SUMBANGAN UNTUK PONDOK

Kepada pengunjung blog yang budiman! Kepada Sesiapa Berhajat Untuk Infak Kepada Pondok Al Jaafar

(Sila Klik Di Sini).

Mudah-mudahan Sumbangan Anda Menjadi Amal Jariah Dan Mendapat Rahmat Di Sisi Allah S.W.T. Amin.

Friday, August 2, 2013

SURAH AL-HAQQAH AYAT 6 -- KAUM A'AD DITIMPA ANGIN SEJUK BERSAMBUNG-SAMBUNGAN


و اما عاد فاهلكوا بريح صرصر عاتية

Dan adapun kaum A'ad (11:50–11:60), maka telah dibinasakan mereka dengan angin yang menyeringit lagi bersambung-sambung melampaui.

adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan Dengan angin ribut Yang kencang, Yang melampau kencangnya, -

Kota Iram Untuk Menandingi Keindahan Syurga

Sepertimana yang menimpa kepada Fir’aun dan juga kaum Luth, kesejukan bersangatan hanya dapat berlaku kesan daripada letusan udara atau pusaran angin yang merendahkan lapisan bertekanan rendah lagi sejuk. Kaum A'ad pula yang terkenal dengan projek pembangunan (89:07 –89:08) kota Iram yang cuba dibina supaya dapat menandingi keindahan syurga yang dikhabarkan oleh nabi Hud A.S. Mereka berusaha mendapatkan suatu kediaman yang nyaman sebagaimana syurga yang tentunya memerlukan kos pembinaan yang tinggi dan juga penggunaan bahan-bahan yang dapat merosakkan alam sekitarnya.




No comments:

Post a Comment

Popular