SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Saturday, April 15, 2017

SURAH AL-JIN AYAT 28 -- SEBAGAI MOTIVASI BEKERJA UNTUK MENYAMPAIKAN RISALAH TUHAN


ليعلم ان قد ابلغوا رسلت ربهم و احاط
 بما لديهم و احصى كل شيئ عددا

Supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya, telah menyampaikan mereka, akan risalah-risalah Tuhan mereka dan telah meliputi Ia dengan apa yang di sisi mereka dan telah menghitung Ia tiap-tiap sesuatu akan bilangan.

(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal ia memang mengetahui Dengan meliputi Segala keadaan Yang ada pada mereka, serta ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".

Sesungguhnya utusan-utusan yang diredhai itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya sama ada berbentuk panduan suci atau perkhabaran-perkhabaran yang berlaku akan datang. Faedahnya adalah untuk menarik perhatian manusia supaya beriman kepada Tuhan mereka. Sehingga Tuhan telah meletakkan kawalanNya dan ilmu Tuhan meliputi perkara itu dan segala sesuatu sama ada yang telah, sedang dan akan berlaku, ada dalam ilmu perhitungan yang dapat dibilangi. Terjemahan sedemikian tentunya merobek kefahaman sebahagian besar fahaman ulama masakini yang akan menuduh, kerja untuk mengetahui perkara yang akan berlaku, adalah merupakan suatu perbuatan bidaah yang diada-adakan. Sesungguhnya Tuhan telah menjelaskan bahawa di sisi ‘Isa Al-Masih ada ilmu berkenaan kejadian As-Saah. Sehingga ‘Isa Al-Masih akan diutus sekali lagi mengkhabarkan tentang itu dan untuk memperkukuhkan ajaran ketuhanan yang sebenarnya dan membersihkan nama baginda daripada menjadi sembahan umat Nasrani yang mendakwa baginda adalah benih keturunan Tuhan. Na’uzubilLah.

Selain umat Nasrani, umat Islam juga mempercayai
bahawa nabi Isa A.S akan datang kembali untuk kali ke-2.

Surah-surah selepas ini banyak mengkhabarkan peristiwa-peristiwa besar yang akan berlaku. Penulis cuba menggarap kejadian-kejadian itu berdasarkan pendekatan ilmiah berlandaskan fenomena alam. Sudah tentulah akan merangkumi sebahagian daripada ilmu pentakrifan jisim-jisim zarah serta pengiraan astronomi dengan mendapatkan hubungan antara pergerakan jasad-jasad besar sebagaimana yang dinyatakan melalui ayat-ayat Al-Quran. Oleh kerana matlamat akhirnya adalah supaya risalah-risalah Tuhan akan sampai kepada manusia, sebahagian pemberitahuan ini adalah untuk bertujuan supaya risalah-risalah Tuhan bukan sahaja mengandungi perkataan yang sampai, bahkan dapat disampaikan dengan perkataan yang sampai.




No comments:

Post a Comment

Popular