ini pada masa hadapan apabila kedua-dua kutub mencair sepenuhnya. Suhu bumi akan meningkat sehingga mengakibatkan kemarau atau kejadian hujan yang membinasakan. Semua itu adalah disebabkan oleh kerja-kerja manusia sendiri lantaran mematuhi peraturan keingkaran, akibat daripada suatu keadaan sehingga mereka tidak bersedia memerhati ayat-ayat Tuhan. Mereka sibuk dengan cengkaman riba sehingga melupai kepentingan pembelaan terhadap golongan dhaif. Akhirnya bencana menimpa diri mereka sendiri dalam kehidupan mereka di dunia ini.

Agenda Dajjal sudah sangat hampir. Negara kita
terlibat secara langsung dengan program mereka.
Jadi apakah persediaan kita?




Popular