SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Tuesday, July 30, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 5 -- KAUM TSAMUD DIBINASAKAN OLEH SESUATU YANG MELAMPAUI

KERAJAAN


فاما ثمود فاهلكوا بالطاغية

Maka adapun Tsamud, maka telah dibinasakan mereka dengan (sesuatu) yang melampaui (had) itu. 

maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan Dengan (petir) Yang melampau dahsyat-nya.

i.     Pekerjaan Kaum Tsamud Yang Membinasakan

Situasi bencana penderaan yang mengenai kaum Tsamud merupakan siri hukuman luar biasa. Kisah kaum Tsamud telah diulang berkali-kali dalam Al-Quran seperti dalam ayat 11:61– 68 dan 7:73–79. Kaum Tsamud terkenal dengan aktiviti menebuk gunung untuk tujuan membina kediaman. Mereka melakukan dua kerja serentak iaitu menebuk gunung untuk dijadikan tempat kediaman dan juga mengangkut batu-batu gunung itu untuk dijadikan kediaman di lembah-lembah (89:09).

ii.    Mereka Ditimpa Oleh Batu-batu Gunung

Disebabkan keingkaran mereka kepada Tuhan dan kerja-kerja kerosakan yang mereka lakukan, akhirnya berlaku gempa yang kuat dan ditimpakan batu-batu gunung itu secara berterusan kepada mereka sehingga pagi-paginya (89:04), mereka telah bergelimpangan dalam kediaman mereka sendiri. Timbul suatu persoalan, mengapakah hanya seperti kaum Tsamud, kaum A'ad, umat Nabi Nuh, kaum Luth dan Fir'aun, telah Tuhan nyatakan daripada banyak kaum yang dibinasakan? Sedangkan terdapat bukti-bukti sejarah yang menimpa kaum-kaum lain, tidak dinyatakan dalam kitab suci. Yang demikian itu, corak bencana yang menimpa mereka adalah seumpama nasib yang menimpa kaum-kaum yang disebutkan itu. Sebagai contoh, bencana yang menimpa penduduk Pompei akibat daripada letupan gunung berapi Vesuvius di Italy suatu masa dahulu. Kerja-kerja arkeologi telah menemui mayat-mayat yang bergelimpangan, mengeras dan terdapat anjing yang mati terikat. Mereka telah ditimpa bencana seperti mana umat nabi Luth, tetapi yang menimpa mereka adalah berupa jatuhan debu daripada letusan gunung berapi piroplastik.

iii.    Beberapa Contoh Kaum-kaum Yang Lain

Bencana yang berlaku kini pula seperti tsunami Asia Selatan yang melanda utara Sumatera, Sri Lanka, India, Bangladesh, Thailand dan Malaysia adalah seumpama kejadian banjir yang menimpa umat Nabi Nuh, yang disebutkan dalam kitab suci. Kejadian taufan yang membinasakan, yang sering kali mengenai negara-negara seperti Amerika Tengah, Amerika Syarikat, Filipina, Taiwan, China dan Jepun, adalah natijah daripada kerja-kerja kerosakan yang mereka lakukan terutama dalam projek-projek pertanian mereka yang menyerupai projek-projek pertanian di bawah kekuasaan Fir'aun.

Mereka ditimpa malapetaka pusaran angin yang mengakibatkan ketulan ais jatuh menimpa ladang-ladang pertanian dan juga kediaman mereka. Sebahagian mereka terkorban sepertimana kaum A'ad terkorban. Tuhan sebenarnya tidak lupa kejadian berkenaan, hanya pengajaran yang serupa seumpama kejadian itu telah dinyatakan dalam kitab suci melalui contoh-contoh yang diberi.




No comments:

Post a Comment

Popular